Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Hantu Raya dan Pontianak Melilau Sekitar Kulim dan Sungai Ular! #HanyaDiKedah
- PANASS!! Al-Kisah Bangla BN Yang Di Paksa Mengundi? #Blackout505
- PANASS!! Bila Anwar Buat Report Polis Lagi!! #AnwarGilaa
- TUDIAA!! Bila Tun Daim Bersuara Kenapa BN Kalah Di banyak Tempat?
- PANASS!! Apa Kaitan Mirzan Mahathir dan San Miguel? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah
TUDIAA!! Hantu Raya dan Pontianak Melilau Sekitar Kulim dan Sungai Ular! #HanyaDiKedah Posted: 28 May 2013 08:17 AM PDT Cerita seramm untuk penduduk sekitar Kulim. Tak kira la, Bandar Baharu ka, Serdang ka.. semua pun kena. Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong. Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja. Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan. Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya. Cangkung atas bumbung. Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah. "Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal. "Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya. "Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang," katanya kepada Sinar Harian. Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan pontianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung. Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu. Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka. "Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung. "Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu," katanya. Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan. Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu. Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba. Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi. "Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu. "Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung," katanya. McTheory: Iskk iskk.. hari-hari lalu jalan ni.. seramm ehh.. bila nak buat jalan kot lain ni... | ||||||
PANASS!! Al-Kisah Bangla BN Yang Di Paksa Mengundi? #Blackout505 Posted: 28 May 2013 05:39 AM PDT Masa mengundi hari tu, puak PR dok kata dia ni bangla yang diupah BN. Siap pakai gelang tangan BN lagi, punya la nak berlakon. Rupanya mangkuk ayun ni diupah oleh PR untuk jayakan operasi jahat PR untuk memburukan nama BN. Tak wujud pun dakwaan pengundi hantu atau bangla, semua itu cuma ciptaan puak PR untuk menafikan kekalahan, malah PR mahu penyokongnya berasa kuat dan tak rasa kalah. Sebab tu sentimen BN guna bangla diwujudkan. Bila mereka percaya mereka menang dan BN guna bangla. Puak PR ni akan terus berasa kuat, momentum untuk PRU ke 14 akan diteruskan tanpa lemah semangat. Sebenarnya puak PR mempunyai strategi propaganda yang amat hebat. Bukan susah untuk sebarkan persepsi diwaktu rakyat masih tercari-cari dan tertanya akan kebenaran. Durasi video 1 minit yang menunjukan bangla dalam bas pun, boleh dikatakan bukti bagi orang yang mahu percaya benda tu betul. Malah Anwar berjaya meyakinkan pengikutnya hanya dengan video bodoh satu bas penuh bangla dan turun melintasi jalan. Video bodoh macam tu pun, puak-puaknya percaya. Mc ada tengok video bangla yang depa kata video bukti bangla undi BN. Tapi dalam banyak-banyak video tu, takdak satu bukti pun, yang tunjuk bangla melangkah masuk ke pusat pengundian. Semuanya hanya ditepi jalan dan mereka dapat tangkap. Kalau benarlah bangla tu masuk, boleh lepas masuk ka dia nak undi? Nak mengundi sekurang-kurangnya 2 kali kena tunjuk IC. Pertama kali nak ambil number, kedua masa nak daftar, calit dakwat kekal, ambil kertas undi dan potong nama. Semua tu dipantau oleh polling agent dan counting agent Pakatan yang berada didalam tempat tu. Depa tuduh ada bangla mengundi, itu bermakna mereka tak percaya pada polling agent dan counting agent yang depa lantik. Bukannya orang SPR dan BN saja dalam tu, puak depa pun ada, macam mana boleh kata bangla masuk undi? Kalau betul ada bangla masuk mengundi, dah tentu ada laporan polis telah dibuat oleh puak Pakatan, pasal bangla ni. Tapi sampai sekarang, ada ka kita dengar depa buat laporan polis? Mana ada, tipu saja!! Ini semua ciptaan puak Pakatan Haram.. special 'black ops' untuk kenakan BN. Kita pula tak terjangka dengan semua ni, masih terpinga-pinga untuk menjawab. Macam mana nak jawab kalau kita tak buat? Jadi kita perlu terangkan pada rakyat Malaysia situasi yang sebenar. Bagaimana Pakatan menipu rakyat Malaysia dengan operasi-operasi jahat mereka. Mereka Pakatan menyebarkan kerja jahat mereka di internet, troopers upahan mereka bekerja tanpa henti. Red bean army dibayar untuk buat kerja sungguh-sungguh. Kita BN buat apa? Kalau Pakatan serang kita 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Kerajaan BN yang baru ni, masih lagi terhegeh-hegeh nak kaji tu nak kaji ni. Nak kena ketuk baru bergerak ka? Nak tunggu damage teruk baru nak cari troopers dan blogger BN? Bila la Kerajaan BN nak berubah? Takkan nak kena ubah jadi pembangkang baru teringin nak berubah kot? Wahai UMNO dan BN tolonglah berubahhh.. tolonglahhh.. McTheory: Kita dah kena teruk pun, masih nak angan-angan? | ||||||
PANASS!! Bila Anwar Buat Report Polis Lagi!! #AnwarGilaa Posted: 28 May 2013 12:44 AM PDT oleh : Dr MIM Setelah beberapa perhimpunan haram dan ceramah yang sarat dengan keraguan dan kononnya penipuan semasa PRU13, Anwar hanya mampu membuat laporan polis tentang dakwat kekal! "Saya Anwar Bin Ibrahim telah mengundi di dalam PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi Kubang Semang Parlimen Permatang Pauh pada jam 9.30 pagi. "Saya basuh jari yang tercalit dakwat kekal pada jam 5 petang hari yang sama dan mendapati semua dakwat yang dicalitkan pada jari saya telah habis tertanggal." tulis Anwar dalam laporannya.Memang kelakar kerana sebelum ini Pakatan Pembangkang pernah buat sidang akhbar siap dengan power point dan 'kes-kes' yang didakwa berlaku semasa PRU13. Dan Anwar hanya buat laporan polis tentang dakwat kekal! Kelakar! Yang menjadi persoalan sekarang ialah laporan polis yang dibuat oleh Anwar sendiri. Ada yang menimbulkan soalan, Anwar basuh jari pada jam 5 petang sahaja? Tak ada sebelum itu? Anwar tak ambil air sembahyang untuk sembahyang zuhur ke? Dan jika 'dakwat kekal' yang menyebabkan Anwar 'riuh sekampung', ianya sudah dijawab sebelum ini! Di bawah adalah temuramah penuh dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), TS Abdul Aziz Mohd Yusof yang menjawab segala tuduhan dan tohmahan Pakatan Pembangkang tentang PRU13. Sila baca :
S: Ada pihak mendakwa terdapat penipuan dalam soal penggunaan dakwat kekal dan salah laku. Apa penjelasan Tan Sri dalam hal ini? a. dakwat kekal yang SPR gunakan masih tertakluk kepada syarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang menghendaki ramuan dakwat itu tidak ada unsur haram dan tidak menyekat air wuduk kepada orang Islam. b. Syarat dikenakan Jabatan Kesihatan pula dakwat kekal itu mengandungi tidak lebih satu peratus silver nitrat iaitu logam perak yang digunakan dalam dakwat berkenaan.
