CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[BUNG MUKHTAR BELASAH KM SABAH] Saya Tidak faham Kenapa Nurul Izzah DIHALANG Masuk Sabah

Posted: 31 May 2013 12:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari memasuki Sabah merupakan satu kesilapan dan malapetaka.

Menerusi akaun twitternya, Bung Mokhtar ber
kata beliau tidak faham kenapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Bung Mokhtar juga menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izah dari memasuki Sabah itu merupakan satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan.

Menjawab satu soalan apakah yang akan beliau lakukan jika menjawat jawatan Ketua Menteri dalam kes seperti yang dialami Nurul Izzah, Bung Mokhtar hanya menjawab, malangnya beliau tidak memegang jawatan tersebut.

Nurul Izzah ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah dan diarahkan pulang. Beliau dimaklumkan arahan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke Sabah untuk bersama rakyat sabah menyambut Pesta Keamatan.
 

[TERSELAMAT TUKAR BILIK] Adinda Agong nyaris ‘diserang’ di Thailand, Pembantu Khas CEDERA

Posted: 30 May 2013 09:07 PM PDT


ALOR SETAR - Pembantu khas  Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah diserang empat lelaki di resort lima bintang di Phuket, Thailand dalam kejadian Rabu lalu.

Mangsa, Mohd Sobri Said cedera di kepala, namun dilapor stabil.

Menurut laporan Phuket Wan, mangsa dipukul empat lelaki ketika memasuki bilik hotel yang sepatutnya didiami Tunku Annuar, yang merupakan adinda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sebelum itu, mangsa menyarankan agar dibuat pertukaran bilik hotel berikutan bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada Tunku Annuar, tengah malam kejadian.

Ketika mangsa berjalan masuk ke dalam bilik itu, dia diserang termasuk dipukul teruk di kepala sehingga berdarah.

Berdasarkan maklumat awal polis Thailand, mangsa mendakwa diserang empat lelaki berbangsa Thai dan Malaysia. Suspek dipercayai guna kad akses bilik hotel untuk masuk ke bilik jam 10.30 malam.

Ketua Istiadat Istana Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, sejurus kejadian, Tunku Annuar dan rombongan terus pulang ke negara ini.

"Saya dimaklum tiada kecederaan babitkan ahli rombongan lain termasuk tiada barangan berharga dicuri. Beliau segera pulang bagi memastikan keselamatan beliau dan rombongan," katanya.

Tunku Annuar berada di Phuket sejak 27 Mei menghadiri persembahan FantaSea untuk menerima plak kenangan daripada penganjur, pada malam sebelum kejadian.

Rombongan kerabat itu menempah 10 bilik hotel di Patong's Millennium Resort bersebelahan Komplek Beli Belah Jungceylon.

Dalam perkembangan sama, tiga lelaki ditahan di Sadao, Songkhla, petang semalam dipercayai ada kaitan dengan serangan terbabit.

Komander Polis Phuket, Mejar Jeneral Chote Chawanwiwat berkata, suspek turut curi pasport, kad pengenalan Malaysia, sebuah iPhone5, 14,660 baht dan RM640.

"Dua daripada empat lelaki yang menyerang mangsa ditahan dan dibawa ke Phuket untuk siasatan.
Seorang daripada mereka ditahan di sempadan Sadao dan seorang lagi di Wilayah Trang," katanya, yang dipetik dari Phuket Wan.

Suspek yang ditahan dikenali sebagai Prakong Lisopa, 31, dan Sakorn Sisopa, 30.

"Dua lagi yang diburu adalah rakyat Malaysia. Motif serangan masih dalam siasatan, termasuk sama ada serangan disasarkan kepada Tunku Annuar atau pembantu khas beliau," katanya.

[terkini][MEREKA USIR SAYA] Nurul Izzah Dilarang Memasuki Sabah

Posted: 30 May 2013 08:35 AM PDT


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dilarang daripada memasuki Sabah.

Beliau tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis, tetapi ditahan di imigresen.

"Mereka mahu mengusir saya. Saya akan berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri Sabah," katanya tergesa-gesa kepada The Star dalam satu perbualan telefon.

Timbalan Ketua Setiausaha PKR Darell Leiking yang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di lapangan terbang menerusi Twitternya berkata pada ketika itu beliau sedang menunggu senarai hitam untuk melihat jika nama Nurul turut tersenarai dalamnya.

Beliau berkata Nurul Izzah mahu melawat Sabah untuk perayaan Kaamatan.

Nurul menulis di Twitternya "imigresen Sabah mengatur penghantaran pulang saya. Saya tidak dibenarkan untuk berbincang dengan ahli Parlimen, Darrell Leiking, yang menunggu saya di sini."

Beliau juga menulis di Twitternya bahawa terdapat ahli Parlimen lain juga yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah.

"Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila nama mereka ditekan, akses dinafikan."


[TERKINI] Hukuman penjara Khir Toyo kekal, Mahkamah Rayuan KEKALKAN Keputusan

Posted: 30 May 2013 04:06 AM PDT


PUTRAJAYA 30 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa.

"Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...