Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Punca Sebenar Rusuhan Perlawanan Diantara Pahang VS Johor DT!!

Posted: 01 Jun 2013 08:23 AM PDT


Kah kah kah.. jangan marah.. lawak tengah-tengah malam ni.. he he he..

PANASS!! Ujian Getir Pertama Sebagai Menteri Besar Kedah!! #HanyaDiKedah

Posted: 01 Jun 2013 05:39 AM PDT


Kebanyakan rakyat Kedah bersyukur apabila BN berjaya menawan semula Kedah dari tangan Pakatan. Semoga ada perubahan yang dibuat oleh pimpinan baru Kerajaan BN Kedah yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato Paduka Mukhriz.

Semalam Mc ada keluarkan cerita parasit dalam SLC Kerajaan Negeri Kedah. Banyak juga benda yang parasit buat hingga boleh menjejaskan Kerajaan Negeri. Nak baca boleh klik SINI. Itu baru cerita SLC, belum lagi cerita di Wisma Darulaman. Kalau SLC pun dah kecoh, macam mana pula dalam Wisma ya? 

Apa yang rakyat Kedah tak tahu ialah, bagaimana MB baru kita ni nak bersihkan kembali organisasi dalam Wisma Darulaman yang telah tercemar dengan karat-karat hijau yang merosakan. Karat-karat hijau ni lah yang akan merosakan segalanya, kemungkinan sabotaj dari dalam atau cerita yang tak sepatutnya keluar juga akan disebabkan karat hijau ni.

Itu baru cerita karat hijau, belum lagi tunggul-tunggul kayu yang tak berguna dalam Wisma Darulaman tu. Tunggul kayu yang merasa diri mereka hebat kerana ada kuasa orang atas, pada hakikat yang sebenar, tunggul kayu yang patut dibuang dalam longkang!

Mc terpaksa mengunakan ayat 'persamaan' atas kerana bimbang rambut dalam tepung yang cuba ditarik oleh MB kita akan berselerak. Harap pembaca faham dengan apa yang Mc tulis. Kalau tak faham pun, buat-buatlah faham. Cuma apa yang Mc nak bagitau, sekarang adalah fasa paling sukar bagi seseorang pemerintah untuk menyusun organisasinya, namun ada pula sekumpulan bijak 'ter'lampau pandai, datang cuba mengawal MB dari membuat keputusan.

Alangkah baiknya jika Mc dapat meluahkan segala-galanya disini tanpa selindung dan segan silu. he he.. nescaya akan Mc terjah sekor-sekor manusia yang 'ter' lampau pandai itu. he he.. namun ini baru fasa permulaan bagi sebuah Kerajaan Negeri yang baru diambil alih.

Beri masa MB kita bernafas, tunggul-tunggul kayu kat Wisma tu jangan dok kacau MB laa.. hangpa pi buat kerja hangpaa..biar dia susun orang dia sendiri, dok sibuk buat apa. Sampai Setiausaha Akhbar MB pun hangpa nak tentukan, itu nampaknya dah tahap melampau!

Mc minta rakyat Kedah bersuara dan beri sokongan pada MB baru kita ni, rakyat Kedah lebih berhak bersuara dari mereka yang merasakan diri mereka pandai tu. Berdoalah supaya MB kita berjaya menepis segala ujian permulaan ini. Anggap ia ujian dari Allah.


McTheory:
Ya Allah Selamatkanlah Kedah dari tangan-tangan yang menghancurkan..

PANASS!! Polis Sudah Mengenal Pasti Siapa Red Army!! #SupportPDRM

Posted: 01 Jun 2013 02:17 AM PDT


KUALA LUMPUR  - Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.

Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan YouTube.

"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu. - Utusan


 McTheory:
Tunggu lagi? Tangkapppp!!

GEMPARR!! Kumpulan Kiram Nak Ceroboh Sabah Semula? #LahadDatu

Posted: 31 May 2013 11:17 PM PDT


Nampaknya ada khabar angin yang tersebar. Tentang pencerobohan semula kumpulan Kiram.

Penduduk Sabah khususnya di Sandakan dan Lahad Datu diingatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya pengganas kumpulan Kiram merancang menceroboh kawasan itu sekali lagi pada bila-bila masa.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, khabar angin itu adalah tidak berasas dan bertujuan menakut-nakutkan penduduk di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau keadaan keselamatan di kawasan berkenaan bagi melindungi rakyat serta mempertahan negara daripada sebarang ancaman.

