House PK

House PK


CILI KASI TARUK! PEMILIHAN UMNO FORMAT BARU IDEA SIAPA SEBENARNYA? ALIES NOR? OMAR ONG? SIAPA? SIAPA?

Posted: 30 May 2013 12:30 AM PDT

McTHEORY sebenarnya susah hati memikirkan  Pemilihan UMNO yang akan datang. Sudah la mengunakan sistem baru, persaingan lepas PRU pula sudah tentu agak sengit.

Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:

* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

* Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.

Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:

* Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian

* Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian

* Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian

* Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian

* Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian

* Ketua Wwanita - 20 peratus atau 38 bahagian

* Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian

Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?

Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak.

"Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?," tanya beliau.

Ibrahim berkata banyak orang banyaklah pandangan peribadi termasuk mereka yang serius menawarkan diri setelah layak kerana sudah menjadi AJK bahagian dan mahu menempa nama dalam sejarah dengan bertanding sebagai presiden Umno atau timbalannya.

"Mudah-mudahan ini tidak akan terjadi dalam parti keramat bagi orang Melayu ini.

Namun kita harus lihat kemungkinannya kerana sekarang tiada lagi sebarang halangan apa pun," katanya, yang percaya jumlah kuota sokongan tertentu masih perlu diterapkan.

"Bagaimana pula kalau ada 100 atau 1,000 anggota mencalonkan diri.

Tidakkah menimbulkan masalah teknikal bagi jawatankuasa pemilihan? Jika ini terjadi dari mana Umno akan menggamit kekuatan dan kesepaduan sokongan kepada pucuk
pimpinan?" tambah beliau yang mengakui risau.

Mengakui bahawa pandangannya agak terlambat disuarakan, beliau percaya masih ada ruang dan masa bagi jawatankuasa pemilihan parti untuk memperkemas syarat atau peraturan tambahan yang logik untuk membolehkan penawaran diri sebagai calon.

Ibrahim berkata banyak cara lagi boleh dibuat untuk mencerminkan amalan demokrasi yang telus dan meluas dalam parti dan satu daripadanya telahpun dipersetujui iaitu membenarkan pemilihan langsung oleh 146,500 anggota.

Menarik juga untuk diperhatikan ialah adakah pindaan perlembagaan yang membolehkan anggota yang sebegitu ramai terlibat dalam pemilihan akan mampu menghapuskan secara total gejala politik wang?

Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata gejala politik wang mampu dikurangkan apabila Umno menambah jumlah perwakilan kepada 146,500 orang pada pemilihan kali ini.

"Ini selaras dengan apa yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun seperti lazimnya sesuatu yang baharu seperti pindaan kepada perlembagaan ini contohnya akan memerlukan masa untuk menghapuskan sepenuhnya politik wang," katanya.

Beliau berkata ia boleh menjadi langkah yang berkesan menghapus politik wang asalkan ada pemantauan yang ketat manakala jumlah perwakilan yang banyak itu juga dengan sendirinya menyukarkan pihak yang berniat melakukannya kerana pastinya tidak mampu dijangkau.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu itu berkata sekali gus persepsi kroni atau nepotisme yang dilemparkan kepada Umno kini diserahkan kepada perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan parti.

"Sekiranya selepas pemilihan masih ada suara-suara yang menyatakan Umno mengamalkan nepotisme atau kroni, ini adalah salah perwakilan kerana mereka yang memilih langsung,"

Sudah semesti pengunaan wang yang dipolopor oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dulu akan terhapus. Namun pepecahan disebabkan manusia gila kuasa pasti berlaku. Sebab ada manusia dalam UMNO ni yang tak pandai bekerja, namun rasa diri mereka hebat. Orang macam ini yang akan memecah belahkan Umno.

Waktu ni juga kita ahli Umno patut menolak Ketua Pemuda negeri atau bahagian yang dok cari projek untuk kroni sendiri, Ketua Bahagian yang berlagak taknak turun padang, turun pun masa berkempen PRU saja, Ketua Puteri negeri atau bahagian yang berasa hebat. Orang-orang macam ni yang patut kita tepis keluar dari jawatan tertinggi Umno.

Berapa lama kita nak tengok puak cari makan dalam Umno bermaharajalela? Sedangkan ada ahli Umno sendiri yang berjuang mati-matian untuk parti ditolak beransur-ansur.

