CELAH GELEGAR |
- [VIDEO KECOH] Perlawanan Piala FA Antara Pahang & JDT DITUNDA Kerana KEKECOHAN PENYOKONG
- [GAMBAR TERKINI] Tian Chua, Tamrin & Haris MAKAN NASI BUNGKUS di Balai Polis Dang Wangi
- [TERKINI] Tian Chua TURUT DITAHAN SEMULA Polis!! Safwan Anang TURUT DITAHAN
- [POLIS TAHAN SEMULA] Tamrin dan Haris Ditahan Semula Hanya Selepas Empat Hari Dibebaskan
- [PERJANJIAN SULIT ANWAR-NAJIB] Pemuda PAS minta Penjelasan Anwar
[VIDEO KECOH] Perlawanan Piala FA Antara Pahang & JDT DITUNDA Kerana KEKECOHAN PENYOKONG Posted: 28 May 2013 10:46 AM PDT Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang & Johor Darul Takzim di Stadium Darulmakmur pada 28 Mei 2013 terpaksa ditunda akibat kekecohan yang berlaku diantara kedua-dua penyokong. Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam itu telah ditangguhkan seketika apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk. Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT. Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk. Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. | ||||||||||||
[GAMBAR TERKINI] Tian Chua, Tamrin & Haris MAKAN NASI BUNGKUS di Balai Polis Dang Wangi Posted: 28 May 2013 10:31 AM PDT
| ||||||||||||
[TERKINI] Tian Chua TURUT DITAHAN SEMULA Polis!! Safwan Anang TURUT DITAHAN Posted: 28 May 2013 07:38 AM PDT Ahli Parlimen Batu Tian Chua turut ditahan semula menjadikan beliau dan aktivis Pas Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan. Menulis dalam laman mikro Twitter, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut mengesahkan penahanan kembali tiga individu terbabit. "Safwan Anang turut ditahan," tulis beliau. Isteri Safwan turut memaklumkan perkara yang sama. "Suami saya ditahan dan akan dibawa ke balai dang wangi." kata Masturah Abu Bakar, Isteri Safwan Anang. Malaysiakini yang dapat menghubungi Tamrin melaporkan, polis menahan aktivis Pas itu kira-kira jam 7 malam."Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," Tamrin dipetik sebagai berkata. Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman. | ||||||||||||
[POLIS TAHAN SEMULA] Tamrin dan Haris Ditahan Semula Hanya Selepas Empat Hari Dibebaskan Posted: 28 May 2013 05:53 AM PDT
PETALING JAYA: Aktivis, Haris Ibrahim dan Ahli PAS, Tamrin Ghaffar telah ditahan semula selepas empat hari dibebaskan oleh majistret. Ahli Parlimen Puchong yang juga seorang peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Haris - pemimpin Asal Bukan Umno (ABU) mengesahkan mereka telah ditahan semula pada pukul 7 malam. "Mereka kini berada di Balai Polis Daerah Dang Wangi. Mereka telah ditahan di bawah Akta Hasutan. "Kami tidak mengetahui apa yang sebenarnya mereka dan di mana mereka berada ketika ini," katanya ketika dihubungi The Star. Khamis lalu, kedua-dua, Haris dan Tamrin bersama-sama Naib Presiden PKR, Tian Chua ditahan di bawah Akta Hasutan. Bagaimanapun ketiga-tiga individu berkenaan dibebaskan keesokan harinya selepas majistret menolak permohonan reman yang dikemukakan oleh pihak polis. Sebelum ini mereka ditahan, selepas berucap dalam satu Forum 13 May di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. | ||||||||||||
[PERJANJIAN SULIT ANWAR-NAJIB] Pemuda PAS minta Penjelasan Anwar Posted: 28 May 2013 05:29 AM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta penjelasan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan Perdana Menteri baru-baru ini. Ia dilaporkan dalam media berhubung pertemuan dan perjanjian sulit tersebut yang berlangsung pada April 2013 dengan Yusof Kalla menjadi perantaranya. Apakah benar pertemuan telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu? Mengapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut? Apakah ia hanya suatu propaganda murahan yang dicipta oleh kem UMNO-BN bagi menimbulkan suatu prejudis rakyat terhadap kejujuran Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dengan maksud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat? DPPM mengingatkan keutuhan Pakatan Rakyat pada ketika ini berada di tahap tertinggi. PAS menolak sebarang kerjasama dengan BN termasuk tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan UMNO-BN. Bahkan, sekiranya ada cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum. DAP pula tidak perlu dipersoalkan kesetiaan mereka. Tatkala MCA dan Gerakan menolak menyertai kabinet, DAP pula ditawarkan dengan ganjaran yang lumayan. DAP dengan tegas dan prinsip yang teguh menolak tawaran BN dan sedia bersama PR sahaja. DPPM percaya Datuk Seri Anwar mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan sebarang bentuk kerjasama dengan PM sekiranya ia benar-benar berlaku manakala PKR pula berpegang teguh dengan prinsip setiakawan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Hanya penjelasan dapat melegakan keresahan rakyat khususnya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di peringkat akar umbi. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment