CELAH GELEGAR |
(TELAH DIJANGKA) Sultan Ahmad Shah terkilan teguran KJ Posted: 02 Jun 2013 12:48 AM PDT KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan berhubung teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyoal ketelusan badan induk itu sebelum ini. Titah baginda, keputusan untuk mengadakan semula aksi separuh akhir Piala FA, antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah mengikut peraturan yang ditetapkan. "Ini semua daripada keputusan daripada JKPT, ini bukanlah kehendak saya dan kalau saya baik kita bermain di Kuantan. "Jadi kenyataan ini adalah tidak sepatutnya dari orang yang bertanggungjawab kepada sukan menyatakan FAM pilih kasih," titah baginda yang dipetik dari portal Astro Awani, hari ini. Semalam, Khairy membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional. FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60 ribu tiket yang dikeluarkan kepada PBNP. Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan. |
YDP Pas Pandan: Selangor Negeri Pas...Kalau PKR nak lantik Saifuddin,Pas juga tuntut Posted: 01 Jun 2013 07:28 PM PDT SHAH ALAM – Seorang Naib Presiden Pas perlu ditugaskan memantau urusan harian Selangor sekiranya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail benar-benar dilantik sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor. Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana, Selangor juga merupakan 'negeri Pas' memandangkan jumlah kerusi parti Islam itu di Dewan Negeri yang dimenangi adalah hampir sama dengan rakan komponennya, PKR dan DAP."Selangor adalah unik kerana selain menjadi 'negeri Pas' ia juga 'negeri DAP' dan 'negeri PKR'. Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini 'negeri mereka' kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ia adalah 'negeri Pakatan Rakyat (PR) ' yang sebenar. "Pas di Selangor pada PRU13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi Pas di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah," katanya dalam satu kenyataan kelmarin. Dalam pada itu, Iskandar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor berkata, ahli dan pimpinan Pas seluruh negara juga mesti menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri Pas' sebagaimana di Kelantan, Kedah dan Terengganu."Oleh yang demikian, pimpinan Pas terutama pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah. "Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincangkan dan dibahaskan secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP," katanya. Menurutnya, ahli parti sudah bekerja keras mengukuh dan mengembangkan pengaruh Pas di Selangor dan mereka mengharapkan lebih perhatian dari pimpinan tertinggi. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment