Chegubard dituduh anjur perhimpunan tanpa permit

Petaling Jaya: Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, bulan lalu.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard, 35, bagaimanapun hanya mengangguk kepala sebaik pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Yasmin Abdul Razak.
Gagal maklum polis


Dia yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebagai penganjur perhimpunan Program Penghargaan Kepada Pengundi Negeri Selangor didakwa gagal memaklumkan kepada Polis Petaling Jaya mengenai perhimpunan yang akan diadakan, dalam tempoh ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

Chegubard dituduh melakukan kesalahan itu di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Bandaraya Petaling Jaya, antara 5 petang hingga 12 tengah malam, 25 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon supaya Chegubard dikenakan ikat jamin dengan seorang penjamin mengikut Seksyen 387 Kanun Prosedur Jenayah.
9 Julai sebutan kes

Bagaimanapun, Chegubard yang tidak diwakili peguam memohon jaminan diberikan dengan kadar munasabah atas alasan memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan kes.

Mahkamah tidak memerintahkan sebarang jaminan dan menetapkan 9 Julai ini untuk sebutan kes serta melantik peguam
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...