Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Fakta Sebenar Tentang Undi Popular Anwar Untuk Seluruh Malaysia!! #Blackout505

Posted: 26 May 2013 08:17 AM PDT



Sebenarnya Anwar dan media pro pembangkang dah TIPU kenyataan yang sebenar. Rakyat Malaysia tidak memilih Anwar menjadi PM. Sebab Anwar hanya menang undi di 4 negeri SAHAJA!

Manakala BN mendapat undi popular di 9 negeri!! Kalau tak percaya kita tengok carta kat bawah ni!



Pakatan Rakyat memenangi sejumlah 5624084 undi di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak).

Barisan Nasional memenangi sejumlah 5262983 undi di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak).

Ini bermakna Pakatan Rakyat memenangi 5624084 - 5262983 = 361101 lebih undi daripada BN di seluruh Malaysia.

Tetapi Pakatan Rakyat TELAH HILANG VOTE yang POPULAR DI NEGERI SEMBILAN DAN DALAM Wilayah Persekutuan LABUAN DAN PUTRAJAYA.

Jadi bagaimana Pakatan Rakyat mendapatkan tambahan 361.101?

jawapannya macam ni..

i. Di Kelantan Pakatan Rakyat memenangi 412949 - 355627 = 57332 undi tambahan.

ii. Di Pulau Pinang Pakatan memenangi 492863 - 229859 = 263004 undi tambahan.

iii. Di Perak Pakatan menang 624344 - 512451 = 111893 undi tambahan

iv. Di Selangor Pakatan memenangi 1044758 - 685502 = 359256 undi tambahan.

v Di KL Pakatan memenangi 425352 - 227268 = 198084 undi tambahan.

Anda boleh lihat ianya sangat jelas bahawa Pakatan Rakyat telah memenangi undi popular di Negeri-Negeri yang mempunyai penduduk Cina yang besar iaitu Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta WP Kuala Lumpur. Ini adalah di mana tambahan mereka 361.101 undi mereka.

Malah dalam majoriti Melayu Kelantan, majoriti Pakatan undi popular adalah sangat tipis - hanya 57332 undi tambahan. Di mana-mana orang Melayu yang utama, walaupun di Kelantan, BN telah memenangi undi orang Melayu.

Jika kita menambah undi majoriti Pakatan dalam tiga Negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan KL (dengan sejumlah besar pengundi Cina) ia menambah kepada 932.237 undi. Plus Kelantan jumlah majoriti mereka di seluruh Malaysia adalah 989569 undi.

Sangat jelas ini adalah undi Cina dari Pulau Pinang, Perak, Selangor dan KL.

Maka 989569 undi majoriti di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan KL telah dicairkan oleh BN di negeri-negeri, menyebabkan majoriti akhir hanya 361.101 undi untuk Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia.

Ini adalah penipuan besar untuk Pakatan Rakyat. Dengan majoriti 989569 mereka sepatutnya dijalankan di seluruh negara. Tetapi mereka tidak.

Mengapa tidak?

Oleh kerana sebahagian besar undi mereka di kalangan penduduk pengundi Cina yang besar di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ini mengesahkan bahawa PR hanya popular dengan undi Cina. Ini juga mengesahkan bahawa PR tidak mewakili majoriti undi Melayu. Itulah sebabnya kenapa mereka tidak boleh menang dalam pilihan raya umum pada kali ini.

Pakatan TIDAK mempunyai undi Melayu.

Jadi, bagaimana mereka boleh kata Pakatan lebih popular dari Barisan?

Siapa yang bermain dengan angka-angka sekarang?

McTheory:
Fakta lawan Persepsi..

TAHNIAH!! Gambar Pernikahan Ustaz Azhar Idrus Dengan Isteri Terbarunya!!

Posted: 26 May 2013 05:46 AM PDT



Tahniah la pada Ustaz Mc'd kita.. dah la naik ferrari, motor besar, kini dapat isteri muda yang betul-betul muda. Isteri muda Ustaz Azhar kita ni nama Izyan. Pucuk muda lagi tuu, rezeki Ustaz, apa nak buat.

Kedua-dua mempelai tua dan muda ni, baru saja bernikah sebentar tadi.

Layan gambar Ustaz Azhar kita.. makan beradap lagi dohh..

 gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus



gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus


 gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus


gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus


 gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus


gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus

 gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus

gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus


Mantap la Ustaz!! Ilmu apa la si Ustaz ni pakai..dapat nikah dengan gadis berumur 27 tahun. Anak dara pulak tuu.. dahsyat la Ustaz-Ustaz Pas ni.. memang terbaik!!

McTheory:
Jangan main-main dengan Ustaz Mc'd ni.. he he he.. tahniahhh..

PANASS!! Kit Siang Memang Rasis!! - Ayahanda Tun Dr Mahathir

Posted: 26 May 2013 02:17 AM PDT



Kalau tak rasis nafi dan buktikanlahh.. apa nak kalut sangat??

McTheory:
Terbaik dari Ayahanda..

MAKK AII!! Ratusan Ribu Berhimpun Untuk Blackout Mental 505 Semalam!! #BlackOut505

Posted: 25 May 2013 11:17 PM PDT



Dataran Petaling Jaya dikatakan boleh memuatkan 80,000. 

Dengarlah kelentong pihak anarkis ini. Kalau banyak gitu, mestilah kawasan sama besar dengan Stadium Bukit Jalil. Tengok gambar waktu siang ...








Alahai ... kita biasa main bola di sini. Tak mungkin kapasiti 80 ribu. Kalau penuh sampai padang pun dalam 20-30 ribu sajer. 

Penganjur kelentong kata jumlah yang hadir menghampiri 50 ribu. Chegubard kata 70 ribu. Kah kah kah .... tengok gambar atas betul-betul.... 




Macam perhimpunan di sekolah hari Isnin  hehehe ... Tak percaya buatlah square counting estimate. Adalah dalam 10 ribu saja. 

Haramjadah sama yang dok pergi Bersih 2, 3 dan HRK. Tak banyak mana .... 

Sah anak muda dan mahasewel semua ditipu buta-buta oleh Anwar.

Dahlah isu Blackout tak wujud, undi popular taklah hebat sangat, dan pengundi Bangla tiada bukti dan hanya fitnah, ....

... untuk apa bebal-bebal ini berhimpun?


Gunalah lojik ... kalau boleh terima dan angkat sumpah di Selangor, Penang, dan Kelantan, apa benda cerita persoal 27 kerusi kalah?

Tempat dia menang tak seleweng pulak!!!


Sumber The Unspinners

McTheory:
Semua ni hanya untuk tutup malu Anwar saja.. bukan ada apa pun..

TUDIAA!! Blackout Punca Pakatan Menang di DUN Selangor? #Blackout505

Posted: 25 May 2013 08:17 PM PDT


Mc suka untuk mengulas Kenyataan Akhbar YB Noor Hanim.. kenapa? Takpa kita baca dulu penafian YB Noor ni.

KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANG
YB NOOR HANIM ISMAIL
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR

Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3. "Counting Agent" kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu. Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut. Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.

YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434


Ini pula kenyataan dari SPR..

KUALA LUMPUR - Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.

Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.

Sekarang ni siapa tipu siapa sebenarnya?

Komen:
Mc teringin nak tanya YB, kalau benar blackout berlaku pada waktu tersebut, kenapa selepas 3 minggu pun YB tak buat report polis lagi? Kenapa sekarang baru tampil beri kenyataan? Selain dari Sri Serdang, kat mana lagi tempat yang blackout? Lagi satu soalan yang paling penting.. siapa agaknya yang menang kat DUN sini ya YB?

Apakah YB nak kata, PR menang disebabkan Blackout?

McTheory:
Kata Blackout punca kalah, tapi menang, cer citer cerr citerr?

TUDIAA!! BN Kedah Laksanakan AES? #HanyaDiKedah

Posted: 25 May 2013 05:37 PM PDT

Menteri AES Kedah??

Sekarang ni kecoh la puak Pas bila depa baca kenyataan Exco negeri Kedah yang baru, si Tajul Urus. Katanya si Tajul ni nak laksanakan AES di Kedah. Betul ka Kerajaan Negeri Kedah setuju dengan perlaksanaan AES ni? Atau Tajul sendiri yang cakap macam tu?

Betul ke Kedah nak laksanakan AES?

Mc tau, si Tajul ni orang yang macam mana. Mungkin disebabkan nak tunjuk pandai, si Tajul dah tersalah cakap. Kena pula spin dengan akhbar Sinar yang sememangnya pro Pakatan, teruslah hanyut si Tajul ni hingga tidak memikir apa yang dia cakapkan tu memberi kesan yang besar pada rakyat.

Untuk laksanakan AES, Tajul perlu membawa perkara ini ke mesyuarat Exco dan berbincang dengan Menteri Besar terlebih dahulu. Jikalau ada yang tolak, maka AES tak dapat dilaksanakan. Untuk membuat sesuatu pembaharuan, kepentingan rakyat perlu diutamakan, bukan main sedap mulut saja cakap.

Adakah Tajul tahu MB Kedah setuju atau tidak bab AES ni. Bagi Mc, AES baguss sebab mengajar pemandu lebih berhemah, namun ia perlu diteliti dan buat kajian lebih mendalam, sebab AES masih banyak kelemahan!

Akhbar Sinar pula, bila Tajul sebut 'akan' laksanakan, esok terus keluar  tajuk besar 'Kedah Akan Laksanakan AES'. Apakah kata-kata Tajul itu mewakili Kerajaan negeri? Kalau MB yang kata macam tu, mungkin ianya betul. Tapi ianya keluar dari mulut seorang Exco. Banyak perkara yang perlu dilalui dan diperhalusi lagi.

Bagi Mc, kenyataan Tajul tu tak betul, dan Sinar pula 'Spin' kata-kata Tajul tu untuk sensasikan akhbar mereka. Puak cacai Pakatan pula kutip story Sinar tu, untuk dijadikan modal menyerang Kerajaan Negeri. Agak-agaklah kalau nak serang, bincang pun belum, dah tuduh Kerajaan Negeri Kedah nak laksanakan AES!

 Rakyat Kedah jangan risau, jangan pedulikan tohmahan mereka. Nak tau cerita betul, baca Utusan atau Berita Harian. Kalau Kerajaan Negeri Kedah betul-betul nak buat, dah tentu diumumkan dalam Utusan Malaysia, bukannya akhbar tabloid setaraf majalah gosip tu.

AES tu bagus, cuma bukan senang ajar orang jadi baik, dari nak suruh seseorang tu buat jahat! Apa-apa pun kita tunggu kenyataan dari Menteri Besar Kedah.


McTheory:
Manusia sekarang, lebih pentingkan WANG dari NYAWA!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...