Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Mat Sabu Mengaku Kalah dan Salah? #TolakPR

Posted: 31 May 2013 08:16 AM PDT


Dah lama Mc tak buka harakahdaily, portal pemfitnah tegar puak Pas. Kemudian Mc terbaca satu topic yang sangat menarik perhatian. 'Punca Kekalahan Pas di PRU 13'. Mc pun kliklah dengan harapan ada detail dan kajian tentang kekalahan Pas.

Tapi akhirnya ini yang muncul...

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.

Kah kah kah... ishh ishhh..

Buang masa Mc baca, Mat Sabu masih tak berubah, masih tak mengaku kesalahannya.. Pas kalah puncanya bukan sebab diantara, tetapi Pas kalah sebab umat Islam atas pagar menolak Pas habis-habisan.

Dari isu Kalimah Allah, Bible Melayu, masalah sosial, hudud dan negara kebajikan, semuanya Pas di tolak teruss.

Di Pendang pula Mat Sabu kalah sebab umat Islam di Pendang, tak kira UMNO atau Pas menolak Mat Sabu bulat-bulat!

Hinggakan ada ahli Pas yang 'Takbir' bila tahu Mat Sabu kalahh.. soo syiah diTOLAK dimuka bumi Kedah.

He he he.. sian Abang Mat.. kalah tu kalah la.. jangan meroyan tak sudahh.. he he

McTheory:
Mengakulah kalah sebab jadi keldai Dap lagi senang.. ha ha ha..

PANASS!! Dalang Perusuh diantara Penyokong Pahang dan Johor DT!! #TolakPR

Posted: 31 May 2013 05:36 AM PDT



Insiden penangguhan pelawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim semalam telah meraih pelbagai reaksi penyokong bolasepak di Malaysia.

Ramai peminat kedua pasukan bola sepak tersebut meluahkan perasaan kecewa tetapi ada juga yang mengkritik penangguhan yang dikatakan disebabkan oleh rusuhan penyokong di Stadium Darul Makmur.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata pihaknya menerima lima laporan polis berhubung perbuatan khianat ke atas kenderaan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, di sini malam semalam.

Katanya laporan tersebut diterima selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dan Johor Darul Takzim dibatalkan, ekoran tindakan agresif penyokong kedua-dua pasukan.

Mengulas insiden itu kepada Bernama di sini hari ini, Sharifuddin mengakui kejadian berpunca daripada jumlah penonton melebihi kapasiti akibat tiga pintu masuk ke stadium dipecahkan penyokong.


Katanya polis masih dapat mengawal keadaan walaupun berlaku sedikit kekecohan akibat tindakan agresif penyokong.

"Polis masih menjalankan siasatan berkenaan insiden malam tadi, selain siasatan kes khianat ke atas kenderaan seperti yang dilaporkan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya polis bagaimanapun tidak menerima laporan berhubung kecederaan membabitkan penonton dalam insiden itu.


Mc pun pelik, kenapa boleh jadi rusuhan bola sepak setelah sekian lama tidak pernah terjadi macam ni. Rakyat Malaysia memang bersemangat bila tengok bola, namun kita taklah kurang ajar sampai melanggar undang-undang. Tentu ada silapnya disebalik semua ini.

Kemudian dalam banyak-banyak gambar yang Mc belek, terpandang ada satu gambar yang cukup menarik perhatian. Kumpulan inilah yang membuat kacau dan sering melanggar undang-undang. Pemimpin mereka sering mengajak rakyat Malaysia yang menyokong mereka supaya merusuh.

Lihatlah bagaimana kumpulan ini merusuh menterbalikan kereta polis, memukul polis dan memecah harta awam. Kumpulan ini juga yang membantah keputusan pilihanraya yang kononnya tidak adil, sedangkan mereka tidak membantah langsung setiap keputusan yang mereka menang, hanya membantah yang kalah saja.

Kumpulan ini tidak mempunyai otak, tidak waras dan tidak relevan. Nak tau kumpulan mana? Tengok gambar bawah ni,


Kumpulan yang mengelarkan diri mereka Blackout 505! Kumpulan yang dok buat kacau disetiap bandar dan kota. Kumpulan yang mengaku diri pejuang demokrasi, namun sebenarnya mereka pejuang 'rotibasi'.. pejuang yang tidak berguna dan perlu dibuang!

Kumpulan haprak macam blackout 505 ni mana pernah hidup aman dan senang lenang. Sesama mereka memang mereka baik, biasa la anjing mana nak gigit sama sendiri. Tapi kalau jumpa orang lain, kerja nak mengigit saja laaa..

Mc percaya kumpulan ni pakar merusuh, sebab tu kerja mereka nak merusuh memanjang!! Sampai tengok bola pun, nak terbawa-bawa perangai buruk tuuu..


McTheory:
Anjing jenis 505 ni, baka rendah.. mudah gila, sebab tu nak mengigit saja kerjanya.. hehe..

HOT INFO! Video yang Wajib Melayu Islam Tengok, Lebih-Lebih Lagi Penganut Pas!! #TolakPR

Posted: 31 May 2013 02:31 AM PDT



Mat Lutfi ni memang selalu buat video yang agak menarik dan mengajak kita berfikir. Mc tertarik dengan video dan persembahan yang beliau berikan. Sinis dan makan dalam. Islam tidak memaksa dan tidak berlaku kejam, cuma ada umat Islam yang kononnya alim dan beragama, tetapi berlaku kejam menolak umat Islam yang lain.

Bukankah Islam mengajar kita untuk berbuat baik..

McTheory:
Syabas Mat Lutfi, video terbaik dari ladang..

TUDIAA!! Guru Sekolah Berbangsa Cina Maki Murid 'Melayu Bodoh'? #BoikotABC

Posted: 30 May 2013 11:36 PM PDT



KISAH gempar yang berlegar 2-3 hari kebelakangan ini berkenaan seorang guru berbangsa Cina yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah berjaya menarik minat pengguna media sosial. Pelbagai cerita disampaikan sehinggakan sekolah ini dilihat sebagai salah sebuah sekolah yang durjana.

Bukan salah sekolah kerana punyai guru RASIS seperti Poh Kim Thye yang mana mulutnya memang tak lepas dari menghina "Melayu BABI, Melayu BANGANG, Melayu SIAL, Melayu BODOH" hampir setiap hari semenjak mengajar di sekolah yang mana majoritinya adalah pelajar Melayu. Sikap double standard guru ini juga dipertikaikan oleh si pengadu dengan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap pelajar berbangsa Melayu dan India, malah pelajar Cina diberi layanan yang cukup istimewa.

Tapi sampai bila Kementerian Pelajaran nak diamkan perkara ini? Mohon jangan ditukar ke sekolah mana-mana kerana selagi Poh Kim Thye ni berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran dan terus dibenarkan mengajar selagi itulah sikap RASIS nya tidak akan hilang. Beri amaran dan buang dengan serta merta. Kita mahukan perpaduan kaum bukannya guru RASIS seperti Poh Kim Thye ni.

Jika dulu ada seorang guru MELAYU yang cuma memarahi dan mendenda seorang pelajar CINA, habis dicanangnya seperti guru tersebut terlampau rasis sedangkan beliau hanyalah menjalankan tanggungjawabnya untuk memberi pengajaran akibat pelajar CINA itu tidak membuat kerja sekolah. Tetapi ini lain pula kesnya. Laporan polis juga telah dibuat. Mohon jangan terus disenyapkan perkara serius ini. Sumber asal SINI.


 Ahli parlimen Gelang Patah rasis, sampai merasuk habis bangsa cina kat sana rasis habis ke? Uihh..makin teruk jadinya keadaan sekarang ni.

Kerajaan kena hantar guru ni ke kelas anti rasis, kemudian hantar mengajar di pendalaman. Baru dia tau langit tinggi ke rendah.

McTheory:
Paling penting, ini perkara serius.. jangan diam saja!

GEMPAR!! Parasit Dalam Kerajaan BN Kedah Mula Buat Kacau!! #HanyaDiKedah

Posted: 30 May 2013 09:18 PM PDT


Artikel yang menarik dari blog Kedah Times. Cerita mengenai parasit dan pengkhianat dalam Kerajaan Negeri dan SLC yang bersedia melingkupkan Kerajaan BN Kedah dari dalam.

Setelah kerajaan PAS ditolak rakyat pada 5 Mei 2013 dengan undi popular kepada BN sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus, manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus, YAB Menteri Besar yang baru, Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir telah mengarahkan secara terbuka dan melalui arahan dalaman agar perkara-perkara yang merugikan rakyat termasuk penebangan balak dan pentadbiran Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (SLC) dihentikan sementara untuk dirujuk dan diteliti.



Dengan tersadainya lori balak dan tiada lagi aktiviti penebangan, sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa arahan itu telah dipatuhi.

Tetapi ini tidak berlaku di anak-anak syarikat kerajaan, dimana arahan agar sebarang anugerah projek baru atau mengeluarkan perbelanjaan besar perlu dirujuk ke pejabat Menteri Besar tidak diendahkan.

Dato' Ahmad Shukri

Oleh kerana kerajaan Umno tidak bertindak kejam dan memecat terus lantikan politik, sebagaimana PAS memecat secara terhina Dato' Ahmad Shukri dari golongan profesional pada 2008, ahli politik PAS sehingga kini masih memegang teraju SLC.

Namun, bukan terima kasih yang mereka ucapkan, sebaliknya mereka mengambil kesempatan dengan menganugerahkan projek-projek kepada kroni mereka yang bukan kecil nilainya.

Di KHTP misalnya, projek pembangunan bernilai RM12 juta telah dianugerahkan kepada kontraktor PAS tanpa merujuk pejabat MB tidak sampai 24 jam selepas arahan diterima daripada YAB Menteri Besar. KHTP yang selama ini melaksanakan projek-projek yang 100% dari dana kerajaan persekutuan, sepatutnya lebih memahami prosedur sebaliknya meredah arahan Menteri Besar!


Projek yang telah melalui kajian dan perbicangan semenjak lebih setahun lalu, secara gopoh gapah dianugerahkan kepada kroni PAS iaitu Arkitek Juhari Hashim, walhal Arkitek Farah Sofiah adalah pencadang asal yang bekerja dari mula, ditinggalkan terkontang kanting. Juhari Hashim pula kemudiannya melantik kroni pas antaranya Perunding Mojass dan Perunding K&H untuk melaksanakan projek yang mana lantikannya dibuat tergesa-gesa ini. Jauh sangatkan pejabat MB di Wisma untuk dirujuk?

Perlu disegerakan sangatkan anugerah projek ini, sedangkan prosesnya telah berjalan selama lebih setahun.

Bukanlah siapa mendapat kontrak yang pertikaikan, tetapi kenapa engkar arahan YAB Menteri Besar sedangkan projek boleh diteruskan, cuma kenapa lari daripada merujuk kepada Pejabat Menteri Besar? Kenapa?

SLC mungkin perlu dirombak secepat mungkin agar harapan rakyat yang telah menolak mereka ditunaikan.

Harap pejabat Menteri Besar Kedah beri perhatian pada apa yang berlaku!

McTheory:
Parasit dalam Kerajaan dan SLC perlu dipantau dan diambil tindakan.

PANASS!! Nurul Izzah Dakwa Di Dera Sebelum Di Lepaskan!! #TolakPR

Posted: 30 May 2013 06:19 PM PDT


 Semalam Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dilarang daripada memasuki Sabah.

Beliau tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis, tetapi ditahan di imigresen.

"Mereka mahu mengusir saya. Saya akan berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri Sabah," katanya tergesa-gesa kepada media.

Timbalan Ketua Setiausaha PKR Darell Leiking yang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di lapangan terbang menerusi Twitternya berkata pada ketika itu beliau sedang menunggu senarai hitam untuk melihat jika nama Nurul turut tersenarai dalamnya.

Beliau berkata Nurul Izzah mahu melawat Sabah untuk perayaan Kaamatan.

Nurul menulis di Twitternya "imigresen Sabah mengatur penghantaran pulang saya. Saya tidak dibenarkan untuk berbincang dengan ahli Parlimen, Darrell Leiking, yang menunggu saya di sini."

Beliau juga menulis di Twitternya bahawa terdapat ahli Parlimen lain juga yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah.

"Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila nama mereka ditekan, akses dinafikan."

Kemudian Nurul Izzah mendakwa, selama dia ditahan, dia tidak diberi makan. Ishh.. kejam betul Kerajaan Negeri Sabah ni!

Tapi betul ke dia tak diberi makan?

Gambar kat bawah tu, gambar Nurul Izzah dibilik tahanan. Bukan ada KFC ke depan dia tu? Itu bukan makanan ke? Bab makan pun nak menipu ke Izzah? Alahaii.. taktik cari simpati, anak, mak, bapak semua sama!

Kenapa Nurul Izzah dilarang memasuki Sabah?

AUTONOMI Sabah adalah antara retorik kebencian yang sering dimainkan oleh pemimpin PR dalam agenda anti-Federalisme mereka. Namun bila pemimpin Sabah melaksanakan autonomi dalam aspek imigresen, mereka pula yang gagal untuk menghormati keputusan pemimpin Sabah. Autonomi dalam aspek imigrasi dan kemasukan ke dalam negeri Sabah merupakan salah satu perkara di dalam Memorandum 20 Perkara Borneo Utara ketika bersetuju menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Perkara 6 dalam Memorandum 20 Perkara adalah mengenai aspek Imigresen, yang menyatakan bahawa - Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.


Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

Nampaknya pemimpin PR bercakap hanya macam burung kakak tua ketika berceramah tentang autonomi Sabah dan sewaktu memainkan sentimen anti-Federalism - mereka tak faham pun apa yang mereka kata.
- Tun Faisal

McTheory:
Mereka tak pernah faham pasal apa pun..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...