CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


PRU-13: Husam TIDAK HADIR ujian PEMBOHONGAN (poligraf)

Posted: 02 May 2013 12:04 PM PDT


PUTRAJAYA 2 Mei - Hasrat sekumpulan wartawan dan orang ramai untuk menyaksikan calon import Pas dari Kelantan di Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa menyahut cabaran bekas pegawai khasnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz membuat ujian poligraf di sini tidak kesampaian.

Syed Azidi yang juga penulis blog Kickdefella sebelum ini mencabar Husam menjalani ujian poligraf untuk membuktikan apa yang didedahkan dalam buku "Kenali Husam: Politik Wang dan Kronisme" tidak benar.

Untuk memastikan Husam ikhlas membuktikan beliau tidak bersalah, ujian poligraf terpaksa dipercepatkan ke pukul 4 petang selepas Husam memberikan alasan tidak dapat hadir sekiranya program tersebut diadakan pada pukul 5 petang.

Menurut Syed Azidi, beliau kecewa dengan kegagalan pemimpin kanan Pas itu untuk menjalani ujian tersebut bersamanya bagi membuktikan siapa yang bercakap benar.

Katanya, Husam wajar menyahut cabaran itu kerana beliau merupakan pemimpin yang penuh kontroversi dan diselubungi kecurigaan.

"Saya hadir hari ini untuk menjalani ujian poligraf dan menemani Husam untuk menentukan siapa berbohong dalam isu yang saya timbulkan Ahad lepas mengenai sebuah buku di mana beliau telah membuat laporan polis tentang buku yang tiada nama penulis itu.
"Jadi saya hadir ke sini untuk membuat ujian poligraf mengenai isi kandungan buku itu dan pada waktu sama mencabar beliau membuat laporan polis terhadap isi kandungan buku itu supaya dapat disiasat betul atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Ujian Poligraf Beranikah Husam Bercakap Benar di Kelab Tasik di sini hari ini


[VIDEO] Beribu-ribu Tahniah Jadi TARIKAN

Posted: 02 May 2013 08:29 AM PDT

[VIDEO TERSEBAR] Saiful Bukhari : Sumpah Laknat depan Kaabah, Masjidil Haram pada April 2012

Posted: 02 May 2013 07:58 AM PDT



Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir, dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam.

"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. 

Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH S.W.T sehingga ke kiamat". 

Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main, jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.

Ibn Hajar Al Salam as Qalani, seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan, 

 "Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan." 

Manakala seorang ulama dari India, al-Syeikh Abi al-Wafa' Thana' al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa, ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah s.w.t akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun. 

Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang, sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan Alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya, ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul.

Tinggal lagi sekarang, sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah s.w.t.

Peliknya, akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah.

Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah, pastikan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain, kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.

Dr Muslim Umar
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...