CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[VIDEO PANAS] Michael Ang (MasterChef) Jawab BERSELUAR PENDEK Ke Majlis Sanding Anak Rosyam

Posted: 27 May 2013 09:23 PM PDT


PETALING JAYA: Pengarah drama dan peserta program MasterChef Selebriti Malaysia iaitu Michael Ang kesal apabila dituduh tidak kesedaran sivik gara-gara hadir dengan berseluar pendek ke majlis perkahwinan anak perempuan pelakon Rosyam Nor pada 18 Mei lalu.

Ketika dihubungi mStar Online, Michael turut melahirkan rasa kecewa dengan laporan yang disifatkan berat sebelah tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu kenapa dia berpakaian sedemikian untuk ke majlis berkenaan.

"Saya tidak marah apabila ditegur tetapi untuk mengatakan saya tiada kesedaran sivik adalah suatu tuduhan yang agak melampau kerana saya ada sebab tersendiri mengapa hadir dengan berseluar pendek.

"Malah saya sudah memohon maaf kepada Rosyam dan menjelaskan kepadanya sebab-sebab saya berimej sedemikian pada hari bahagianya untuk mendapat menantu itu," katanya.

Michael mengulas mengenai laporan yang mengkritiknya tidak mempunyai kesedaran sivik apabila tampil dengan berseluar pendek pada majlis perkahwinan anak Rosyam, Arniesha Azureen dengan pasangannya, Mohd Hafiz, di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Menjelaskan perkara itu, Michael berkata, pada hari berkenaan dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharunya berjudul Sweet Lola dan menyangka majlis berkenaan berlangsung pada Ahad dan bukannya Sabtu.

Bagaimanapun selepas dihubungi pelakon Sharifah Shahora tentang majlis berkenaan, baru dia menyedari acara itu berlangsung pada hari Sabtu selepas disahkan sendiri oleh pembantu peribadinya.

"Saya ingatkan majlis itu pada hari Ahad tetapi selepas Shahora telefon dan ia turut disahkan oleh pembantu peribadi, saya tekad untuk pergi kerana sudah berjanji dengan Rosyam untuk hadir.

"Sudah tentu saya malu dan menganggap ia tindakan kurang sopan kerana berseluar pendek tetapi kerana kesuntukan masa saya tiada pilihan lain sebaliknya mahu memenuhi janji," jelasnya.

Tambah Michael, dia pada mulanya mahu membeli pakaian baru tetapi kerana kesuntukan masa dia hanya menukar baju dan seluar yang ada dalam keretanya.

Dalam perkembangan sama, Rosyam Nor ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan penampilan Michael pada majlis persandingan tersebut.

Jelas Rosyam, Michael juga telah memohon maaf kepadanya dan menjelaskan sebab kenapa dia tampil berseluar pendek pada majlis berkenaan.

"Saya tiada masalah dengan perkara itu dan pada saya ia bukan satu isu besar. Paling penting dia hadir ke majlis tersebut," ujarnya.

Rosyam juga memberitahu beliau akan mengadakan satu lagi majlis resepsi untuk anaknya pada 9 Jun depan di Bangsar, dekat sini.

Menerusi video keek tersebut, Michael Ang telah menjawab segala persoalan mengapa dia berpakaian sebegitu dan meminta Zubir agar tidak membuat andaiannya sendiri.

Suka-suka je kau kata aku tak ada sivik. Hei, tak faham la aku, macam ini ke wartawan Malaysia bekerja?

Zubir, kau dengar cerita ini ya. Aku dibesarkan olah mak bapa aku untuk menepati janji. Tak sesekali aku akan memungkiri janji.

Aku dah janji dengan Rosyam Nor yang aku akan pergi, jadi yang salah adalah PA (pembantu peribadi) aku. Dia cakap dengan aku majlis hari Ahad. Tapi tup-tup aku tengah shooting dekat rumah adik Aqasha, orang hantar mesej tanya aku datang ke tak?

Bila dapat mesej, aku terus tanya PA aku, dan dia cakap memang salah. Majlis rupanya hari Sabtu. Jadi, aku terus lari masuk kereta dan tanya ada baju tak? Mana sempat lagi nak beli sebab dah pukul 8.30. Nasib baiklah dalam kereta tu ada seluar panjang dan kemeja. Kalau tak, dengan T-shirt je aku pergi.





Media Baru, Rebranding BN LEBIH UTAMA Berbanding Nak Gabung Jadi Parti TUNGGAL - Ahli Akademik

Posted: 27 May 2013 07:18 PM PDT

SHAH ALAM – Penjenamaan semula BN merupakan tindakan paling sesuai diambil agar parti itu terus mendapat sokongan rakyat, kata Prof Datuk Dr Zainal Kling.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara itu berkata, bukan soal BN tidak relevan, sebaliknya imej parti itu yang telah diburuk-burukkan perlu dipulihkan.

Justeru, Zainal berkata BN perlu menjadikan media baru sebagai saluran mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti yang selama ini bersikap defensif.

"Jika BN tidak lagi berkesan dan mempunyai masalah, adalah baik mencari jalan penyelesaian, di mana penjenamaan semula itu lebih penting daripada mereformasi parti daripada memikirkan cadangan BN sebagai parti tunggal yang pastinya tidak diterima oleh ahli parti sendiri.

"Orang Melayu sejak dulu kuasai politik, terutama melalui Umno. Saya yakin majoriti orang Melayu tak akan setuju dengan cadangan ini.

"Bukan soal nostalgia yang akan dipersoalkan, tetapi kelangsungan hidup orang Melayu di negara ini," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata, cadangan BN dijadikan parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat parti tunggal bagi mewakili semua suara di bawah satu parti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, juga membuat cadangan supaya pengambilan ahli boleh dibuat terus ke dalam BN, bukan melalui parti komponen.

Menurut Zainal, penjenamaan itu boleh berlaku dengan mengembalikan semua imej parti melalui media baru secara aktif, bukan lagi hanya menguasai media arus perdana yang kurang mendapat sambutan rakyat.

Setiap anggota parti, katanya, perlu memainkan peranan membina semula imej dengan bersikap ofensif, menjawab tuduhan yang dilemparkan lawan.

"DAP dahulu dikatakan parti cauvinis sehingga rakyat benci terhadap DAP. Tetapi dengan menguasai media baru, rakyat menyokong parti itu.


"Justeru, perkara sama juga boleh berlaku kepada BN. Lebih penting, mereka perlu bekerja keras,"
katanya.

Katanya, identiti parti itu juga harus difahami.

"Pemimpin perlu amalkan sikap inklusif, di mana apa sahaja dilakukan melibatkan semua kaum
," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...