CELAH GELEGAR |
[ANWAR PENGECUT, KALAH DGN AZMIN, ZURAIDA & FAUZIAH] KAMI tidak boikot majlis angkat sumpah Posted: 12 Jun 2013 07:53 PM PDT SHAH ALAM - PKR tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat seperti mana yang digembar-gemburkan oleh media sebelum ini. Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali mendakwa ia hanyalah spekulasi semata-mata dan pihaknya menafikan khabar angin itu walhal tindakan boikot itu hanyalah taklimat Parlimen pada 11 Jun lalu sahaja. "Saya ingin menyatakan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memulaukan majlis angkat sumpah. "PKR dan PR hanya memutuskan supaya memboikot taklimat Parlimen pada 11 Jun lalu. "Boikot yang telah dijalankan sebagai protes berprinsip terhadap penipuan besar yang dilakukan oleh BN dalam PRU13 lalu," dakwanya yang dipetik dari media sosial Facebook (FB) PKR, malam tadi. Beliau yang dipetik berkata, semua ahli parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu dan berikrar akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sebaik mungkin setelah dipilih rakyat pada PRU13, 5 Mei lalu. Zuraida: 'Kami akan angkat sumpah 24 Jun ini'
Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau akan tetap mengangkat sumpah dan tidak akan memboikot majlis angkat sumpah ahli Dewan Rakyat tersebut. "Kami akan mengangkat sumpah, kerana jika tidak berbuat demikian kami tidak boleh berbahas. Biro Politik akan membuat keputusan mengenai bilakah tarikh angkat sumpah tersebut," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata, tindakan tidak hadir dalam majlis angkat sumpah dengan sengaja itu sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Parlimen dan semua institusi berkenaan. Parlimen juga akan menentukan tindakan lain bersabit kesalahan tersebut. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, setakat ini, beliau masih berpendirian akan mengangkat sumpah selaku ahli Dewan Rakyat. "Sama ada angkat sumpah 24 Jun atau selepas itu masih belum ditentukan. Kami merujuk perintah tetap yang membolehkan angkat sumpah dalam tempoh enam bulan," katanya. Sebelum ini, pada Majlis Taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat ke-13 yang diadakan kelmarin, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang yang hadir, iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa mana-mana ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59 (1) Perlembagaan. | ||||
[HANYA JADI SETIAUSAHA AGUNG KEPADA PRESIDEN FAM] "Undurlah Azzuddin', kata Annuar Posted: 12 Jun 2013 05:41 AM PDT TANPA niat untuk memburuk dan menjatuhkan kredibiliti individu tertentu apa lagi berdendam, Tan Sri Annuar Musa menggesa Datuk Azzuddin Ahmad mempercepatkan proses peletakan jawatannya dalam badan induk bola sepak itu. Menurut Annuar, seorang Setiausaha Agung FAM yang tidak tahu memainkan peranan serta hilang kewibawaan perlu lah meletak jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baru. Hal ini katanya penting bagi memastikan kepimpinan baru boleh membawa idea-idea yang lebih segar dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan arena bola sepak negara. "Azzuddin merupakan Setiausaha Agung yang hanya bertanggungjawab kepada Presiden FAM sahaja, tetapi apa peranannya di antara ahli gabungan dan Exco? "Ikhlas saya cakap, Azzuddin tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ahli-ahli gabungan dan Exco, sebab itu beliau gagal memainkan peranannya sebagai urus setia yang baik. "Dan disebabkan itu juga beliau sudah hilang kewibawaan dalam menyelesaikan banyak perkara," kata Annuar kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas Majlis Taklimat kepada ahli-ahli Ðewan Rakyat Parlimen ke-13, semalam. Apa yang diperkatakan Annuar itu reaksi mengenai kenyataan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan meneliti laporan Azzuddin sebelum mengambil tindakan terhadap bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang terus mengkritik badan induk itu. Menurut Annuar, berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, sebuah urus setia yang akan menentukan sama ada perbicaraan akan dilakukan ataupun tidak. Bagaimanapun, disebabkan urus setia FAM yang diterajui oleh Azzuddin sudah hilang kewibawaan, maka situasi ini berlaku dalam bola sepak negara. "Seperti saya cakap masalah dalam FAM adalah berpunca daripada Azzuddin, mereka sikap bukan memikirkan apa orang kata, bila teguran sahaja di fikiran mereka hanya memikirkan untuk mengambil tindakan. "Orang semua memandang bagaimana dia mengambil tindakan yang tidak konsisten dalam memilih untuk perbicaraan. Saya melihat perbicaraan nampaknya dibuat secara selektif, ada masa cepat ambil tindakan, ada masa tak pula ambil tindakan. "... sebab itu saya rasa lebih elok Azzuddin berhenti daripada FAM supaya lebih cepat dia berpindah ke AFF dan mungkin di situ akan membawa satu harapan baru apabila FAM melantik setiausaha agung baru," jelas Annuar. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
Azmin now is more intellectual than Anwar in politics ..
ReplyDeletewhat have you got to lose, Azmin...
speak out your mind...no bar holds..