CELAH GELEGAR |
- [VIDEO BODOH] Sharifah Sakinah MASIH BUAT Video Badut Bodoh
- Pelakon Wan Nor Azlin gagal batalkan saman bapa
- [PANAS] KJ pertikai FAM beri hak tuan rumah kepada Pahang
- [GAMBAR] Demo Safwan Anang & mahasiswa di KDN bantah penahanan bermotif politik
- [KPM DAPAT 2 KSU] Dr Madinah KSU Kementerian Pendidikan, Dr Zaini Ujang KSU II
[VIDEO BODOH] Sharifah Sakinah MASIH BUAT Video Badut Bodoh Posted: 31 May 2013 07:02 PM PDT Kita ingatkan sebelum ini si Sharifah Sakinah ni dah insaf lah atas perbuatannya since dia dah pun minta maaf. Ikhlas tak ikhlas tu bukan kerja kita nak mengadili. Tapi nampaknya semakin menjadi-jadi bila ada lagi video baru yang dikeluarkannya. Rasanya dalam sejarah Malaysia tak pernah lagi ada artis 'attention seeker' macam si Sakinah ni. Sharifah Shahira yang selama ini berada di dalam industri langsung tidak pernah terjebak dengan sebarang isu atau gosip yang memburukkan namanya. Rekod si Shiera ni teramatlah bersih. Tapi bila si adik mula masuk dunia lakonan, tak pasal-pasal nama akak juga terpalit tahi yang dibuat si adik. Akak mana tak emosi kalau perangai si adik, si akak pula yang ditegur orang. Ibarat macam langsung si akak tak peduli pula tentang perihal si adik. Shiera menerusi Twitter mengakui yang dia dah pun nasihatkan si Sakinah tu tapi tak ubah sekadar mencurah air di daun keladi. Sikit pun tak memberi kesan. Menurut Shiera, lagi ada segelintir yang sokong perbuatan adiknya tu, makin menjadi-jadi adiknya punya perangai gila datang. Jadi kami rasa rakyat Malaysia yang concern tentang si Sakinah ni tak perlulah nasihat apa-apa lagi atau menyokong perbuatannya tu kerana kalau dah keluarga sendiri beri nasihat pun tak memberikan kesan, apa lagi orang luar yang haram sikit pun dia tak heran. Kalau nak layan juga video dia untuk suka-suka, silakan. Bukan senang nak tengok persembahan badut free di Malaysia. Heh! Sumber:OhArtis |
Pelakon Wan Nor Azlin gagal batalkan saman bapa Posted: 31 May 2013 06:32 PM PDT KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan pelakon drama, Wan Nor Azlin untuk membatalkan saman bapanya, Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim yang memohon perintah supaya mengosongkan rumah harta sepencarian bersama arwah ibunya di Sri Keramat di sini. Hakim Rosilah Yop menolak permohonan Wan Nor Azlin dengan kos sebanyak RM2,000 dalam kamar beliau di sini semalam. Peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, dan Razila Rashid bagi pihak Wan Mohd. Husain, 76, hadir mendengar keputusan itu. Sementara itu Nuraini ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusannya selepas memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman itu. Dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Wan Mohd. Husain pada 20 Mac lalu, Wan Nor Azlin berkata, mahkamah tiada bidang kuasa ke atasnya kerana terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya. |
[PANAS] KJ pertikai FAM beri hak tuan rumah kepada Pahang Posted: 31 May 2013 06:08 PM PDT MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas. "Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000. "Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini. Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali. Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu. "Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya. Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara. "Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya. Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket |
[GAMBAR] Demo Safwan Anang & mahasiswa di KDN bantah penahanan bermotif politik Posted: 31 May 2013 04:32 AM PDT |
[KPM DAPAT 2 KSU] Dr Madinah KSU Kementerian Pendidikan, Dr Zaini Ujang KSU II Posted: 31 May 2013 03:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, berkuatkuasa Isnin ini. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Zaini Ujang pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha II kementerian yang sama, juga mulai Isnin, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan pada Jumaat. Tempat Madinah akan diambil alih oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Rosli Mohamed mulai tarikh yang sama. Madinah, 56, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 32 tahun. Rosli, 55, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pemasaran strategik dari University of Hull, United Kingdom dan Sarjana Petadbiran Perniagaan dari University of Leeds, United Kingdom, pula berkhidmat selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam. Zaini, 48, yang berkhidmat lebih 23 tahun dalam perkhidmatan pengajian tinggi, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan alam sekitar dari Newcastle University, United Kingdom. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment