BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! HINA AGONG !!! AKTA DERHAKA PERLU DIGUBAL DENGAN SEGERA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Jun 2013 08:30 AM PDT


gambar terbaru 17 jam yang lepas di twitter

SEBARKAN !!!

Perbuatan menghina Institusi DiRaja seolah-olah sudah menjadi 'trend' bagi anak-anak muda Malaysia.Saban hari ada saja pendedahan mengenai perbuatan ini oleh beberapa pihak di kalangan anak muda kita.Jelas sekali,bahawa anak-anak muda ini tidak pernah dididik dengan penghayatan terhadap Rukunegara.Kesetiaan pada Raja dan Negara nampaknya tidak memberi makna apa-apa pada mereka.Apa yang menyedihkan,gejala ini bukan sahaja melanda anak-anak Cina yang sememangnya tidak pernah diterap semangat cintakan negara di SJKC,tetapi juga anak-anak kaum bumiputera yang ke sekolah kebangsaan.Jika anak-anak Cina diajar untuk mencari keuntungan diri semata-mata,anak-anak Melayu pula cenderung mencari keseronokan semata-mata dan inilah realiti generasi baru Malaysia pada hari ini,yang begitu amat pahit untuk kita telan.Memang mudah untuk menuding jari pada ibubapa dan guru-guru atau kerajaan dan media.Tetapi mencari salah siapa tidak akan menyelesaikan apa-apa dalam waktu yang begitu suntuk ini.Buat masa ini,kita perlu pantas membendungnya sementara mencari jalan untuk menangani masalah ini dari akarnya. 

Justeru,saranan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan,Datuk Mohd. Noor Abdullah agar diwujudkan Akta Derhaka bagi mensabitkan kesalahan menghina Institusi diRaja wajib disokong.Melalui Akta ini,maka anak-anak muda akan terbentuk menjadi manusia yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam meluahkan kata-kata dan pendapat.Sudah sampai masanya anak-anak muda yang manja dan tidak tahu di mana duduk atau letaknya diri mereka di bumi ini,diajar untuk berdisiplin bermula dari 'mulut' dan 'jari' mereka.Sudah sampai masanya mereka menggunakan akal sebelum berkata-kata atau menaip apa-apa di laman-laman sosial.Tidak mustahil anak-anak muda ini langsung tidak faham akan struktur negara ini apatah lagi menghargai keunikannya. Kebanyakan mereka gemar membandingkan atau merujuk kepada negara lain bagi mencari keburukan negara sendiri.Bagi mereka Malaysia adalah seburuk-buruk negara di dunia ini dan tiada apa yang baik atau boleh dibanggakan mengenainya. Sedangkan rakyat negara paling mundur di dunia dengan kerajaan yang jelas kejam dan zalim juga tahu mencintai negara sendiri.Tidak salah jika dikatakan bahawa ketiadaan jati diri dan sikap membenci negara sendiri ini berpunca dari hasutan dan dakyah-dakyah pembangkang yang keterlaluan. 


Pembangkang negara lain juga membangkang dasar-dasar kerajaan,tetapi hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang membangkang keseluruhan struktur negaranya.Pembangkang negara lain membangkang untuk menambahbaikkan apa yang perlu,tetapi pembangkang di Malaysia membangkang untuk memusnahkan segala-galanya.Tidak ada parti pembangkang yang mengutuk jenama-jenama nasional negara sendiri atau menolak perpaduan kaum,hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang gembira jika produk nasional lingkup dan rakyat berpecah-belah.Jelas bahawa pemimpin pembangkang Malaysia sendiri tidak punya jati diri dan tidak cintakan negara sendiri.Justeru,bagaimana orang yang tidak cintakan negara boleh memerintah negara ??? Bukankah mereka hanya akan mendedahkan negara kepada risiko dijajah semula ??? Melihat dari pengaruh yang dibawa pembangkang dan bagaimana mudahnya anak-anak muda kita terjerumus ke dalamnya,maka inilah diharap agar Akta Derhaka yang dicadangkan itu dilaksanakan seberapa segera. 

Menghina Institusi Raja bererti menderhaka kepada YDP Agong dan Sultan-sultan dan setiap penderhaka berpotensi mengkhianati negara.Sesungguhnya,negara berada dalam bahaya jika begitu ramai yang berpotensi menjadi pengkhianat.Anak-anak muda hari ini perlu diingatkan bahawa jika enggan menerima perlembagaan Malaysia,maka mereka tidak wajar diterima sebagai warganegara ini.Perkara ini perlu dinyatakan dengan sejelas-jelasnya kepada anak-anak muda kita dari berbagai kaum agar mereka faham apa itu erti 'di mana bumi dipijak,disitu langit dijunjung'.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #CALVINGANI MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW !!! APA CERITA NI ???

Posted: 11 Jun 2013 06:00 AM PDT


satu lagi penghinaan oleh insan yang bernama calvin gani.beliau adalah programmer di internet.apa cerita ni ??? saya tak nak ulas panjang mengenai penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW.

SEBARKAN !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BOIKOT PARLIMEN !!! DATUK AHMAD MASLAN MEMBELASAH PR KAW-KAW !!! AMIK UBAT !!!

Posted: 11 Jun 2013 03:36 AM PDT


Pakatan Rakyat (PR) dicabar untuk terus memboikot persidangan parlimen dan terus tidak hadir selepas parlimen bersidang secara rasmi pada 24 Jun ini sehingga enam bulan berturut-turut.Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata,boikot oleh pembangkang membolehkan jawatan yang disandang sebagai ahli parlimen digugurkan dan pilihan raya kecil boleh diadakan.

 "Alang-alang mereka ingin boikot mandat yang telah diberikan oleh rakyat, boikot teruslah. Tak payah angkat sumpah. "Kalau mereka tak angkat sumpah dan tak datang Dewan Rakyat selama enam bulan berturut-turut,kita boleh adakan pilihan raya kecil di 89 kawasan," katanya kepada pemberita di sini,hari ini.Ahmad mengulas mengenai tindakan pembangkang yang memboikot sesi taklimat Dewan Rakyat pagi ini kecuali wakil DAP dari Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.


UNTUK SELANJUTNYA

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH



APA MACAM PAKATAN PEMBANGKANG ??? 

 ADA BERANI ??? 

 RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENGGUNA TWITTER MEMPERLEKEHKAN YDP AGONG !!! APA CERITA NI ???

Posted: 11 Jun 2013 01:28 AM PDT


sebelum ini kaum cina menghina YDP Agong di Facebook.kali ini di twitter kaum melayu pula memperlekehkan bahasa YDP Agong.apa cerita ni ??? saya tak nak ulas panjang-panjang.anda lihat gambar di atas 

SEBARKAN !!! 

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! ISU HINA AGONG !!! SEMUA INI PERANCANGAN ANWAR IBRAHIM DAN DAP ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 10 Jun 2013 10:00 PM PDT


Fenomena penularan budaya menghina institusi raja-raja Melayu serta peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyentuh dengan hak-hak istimewa Melayu adalah oleh di dalam media sosial adalah amat membimbangkan sekali.Rata-rata mereka yang membuat kenyataan rasis dan perkauman mempertikaikan pelbagai peruntukan di dalam Perlembagaan adalah penyokong parti-parti pembangkang.Jika dilihat dengan lebih dekat profil mereka yang terlibat adalah terdiri daripada golongan muda yang dijadikan alat oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional.Ini merupakan sebahagian daripada rencana licik pembangkang untuk memporak-perandakan masyarakat dengan menimbulkan isu-isu sensitif di dalam dunia maya.Peranan tentera siber Red Army Bean yang dibiayai sepenuhnya oleh Dap merupakan sebahagian daripada agenda menjatuhkan kerajaan melalui fitnah.Kerja jahat mereka ini amat terserlah sebelum,selepas dan pasca Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan serangan fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Isu-isu seperti 'blackout', dakwat kekal, pengundi hantu, pengundi asing Bangla,undi popular bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan tetapi telah dirancang dengan begitu rapi dan teliti. 

Walaupun SPR telah menjawab setiap isu yang dibangkitkan oleh pembangkang telah dijawab dengan telus dan mantap,namun gerakan untuk menghancurkan institusi pilihan raya tetap diteruskan selepas pilihan raya selesai. Perhimpunan haram 505 yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim di seluruh negara juga diwar-warkan secara meluas melalui media sosial oleh kumpulan tentera siber yang sama.Ini bermakna pihak pembangkang telah sekian lama melakarkan rancangan yang teratur untuk menimbulkan fitnah dan siri dakwaan yang tidak berasas terhadap proses dan perjalanan pilihan raya supaya rakyat akan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada SPR dan kerajaan.Contoh penahanan Melissa Gooi kerana meletakkan komen yang menghina Yang Di-Pertuan Agong di dalam laman media sosial Facebook berhubung titah sempena perayaan hari keputeraan baginda, adalah sebahagian daripada jaringan pembangkang untuk menimbulkan kebencian dan permusuhan di dalam masyarakat.Undang-undang boleh menyiasat wanita ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika disabitkan kesalahan akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 tetapi persoalannya adalah ianya mencukupi ??? Membanteras kebencian yang direkacipta oleh pihak pembangkang melalui media sosial bukanlah sesuatu yang mudah ditangani tanpa pendekatan yang efektif dan berkesan. Masyarakat sudah tentunya akan terkesan dalam jangka masa panjang dengan budaya pembohongan yang dilihat tidak ada batas sempadan. Kini apa saja isu yang boleh menggoncangkan perpaduan dan keharmonian masyarakat serta kestabilan politik negara dilontarkan sebagai bahan perbahasan tanpa menilai batasan undang-undang. 

Pembangkang mengeksploitasi landasan kebebasan bersuara dan kebebasan menyiarkan pendapat dalam media sosial secara meluas dengan harapan ini boleh mencetuskan keadaan kucar kacir dalam Malaysia.Tujuan Anwar ialah untuk menghuru harakan politik negara supaya lebih senang merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri.Keadaan huru hara juga boleh menggamit campur tangan kuasa asing.Ini akan dilakukan oleh pembangkang apabila berlakunya pergaduhan kaum antara orang Melayu dan bukan Melayu di mana mereka akan menuduh kerajaan menindas kaum-kaum bukan Melayu.Perkara ini pernah dilakukan oleh kumpulan haram Hindraf apabila menulis laporan kepada Ratu Inggeris pada tahun 2007.Puak pelampau Tamil ini membuat pelbagai-bagai dakwaan terhadap kerajaan yang diasaskan apa yang berlaku sebelum era merdeka.Walaupun tuntutan mereka untuk mendapat keadilan bagi kaum telah ditolak dan tidak dilayan oleh kerajaan Inggeris namun perkara ini boleh diulangi pada masa depan.Musuh negara akan sentiasa mencari peluang untuk membuat onar dengan mensasarkan Islam,institusi raja-raja dan bahasa yang berkait rapat dengan jatidiri dan ketuanan politik bangsa Melayu di bumi Jawi ini.Apa yang dilakukan oleh Anwar adalah kesinambungan daripada yang dilakukan oleh Hindraf kerana persamaan antaranya adalah terserlah sekali.Sememangnya Anwar berusaha menggunakan PRU13 sebagai senjata akhir beliau dalam kerangka agenda menjatuhkan kerajaan Melayu yang ditunjangi Barisan Nasional.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM DITOLAK BULAT-BULAT OLEH PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 10 Jun 2013 07:00 PM PDT


Walaupun pakatan pembangkang berjaya menambahkan kerusi parlimen di Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri,kemenangan mereka semakin tidak bermakna.Ini kerana setiap parti di dalam PR kini mahu menunjukkan taring dan kekuatan masing-masing.Yang paling terserlah kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto PR semakin terhakis disebabkan kemelut perebutan kuasa dan pengaruh di kalangan pemimpin.Senario ini membongkar sikap sebenar pemimpin-pemimpin pembangkang apabila mereka sudah mendapat lebih pengaruh dan kuasa dalam pilihan raya.Kekuatan yang mereka perolehi seolah sekarang sudah bertindak balas dan memakan diri mereka sendiri.Semakin kuat pengaruh,semakin kuat pula kelemahan yang muncul di tengah-tengah kemegahan kekuasaan yang mereka capai.Polemik penolakan keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional belum lagi reda. Anwar masih dengan khayalannya bahawa kemenangan pembangkang telah dicuri oleh BN sekaligus menafikan beliau untuk menjadi Perdana Menteri, mungkin untuk selama-lamanya. 

Janji yang dibuat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun dengan mantan Naib Presiden Indonesia sebagai orang tengah telah dimungkiri tanpa perasaan bersalah atau pertimbangan moral sebagai seorang pemimpin politik.Mungkin jauh di sudut hati yang kelam dan hitam,Anwar berkata kepada dirinya, 'Persetan semua janji yang dengan Najib ataupun rakyat. Yang maha penting aku mesti jadi PM walau apa pun yang terjadi,sekali pun aku terpaksa lihat negara ini hangus terbakar dek sengketa politik.' Kemelut di Selangor di mana Pas telah menyerah bulat-bulat haknya menjadi Menteri Besar kerana muncul sebagai parti yang sekutu pembangkang yang paling banyak memenangi 15 kerusi DUN setanding dengan Dap masih jauh dari selesai.Rasa tertipu dan tersisih yang dirasai Azmin Ali selaku pengerusi PKR negeri kerana tidak dapa jawatan Menteri Besar juga tidak akan dapat diubati dalam masa terdekat.Setelah setiausaha agung, Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pegawai politik di pejabat Menteri Besar kini Dap pula mahu calonnya, Teresa Kok dilantik ke jawatan yang sama. 


Alasan Dap sebagai parti yang menang jumlah kerusi DUN lebih satu daripada PKR sepatutnyalah pertimbangan tersebut diberi. Maklumlah PKR,Pas,Dap mengamalkan konsep sama rata sama rasa. apa yang seorang dapat yang seorang lagi perlulah mendapat nikmat yang sama.Pada 15 Jun depan Anwar akan mengakhiri siri jelajah anti-SPRnya di Kuala Lumpur.Mungkin ini juga akan menandakan tamatna riwayat politik beliau setelah tindakannya di sanggah oleh Pas dan Dap sendiri.Umpamanya Dewan Ulama Pas mengatakan mereka tidak menyokong perhimpunan haram 505 malah menerima baik keputusan PRU13 yang memberi mereka kemenangan yang lebih besar di Kelantan.Dap pula mahu memboikot sesi taklimat kepada semua ahli parlimen sebelum persidangan pertama parlimen ke-13 dirasmikan oleh DYMM SPB Yang Di-pertuan Agong pada 24 Jun depan.Ada pula puak kiri di dalam Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Chegubard dan peguam Haris Ibrahim yang mahu semua ahli parlimen pembangkang memboikot terus uapacara mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat. 

Sanggupkah 89 ahli parlimen pembangkang duduk di luar pagar bangunan Parlimen sementara urusan mengendalikan pentadbiran kerajaan berjalan rancak dengan perbahasan isu-isu penting bersangkutan kepentingan negara dan rakyat ??? Dalam pada itu imej Anwar sebagai bakal Perdana Menteri pertama pembangkang yang sebelum ini diangkat dan disanjung bagaikan nak rak kini mula susut dan dipertikaikan pula oleh pihak sama mendewa-dewakan satu ketika dulu.Akhbar-akhbar Cina seperti Sin Chew mula bersuara mempersoalan samada Anwar kini mempunyai kriteria yang sesuai dan cocok untuk menjadi Perdana Menteri.Kata media Cina,jika pada usia 66 tahun gagal menjadi Perdana Menteri, apakah pada umur 71 pada PRU14 akan datang,Anwar masih bertenaga dan mempunyai keupayaan intelek yang tidak terjejas oleh masa dan keadaan ??? Dap seolah-olah sengaja menimbulkan pertanyaan ini seolah-olah sebagai satu mesej tersirat kepada Anwar bahawa masa beliau sudah tiba untuk terus hilang daripada dunia politik.Apatah lagi media Cina memainkan sentimen janji yang dibuat oleh Anwar untuk bersara dan menjadi tenaga pengajar jika beliau kalah dalam pilihan raya kali ini.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! 1 LAGI TAKTIK JAHAT CYBERTROOPER DAP A.K.A RED ARMY TERBONGKAR !!!

Posted: 10 Jun 2013 05:00 PM PDT


Fitnah dan hasutan berterusan yang disebarkan oleh Red Bean Army menerusi laman sosial seperti Facebook,Twitter dan blog boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan rakyat.Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN),Mejar (B) Razali Zakaria berkata,kegiatan tentera siber pembangkang itu mesti dikekang demi menjaga kestabilan negara dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.Menurut beliau,aktivis Red Bean Army sengaja memainkan sentimen perkauman sempit semata-mata mahu mengapi-apikan kaum Cina bagi memburukkan- burukkan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan. 

"Kita bimbang perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu boleh mengundang keadaan huru-hara sehingga menghancurkan negara.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis perlu bertindak tegas terhadap dalang-dalang di sebalik Red Bean Army dengan segera mengheret mereka ke muka pengadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN,malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.Pasukan berkenaan yang berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar,Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang DAP dan pakatan pembangkang.Red Bean Army juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk menolak calon-calon Melayu daripada BN yang bertanding dalam PRU-13 lalu.


Penasihat DAP,Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP,Shen Yee Aun.Tambah Razali,buat permulaan,kerajaan boleh mewajibkan permohonan lesen untuk pengendali blog bagi memudahkan tindakan diambil sekiranya mereka melanggar undang-undang negara.Sementara itu,Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Ruslan Kassim menyifatkan dakwaan Kit Siang kononnya tidak mengetahui tentang Red Bean Army sebagai strategi untuk melarikan diri daripada isu sebenar. Menurut beliau,reaksi Kit Siang itu tidak menghairankan kerana pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang sering dilanda 'sindrom penafian'. 

"Berdasarkan pengalaman saya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dahulu,pakatan pembangkang memanipulasi media sosial sebagai saluran utama bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap BN dalam kalangan rakyat," katanya.Ruslan turut menggesa pihak berkuasa membuktikan ketegasan dalam menangani ancaman Red Bean Army dan bukan sekadar memberikan amaran sahaja.Dalam pada itu,Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang),Budiman Mohd. Zohdi memberitahu,rakyat Malaysia yang cintakan keamanan amat berharap pihak berkuasa bertindak segera terhadap Red Bean Army. "Kita hanya mampu mendesak tetapi pihak berkuasa sahaja yang boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan," jelasnya.Beliau berpandangan,kegiatan Red Bean Army menyebarkan kenyataan berbaur perkauman menerusi media sosial tidak sepatutnya dibiarkan berpanjangan.Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM),Mohd. Ali Baharom berkata,pihak berkuasa hendaklah mengesan identiti sebenar anggota-anggota Red Bean Army supaya mereka boleh dipertanggungjawabkan atas fitnah dan hasutan yang disebarkan.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...