Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Video Menarik Untuk Para Pengundi dan Penyokong BN!! #NajibMyPM #PRU13

Posted: 04 May 2013 09:49 AM PDT


Video-video menarik untuk tontonan penyokong-penyokong BN. Kalau macai Pakatan nak tengok pun boleh tapi jangan sakit hati pula! he he..






Sekarang bukan masa untuk berpolitik, mengundi untuk masa depan. Sayangkan keluarga anda? sayangkan anak dan cucu anda? Pilih kerajaan yang stabil dan mampu untuk menjamin masa depan. Paling penting, pilih kerajaan yang menunaikan segala janji yang dibuat. Bukan pilih ikut nafsu yang hanya menawar dan tak mampu tunaikan janji!


McTheory:
Bagi saya, undi saya bukan rahsia.. Saya dan keluarga saya mengundi Barisan Nasional!!

TUDIAA!! Mari Kita Sokong dan Undi Pakatan Rakyat di Kedah!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 04 May 2013 07:34 AM PDT

Saja bubuh gambar sidang dun, buat kenang-kenangan..

Sebenarnya Mc insaf bila baca manifesto Pakatan Haram. Mc tak sangka selama ini Pakatan Haram memperjuangkan nasib rakyat. Rakyat tentu gembira bila membaca manifesto Pakatan Haram ni. Bukan apa, dengan manifesto Pakatan ni, kita dah tak payah nak bekerja kuat sangat, sebab banyak barang yang diberi percuma.

Kalau Pakatan Haram memerintah, kita tak payah nak beli broadband lagi dah, kita tak payah nak topup broadband lagi sebab depa dah bagi WIFI percuma tu! Celcom, Digi, maxis, tunetalk dan TM  bole tutup kedai, nak jual apa lagi kalau semua dah percuma.

Lepas ni dari Kedah, nak pergi KL bawa rm100 saja pun dah cukup. TOL dah takdak, minyak murah, silap-silap RM100 tu cukup untuk makan nasi ayam lagi! Kalau TOL tutup, pekerja TOL nak kerja apa? Lantak la pi la kat depa. Janji TOL free..

Jika kereta rosak, jangan baiki beb, beli je baru, harga murah 50% diskaun harga kereta!! Maknanya, harga kereta VIOS dari 70k tinggal 35k. Pehh.. tapi kalau kita baru beli kereta Viva yang hutang 9 tahun lagi. Harga kereta yang kita pakai tu jadi berapa? Kalau beli 30k tinggal 15k harga kereta tu.

Baru beli kereta dah hilang harga, monthy payment kena bayar sama. Kalau nak trade in, tak laku, nak kena bayar tambah lagi. Apa nak buat dengan Viva ni? Buang masuk sungai ka? Takpa janji harga kereta murah.

Gaji minimum, RM1100. Memang hebat, aci basuh pinggan kedai mamak pun gaji RM1100. Sedangkan selama ni gaji aci cuma RM600. Tu baru aci, belum kena pekerja kilang. Jika satu kilang mempunyai 500 pekerja. Selama ini gaji mereka hanya RM800. Tiba-tiba gaji minimum naik ke RM1100. Berapa banyak mereka kena tambah kos pekerja?

Pendapatan kilang tetap sama, tapi kos pekerja naik. Jika ikut logik, kilang akan kurangkan pekerja untuk kurangkan kos pekerja. Cuba bayangkan berapa ratus orang akan hilang pekerjaan? Itu baru satu kilang, belum termasuk kilang-kilang yang lain. Jangan-jangan nanti, anak kita pula yang akan menganggur!!

Ada lagi satu perkara best, anak-anak Mc, bila besar nanti, tak payah nak kumpul duit untuk pendidikan lagi dah. Sebab Pakatan dah janji nak bagi pendidikan percuma, dari masuk tadika sampai Universiti, semua percuma!! Memang tak payah fikir lagi pasal sekolah. Terbaik laa.. tapi gaji-gaji cikgu nak bayar dengan apa?

Gaji pensyarah, profesor, cikgu besar, tukang kebun, makcik cleaner, nak bayar pakai apa? Ohh lupa, Kerajaan Pakatan Haram akan 'handle' semua perkara tu. Tak payah risau, janji kita dapat percuma sudah la. Mampus pi la kat cikgu-cikgu tuuu..

PTPTN dah mansuh!! Bagus, tak payah bayar lagi PTPTN tuu.. buat semak saja. Lepas ni, pendidikan percuma, buku-buku, alat tulis, duit poket untuk makan, duit sewa rumah, duit minyak motor pergi kelas, semuaaanyaaaa.. percuma kannnn? Soo bila PTPTN takdak, berbahagialah semua mahasiswa semua.

Belajar pun boleh main-main, boleh beli kereta dengan duit percuma tuu. Kena buang universiti? Takpa, tak payah bayar apa-apa, semuanya percuma. Apply universiti lain pulakk, dapat lagi duit. Lepas tu, berenti lagi, belajar main-main sampai tua pun OK, sebab duit biasiswa seumur hidup tuu.

Cuma Mc pelik, satu saja yang masih kena bayar, iaitu tandas awam. Bila Pakatan nak masukkan janji tandas percuma untuk rakyat seluruh Malaysia? Beban tu kena bayar 30sen. Rakyat akan susah dan sengsara sebab 30sen nanti. Mc harap, pada manifesto yang akan datang. Pakatan pertimbangkan permintaan ini!!

Cuba bayangkan Pakatan buat poster, berak dan kencing percuma untuk seluruh Malaysia!! Yeahh terbaikk!! he he..

Tapi bila difikirkan balik, semua janji tu boleh percaya ke?

Kat Selangor kata nak bagi tadika percuma pun tak bagi pun. Nak bagi wang saku untuk setiap surirumah, sampai sekarang tak dapat. Air percuma kat Selangor memang ada, tapi airnya pula selalu takdak, bila buka paip yang keluar angin. Percuma pun tak guna kalau takdak air!!

Kat Kedah pula, Kolej Universiti Insaniah milik kerajaan negeri, yuran makin mahal. Buat kampus baru kat Kuala Ketil, tanpa asrama dan masjid. Pelajar nak tidur mana? Nak sembahyang kat mana? Dulu janji nak bagi parking percuma, tapi sampai sekarang dok kena bayar. Lepas tu janji nak kurangkan cukai, tapi tahun ni dah berapa peratus cukai tanah naik kat Kedah ni?

Kat Kelantan pula, pelbagai janji dan batu asas kononnya nak buat projek mega. Tapi sampai sekarang apa pun tak jalan. Komplen kata Kerajaan buat lebuhraya ada TOL. Tapi kat Kelantan lagi menarik, nak buat lebuhraya depa kutip derma, lepas dua tahun derma masih lagi dikutip pada rakyat. Tapi lebuhraya, baru naik batu asas dan pecah tanah.

Derma dah berjuta-juta, tapi projek tak jalan. Kalau Kerajaan BN buat TOL, kita guna lebuhraya baru kutip duit. Tapi Kelantan, belum buat lebuhraya pun dah kutip duit kat rakyat! Memang betul-betul Kerajaan Berkebajikan ni!!

Ini baru beberapa contoh yang Mc bawa untuk tatapan pembaca. Soo untuk kali ini, boleh ke kita percaya lagi dengan semua janji depa? Kalau janji dulu pun depa tak tunaikan?

Fikir la elok-elok..

P/s: Janji memang senang buat, tapi untuk tunaikan tu, belum tentu kot..


McTheory:
orang gila pun susah mau percaya looo..

PANASS!! Calon BN Berkempen Hingga Ke Pondok Gerakan Pas!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 04 May 2013 03:16 AM PDT


Mc tertarik dengan calon parlimen Pokok Sena, Dato' Shahlan Ismail, cara beliau berkempen jarang dipraktikan oleh calon BN yang lain, beliau berani singgah ke Pondok Gerakan PAS di kawasan Bukit Pinang. Kemesraan Dato' Shahlan Ismail yang gemar mendekati rakyat tidak dapat ditolak penyokong PAS dan kehadiran beliau diterima baik.

