Kedah Ke KL - MctHeory |
- Video Menarik! Kaabah Di Cuci Untuk Sambut Ramadhan!!
- PANASS!! Apa akan jadi jika Ahli Parlimen Pembangkang Boikot?
- PANASS!! Azhar Idrus Mengayat Perempuan Booking Bilik Hotel!
- PANASS!! Bala Bakal Menimpa Nurul Izzah!!
- PANASS!! Kisah Pegawai Mukhriz Jutawan Kapal Laut!! #HanyaDiKedah
- GEMPAR!! Anwar Ibrahim Derita Penyakit HIV? #TolakPR
Video Menarik! Kaabah Di Cuci Untuk Sambut Ramadhan!! Posted: 12 Jun 2013 08:18 AM PDT Semalam berlangsung upacara membersihkan Kaabah sempena kehadiran bulan Ramadan yang tak berapa lama lagi. Kaabah dicuci dengan campuran khas air zam-zam dan air mawar. Upacara itu diketuai Gabenor Makkah, Putera Khaled A-Faisal dan imam Sheikh Abdul Rahman as Sudais dan penolongnya, Muhammad A-Khozaim. Turut hadir beberapa diplomat asing dari beberapa buah negara Islam. -mynewshub |
PANASS!! Apa akan jadi jika Ahli Parlimen Pembangkang Boikot? Posted: 12 Jun 2013 05:36 AM PDT Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen. "Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau Ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya. Beliau mengulas rancangan yang disuarakan oleh NGO tertentu agar wakil Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai ahli parlimen. Pada 7 Jun, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan. Bagaimanapun, pada hari yang sama Penasihat DAP Lim Kit Siang dilapor menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya. Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu membuat pendirian yang sama dengan menolak gesaan memulaukan sidang Parlimen sambil menegaskan MP PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa. Mengulas lanjut, Pandikar berkata anggota dewan masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain selepas majlis berkenaan, dengan alasan tertentu. "Ya, boleh mengangkat sumpah tetapi bagi mereka yang mempunyai alasan tidak boleh mengangkat sumpah pada hari pertama. "Kalau sengaja dengan alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph enam bulan, maka gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran saya," katanya. Pandikar berkata sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mengangkat sumpah, ia juga disifatkan sebagai "penghinaan" terhadap sistem di negara ini. "Oleh kerana takut dilucut selepas enam bulan dan dia failkan ada hari alternatif untuk angkat sumpah, kenapa buat begitu. Kenapa? "Kalau mereka mahu buat begitu, barangkali saya sebagai speaker, saya juga mungkin boleh boikot waktu mereka mengangkat sumpah pada hari berlainan. "Kalau (MP) boleh boikot sistem demokrasi, saya juga sebagai speaker barangkali mungkin saya membuat pendirian saya akan boikot, pada hari mereka mengangkat sumpah. "Jadi timbalan-timbalan saya juga akan boikot. Tidakkah begitu jadinya?," katanya dengan nada berseloroh sambil menambah tindakan tersebut dilihat sebagai satu penghinaan terhadap parlimen dan Yang Dipertuan Agong. |
PANASS!! Azhar Idrus Mengayat Perempuan Booking Bilik Hotel! Posted: 12 Jun 2013 02:18 AM PDT Terkejut bila Mc baca pasal UAI di blog Keris7Lok. Dikatakan ada seorang budak perempuan telah mengaku pernah digoda oleh Azhar Idrus! Mak Aih! Siapa sebenarnya perempuan ini, beraninya dia? Dengan kenyataan yang menimbulkan syak, memang sesuatu yang tak patut dibuat main. Mc bukan nak defend Azhar Idrus, tapi kalau betul-betul Azhar Idrus buat, kenapa tak buat laporan polis sahaja dari dulu? Apapun Azhar Idrus wajib jawab untuk pastikan rakyat Malaysia tahu kebenaran. Tapi jangan tuduh BN pulak buat pasal. Jangan jadi tipikal Pakatan yang nyamuk gigit kaki pun disalahkan UMNO dan BN. Tak pun memang puak penyokong UAI yang buat sebab populariti UAI sejak #PRU13 menurun bila dia sokong PAS dan Husam di Putrajaya yang menjadikan status quo dia sebagai penceramah sudah tidak lagi neutral dan berpihak. Apapun, saja la nak tanya, Azhar Idrus, ni dah tiga kali kawin dah, bila pulak agaknya nak naik haji? McTheory: Nak kata tak mampu, dah tiga kali... hmm |
PANASS!! Bala Bakal Menimpa Nurul Izzah!! Posted: 11 Jun 2013 11:17 PM PDT Nampak gaya Nurul Izzah bakal kehilangan kerusi parlimennya. Kes salah laku melibatkan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar merupakan antara isu 'heavyweight' yang difailkan di dalam petisyen Barisan Nasional (BN), demikian menurut Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun. Di Parlimen Batu melibatkan YB Tian Chua dikatakan hilang kelayakan untuk bertanding. Manakala di Parlimen Lembah Pantai lebih kepada taktik berkempen melampau YB Nurul Izzah menentang Datuk Raja Nong Chik. Tian Chua sebelum ini dikatakan hilang kelayakan sebagai calon apabila terlibat dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan suatu perhimpunan awam dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000. Manakala Nurul Izzah pula didakwa menggunakan taktik kotor serangan peribadi terhadap pesaingnya di Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkaitan isu pembelian tanah dan harta, selain menuduh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai rasis. Petisyen yang difailkan BN berasaskan kepada fakta dan bukti kukuh dan tidak menjadikan jumlah petisyen difailkan Pakatan Rakyat yang sebagai satu isu besar. Maknanya petisyen ini bukan nak tunjuk kita tak puas hati sebab kalah, tetapi mahu undang-undang tidak dipandang remeh, sebaliknya kelayakan menjadi calon parlimen atau DUN adalah paling utama sebelum seseorang dilantik. BN tak payah nak bising buat demo untuk bantahan. Cukup mengunakan jalan demokrasi. Sedangkan kalau diikutkan, PR lagi banyak buat salah dari BN! |
PANASS!! Kisah Pegawai Mukhriz Jutawan Kapal Laut!! #HanyaDiKedah Posted: 11 Jun 2013 08:26 PM PDT Tersebar kisah Isteri MB naik kapal persendirian untuk pergi ke Langkawi. Tudiaa.. mewahnya MB Kedah ni, habis la duit rakyat Kedah no.. ishh ishh ishh.. sampai nak pi Langkawi pun sewa kapal. Apa punya teruk la Isteri MB ni, kalau nak flightkan senang. he he he.. Untuk pengetahuan puak Pas yang buka cerita ni, kapal tu sebenarnya kepunyaan si Setiausaha Akhbar MB, orang Kolumpo yang hangpa kata tu laa.. nama dia Azrin (bukan nama sebenar). Azrin ni jutawan sebenarnya. Mukhriz bagi dia duit berbillion-billion semata-mata untuk beli kapal saja. Azrin ni bukan saja ada kapal mewah macam hangpa kata tu, kapal laut dia ada, kapal terbang, kapal korek, kapal selam dan juga kapal terbang kertas. Memang mewah la si Azrin ni, malah kapal si Azrin ni boleh bertukar menjadi jet pejuang. Kira-kira macam tranformers laa.. Hebat bukan? Alang-alang nak buat cerita dongeng, lain kali buat betul-betul. Ni tak, cerita fitnah dan dongeng tu sampai tak masuk akal. Mula-mula kisah MB guna duit rakyat pi melancong. Nak tuduh pun agak-agak la, MB kita tu bukan lekeh takdak duit. Dia tak akan usik duit rakyat untuk kepentingan diri. Lepas tu tuduh MB buat kenduri perabih duit rakyat, yang terbaru Isteri MB pula sewa kapal persendirian untuk pergi ke Langkawi. he he he.. Betul ka tuduhan tu? Rasanya hangpa kena check balik, betul ke Isteri MB turut ke Langkawi sewaktu MoU, LADA - Pekan Artisan? Macam mana nak tuduh Isteri MB naik kapal, sedangkan dia tak pi pun waktu tu? he he he.. lawak laa. Cerita pasal Azrin pula. beliau sekarang ada di KL untuk menguruskan media di sana. Macam mana boleh kata dia ada disini? adehh.. fitnah terlampau, sampai jadi bodoh. Mc tau, fitnah dan persepsi yang Pas cuba buat terhadap Dato Mukhriz. Pas saja nak wujudkan persepsi 'mewah' terhadap keluarga Dato Mukhriz dan lama kelamaan rakyat Kedah akan rasa benci dan menganggap Dato Mukhriz mewahkan keluarganya dan ketepikan rakyat. Bila benda macam tu dah tertanam dalam minda rakyat Kedah, maka sukar untuk kita tepis lagi apa saja tuduhan terhadap Dato Mukhriz. Walaupun perkara tersebut tak masuk akal dan fitnah. Sebab tu dari sekarang