Katanya, sehingga hari ini, anggota keselamatan masih menjalankan kerja-kerja memantau keadaan di Sabah dan pihaknya akan memaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan.

"Saya nasihatkan kepada orang ramai di kawasan terbabit supaya tidak mempercayai khabar angin itu kerana kita memantau menerusi kerjasama PDRM selain maklumat daripada perisikan," katanya.

Zulkifeli mengulas khabar angin kononnya kumpulan pengganas Kiram sekali lagi akan menceroboh Sandakan, Sabah dan beberapa kawasan lain di negeri itu bulan depan.

Menurut Zulkifeli, segala maklumat mengenai pergerakan pengganas adalah dalam radar pasukannya dan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.

"Jika berlaku sesuatu kerajaan akan memaklumkan kepada penduduk di kawasan itu. Jadi penduduk yakinlah segala bentuk ancaman kita akan ketahui dan tidak perlu berasa bimbang," katanya.

Baca akhbar atau dapatkan sumber yang boleh dipercayai. Jangan percaya khabar angin. Kalau blog dan portal puak PR tu, tak payah baca la, lagi banyak perkara mengarut dan fitnah.

McTheory:
Dari baca blog dan portal puak tu, baik baca komik jepun.. lagi faedahh.. heh..

GEMPAR!! 20 Ribu Mahasewel Rempuh Zahid Hamidi!! #Kelakar

Posted: 31 May 2013 08:12 PM PDT


Mc risau gila keadaan menteri KDN baru kita ni. Apa la nasib beliau bila ada mahasewel nak rempuh beliau yang baru naik jadi menteri ni.

Sekumpulan mahasiswa semalam berhimpun di Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik.

Berkumpul bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 20 mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap menteri yang baru dilantik itu. Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa walaupun menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap berat sebelah.

Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas. Tarikan di protes tersebut ialah kehadiran ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang, yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada hari Rabu.

Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis. "Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu.- UtaraNews

Video mahasewel melalak, boleh tengok kat bawah ni,


Ramai siot.. dalam ratus ribu budak-budak IPTA dan IPTS, hanya 20 orang saja yang jadi pencacai Anwar berdemo tolak Menteri KDN baru. Relevan la sangat demo ni, kalau nak berdemo pun agak-agak la.. upah la ramai sikit bebudak datang kalau setakat ramai 20 orang ni, budak taska pun lagi ramai tau. he he..

McTheory:
Bantah menteri dengan 20 orang? Tak logik sungguh!

HOT INFO! Beranikah Anwar Melanggar Titah Yang Di Pertuan Agong? #Blackout505

Posted: 31 May 2013 06:21 PM PDT



Mc tertarik dengan titah YDP Agong semalam, banyak berkait rapat dengan apa yang terjadi sekarang. Ternyata nasihat YDP Agong memang tepat. Cuma Mc nak tengok sama ada Anwar berani langgar titah YDP Agong, dengan terus membuat himpunan Blackout Mental 505 nya tu.

Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah bertitah,

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara."

"Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia,"

Dengan titah Yang Di-Pertuan Agung itu, maka segala perancangan Pakatan Pembangkang untuk mengadakan sebarang perhimpunan haram untuk meneruskan tohmahan buruk ke atas keputusan PRU13 yang lepas dengan secara sendiri terbatal dan tidak patut disokong oleh sesiapa pun mempunyai 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' nya.

Maka selepas ini, sesiapa yang tidak menggunakan kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara, maka mereka itu boleh dianggap engkar dan mengkhianati titah Yang Di-Pertuan Agung.

Malah, tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang begitu bodoh tidak tahu sistem pilihanraya dan pembentukan kerajaan berkonsepkan First Past The Post juga amat memualkan rakyat terutamanya kepimpinan DAP yang parti mereka sendiri terbukti menjalankan proses pemilihan CEC DAP yang meragukan dan amat memalukan sekali.

Sila baca :
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

 
Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini Jumaat malam.
Baginda bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."
"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

 
Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu. 
"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.
"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.- Agenda Daily

McTheory:
Berani Anwar langgar titah YDP Agong? Nak tengok penderhaka alaf baru..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...