Ramai lagi yang boleh buat kerja, Mc taknak la letak nama sesiapa kat blog ni. Namun kalau terpaksa, demi kebaikan Umno, Mc tak takut nak berdepan dengan puak sombong dan gila kuasa.

HOUSE PK: Ini aku petik dari blog McThoery! Beliau merupakan salah seorang bloggers UMB, apa yang ditegur beliau untuk UMNO aku setuju dan sokong sepeuhnya. Kita tegur sebab kita sayangkan partie keramat bernama UMNO ni bukan nak menjatuhkan. 

Cuma timbul persoalan dibenak aku ni? Adakah idea pemilihan UMNO ni pun kerja ALIES NOR, OMAR ONG atau rakan-rakan dia? Just ak tau je la, idea siapa ni? NOT MY LEVEL to talk or to ask?

ALIES NOR NI ABANG ROSYAM NOR KE?

Posted: 29 May 2013 11:12 PM PDT

Ada orang kata bukan level aku nak pertikai si Alies Nor ni? Aku terkejut sebab semalam aku ambil artikel sel13 dan tampal di blog aku, tak sangka pulak boleh mengundang kemarahan sesetengah pihak!

Alamak! Dah tak boleh nak tegur ke sekarang ni? Takkan cuit sikit pun nak melompat? Nampaknya kena cuit lagi ni...

Kata-kata dibawah dikalangan orang UMNO sendiri dok mempertikai peranan war room kendalian Alies Noor, omar ong dan gang-gang yang sewaktu dengan mereka.

Yang paling aku tak tahan bilamana ada seorang senior politician berkata tak pernah la dalam dunia war room dijadikan rujukan untuk hadapi sesuatu pilihanraya yang besar hatta Obama sendiri pun tak pakai war room katanya.

Hebat kan war room kendalian si Alies Nor ni? Dari 140 boleh jadi 133 wei! Kah kah kah

Lagi satu Alies nor juga amat menyayangi si Azwandin dari JMM sebab tu dia selalu keluar tv! Hebat kan? Orang semacam AWandin pin Alies percaya?

Ini baru sikit aku nak siasat lagi la lepas ni....tungguuuuu....

TERKINI! EXCO SELANGOR ADA 6 MELAYU DAN 4 NON MALAY!

Posted: 29 May 2013 09:25 AM PDT

Wow! Apa pandangan korang ek?
Insya'allah kita akan ada jawapan dari penasihat- penasihat dan konsultan-konsultan PM! Sementara tu kita kasi PM berehat dulu ya....meoowww meoowwww

CILI KASI TARUK! PENASIHAT MANA YAG PERLU DIGUGURKAN OLEH PM?

Posted: 29 May 2013 05:30 AM PDT

Tun Daim Zainuddin bukan jenis orang yang bercakap banyak. Beliau tidak juga tidak bercakap kosong atau bercakap mengarut. Namun begitu apabila sekali-sekala beliau bercakap apa yang diungkapkannya benar-benar bernas. Tun Daim adalah orang yang awal yang meramalkan kekalahan BN di beberapa negeri sebelum pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008.

Menjelang pilihan raya umum ke 13, Tun Daim menjadi buruan media masa untuk mendapatkan pandangan beliau. Tun Daim hanya berkata BN akan kekal memerintah negara dan yakin BN akan tawan semula Kedah.

Alies Anor

Apabila keluar keputusan PRU 13 sekali lagi apa yang diuangkapkan oleh Tun Daim menjadi kenyataan. Selesai pilihan raya sekali lagi Tun Daim diburu media bagi mendapatkan penjelasan beliau berhubung keputusan pilihan raya umum ke 13. Antara ulasan Tun Daim yang menjadi perhatian apabila beliau meminta Perdana Menteri memecat penasihat-penasihatnya yang memberi maklumat atau pandangan yang salah kepada PM selama ini. Mungkin ada pihak yang panas dengan kata-kata Tun Daim menggunakan cybertrooper untuk menyerang peribadi Tun Daim. Satu tindakan yang menjengkelkan. Mereka hanya mahu mendengar yang indah-indah mengenai mereka, tetapi mencerca apabila dikritik. Itulah amalan yang mereka guna pakai selama ini terhadap Perdana Menteri. Mereka hanya melaporkan yang baik-baik sahaja kepada Perdana Menteri.

Sebelum ini pun telah ada pihak yang membangkitkan tentang kegagalan war room BN yang dikuasai oleh penasihat-penasihat Perdana Menteri berhubung kegagalan BN mendapat kemenangan yang memuaskan.

Hasil siasatan sel13.com tiga orang penasihat utama Perdana Menteri yang gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. Bukan setakat gagal menjalankan tugas, malah mereka mahu semua pandangan atau arahan mereka didengari oleh semua pihak termasuklah dalam soal pemilihan calon. Mereka adalah Datuk Seri Osman Razak, bekas ketua pegawai penyelidik di JPM, Datuk Aleis Anor dan Omar Ong.

Omar Ong

Setelah gagal menjalankan tugas mereka dengan baik untuk memberikan kemenangan bergaya kepada BN , selepas pilihan raya pun mereka masih lagi campur tangan untuk menentukan barisan kabinet. Sehingga saat akhir difahamkan ketiga-tiga penasihat punah ranah itu masih mahukan Perdana Menteri mengekalkan Hishamuddin Tun Husein sebagai menteri dalam negeri. Perdana Menteri bertindak menukar Hishamuddin setelah mendapatkan pandangan akar umbi termasuklah dari pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian. Jika mengikut nasihat mereka untuk mengekalkan Hishamuddin di KDN , kedudukan Najib sendiri pun pasti akan tergugat hari ini kerana rata-rata akar umbi menolak beliau sebagai menteri berkenaan. Mereka penasihat punah ranah tidak turun ke akar umbi dan bercampur dengan rakyat bawahan. Mereka semua golongan elit. Berbeza dengan pemimpin peringkat bahagian yang bercampur dengan semua peringkat orang. Pemimpin bahagian lebih tahu kehendak akar umbi.

Penasihat-penasihat punah ranah itulah yang membawa kempen menjulang Najib ala-ala pilihan raya presiden Amerika. Sedangkan terang-terangan sistem pilihan raya Amerika dengan Malaysia berbeza. Betullah apa yang dikatakan oleh Tun Daim bahawa BN tidak perlu terikut-ikut rentak Anwar.

Selain daripada tiga orang di atas Perdana Menteri dan BN turut menjadi rosak kerana penasihat media seperti Farid Ridzuan TV3. Tindakan mempromosi Perdana Menteri dan BN secara keterlaluan di televisyen bukannya tindakan yang membantu, sebaliknya ia tindakan untuk membunuh. Rata-rata rakyat bercakap tentang tiga suku masa untuk siaran berita TV3 semasa kempen pilihan raya digunakan untuk PM dan BN. Ianya menimbulkan rasa loya orang ramai.

Untuk hadapi pilihan raya umum ke 14 maka adalah wajar Perdana Menteri menggugurkan tiga orang di atas dan bersama dengan Farid Ridzuan. Mereka telah ternyata gagal dan jangan lagi cuba mengharapkan mereka akan berubah. Jika tidak nahas sedang menunggu di pilihan raya umum ke 14.

House PK: Ini aku petik dari Sel13.com -  Aku rasa setiap teguran yang kita terima kita kena kaji dan janga terus melenting. Bagi aku apabila orang menegur bermaka dia sayang kat kita. Bukakah TEGUR MENEGUR UNTUK KEBAIKAN BERSAMA!?

Demi masa depan negara, kadang-kadang perlukan pengorbanan.....fikir-fikirkanlah!

APABILA AKHBAR PENTIGKAN KEUNTUNGAN LEBIH DARI KEJUJURAN! INILAH YANG BERLAKU......

Posted: 29 May 2013 03:44 AM PDT

Ini cina DAP lahanat ni memang melampau, itu kita semua tahu, taoi bilamana ada sebuah akhbar yang kununnya neutral dan bagi kedua belah pihak parti politik ruagan dalam akhbar mereka. Maka seronok la orang-orang politik, mereka sangka akhbar ni jujur, last-last dapat tahu akbar ni kuat kencing.

Nak tahu apa yang aku ceritakan ini? KLIK SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...