lagi Mc dan TMK membendung perkara ini dari terus tersebar! Sebab benda fitnah, kalau diulang, lama kelamaan rakyat akan percaya dan menganggap ianya betul. Itulah senjata internet, senjata persepsi! Tapi gambar kat bawah ni adalah gambar yang betul, bukan persepsi atau fitnah, Inilah rumah mewah, yang dihadiahkan kontraktor kepada seorang bekas exco Pas yang sangat popular. Ini bukan fitnah, ini betul-betul.. Dulu sebelum jadi Adun dan Exco, Adun Pas ni hidup macam orang biasa saja, tak mewah. Namun sejak naik jadi exco, rumah berbuah-buah, duit berkoyan-koyan. Pelikkan, dari mana semua tu datang? Duit balak ka duit projek, atau duit rakyat? Ini barulah orang kata 'makan duit rakyat'!! McTheory: Betul tak Phahrolrazi? |
GEMPAR!! Anwar Ibrahim Derita Penyakit HIV? #TolakPR Posted: 11 Jun 2013 05:42 PM PDT Beberapa hari ini,isu Anwar dijangkiti HIV kembali diperkatakan oleh beberapa media sosial apabila ramai yang menegur wajahnya yang semakin cengkung dan'hitam'. Sebelum ini kisah Anwar mengambil 'cocktail drugs' yang dikatakan mampu melambatkan kesan HIV pernah didedahkan oleh beberapa blog. Ubat tersebut dikatakan berharga sehingga ribuan ringgit sebiji dan perlu dimakan setiap hari bagi memastikan tubuh tidak terkesan dengan kuman HIV. Namun,kisah tersebut tidak begitu diperbesarkan memandangkan tiada siapa yang boleh mengemukakan bukti. Ini kerana, tidak seperti Anwar yang gemar menuduh tanpa bukti, pihak BN lebih mengambil berat soal 'bukti'dalam memperkatakan keburukan pembangkang. Justeru, kisah Anwar dijangkiti HIV ini menjadi hambar dan tawar. Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya, jika tidak sakit, kenapa wajah Anwar nampak begitu 'terganggu'? Kenapa tiada cahaya diwajahnya seperti wajah Datuk Seri Najib mahupun Tun Mahathir yang jauh lebih tua lagi? Jelas,di wajah Anwar terpacar jiwa yang kacau, minda yang bercelaru serta tubuh yang lesu. Seolah-olah sesuatu sedang memakan tubuhnya dari dalam, sehingga tiada lagi rasa bersalah, rendah diri atau kejujuran. Yang tinggal di wajah Anwar hanyalah kerakusan dek cita-cita yang tidak pernah padam. Renungan matanya dalam dan kelam, tanpa sedikit pun ketenangan.Anwar seolah-olah sedang menjadi mayat hidup, mereput dan membusuk dari dalam secara perlahan-lahan. Kita tahu bahawa Anwar takutkan tiga perkara di dalam dunia ini iaitu: i) Rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan; ii) Isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah; dan iii) Pendedahan Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau yang bakal'menelanjangkan' Shamsidar Ketakutan ini pasti mengganggu tidur Anwar. Jika ini benar, maka isu pencerobohan Lahad Datu pastilah yang paling ditakutinya kerana ia bukan lagi isu peribadi, tetapi isu yang melibatkan dua negara. Pengkhianatan kepada negara sudah cukup besar untuk mengganggu jiwa Anwar. Tetapi apa yang lebih dahsyat dari itu ialah ia melibatkan nyawa manusia. Bukan sahaja nyawa manusia yang tidak bersalah, tetapi juga manusia yang bermain dengan ilmu hitam. Jika benar beliau merupakan dalang pencerobohan tersebut,kedua-dua pihak merupakan mangsa kerakusan Anwar untuk berkuasa. Bayangkanlah, betapa beratnya tanggungan jiwa Anwar ketika ini. Walau bagaimanapun,tidak mustahil Anwar langsung tidak merasa terganggu dengan segala bebanan itu. Tidak mustahil Anwar adalah jenis manusia 'sociopath' yang tidak tahu merasa bersalah.Tidak mustahil wajah cengkung Anwar itu tidak berkait dengan apa-apa selain keletihan yang teramat sangat kerana tenggelam dalam penipuannya sendiri. Namun,tidak kira apapun penyebab wajah cengkung Anwar, ramai yang bersetuju bahawa manusia dengan jiwa yang murni tidak mungkin akan memperlihatkan wajah yang sebegitu terganggu. Justeru,hanya satu saja jawapan yang pasti mengenai teka-teki wajah Anwar iaitu, beliau bukanlah pejuang di jalan yang benar. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment