CELAH GELEGAR |
- [MUSIBAH] Rumah Saifuddin dipecah masuk
- [Parti Sosialis Malaysia (PSM) DITENDANG PR] Saifuddin: PSM tidak lagi bersama PR
- [DAP & PAS TOLAK PKR] DAP, PAS SEPAKAT Tolak Cadangan BODOH PKR Boikot Sidang Parlimen
- GAMBAR MESRA Selebriti Hanis Zalikha tersebar
- [GAMBAR] Ustaz Azhar Idrus
- [PR BERTELAGAH] PKR PULAU sidang Parlimen 24 Jun ini, DAP TIDAK PULAU
- [GANAS] Video pelajar dibelasah oleh 'USTAZ' tersebar
[MUSIBAH] Rumah Saifuddin dipecah masuk Posted: 09 Jun 2013 02:18 AM PDT MACHANG - Dua penjenayah terpaksa berputih mata apabila ditahan tidak sampai 48 jam selepas memecah masuk rumah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Kampung Air Hijau, dekat sini, Khamis lalu. Turut ditemui bersama mangsa, pelbagai barangan milik Saifuddin termasuk komputer riba, jam tangan, telefon bimbit dan kad bank. Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Che Malek Bedot berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 6.30 petang pada 6 Jun daripada pengadu yang juga merupakan kakak ipar kepada bekas Ahli Parlimen Machang itu. Katanya, pihaknya membuat operasi tangkapan dengan segera dan berjaya menahan dua suspek pada jam 1.05 pagi semalam. " Ketika kejadian, mangsa dan keluarga tiada di rumah dan kejadian tersebut disedari agak lewat. Suspek dipercayai pecah masuk rumah tersebut pada waktu malam. Hasil tindakan segera, dua lelaki Melayu berusia 23 dan 27 tahun yang juga penagih dadah ditahan di rumah masing-masing serta pihak polis berjaya menemui beberapa barangan milik mangsa . "Pecah rumah ini dipercayai melibatkan dilakukan dalam kumpulan dan tiga lagi masih bebas namun identiti mereka telah dikenal pasti. Kerugian pada kejadian tersebut dianggarkan bernilai RM25,350 yang mana melibatkan pelbagai barangan dan juga wang tunai, mata wang asing," katanya kepada media di sini, hari ini. Hadir sama pada sidang media tersebut, Ketua Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Loo Lian Lai dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan Kama Azural Mohamed. Che Malek berkata, kedua-dua mangsa mempunyai rekod jenayah lampau (pecah rumah) dan penyalahgunaan dadah dan akan ditahan reman sehingga 11 Jun ini bagi siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Katanya, suspek yang merupakan penduduk tempatan itu dipercayai bekerja sebagai penoreh getah manakala seorang lagi tidak bekerja. Sinar Harian difahamkan, seorang daripada suspek baru sahaja keluar penjara pada Disember lalu atas kesalahan yang sama. |
[Parti Sosialis Malaysia (PSM) DITENDANG PR] Saifuddin: PSM tidak lagi bersama PR Posted: 09 Jun 2013 12:07 AM PDT SHAH ALAM[DIKEMASKINI] - PR menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution. Menurutnya, keputusan tersebut jelas telah dilakukan bersama ahli Majlis Tertinggi PR yang lain selepas mesyuarat yang diadakan sebelum ini. Tambahnya, berkenaan surat "hitam putih" yang diminta PSM akan diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut. "Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak. "Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Semalam, PSM menggesa PR memberikan jawapan bertulis berhubung permohonan penyertaannya dalam pakatan tersebut bagi meleraikan percanggahan keputusan yang berlaku. Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata, permohonan untuk menyertai PR telah dihantar secara "hitam putih" pada September tahun lalu. Tambahnya, permohonan itu dilakukan atas sebab permintaan rakyat untuk PSM disatukan dengan PR. "Sudah terlalu lama, kita harap PR dapat menghantar surat secara bertulis mengenai status permohonan kami. "Kami keliru keputusan bercanggah...Kami juga tidak mahu rakyat keliru," katanya. Ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bercanggah dengan keputusan PR berhubung isu permohonan PSM, Saifuddin berkata Karpal tidak hadir mesyuarat itu. "Keputusan itu dibuat bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Tanyalah mereka," katanya. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali turut mengesahkan PR telah menolak PSM untuk menjadi sebahagian daripada parti perikatan itu. "Memang mesyuarat masa itu, kita tolak PSM. "...Karpal tidak hadir mesyuarat itu, sebab itu beliau tidak tahu," katanya. |
[DAP & PAS TOLAK PKR] DAP, PAS SEPAKAT Tolak Cadangan BODOH PKR Boikot Sidang Parlimen Posted: 08 Jun 2013 10:36 PM PDT PETALING JAYA: DAP dan PAS menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya pakatan pembangkang memboikot majlis perasmian persidangan Parlimen penggal ke-13. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen, manakala Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata langkah itu hanya dilihat sebagai penghinaan kepada rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen. Kedua-dua pemimpin pembangkang itu berkata demikian sebagai mengulas cadangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memboikot persidangan Parlimen sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Anwar membuat cadangan itu selepas gesaan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memboikot persidangan yang akan bermula pada 24 Jun ini. "Pendirian kami (DAP) sama dengan pandnagan (penasihat parti) Lim Kit Siang," kata Loke. Sebelum ini Lim dipetik dalam portal berita sebagai berkata bahawa DAP tidak mempunyai rancangan untuk memboikot Parlimen. Sementara Dr Mahfodz berkata bahawa menjadi satu kewajipan bagi mereka yang memenangi pilihan raya untuk menghadiri sesi Parlimen. "Kita tidak perlu menghina Parlimen, kerana ia adalah serupa dengan membelakangkan rakyat," kata Dr Mahfodz yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Johor pada PRU yang lalu. Dr Mahfodz, yang juga Pesuruhjaya PAS Johor berkata bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya hendaklah memfailkan petisyen di mahkamah. |
GAMBAR MESRA Selebriti Hanis Zalikha tersebar Posted: 08 Jun 2013 08:31 PM PDT PERJALANAN sebagai seorang selebriti tidak menjanjikan seseorang itu akan melalui detik-detik indah semata-mata dalam hidupnya. Sebaliknya, tatkala kaki melangkah ke dalam bidang seni, maka artis tersebut perlulah bersedia berkongsi segala cerita termasuk perihal peribadinya. Mengakui tidak selesa dan berasa janggal apabila kisah peribadinya menjadi perhatian, namun akhirnya terpaksa akur bahawa kedudukannya sebagai seorang selebriti tidak memungkinkan dia boleh berbuat demikian. "Saya akui, pada mulanya saya tidak suka bercakap mengenai hal peribadi, tapi lama-kelamaan saya mula belajar bahawa ada kalanya bukan kerja sahaja diberi perhatian, tetapi juga kehidupan peribadi seseorang artis itu. "Bagaimanapun saya jadi lebih berjaga-jaga agar perkara yang tidak sepatutnya didedahkan, diketahui umum kerana nanti lain pula jadinya. Biarpun sedaya upaya ditepis, namun lama kelamaan seseorang itu harus akur bahawa hak privasinya tidak lagi seperti dahulu dan perkara itu diakui sendiri oleh selebriti yang semakin meningkat naik, Hanis Zalikha. "Lagipun saya tak mahu orang salah sangka mengenai penglibatan saya dalam bidang ini. Saya tak mahulah hanya kerana satu perkara remeh, karier saya jadi taruhan," ujarnya yang mula dikenali menerusi filem Gangster Celop. Ditebak mengenai gambar mesranya dengan seorang lelaki tersebar di ruang maya minggu lalu, Hanis yang juga pengacara dan blogger terkenal mengakui agak terkejut dan bingung mengenai punca penyebaran gambar tersebut. "Gambar tersebut diambil dua tahun lepas dan lelaki tersebut adalah bekas teman lelaki saya. Dia yang muat naik gambar tersebut di laman Instagram miliknya. "Saya pun agak tertanya-tanya apa motif di memuat naik gambar itu. Mungkin dia terkenang kembali kot (ketawa). Mula-mula saya tak kisah mengenai gambar tersebut, tetapi bila keluar di dada akhbar dan ada pula yang kata saya kaki propa, jadi tak seronoklah. "Bagaimanapun saya difahamkan, dia sendiri sudah memadam gambar tersebut. Apa yang berlaku ini saya anggap sebagai lumrah apabila bergelar artis," jelasnya. Rindu berlakon Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, ini mengakui agak rindu untuk kembali berlakon kerana dia kini lebih banyak dihujani tawaran mengacara. Ujarnya, dia juga berasa bersyukur kerana dalam tempoh setahun namanya melonjak naik daripada seorang penulis blog kepada seorang artis yang dikenali ramai. "Jika dulu saya sering kata saya mahu mencuba, tapi sekarang saya mula jatuh cinta dan rindu juga untuk kembali berlakon. "Tapi buat masa ini saya terpaksa fokus dalam bidang pengacaraan. Antara program yang saya buat adalah Muzik Xtra di saluran TVi, Raikan Cinta di Astro Ria dan bakal menjalani penggambaran rancangan Mad Markets di TV9 juga akan dibuat penggambaran untuk musim kedua," katanya. "Ini adalah pengalaman saya yang pertama kali dan saya akui agak gementar. Tetapi dalam masa yang sama saya bersyukur kerana pengalaman saya mengacarakan Muzik Xtra secara siaran langsung sedikit sebanyak membantu saya," jelasnya. Jaga penampilan Berkongsi perubahannya selepas dikenali ramai, Hanis berkata, dia mula menjaga imej apabila keluar kerana ibunya sering berpesan agar berpakaian lebih kemas kerana tidak tahu siapa yang akan dijumpai pada hari itu. "Dulu saya pakai ikut apa saya suka, tetapi kini saya mula merias diri sedikit. Tetapi tidaklah secara keterlaluan sangat," katanya yang turut berlakon dalam filem terbaru arahan Aaron Aziz, Kriptik. Hanis juga mengakui agak berdebar untuk menjadi pengacara di karpet merah sempena Anugerah Blokbuster 2 di samping Tasha Shilla, Hefny Sahad dan Hafizul Kamal pada 15 Jun 2013 ini yang akan bersiaran secara langsung di Astro Ria Saluran 104 pada jam 8.30 malam. |
Posted: 08 Jun 2013 07:34 PM PDT |
[PR BERTELAGAH] PKR PULAU sidang Parlimen 24 Jun ini, DAP TIDAK PULAU Posted: 08 Jun 2013 06:58 PM PDT SHAH ALAM – PKR bakal memulaukan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 24 Jun depan, kata Naib Presidennya, Tian Chua. Beliau berkata, tindakan itu dilakukan susulan beberapa tuntutan mereka yang tidak ditunaikan. "Kami hanya menuntut seluruh ahli dalam SPR meletak jawatan, tetapi perkara itu tidak ditunaikan. "Sebaliknya kerajaan beri input lain dengan mahu membuat jawatankuasa khas (PSC) dan sebagainya," katanya. Menurut Ahli Parlimen Batu itu lagi, selagi seluruh ahli dalam SPR tidak letak jawatan pihaknya tidak berminat untuk memberi kerjasama kepada kerajaan. "Kalau mahukan kerjasama daripada PR dalam perkara yang mahukan muafakat syarat itu perlu ditunaikan," katanya. Bagaimanapun, beliau memberitahu akan hadir pada hari perasmian kerana menghormati kehadiran Yang di-Pertuan Agong. "Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, kita akan hadir untuk mendengar titah baginda tiada isu mengenai hal ini. "Tetapi mengenai lain-lain perkara sama ada untuk angkat sumpah, atau menyertai PSC dan pilih wakil pembangkang dalam Parlimen itu kita masih pertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak," katanya. Sementara itu, berbeza pula dengan pendirian parti komponen PR, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu yang mereka tidak akan memulaukan sidang Parlimen akan datang. "DAP tidak ambil tindakan seperti itu, kami akan hadir seperti biasa. Soal (pulau) atau tidak terpulang pada pendirian mereka (PKR)," katanya. Terdahulu, dalam satu kenyataan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan PRU13 yang didakwa wujud unsur penipuan. |
[GANAS] Video pelajar dibelasah oleh 'USTAZ' tersebar Posted: 08 Jun 2013 08:18 AM PDT BALING - Sebuah rakaman video memaparkan seorang remaja dibelasah oleh seorang lelaki dewasa yang didakwa berlaku di sebuah sekolah agama di sini mula tersebar di laman sosial. Sebuah blog mendakwa lelaki dewasa itu merupakan seorang guru, manakala remaja itu merupakan pelajar di sekolah terbabit. Video berdurasi 1.05 minit itu menunjukkan remaja terbabit ditampar, ditumbuk malah ditendang ala tomoi oleh lelaki dewasa terbabit. Rakaman itu mula di muat turun dalam laman sosial sejak April lalu dan mendapat banyak kritikan daripada pengguna laman sosial. Berdasarkan rakaman itu, remaja terbabit ditampar sekali di muka, ditumbuk di perut dan turut ditendang menggunakan lutut di perut. Rakaman itu jelas menunjukkan remaja terbabit berada dalam kesakitan bagaimanapun, lelaki terbabit terus membelasah remaja terbabit tanpa belas kasihan. Rakaman awal turut menunjukkan terdapat beberapa remaja yang berada dalam barisan berdekatan tempat kejadian, bagaimanapun, mereka seolah-olah tidak berani untuk mempertahankan mangsa. Bagaimanapun, Jurucakap Polis Daerah Baling mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan. Pihak polis turut berharap pihak berkenaan dapat tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment