Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Lagi Video Memalukan Nurul Izzah Tersebar!! #TolakPR #PRU13

Posted: 02 May 2013 08:16 AM PDT



Mesti Nurul Izzah termalu kan? Tu la, lain kali jangan suka memfitnah orang. Lebih banyak penipuan, cybertoorpers, jentera dan penyokong pembangkang akan didedahkan selepas ini. Pelbagai papan tanda, sms, posting online di twitter, fb dan sebagainya sedang disebarkan menggunakan logo BN. Menjelang saat-saat akhir akan lebih banyak taktik kotor digunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggung jawab ini.

Jangan termakan dengan politik keji PR ini. Jangan percaya dan jangan buat keputusan salah bersandarkan emosi disebabkan taktik kotor pembangkang ini. BN menyokong pilihan raya yang bersih, adil dan telus. Malangnya yang mengotorkan pilihan raya ini adalah pihak yang kononnya berdemonstrasi menuntut pilihan raya yang bersih. Nampak sangat hipokritnya kan....


McTheory:
Nak malukan orang, diri sendiri yang malu!

TUDIAA!! Kempen Terdesak, PKR buat Kacau di Merbok!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 02 May 2013 05:37 AM PDT


Lagi bukti Pakatan Haram Merbok kini dalam keadaan terdesak untuk berkempen bagi meraih undi di PRU13 ni. Pakatan Haram Merbok mengarahkan penyokong mereka supaya berkempen di tengah-tengah jalan raya, persimpangan lampu isyarat Sungai Lalang. Disebabkan kempen bodoh tu, berlakunya kesesakan lalu lintas yang amat luar biasa.

Bila berlakunya kesesakan, sudah tentu pemandu dikawasan tersebut naik berang, sehingga berlakunya  kekecohan di antara penyokong Pakatan Haram dan pemandu-pemandu kereta yang bengang dengan kempen bodoh puak Pakatan Haram tu.

Apakah patut, Pakatan Haram buat kempen ditengah-tengah jalan? Malah jalan yang dipilih tu, merupakan jalan yang paling sibuk. Bila Mc kata puak ni bodoh, nanti depa marah. Tapi dengan tindakan yang di lakukan penyokong Pakatan Haram Merbok tu. Memang bodoh la!

Disebabkan tindakan bodoh puak Pakatan Haram Merbok tu, pemandu kereta tidak mahu menerima risalah fitnah yang puak tu edarkan. Bila ada pemandu kereta yang enggan menerima risalah. Mulalah puak Pakatan Haram ni bengang dan memulakan kekecohan!

Dari situ pun kita dah nampak, bagaimana penerima rakyat Merbok terhadap Pakatan Haram. Kalau sampai bagi risalah pun orang dah taknak ambil. Sendiri mau ingat la ya!


McTheory:
Orang dah tak percaya kat PKR lagi..

PANASS!! Video Saiful Bukhari Lafaz Sumpah Laknat di Hadapan Kaabah! #TolakPR

Posted: 02 May 2013 04:18 AM PDT


Kat bawah ni video Saiful Bukhari melafazkan sumpah laknatnya buat kali kedua dihadapan Kaabah di Mekah. Sebagai seorang Islam, mustahil untuk Saiful berbohong dihadapan Kaabah. Mustahil Saiful mempermainkan sumpah dan nama Allah di Mekah.

Jika ada lagi individu yang mengaku diri mereka Islam dan menafikan sumpah Saiful ni. Mc agak terkilanlah. Kalau dihadapan Kaabah pun korang tak percaya, apa lagi yang dapat insan kerdil seperti Saiful ni buktikan lagi?



PETALING JAYA: Saiful Bukhari Azlan telah memuat naik video beliau mengangkat sumpah laknat di Mekah yang dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008.

Beliau turut menunjukkan kepada pemberita pada sidang media di sini pada Khamis, dan menegaskan apa yang berlaku merupakan bukti yang dikatakannya bukan satu konspirasi politik.

"Ketika ayah menghubugi saya semalam (Rabu) pagi, saya tidak dapat berkata-kata. Apa yang saya boleh katakan adalah, teruskan," katanya.

Pada Rabu, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim pada Rabu menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan mengaku kejadian liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Pada 11 Mac lalu, Azlan, 60, berkata kes liwat yang melibatkan anaknya itu merupakan sebahagian daripada konspirasi dirancang oleh seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri untuk memusnahkan karier politik Anwar.

Saiful, 29, bekas pembantu peribadi pemimpin Pakatan Rakyat itu, sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan terus konsisten dalam usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya dalam kes diliwat bekas majikannya seperti mana yang tercatat dalam laporan polis yang dibuatnya pada 29 Jun 2008.

Bagaimanapun, pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Saiful, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sejak itu, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap tertuduh. -Mstar

PANASS AIHH! Calon PKR Kedah Menipu Title 'Ir.' Pada Dirinya?! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 02 May 2013 02:09 AM PDT



Mc mendapat maklumat satu laporan polis telah pun dibuat di Balai Polis Kuala Nerang, melibatkan penyamaran dan pemalsuan maklumat Calon PKR DUN Pedu NO8 Ir. Zamri Yusuf kerana beliau bukan Profesional Kejuruteraan Berdaftar (Ir.) sebaliknya berdaftar hanya sebagai Siswazah Kejuruteraan pada 1992 dgn no pendaftaran 19241A.

Kalau ini berlaku bermakna, semua banner Zamri yang meletakan title Ir. hanya untuk menipu pengundi DUN Pedu dan orang ramai. Kami cabar calon PKR Dun Pedu dan Zamri sendiri untuk membuat sidang media dan kemukan bukti bukti bahawa beliau seorang Ir. yang berdaftar.

Apa macam PKR Kedah ada berani ka nak sahut cabaran ni? Jika Zamri benar-benar mempunyai Ir. Mc sanggup memohon maaf dan tarik balik posting ni. Kalau benar sebagaimana didakwa, Mc minta Zamri mengaku dan membuang title Ir nya tu, dari terus menipu pengundi Pedu dan orang Kedah!!

McTheory:
Jawab Zamri, sila jawab!!

PANASS!! Calon Dap Cederakan Calon BN? #TolakPR

Posted: 01 May 2013 11:17 PM PDT


Jessie Ooi

Calon Barisan Nasional di kerusi DUN Kuala Kubu Baharu, Jessie Ooi mendakwa bahunya lebam selepas ditolak calon DAP, Lee Kee Hion.

Ketika mengadakan walkabout di pasar malam lewat petang semalam, Ooi bertembung dengan Lee yang turut sama melakukan program ramah mesra di lokasi yang sama.

Mereka kemudiannya berjabat tangan dan mengambil gambar bersama sebelum Lee bertindak menolak bahunya.

Ia ekoran Ooi menolak tawaran Lee untuk berdebat.

"Saya menghulurkan tangan kepada Lee dan kami berjabat tangan serta bergambar bersama-sama untuk jurugambar akhbar.

"Namun ketika kami berjabat tangan, tangan kirinya terus menolak bahu saya. Pada ketika itu, Lee tersenyum dan mencabar saya untuk berdebat.

"Saya memberitahu beliau ia membazirkan masa dan dia terus menolak bahu saya. Ibu saya melihat Lee bertindak sedemikian dan terus menarik saya," kata Ooi kepada The Star.

Ooi berkata, memandangkan penyokong Lee kebanyakannya lelaki, beliau segera meninggalkan tempat itu dan kembali ke pejabat MCA di bandar.

Ooi kemudiannya membuat laporan polis.

Sementara itu, Lee berkata beliau turut melaporkan mengenai perkara yang sama kepada polis.

Lee berkata, beliau hanya menepuk bahu Ooi.

Selain mereka, Yoong Tham Fook, Pritpal Singh Mender Singh dan Nadarajah Subramaniam bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN itu. 


McTheory:
Biasa la, mana ada orang jahat mengaku jahat? Samseng sungguh puak Dap ni!

PANASS!! Anwar Kantoi Beli Bapak Saiful RM3 Juta? #TolakPR

Posted: 01 May 2013 08:17 PM PDT

Dok kata 1 juta, rupanya 3 juta bro.. hehe..

Ternyata, demi duit apa pun boleh jadi, malah sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri. Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran. Itu kisah sebelum pembubaran parlimen.

Tenyata kuasa Allah tidak siapa boleh mengatasinya. Kebenaran akhirnya terbongkar mengatasi kemungkaran. Nyata wang bukan segala-galanya.

Bapa Saiful Bukhari waktu ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas keterlanjuran beliau menerima suapan dari Anwar Ibrahim untuk menafikan anak beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan Bapa Saiful Bukhari tadi beliau akan terus membela Saiful Bukhari walau apa pun yang berlaku dan beliau amat menyesali keterlanjuran beliau yang gagal melawan nafsu menerima habuan wang yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim.

Azlan juga takut dengan sumpah Laknat yang telah dibuat anak nya Saiful Bukhari mengenai insiden diliwat Anwar Ibrahim.

Untuk makluman semua Bapa Saiful Bukhari ditawarkan habuan wang RM 3 Juta oleh Anwar Ibrahim untuk menafikan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Harus kita ingat Anwar Ibrahim penuh dengan wang dan beliau mampu membeli siapa sahaja bagi menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang bersih dan layak diangkat sebagai pemimpin negara.

Untuk berita penuh baca berita kat bawah ni,
Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu. 
Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik. 
"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini. 
Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya. 
Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu. 
Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu. 
"Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008. 
"Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini. 
"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.
Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta. 
"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu. 
"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu.

McTheory:
Anwar nak kata apa pulak lepas ni?

PANASS!! Gambar Banner Pro BN di Sabotaj Oleh Puak Panas Pungkoq! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 01 May 2013 05:36 PM PDT



Minggu lepas, unit pemantau pilihanraya dan penerangan Pas ada buat sidang media mengenai banner pro BN yang dikatakan melanggar etika dan peraturan pilihanraya. Selepas sejam dari sidang media tersebut, Pas serta-merta menurunkan banner yang dikatakan pro BN dan melanggar peraturan.

Sebenarnya Mc tak kisah pun Kerajaan Negeri Pas nak turunkan banner yang kritik mereka. Mampuih pi la, dulu depa dok kutuk kita takut banner. Sekarang ni, baru naik banner kritik dasar Kerajaan Negeri Pas Kedah sikit, depa dah kelam kelibut buat sidang media dan turunkan banner tu.

Nak bawa turun pun, bawa turun la. Tapi banner yang tidak melanggar peraturan SPR, jangan dikacau.

Ini tak, hampir semua banner yang menyokong BN dirosakan. Apa cerita ni?

Tengok gambar-gambar di bawah, yang Mc ambil dari sekitar Alor Setar,

Banner dilipat

juga di lipat..

nampak macam ok, tapi dah ditoreh

ni pun sama..

Gambar-gambar kat bawah ni, semua banner yang menyokong BN di toreh dengan niat sabotaj!












Apa ni? Siapa punya kerja ni? Banner yang toreh ni tak menyalahi undang-undang pun. Kenapa nak buat khianat? Takkan Pas Kedah takut dengan banner-banner macam ni kot? Kata Pas Kedah kuat, takkanlah dengan banner pun dah rasa tercabar?

Kata Pakatan Haram memperjuangkan kebebasan bersuara, di mana kebebasan bersuara, kalau banner pun kena sabotaj?

Cakap tak serupa bikin la puak ni.

McTheory:
Pungkoq dah rasa panas ka? he he..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...