Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Mufti Kedah Tak Setuju Pas Gunakan Kuliah Agama Untuk Politik! #HanyaDiKedah

Posted: 06 Jun 2013 05:37 AM PDT


 Mc ada dengar puak Pas dok bising pasal kuliah agama di Sri Mentaloon. Fitnah terbaru Pas apabila
depa kata Dato Paduka Mukhriz haramkan kuliah agama tu, kononnya selepas dipujuk oleh Mufti Kedah, baru Dato Mukhriz setuju untuk teruskan kuliah agama mingguan di Sri Mentaloon.

Mc cuba meminta jawapan dari Dato Mukhriz mengenai perkara tersebut, ternyata, Pas dan puaknya memang suka memfitnah! Keji sungguh perangai puak ni.

Jawapan daripada Dato Paduka Mukhriz,

Sebenarnya mengenai kuliah Sabtu di Mentaloon, apabila saya tanya dgn pentadbiran Masjid Zahir, mereka kata mereka langsung tak terlibat kerana pengisian kuliah terlalu berunsur politik PAS. Oleh itu bila saya cadangkan utk teruskan kuliah tanpa unsur politik, mereka kata itulah yg sebaiknya. Maka saya pun bincang dgn Dato Mufti mengenai pengisian tersebut. Walaupun sehebat mana PAS punya spin, Allah Maha Mengetahui.

Ternyata, Allah lebih mengetahui.. fitnahlah banyak-banyak puak Pas oii!! Semakin banyak fitnah, semakin kukuh kedudukan BN di Kedah.

Benda baik pun depa nak spin, kes kuliah pun nak fitnah. Apa nak jadi dengan puak ni, dah takdak modal ka?

McTheory:
Baik hangpa Pas bunuh saja kami dari dok fitnah!!

TUDIAA!! Guan Eng dah Masuk Islam? #PRtipu

Posted: 06 Jun 2013 02:14 AM PDT



Wajah muka takdak nur pun, ni spesis-spesis yang memalukan Islam dan umat Islam.


Ehh nak tanya ni, Pakatan dah menang kat Pulau Pinang. Asnah Hashim dah bawa si Guan Eng pi sunat ka?

Atau nak suh kami blogger bawa Guan Eng pi sunat dan Islamkan di pejabat agama? he he he..

Gila babis betul puak Pas ni punya kempen.. sampai Guan Eng rasis tahap dewa tu pun depa boleh muhung kata nak masuk Islam? Inilah Pas.. kalau tak tipu, tak rembat duit, tak seks, bukan Pas la namanya.. he he he..

McTheory:
Masalahnya ada pulak si bangang yang percaya.. aduhh laa..

HOT! Maaf Kerana Terfitnah Pas Kedah Hutang RM2 billion tuu!! #HanyaDiKedah #5tahun3Billion

Posted: 05 Jun 2013 08:12 PM PDT



Sebenarnya bukan 2 billion, tapi 3 billion!! Tu yang terfitnah tuuu...

Serius aku terkejut dengan maklumat yang aku dapat dimana hutang tinggalan kerajaan Pas Kedah yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan BN dan rakyat berjumlah 3 bilion..

Memang dasyat kan ?? 5 tahun perintah hutang cecah 3 bilion..Ketika Pas mentadbir Kedah saban hari pemimpin Pas mendabik dada kononnya Pas berjaya membawa untung melimpah ruah di Kedah..Mereka membezakan pendapatan perolehan hasil hutan(balak) di zaman BN dan Zaman Pas..

Tapi anda perlu ingat ketika BN memerintah dulu, hutan hutan tidak digondolkan seperti apa yang Pas lakukan.. Kerajaan BN dulu hanya membenarkan pokok yang terpilih saja untuk di potong.. Di zaman Pas pula mereka mengunakan teknik cuci mangkuk..habis licin dibuatnya..

Berbalik kepada hutang tinggalan kerajaan Pas berjumlah 3 bilion itu, BN terpaksa mencari sumber sumber luar seperti pelaburan dalam bidang perlancongan seperti apa yang diumumkan oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dua hari lepas iaitu pembinaan hotel bertaraf 6 bintang dan taman tema di Langkawi bernilai 1.2 bilion.. Selain itu mencari pelabur pelabur baru masuk untuk memajukan kawasan Kulim Hi Tech Park dan meneruskan projek Zippy atau Sulihh yang terbengkalai di zaman kerajaan Pas..

Semua itu antara aku janji BN untuk rakyat Kedah.. Untuk keselesaan rakyat, YAB Menteri Besar juga mengarahkan segala jenis projek pembalakkan di Gunung Inas dan Sekitar Tasik Pedu diberhentikan serta merta.

Seperti yang semua sedia maklum, Kerajaan Pas membuat pinjaman bank berjumlah RM 330 juta untuk membina kompleks KUIN dimana tidak mempunyai fasiliti lengkap seperti hostel, masjid, kediaman kakitangan serta beberapa lagi keperluan untuk pelajar dan kakitangan, walhal jumlah kontrak bernilai RM 330juta itu meliputi semuanya..

Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun  kepada bank berjumlah RM 42.6 juta  bermula dari tahun 2013 hingga 15 tahun seterusnya. Jumlah itu belum termasuk kos pengurusan dianggarkan sebanyak 20juta..

Selepas Pas mentadbir Kedah jumlah pinjaman jangka panjang anak syarikat kerajaan negeri Bina Darul Aman (BDB) sehingga 31 September 2012 mencecah RM 255 juta dengan liabiti RM434 juta.. Sedangkan di zaman kerajaan BN dahulu pinjaman itu hanya sekitar RM 40 juta dengan liabiti RM 185 juta..

Menurut laporan Audit Negara 2011 baki tunai kerajaan negeri hanya tinggal RM 193.22 juta.. Manakala baki hutang awam mencecah RM 2.6 bilion..

Selama Pas mentadbir 5 tahun di Kedah, hasil balak merupakan hasil utama kerajaan negeri dan kononnya dengan hasil itu Pas mampu mentadbir dan menjana ekonomi dengan baik.. Walhal projek projek pembalakkan sebenarnya untuk kayakan kroni kroni Pas.. Benarkah Pas mentadbir negeri dengan baik selama sepenggal ?? Jika wang hasil balak diwar-warkan banyak, kenapa Kerajaan Pas Kedah waktu itu terpaksa berhutang untuk membina kampus KUIN ?? Itu persoalannya..

Sekarang ini kerajaan BN terpaksa mencari jalan untuk melunaskan segala hutang hutang tinggalan kerajaan Pas Kedah.. Pertama kali dalam sejarah dimana dalam masa sepenggal hutang kerajaan sebanyak RM 3 bilion.. Tahniah kepada Pas kerana merosakkan ekonomi negeri Kedah dengan beban hutang yang begitu besar..

Bayangkan jumlah RM 3 bilion dimanfaatkan untuk rakyat Kedah seramai 1,910,174 orang (statistik), setiap seorang bakal memperolehi RM 1361 mengikut kiraan tunai .. Tetapi sekarang ini setiap seorang rakyat di Kedah perlu menanggung hutang sebanyak RM 1361, jumlah yang sama untuk lunaskan hutang tinggalan kerajaan Pas.. Adakah ini satu keadilan bagi rakyat Kedah??

lembah Agro

keli k
Di Kedah, banyak lagi projek projek terbengkalai dibawah kerajaan Pas seperti projek Kedah Agro Hub(pengkalan hasil pertanian) negeri Kedah yang bertempat di Sungai Petani, Projek Keli-K, Sulihh, projek perumahan, projek pembalakkan di PAPUA NEW GUINEA dan pelbagai lagi projek projek tidak dilaksanakan..

Sebagai contoh Sulihh, Projek yang dianggar melibatkan pelaburan RM35 bilion itu dijangka siap pada 2013 dan apabila beroperasi nanti sepatutnya dapat menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan dan menjana peluang pekerjaan kepada penduduk. Projek sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan walaupun sudah sepenggal Pas memerintah dan program pecah tanah yang dirancang berapa kali dibatalkan.



Dahulunya Pas ingin menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.. Kerajaan Pas Kedah dulu menghabiskan jutaan ringgit untuk membawa deligasi( Exco, Adun Pas, dan pemimpin pemimpin Pas kawasan) ke luar negara seperti eropah, timur tengah, Australia, China dan negara Asean kononnya atas nama lawatan sambil belajar mencari idea untuk membangunkan Kedah, REALITInya tiada apa teknologi baru yang dibawa, yang ada hanyalah kepuasan senyuman dari pemimpin Pas dapat melancong percuma.. (Bukti gambar ada dalam simpanan aku)

Untuk pengetahuan semua, apa yang aku tulis diatas ini dari kaji selidik yang aku jalankan sendiri mengikut isu isu yang pernah kami ( bloggers Kedah) bangkitkan sebelum ini.. Masih banyak lagi isu isu agak sulit yang belum dikeluarkan kerana ada beberapa pekara masih dalam siasatan..

Itulah sebanyak banyaknya bangkai busuk yang ditinggalkan oleh kerajaan Pas untuk rakyat Kedah walaupun hanya sepenggal memerintah.. Banyak pekara yang perlu dilakukan oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz untuk mencuci bangkai yang ditinggalkan oleh mereka..

Walaupun berat untuk memikul amanah sebagai Menteri Besar, Aku yakin dengan kemampuan YAB Datuk Paduka merealisasikan impian anak Kedah untuk menjadikan Kedah sebagai negeri perindustrian, pelancongan dan pertanian..

Nukilan dari Medan Tempur Kedah

Untuk memperingati hutang Pas selama 5 tahun ni, Mc dan TMK telah melancarkan Hashtag untuk Twitter #5tahun3billion Untuk rakyat Kedah sedar betapa 'lemau'nya Pas memerintah, dalam masa 5 tahun 3 billion hutang telah dihasilkan!!

Berbanding UMNO yang di tuduh rasuah, kroni dan pelbagai lagi, sejak merdeka hanya mengumpul 1 billion hutang di negeri Kedah. Kini, pembaca boleh menilai, betapa hasil balak yang Pas tebang tu pergi ke mana.

Kononnya 80 juta, pembangunan takdak, projek hasil habuk! Hutang tak bayar, yang sengsara rakyat Kedah juga!

McTheory:
Tolak Pas, tengok BN buat kerja pulakk!!

GEMPAR!! @MukhrizMahathir Bakal Kedepan Jika PM @NajibRazak dan TS Muhyiddin Di Cabar!!

Posted: 05 Jun 2013 06:15 PM PDT


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, beliau akan berkempen untuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika kedua-dua pemimpin itu dicabar pada pemilihan parti tahun ini.

Katanya, beliau tidak melihat orang lain paling layak untuk dua jawatan tertinggi parti atau mampu bersaing dengan mereka.

"Kalau jawatan tertinggi parti dipertanding iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, saya melihat Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin akan kekal sebagai penyandang.

"Saya sendiri akan berkempen untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Datuk Azimi Daim, 49, sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Mukhriz mengulas gesaan banyak pihak agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertanding pada perhimpunan agung parti itu Oktober depan bagi memantapkan lagi Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 selain mengelak perpecahan dalam parti.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, beliau tetap akan membantu pasukan bola sepak Kedah dalam apa juga kapasiti meskipun tidak menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) seperti menteri besar lain sebelum ini.

"Walaupun tanpa jawatan itu, saya tetap akan bantu. Saya sentiasa terbuka kepada cadangan," katanya.

Jawatan presiden KFA dipegang bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sejak 2008 selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan Perlembagaan persatuan itu sebelum ini yang menetapkan presiden persatuan ialah Menteri Besar Kedah.

KFA bagaimanapun meminda Perlembagaan pada 2010, dan jawatan presiden serta anggota eksekutif KFA bukan lagi automatik atau dilantik seperti sebelum ini sebaliknya semua jawatan akan dipertandingkan. - BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...