Tapi negara lain, seperti Kemboja mahu guna sehingga 25 peratus kandungan silver nitrat. Dalam hal seperti ini, untuk tujuan masa akan datang SPR akan berunding dengan Jabatan Kesihatan supaya dakwat ini tidak memudaratkan kesihatan. Jangan kerana terlalu ghairah hendak guna dakwat kekal, ada pula pengundi yang menghidap penyakit buah pinggang dan kanser selepas pilihan raya. 1. Kalau botol dakwat tidak digoncang dengan sepenuhnya maka ramuan terdiri daripada herba dan bahan kimia di dalamnya tidak akan menjadi sebati. Apabila ini berlaku, hanya cecair yang disapu dijari. 2. Jari yang hendak disapu itu hendaklah tidak berminyak, kering dan tidak kotor serta cara menyapu hendaklah berkali-kali supaya penuh ruas pertama jari telunjuk kiri. Calitannya perlu sempurna.Laporan lain tentang dakwat kekal yang telah dijelaskan sebelum ini : ...Aziz admitted that the failure of indelible ink in some cases was caused by teething problems with using the ink for the first time. "The EC is not here to cheat. As an organisation, we would like to be transparent, we don't like to cheat. We don't have an agenda," he stressed. EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar told reporters this morning that he was not worried the ink could be washed off, stressing that voters cannot vote twice with one identity card (IC) number. "I'm not worried about indelible ink washed off today because tomorrow you cannot vote," he said. "How is he going to vote without a MyKad or an IC number? One rakyat's name is only stated once." more McTheory: Makin lama makin terbuka pekung busuk Anwar.. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | ||||||
TUDIAA!! Bila Tun Daim Bersuara Kenapa BN Kalah Di banyak Tempat? Posted: 27 May 2013 09:17 PM PDT Baca apa yang Tun Daim katakan, hampir semuanya tepat! Malah ulasan yang beliau berikan juga bagus. Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin. Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim mengatakan sebagai pendekatan salah. "Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden. "Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga," kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. "Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat. Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya." Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina. "Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?" "Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti," kata beliau kemudian. Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi. "Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan. "Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius. Biarkan Anwar jadi penghibur. Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN. Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda. "Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi," katanya. Daim mengatakan kekalahan BN di Selangor disebabkan oleh pergaduhan dalaman, mengatakan ini disebabkan gabungan itu memilih calon yang salah dalam pilihan raya 5 Mei. BN menang 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kurang daripada 20 kerusi yang mereka perolehi semasa 2008, akan tetapi mempertahankan lima daripada 22 kerusi Parlimen. Beliau juga menyalahkan keputusan Selangor kepada pengarah pilihan raya negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang beliau katakana telah tidak menghiraukan tindak balas dari bawah dengan memberikan jaminan kepada Daim kemenangan BN di kerusi di sana. "Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan dari Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya tidak faham logik Najib," kata Daim membangkitkan Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali telah melawan Mohd Zin dan ramai pemimpin Umno bahagian dikatakan berkempen menentangnya. "Apabila anda bertanya kepada saya dalam wawancara lepas, saya kata terdapat masalah kesilapan calon. Ketua bahagian tidak gembira. Di kalangan (ahli) Umno sabotaj di mana-mana. Saya beritahu Zain senarai kerusi DUN bermasalah. Zain kata ya terdapat masalah tetapi BN boleh menang. Semua kerusi yang berada ditangan saya, BN kalah. "Dengan calon salah yang tidak turun ke bawah, tidak menghiraukan ketua bahagian, tidak melawat ahli dan pengundi, anda tidak boleh menang," kata Daim. Daim mengaitkan pandangannya dengan bagaimana BN kalah di kerusi DUN Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok, Kedah dimana dikatakan terdapat pergaduhan dalam BN berhubung dengan pemilihan calon. "Mereka masih lagi bergaduh tentang kerusi DUN itu walaupun sehari sebelum pengundian. Saya kata kepada mereka mereka gila. Hanya undi BN. Beritahu mereka mereka hanya tinggal separuh hari untuk berkempen dan mesti dilihat bersatu. "Mereka kalah dengan 500 undi kerana mereka tutup pondok panas mereka menjelang 4 petang, yakin mereka sudah menang. Saya SMS anda pada tengah hari bahawa BN telah menang Merbok akan tetapi masyarakat India di sana perlu bergaduh sehingga saat akhir mengenai calon dan kita kalah. Kita adalah musuh kita paling bahaya." McTheory: Selangor banyak pemimpin hipokrit, sebab tu kalah! | ||||||
PANASS!! Apa Kaitan Mirzan Mahathir dan San Miguel? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah Posted: 27 May 2013 06:16 PM PDT 1. Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi. 2. Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan . 3. Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya "menawan" dan "menyelamatkan" beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya. 4. Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filifina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain. 5. Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp (,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/ )Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan. Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation. Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina. Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTU R, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi. 6. Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan. (sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010. 7. Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya. 8. "Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?"itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini. 9. Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai "ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK" yang terang-terangan tidak benar sama sekali. 10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir "Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah" 11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, "Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan". Sumber Mc ambil dari SINI. Inilah keterangan sebenar mengenai San Miguel. Tapi potong jari la puak Pas takkan percaya. Jenis buta perut nak tengok kesalahan orang saja. Terangkanlah macam mana pun. depa tetap bebal! McTheory: Beliau bukan tauke kilang arak, tapi menukar kilang arak yang bankrup kepada industri pembinaan, patutnya dia dipuji kerana tutup bisnes arak!! Tapi sebaliknya beliau di HINA! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment