Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Anwar Punya Kulit Muka Tebal Macam Khinzir!!
- PANASS!! Gambar Blackout Ketika Kiraan Undi Hanyalah Satu Fitnah Pakatan Haram!! #Blackout505
- PANASS!! Mahkamah Takut Pada Pakatan Haram? #TolakPR
- PANASS!! Parti Barisan Nasional Nak Tukar Nama?
- TUDIAA!! Pas Kedah Mula Main Kotor Serang BN Kedah Tak Guna Akal!! #HanyaDiKedah
HOT! Anwar Punya Kulit Muka Tebal Macam Khinzir!! Posted: 25 May 2013 08:09 AM PDT PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengulangi pendirian beliau hanya akan berundur dari arena politik negara sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang diadakan pada 5 Mei lalu bersih, telus dan adil. Bagaimanapun, beliau berkata hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana mendakwa wujudnya penyelewengan sepanjang perjalanan pilihan raya umum pada 5 Mei lalu. "Saya putuskan kalau proses pilihan raya umum bersih dan saya tetap tewas, saya akan undur tetapi dalam kes ini bukan sahaja kita menang besar, apa sebab saya nak undur. "BN dapat 41 peratus undi popular, hendak suruh orang yang dapat 51 peratus undur, kamu fikirlah sikit. Tak malukah kamu fitnah tiap-tiap malam," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Keadilan di sini, Sabtu. Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pembangkang gagal menguasai Putrajaya tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara. McTheory: Cakap orang gila..dah tentu PRU takdak masalah.. blackout hanya ciptaan puak Pakatan sendiri.. sendiri dah malu, kalah lepas tu taknak berundur.. muka tak malu la ko Anwar.. pui!! Sent from my BlackBerry 10 smartphone. |
PANASS!! Gambar Blackout Ketika Kiraan Undi Hanyalah Satu Fitnah Pakatan Haram!! #Blackout505 Posted: 25 May 2013 05:38 AM PDT Ini betul-betul kerja 'setan'. Sanggup lakonkan kejadian 'blackout' hari pengiraan undi sebelum PRU lagi hanya menimbulkan keraguan terhadap proses pilihanraya di Malaysia. Yang dimaksudkan adalah sekeping gambar kononnya berlaku 'blackout' ketika proses pengiraan undi malam 5 Mei baru-baru ini. Hari ini, SPR mendedahkan bahawa siasatan awal mereka menunjukkan gambar tersebut adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya. "Mereka sudah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. "Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya. Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon. "Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang. "Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya. Wan Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas. "Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak. "Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa," katanya. Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan. Beliau berkata, namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13. "Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan. "Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya. Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah. Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara. "Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya.- Agenda Daily |
PANASS!! Mahkamah Takut Pada Pakatan Haram? #TolakPR Posted: 25 May 2013 02:17 AM PDT Permohonan pihak polis untuk mendapatkan tahanan remand 14 hari untuk Tian Chua, Harris Ibrahim dan Tamrin Ghaffar ditolak pihak mahkamah. Kisahnya boleh dibaca di The Mole SINI Persoalan kini adalah samada Mahkamah adalah sebuah institusi yang membantu membawa hidup "law and order" (undang-undang dan peraturan) kepada masyarakat atau mendokong cita-cita anarkis (puak yang mahu bawa kucar kacir). Nampaknya mahkamah lebih gemar melayani anarkis yang merepek. Pilihanraya telah dijalankan secara aman dan adil tetapi pihak pembangkang yang dari awal lagi kata akan tetap mahu tuduh pilihanraya penipuan walaupun tuntutan merepek mereka dilayani. Proses keputusan pilihanraya ada caranya untuk ruang membuat protes dan wakil-wakil calun ada berperanan menyemak dan memantau setiap langkah dan proses pilihanraya. Sebaik keputusan dah digezetkan, mereka bolehlah buat petition dan jika ada bukti sah, pihak mahkamah tinggi boleh buat keputusan. Kini lain pula dengan sikap mereka, proses tak mahu dilalui tapi mereka mahu menghasut orang ramai jatuhkan kerajaan secara revolusi haram sedangkan proses pemilihan dah dilakukan dengan adil. Tuduhan 45 ribu bangla masih tak dibuktikan. Lebih jelas DAP tersalah tangkap orang-orang yang salah hingga ada pemimpin mereka terpaksa mengaku salah. Insiden blackout masih tak ada dengar protes dari wakil calun yang hadhir akan ada berlaku penyelewengan. dan bukan Bila dah jelas mereka mahu membawa undang-undang ditangan sendiri dan kalau mahkamah buat keputusan yang tak selari dengan mereka, puak ini akan juga persoalkan. Malangnya pihak mahkamah mengambil sikap mudah dan nampaknya inilah trend akhir-akhir ini sikap mahkamah. Mahkamah bagaikan jadi SAVIOUR OF ANARCHY dari membawa law and order dengan menolak permohonan polis untuk tahanan remand. Menurut Flying Kick SINI, Mahkamah dah jadi penghalang kepada keamanan awam. Hakim-hakim bagaikan takut untuk hadapi serangan bertali arus oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat terhadap sistem perundangan negara, terutama sekali terhadap Peguam Negara tidak lama dahulu. Begitu juga dengan serangan peribadi terhadap Ketua Hakim Negara melibatkan beberapa orang peguam kanan, menggemparkan negara. Bermula dari situlah, badan perundangan negara kelihatan lebih berpihak kepada Anwar Ibrahim dan gerombolannya dengan keputusan-keputusan luar jangka, sama ada menerusi kelemahan Pendakwaraya atau keputusan hakim atau majistret yang terlebih berpihak kepada Anwar Ibrahim dan gerombolannya. Ironinya, selepas banyak keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim, terutama sekali saman fitnah, Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim tidak lagi memperkatakan tentang kebobrokan badan perundangan negara! Kementerian Dalam Negeri dan PDRM kelihatan sedang bertungkus lumus untuk mengamankan negara ini daripada pengacau-pengacau yang tidak dapat menerima keputusan PRU13. Namun ramai juga yang menjangkakan, tugas Menteri KDN dan KPN bukannya semudah menangkap dan menahan, sebaliknya mereka perlu berhadapan dengan satu lagi halangan besar iaitu MAHKAMAH DAN HAKIM. Adakah hakim-hakim ini dah jadi penakut macam ayam mementingkan jawatan dan populariti hingga takut nak utamakan ketenteraman awam demi nak jadi popular kepada Pakatan Rakyat? Nukilan dari The Unspinners McTheory: Kalau takut lepas jawatan saja la.. bagi orang lain pulakkk!! |
PANASS!! Parti Barisan Nasional Nak Tukar Nama? Posted: 24 May 2013 10:17 PM PDT Parti komponen Barisan Nasional sedang menimbang cadangan untuk menukar nama parti itu sebagai sebahagian daripada proses evolusi selari dengan perkembangan semasa, antara nama yang sedang dipertimbangkan ialah Parti 1Malaysia. Menurut sumber, ia bagi membolehkan keahlian secara terus bagi mengekalkan parti komponen yang telah dibentuk sejak 1973. BN adalah pengganti kepada Parti Perikatan terdiri daripada Umno, MCA dan MIC yang merupakan tiga parti komponen utama gabungan itu. Ia telah ditubuhkan pada 1951 dan didaftarkan pada 1957. Perubahan itu bakal membawa evolusi kepada BN secara keseluruhan daripada sebuah parti komponen berasaskan kaum kepada satu parti pemerintah. Menurut sumber, Umno telah berjaya mengembalikan kenyakinan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila memenangi 88 berbanding 79 kerusi pada 2008, namun parti komponen lain seperti MCA, Gerakan dan PPP tidak mencatatkan keputusan yang baik. MCA hanya meraih tujuh kerusi pada PRU-13 berbanding 15 kerusi pada 2008. PPP turut mencatatkan pencapaian yang lemah, dengan tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen serta tidak berjaya menebus kembali kerusi yang mereka tewas pada 2008. Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beberapa nama telah dicadangkan setakat ini. "Parti 1Malaysia, Barisan Baru, 1Barisan Malaysia dan Organinasi Rakyat Malaysia Kebangsaan," katanya kepada The Star. Bagaiamanapun, beliau menafikan sebarang yang disenaraikan itu nama telah dipilih. Beliau berkata satu kajian mendalam akan dilaksanakan bagi memastikan bahawa mengubah struktur asas parti ialah satu cadangan yang munasabah sebelum isu menukar nama baru parti itu akan diatasi. McTheory: Tukar nama? Korang setuju ke? |
TUDIAA!! Pas Kedah Mula Main Kotor Serang BN Kedah Tak Guna Akal!! #HanyaDiKedah Posted: 24 May 2013 06:16 PM PDT Belum pun 3 minggu Kerajaan Negeri Kedah yang baru ini ditubuhkan. Pas Kedah melalui cybertroopersnya mula menyerang Kerajaan BN Kedah yang baru ini dengan pelbagai cara. Kalau pada minggu pertama mereka menyerang dengan tohmahan BN Kedah merampas Kedah dengan cara menipu. Kini serangan peribadi kepada Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz Mahathir juga ditelah dibuat. Mungkin mereka mahu tengelamkan 'aura' Dato Mukhriz di Kedah dengan pelbagai fitnah, namun mereka silap, serangan peribadi yang keterlaluan, akan membuatkan rakyat Kedah menyampah terhadap Pas! Serangan kepada pemimpin tanpa membuat salah, itu adalah keterlaluan, Mc percaya rakyat Kedah bijak untuk berfikir yang mana betul dan yang mana palsu. Itu serangan peribadi, belum lagi serangan pada 'Aku Janji BN Kedah'. Dalam masa 3 minggu ini, apa yang kerajaan BN Kedah boleh buat? Buka buku hutang Negeri Kedah pun, Dato Mukhriz dah pening kepala. Selama 5 tahun Pas perintah, hutang negeri Kedah sudah bertambah lebih RM2 billion! Tau banyak mana RM2 billion tu? Mula kira dari sekarang, sampai mati pun kita takkan habis kira sampai RM2 billion tu! Itu percapaian terbaik Pas Kedah kepada negeri Kedah. Bukan kurangkan hutang, tapi buat tambah banyak-banyak! Sudahla pendapatan negeri Kedah hanya bergantung kepada BALAK semata, pelaburan hancur, pertanian lingkup, industri lain pun takdak! Jadi Pas meninggalkan negeri Kedah dalam keadaan yang teramat teruk. Selamat BN ambil balik, kalau tak ambil, nescaya Kedah akan jatuh bankrup!! Sekarang ini apa yang Mc dengar, Dato Mukhriz akan bawa masuk pelabur dari luar. Jangan risau, bukan pelabur 'haram' seperti difitnah oleh Pas tuu.. Dato' Mukhriz akan perkuatkan balik Kulim Hi-Tech, besarkan lagi industri perkilangan di Baling, projek Sulihh juga akan disambung balik, dan pelbagai cara lagi untuk tambah pendapatan negeri Kedah. Kalau dulu pendapatan negeri Kedah ketika dibawah Pas pendapatan 90% hanya bergantung pada balak. Kini BN akan cuba membuat negeri Kedah menjadi negeri Industri. Kita buat dan kita jual! Bila kilang dah banyak buka, ia akan memberi lebih peluang pada orang Kedah cari kerja di Kedah! Tak payah cari kerja di KL lagi!! Cuma semua itu memakan masa. Apa yang dijanji dalam buku 'Aku Janji BN Kedah' akan dilaksanakan! Kerana ianya 'Janji yang perlu ditepati' BN Kedah bukan macam Pas Kedah, janji itu ini, akhirnya apa yang mereka janji, haram apa pun tak buat! Lagi satu, BN Kedah takdak la teko aladin yang boleh digosok untuk tunaikan janji sekelip mata! Macam serangan puak Pas terhadap jalan di Kulim Bandar Baharu. Baru 3 hari jadi Kerajaan, puak Pas sana dok bising tuntut janji. Wei guna akai laa..nak buat jamban pun belum tentu 3 hari boleh siap! Inilah masalah puak tegar Pas, mereka jarang gunakan akai untuk berfikir. Mereka lebih gunakan hati dari akal, sebab itu mereka boleh cakap dan tulis perkara yang memang tak masuk akal manusia biasa, mungkin makhluk asing faham la kot. Tapi Mc percaya, bukan semua orang Pas macam tu, ada ramai yang masih waras dan menanti apa Kerajaan Kedah yang baru ini akan buat. Sabaq nooo.. sama-samalah membantu Kerajaan negeri Kedah yang baru. Kita bina sama-sama, buang iris hati dan dengki, Insyallah.. Kedah akan lebih maju jika kita bersatu! Mc percaya Dato Mukhriz sedang merancang sesuatu yang baik untuk rakyat Kedah. Nasihat dari Ayahandanya yang amat berpengalaman dalam memajukan negara, Mc rasa Kedah akan lebih maju atau setaraf dengan Selangor. Kita biarkan blogger dan troopers Pas meroyan, sebab itu saja yang dapat depa buat! Boleh baca apa yang depa tulis, tapi kalau nak percaya tu, baik tak payah. Sebab segala tulisan depa tu, hanya persepsi tanpa fakta dan bukti. Biasa laa.. setakat tulis dan cakap, siapa pun boleh, betul tak? McTheory: Tolak fitnah, tolak persepsi, sama-sama kita bekerja!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment