Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Guan Eng Punca Bangunan UMNO Penang Runtuh?

Posted: 13 Jun 2013 10:39 AM PDT


Di bawah adalah gambar pejabat UMNO Penang yang sedikit runtuh akibat ribut kencang petang semalam. Dalam kita sibuk dengan bangunan UMNO yang runtuh tu, Guan Eng pun datang 'enterframe' nak sibuk sekali. Malangnya bahasa Guan Eng ni, lebih kurang apek jual sayur kat pasar!!


"Menara Ibupejabat UMNO Pg yg luntur skrg akibat ribut kencang"
Guan Eng yang dikatakan typo tu, dikutuk teruk oleh pengamal media sosial. Seorang Ketua Menteri boleh guna perkataan sebegitu? pehh memang lawak laa..

Lepas teruk di kutuk, Guan Eng pun mengubah bahasanya.. he he..
"Salah taip yg betul lentur ibupej umno yg sebelum ini tegak-Menara Ibupej UMNO Pg yg luntur skrg akibat ribut kencang"
Kah kah kah.. seorang Ketua Menteri Pulau Pinang, masih gagal menguasai bahasa Melayu, bahasa rasmi negara Malaysia. Orang macam Guan Eng ni layak ka jadi KM Penang?

Lepas ni, penasihat atau pembantu Guan Eng perlu bawa dia pi kelas bahasa Melayu. Suruh Guan Eng belajar bahasa Melayu dulu, sebelum dia sekali lagi memalukan dirinya apabila salah mengunakan perkataan yang sepatutnya, atau dia salah eja. he he he..

Guan Eng punya lawak membuatkan berita bangunan UMNO Penang yang runtuh ni, tengelam dengan lawak jenaka Guan Eng yang buta bahasa Melayu. he he he..

Kat bawah ni gambar-gambar Bangunan UMNO Penang yang sedikit 'luntur'.. ha ha ha..





McTheory:
Mana yang Eksklusif ni, Guan Eng ka, bangunan runtuh? kah kah kah...

PANASS!! Mukhriz Bazirkan Jutaan Ringgit Untuk 'Renovate' Wisma Darulaman!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 13 Jun 2013 04:03 AM PDT


 Mc ni tak kerja pun di Wisma Darulaman tu, tapi bila ada orang panggil untuk berbual dan beri pendapat, Mc pun pi la. Bila pi sana, Mc tengok takdak sebarang perubahan atau benda besar yang berlaku, kecuali perubahan pimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

Selepas pulang ke rumah di Kulim, ada orang tanya Mc, betul ka Wisma Darulaman sedang di 'ubahsuai' atau dalam bahasa melayunya 'renovation' sebab orang melayu lebih suka cakap 'renovate' dari ubahsuai. Maknanya ia telah di melayukan lahh.. he he he..

Mc pun terkejut, lalu Mc tanya la, dari mana hangpa tau semua ni? Depa kata, depa baca dalam blog dan FB puak Pas Kedah. Geleng kepala Mc dengar semua benda mengarut ni. Hinggakan Wisma Darulaman di ubahsuai pun depa boleh tipu, apa punya teruk la.

Kalau orang Kedah yang diluar Alor Setar tu mungkinlah boleh percaya, tapi kalau penduduk Alor Setar sendiri, rasanya boleh datang tengok sendiri kot bangunan Wisma tu sedang diubahsuai atau tidak.

Nak buat cerita pun biarlah logik sikit, Pas tinggalkan hutang rm3 billion kepada kerajaan BN Kedah. Selama 5 tahun Pas perintah, rm2 billion telah ditambah ke katung hutang  Soo macam mana Mukhriz nak bazirkan duit untuk buat perkara yang bukan-bukan?

Dah la dulu duit balak rm80 juta Pas sapu masuk poket sendiri, langsung tak bangunkan Kedah dengan duit tu, lanih dok dengki BN bawa masuk projek untuk majukan Kedah. Memang haprak sungguh puak ni.

Sedang Mukhriz dok sibuk cari duit untuk bawa masuk pelaburan ke Kedah. Pas Kedah dan konco-konconya dok sibuk memfitnah yang bukan-bukan. Jenis menatang nama Pas ni memang payah nak dok diam. Kerja depa asyik dok fitnah.

Mc rasanya dah malas nak layan puak Pas ni, tapi kadang-kadang lawak juga bila baca artikel depa. Tapi paling lawak bila ada orang bodoh yang dok pi percaya baca apa yang depa tulis. Tu lagi bahalol!! he he..


McTheory:
Dari percaya Pas, baik percaya katak puru.. sebab katak paling kuat dia lompat saja pun.. hehe..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...