Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Lagi Gambar Polis Pukul Ahli PKR!! #TolakPR

Posted: 27 May 2013 08:17 AM PDT


Provokasi, fitah murahan, .lakonan hebat dan penuh kepura puraan..

Itu sajalah modal puak puak pakatan haram.
Kesian aku tengok puak-puak ni.

Insiden seorg ahli Pkr yang berpura pura pengsan kononnya dipukul dan ditolak oleh polis, gagal mendapat perhatian kerana dia bergegas bangun setelah pihak polis menghubungi ambulans...

Kesian, macha ni nak berlakon tapi tak sampai penghayatan dia.
Bebal tak tau nak kata dah.

Inilah sikap pembangkang yg suka mencipta kontorversi dan provokasi memburukkan imej PDRM!!! - Sumber

 Inilah taktik dan helah pembangkang yang cuba untuk memburukan institusi polis. Macam-macam cara puak ni buat, selamat ada wartawan ambil gambar, kalau tak kena tuduh lagi la polis Malaysia jahat!

McTheory:
Fitnah tak sudah-sudah.. bosan laa..

PANASS!! Rupanya Sejak Dari Dulu Lagi Ustaz Azizan Di Pulau Oleh Exconya!! #HanyaDiKedah

Posted: 27 May 2013 05:37 AM PDT


Dulu bila Mc kata Pas Kedah bergaduh teruk, ada puak Pas kata tipu, bohong dan macam-macam lagi. Dari sebelum kalah, sampai la dah kalah dan Ustaz Azizan masuk hospital, cerita pergaduhan Pas Kedah ni tak pernah diam dan berhenti.

Kat bawah ni screen shot yang Mc ambil dari FB seorang troopers Pas.


Sudah terbukti, memang benar Ustaz Azizan di pulau dan dipermainkan oleh exco-exconya. Kesiann Ustaz, jadi Menteri Besar tanpa kuasa.

Itulah cara Pas, kononnya Islam. Bukan saja puak ni tak hormat pada pemimpin negara, pada pemimpin depa sendiri pun tak hormat!! Macam tu kita nak kata puak ni lebih Islam pada UMNO?

McTheory:
Mungkin depa hanya hormat pada Dap dan Anwar saja kot..

PANASS!! Anwar Pemimpin yang tak akan tunaikan janji!! #TolakPR

Posted: 27 May 2013 02:37 AM PDT


Anwar ni memang tak pernah nak tunai janji ke? Baik janji pada rakyat atau pada sesiapa saja dia tak pernah nak tunaikan, hatta tuhan sekali pun, Anwar tak tunaikan janji.

Baca apa pulak janji Anwar kali nih..

Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen. Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.

"Kami ada komitmen," Jusuf dipetik sebagai berkata. "Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,".

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka. – BERNAMA

Senang cerita, Anwar ni orang gila meroyan.. Usah dilayan perangainya, kalau dilayan makin menjadi. Kita anggap cerita yang Anwar 'karut' kan tu, sebagai penglipurlara yang tak sudah, versi Anwar yang sanggap nak jadi PM.

Cuma yang sedihnya, ramai juga orang Malaysia yang termakan cerita karut marut Anwar ni.. biasa la Anwar pejuangkan segala kejahatan.. langgar kerajaan, hina institusi pihak berkuasa, maki sana. maki sini, demo dan macam-macam kejahatan lagi. Tu pun ada orang yang sanjung!

McTheory:
Tapi itulah Adat manusia, suka buat jahat dari baik..

PANASS!! Adun Dap Akui Tiada Blackout!! #Blackout505

Posted: 27 May 2013 12:27 AM PDT




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari, Lee Chin Chen tampil menafikan dakwaan berlaku gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong pada malam 5 Mei lalu.

Penafian pemimpin parti sekutu pakatan pembangkang itu sekali gus membuktikan dakwaan berkenaan yang dilemparkan pihak tertentu, tidak berasas sama sekali dan dipercayai hanya mahu menghasut rakyat kononnya berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah, Chin Chen mengaku beliau berada di dewan berkenaan pada 5 Mei lalu, dari jam 8.30 malam hingga selesai proses penjumlahan undi dan terus menunggu sehingga keputusan PRU-13 bagi DUN Ketari, Bilut dan Sabai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Toantowee Mohd Lotfie.

"Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak jam 8.30 malam sampai awal pagi... mana ada gangguan bekalan elektrik pun.

"Ramai orang juga ada di sana... wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan," katanya.

Chin Chen yang menang kerusi DUN Ketari selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wong Choo Yak dengan majoriti 4,243 undi pada PRU-13, mengaku beliau juga pelik dengan dakwaan itu dan tidak pasti pihak mana yang menyebarkan tuduhan berkenaan.

Dakyah terbabit disebarkan media sosial sebaik PRU-13 berakhir, malah turut ditambah kononnya kejadian itu turut mencetuskan kekecohan dan tunjuk perasaan.

Sumber: AntaraPos

TUDIAA!! Video Anwar Makin Gila Makin Meroyan!! #TolakPRa

Posted: 26 May 2013 09:12 PM PDT


Video kat bawah ni, memaparkan seorang manusia gila meroyan yang tak sudah-sudah nak jadi PM. Kita anggap saja apa yang dia cakap tu sebagai hiburan dan sebagai orang dah tak berapa nak waras. Sebab kalau dia ada otak, dia takkan bercakap macam tu.. kesiann kesiann..


Semua dakwaan tipu, bangla dan lain-lain yang Anwar cakap tu, hanya 'dakwaan' semata-mata. Tidak ada dengan tindakan. Report polis la kalau ada penipuan, atau penipuan yang Anwar cakap tu hanyalah 'black ops' puak Pakatan sendiri. Sendiri buat, kemudian salahkan orang lain?

Kalau betul ada penipuan, dah lama Anwar buat report polis dan saman SPR. Tapi disebabkan benda tu ciptaan mereka, jadi mereka hanya gunakan semua tu untuk sebarkan persepsi. Anwar kalah tapi disebabkan taknak malu, Anwar tuduh SPR dan BN tipu, sedangkan dia memang kalah betul-betul. Biasa la, dah terlajak cakap, memang la maluu..

Pasal undi popular pulak, nak tau setakat mana popularnya Anwar ni? Boleh klik SINI

McTheory:
Dia popular dengan cina Dap sajaa..

PANASS!! Bila AMK Bertumbuk dengan Pemuda Pas!! #TolakPR

Posted: 26 May 2013 06:26 PM PDT


Hubungan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ibarat retak menanti belah apabila pemimpin kedua-dua sayap PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mula bertelagah dan saling menyalahkan antara satu sama lain terhadap kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU12), 5 Mei lalu.

Ia bermula apabila Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Kongres Nasional PKR Ke-9 kelmarin secara terbuka menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong PKR kerana didakwa mencerca calon parti itu semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Shamsul Iskandar turut membidas Abdul Hadi kerana mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan PKR hingga menyaksikan wujud pertembungan antara kedua-dua parti pada PRU13 di beberapa kawasan dan seterusnya menyebabkan kekalahan kepada pakatan pembangkang.

Berang dengan tohmahan yang dilemparkan oleh AMK tersebut, Dewan Pemuda PAS Gombak (DPP Gombak) bertindak mempertahankan Presiden PAS dengan menggesa AMK supaya tidak bersikap sombong dan sedar tentang masalah yang sering ditimbulkan PKR dalam pakatan pembangkang selama ini.

"Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan selama ini. AMK pula menjadi penyambung lidah macai Barisan Nasional (BN)," katanya melalui satu kenyataan media lewat malam tadi.

Abdul Hadi pada kempen PRU13 membuat kenyataan terbuka pertindihan kerusi yang berlaku antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.Presiden PAS itu semasa kempennya juga mendakwa terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah "pil kuda" dan berideologi komunis.

Bertindak mempertahankan Presiden PAS, Syarhan Humaizi berkata, Shamsul Iskandar sepatutnya sedar wakil rakyat PKR yang diambil secara serkap jarang untuk menghadapi PRU12 telah menyebabkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang Perak pada 2008.

Katanya, lebih memalukan buat PKR apabila beberapa wakil rakyat parti itu turut mengkhianati PAS dan DAP dengan melompat parti dan sebab itu Abdul Hadi mengambil keputusan untuk menegur calon PKR pada PRU13.

Justeru, katanya, tindakan Presiden PAS mencerca calon tangkap muat PKR pada PRU13 adalah wajar dan tidak sepatutnya dipertikaikan oleh AMK.

Syarhan Humaizi juga meminta AMK sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihan raya mereka pada PRU13 kerana kebanyakan petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu bertindak dan akhirnya jentera Pemuda PAS terpaksa membantu mereka.

"Ia dilihat sendiri oleh rakyat yang akhirnya menyaksikan beberapa calon PKR ditolak di peringkat Parlimen sedangkan calon PAS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) menang besar," tegasnya.

Tambahnya, PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah, namun mereka bukan macai calon PKR.

Sumber Mynewshub
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...