Beliau meluangkan masa beramah mesra dan berkenalan dengan penyokong PAS di Pondok Gerakan PAS tersebut dan menzahirkan agenda BN dengan membawa pendekatan seruan kedamaian untuk semua. Ternyata pendekatan ini berkesan dan menyentuh hati penyokong PAS menerima Dato' Shahlan Ismail walaupun berlainan parti.

Semoga Dato' Shahlan Ismail akan mendapat undian dari semua dan berjaya dipilih sebagai Wakil Penduduk Parlimen Pokok Sena pada 5 Mei 2013 nanti untuk berbakti kepada semua penduduk Parlimen Pokok Sena tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan Ideologi nanti.

Gambar dan sumber cerita Mc ambil dari blog BN Parlimen Pokok Sena.




McTheory:
Tabik spring la Tok Sahlan.. terbaekk!

PANASS!! Pakatan Haram Bawa Masuk Bangla Untuk Tolong Undi Husam di Putrajaya? #TolakPR

Posted: 04 May 2013 01:43 AM PDT


Pengundi PAS ke ni 


PANAS!!!melalui maklumat yang diterima!!Pembangkang telah mengimport warga negara asing untuk mengundi Pakatan Rakyat di Putrajaya bagi memenangkan calon PR di sana...

Dikatakan hampir setiap hari warga negara Bangladesh, nepal, vietnam akan tiba di lapangan terbang KLIA dan LCCT yang telah diupah untuk mengundi Pakatan Rakyat...

Dikatakan juga bukan sahaja kawasan Putrajaya.malah beberapa kawasan lain yang menjadi lokasi tumpuan bagi memenangkan calon-calon pembangkang..

Masya'allah...teruknya perangai depa..sanggup menipu untuk PRU 13 ni..

Selama ni diorang tuduh BN rupanya mereka hendak menutup pekung mereka..maklumat ini disahkan sendiri ole salah seorang mat Bangla yang ditanya...adalah infomer kata...u datang sini buat apa?melancong ka? dalam bahasa Inggeris

Bangla tu blur..tak tahu...mereka hanya jawab Anwar Ibrahim...PAS DAP....PKR...

Infomer gua pun cakaplah...BN?bangla tu jawap dengan kuat NOOOOO!!!!sambil geleng-geleng kepala!!!Anwar Ibrahim Good...BN no GOOD...tu jawapannya..

Bangla tu balas "Anwar Ibrahim panggil..kerja pangkah PAS atau DAP atau PKR..money RM 300.."

Ini telah membuktikan bahawa yang Bangla dan pekerja asing ini telah diupah untuk mengundi pakatan bagi memenangkan mereka pada PRU 13 ini..tah ada permit ke tidak ni...taktik macam haram jadah!!!


Cerita panas ni boleh sambung baca kat Harapan Esok

Kemudian tengok cerita dongeng Pakatan Haram yang kata BN bawa masuk bangla.


Macam-macam cerita yang telah mereka buat untuk menutup kekalahan yang memalukan nanti. Hanya orang bodoh dan tak waras saja percaya cakap puak Pakatan ni.

McTheory:
Lagi satu, logik ka 40 ribu orang bangla boleh bagi BN menang pada PRU kali ni? Seluruh Semenanjung Malaysia? Tak masuk akal! PUII!

PANASS AIH!! Dap Kecam Pas Kerana Belot Kepada Perjuangan Pakatan!! #HancurPR #PRU13

Posted: 04 May 2013 12:37 AM PDT




Wahh.. nampaknya selisih faham diantara Dap dan Pas sudah semakin ketara. Apakah sejarah akan berulang kembali? Apakah sejarah lumpuhnya Barisan Alternatif bila Dap menarik diri dari gabungan haram tersebut?

Terbaru DAP menuntut PAS memberi penjelasan berhubung surat sulit yang disebarkan kepada setiap cawangan PAS di seluruh negara sebagaimana didedahkan oleh blog Mc semalam. Nak baca boleh klik SINI.

Selain DAP, PKR melalui Timbalan Presiden PKR melalui blog rasminya juga turut memetik gerakan mufarakah (berpisah) oleh PAS.


Rujuk petikan blog Azmin Ali :




Setakat ini tiada sebarang penafian daripada pimpinan tertinggi PAS, mungkin Mustapa Ali tengah sibuk menguruskan spender-spender putih dalam simpanannya. Atau pun sibuk membuat surat nikah palsu untuk didedahkan pada tatapan umum.

Belum pun mereka jadi Kerajaan, mereka sudah tidak sefahaman dan berpecah belah. Yakinkah Pakatan Haram ini mampu memerintah Malaysia?

Fikir la sendiri..

McTheory:
Saat-saat akhir ni, macam-macam boleh jadi!

PANASS!! Lagi Ahli PKR Keluar Parti Sertai UMNO!! #TolakPR

Posted: 03 May 2013 10:08 PM PDT



Setiausaha Kerja PKR Kedah, Mohd. Muhaimin Hassan hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyerai UMNO. Tindakan beliau itu akan turut disertai oleh 200 pengikut yang lain kerana kecewa dengan masalah moral Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd. Muhaimin berkata, terkejut dan insaf apabila melihat rakaman video Saiful Bukhari Azlan yang melakukan sumpah laknat di hadapan Kaabah bagi mempertahankan dakwaan bahawa dia telah menjadi mangsa seks songsang pemimpin pembangkang itu.

Beliau sebelum ini tidak mempercayai semua tuduhan terhadap pemimpin PKR itu tetapi apabila melihat video di Youtube, dia menyedari bahawa dakwaan Saiful Bukhari adalah benar kerana jika seseorang yang berniat jahat sahaja ketika hendak berhadapan Kaabah dia pasti ditimpa bencana.

Mohd. Muhaimin juga memohon maaf kepada negarawan ulung Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas perbuatannya selama ini yang mencerca pemimpin berkenaan.

Turut hadir pada upacara pengisytiharan keluar PKR itu ialah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Kedah, Datuk Mukhriz Mahahtir.yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam. - Utusan

HOT! #IsuAirSgor! Undi Pakatan Rakyat, Khalid Ibrahim Jamin Masa Depan??

Posted: 03 May 2013 08:33 PM PDT

orang gila pun susah nak percaya looo..

Mc agak tertarik untuk mengulas satu poster yang memaparkan gambar Khalid Gagap mendukung seorang budak, seolah-olah undi Pakatan di Selangor menjamin masa depannya. Lebih kurang macam tu la bunyinya.

Macam mana Khalid nak jamin masa depan budak tu kalau masa depan dia sendiri pun tak terjamin. Khalid pun belum tentu jadi MB lagi kalau Pakatan menang di Selangor. Soo.. apa jaminannya?

Lagi satu kalau di lihat 'track record' selama Khalid menjadi MB di Selangor. Apakah ianya satu percapaian yang terbaik? Masalah, melibatkan air pun Khalid gagal untuk selesaikan, jadi apa jaminan untuk masa depan rakyat Selangor kelak?

Khalid ni orang yang tak memikirkan masa depan. Khalid bukan seorang Menteri Besar yang bagus, kalau dia fikir masa depan rakyat, dah lama Khalid sokong dan support projek loji air Langat 2 tu.

Projek Langat 2 tidak memerlukan duit Kerajaan Negeri Selangor pun. Cuma mahu Kerajaan Negeri Selangor memberikan kebenaran dan menyokong projek tersebut. Kalau itu pun dia tak mampu buat, jangan fikir la, nak jamin masa depan rakyatnya.

Selama ini, bila rakyat Selangor menghadapi masalah air. Apa usaha yang Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor cuba untuk bantu dan atasi masalah tersebut? Apa yang Khalid tahu hanyalah menyalahkan Syabas dan kata semua ini permainan politik.

Masalah kekurangan air di Selangor bukan masalah politik. Masalah air di Selangor sangat kritikal dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Jikalau Kerajaan Pusat tak bantu semasa Wangsa Maju dan seluruh Cheras menghadapi masalah air, sudah tentu sampai sekarang pun masalah itu tak selesai!

Pada masa Kerajaan Pusat menghulurkan bantuan kewangan pada Syabas untuk laksanakan sistem mitigasi bagi mengatasi masalah air. Apa yang Kerajaan Negeri Selangor buat, selain dari membuat fitnah dan menuduh Syabas dengan pelbagai tuduhan?

Tuduhan dan fitnah tak menjamin masa depan rakyat Selangor dan membaiki sistem air. Rakyat Selangor perlukan Kerajaan yang mampu bertindak segera bila rakyat menghadapi masalah.

Jikalau Langat 2 telah siap pada waktunya. Loji Langat 2 akan menyumbangkan jumlah air yang besar. Cukup hingga 10 tahun akan datang. Itu barulah menjamin masa depan. Tapi Khalid tak sokong, dia sibuk dengan penstrukturan air, dari 2010 hinggalah sekarang.

Sedangkan umum tahu, penstrukturan air tu tak menambah kuantiti air di Selangor pun. Apa yang Khalid perjuangkan hanyalah kepentingan politik, dan bukan kepentingan rakyat.

Apakah itu menjamin masa depan rakyat Selangor? Sampai sekarang Kerajaan Negeri Selangor tak membuktikan apa-apa pun untuk rakyat Selangor? Malah tidak pernah ada tindakan atau usaha yang mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah air ni.

Pakatan melaungkan mereka memperjuangkan negeri berkebajikan. Bermakna membela nasib rakyat. Tapi teringin juga Mc nak tanya, macam ni ke negeri berkebajikan ala Pakatan Haram?

Kebajikan apa kejadahnya kalau asyik berpolitik dan tidak pedulikan nasib rakyat. Ini bukan kebajikan, ini menyusahkan rakyat!

Kerajaan Negeri macam Pakatan ni ke yang rakyat Selangor mahukan? Atau Kerajaan Negeri yang benar-benar mengambil berat tentang rakyat dan menyelesaikan masalah keperluan rakyat dengan cepat.



Tak serik lagi nak angkut air? Kalau serik jangan undi Pakatan. Biarkan mereka dengan angan-angan mereka. Undi Kerajaan yang mampu membawa kemajuan dan pentingkan rakyat. Bukan kerajaan yang hanya tahu bercakap dan mencari salah.

Bab mencari salah ni, patut dipembangkangkan. Sebab itulah kerja pembangkang! Sebab itu, kita bagi jaminan untuk masa depan nanti, Pakatan Rakyat diberi tugas pembangkang di Selangor. Itu jaminan rakyat pada Khalid dan Kerajaan Pakatan Selangor sekarang! hehe..

Kerana apa? Kerana untuk tugas itu, Khalid dan rakan-rakannya akan melakukan kerja yang memang terbaik! he he..


McTheory:
Suruh jadi pembangkang saja la..

PANASS!! Azmin Ali Kecewa Pakatan Haram Makin Rapuh!! #TolakPR #PRU13

Posted: 03 May 2013 06:51 PM PDT


Mungkin disebabkan masalah dalaman diantara Pas, Dap dan PKR dalam Pakatan tidak pernah selesai. Azmin membuat keputusan untuk bersuara meluahkan apa yang beliau rasa.

Untuk pengetahuan pembaca blog, tulisan ni dari blog Azmin Ali sendiri. Mc tak edit sebarang apa pun. Mana tau ada kot la pencacai Pakatan kata benda ni pun edit jugak!


Mungkin Azmin mengetahui perkara dalaman yang kita sendiri tak tahu. Mungkin Azmin bersuara untuk meminta pimpinan tertinggi Pakatan memberi perhatian pada perkara ini.

Apa pun bagi Mc, ini perkembangan menarik yang patut kita awasi. Kita tengok apa akan terjadi lepas ni. Bibit-bibit pepecahan telah bermula!


McTheory:
Apakah akan ada parti dalam Pakatan yang akan tarik diri?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...