CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[VIDEO] PAS TERPESONG oleh Ustaz Kazim Elias & Ustaz Rujhan

Posted: 02 May 2013 02:25 AM PDT

Blogger Milo Suam ditahan polis kerana FITNAH SPR?

Posted: 01 May 2013 08:47 PM PDT

Blogger MiloSuam bersama Abby

KUALA LUMPUR 2 MEI: Blogger, Milo Suam yang baru-baru ini membuat fitnah berkenaan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam tadi di Setia Alam sebelum dibawa ke Bukit Aman.

Ia dinyatakan dalam laman facebook rasmi KEADILAN lewat malam tadi yang turut menyebut, sepasukan polis juga datang ke ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square di Petaling Jaya.

"Blogger Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square," kenyataan itu dipetik.

milo2

Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Milo Suam yang pernah menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sebenar.

Blog itu memaparkan fitnah yang mendakwa kekeliruan ditimbulkan SPR berkaitan undi pos dan undi awal.



Pegawai Penerangan PAS Kelantan Abdul Hamid Tarik Diri Daripada Sokong Pakatan

Posted: 01 May 2013 07:32 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pegawai Penerangan PAS Kelantan, Abdul Hamid Derani telah menarik diri daripada menyokong parti itu, beliau berkata konflik sedia ada di kalangan parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan menjadi lebih buruk apabila mereka mengambil alih Putrajaya.

"Saya melihat ada perbalahan antara satu sama lain dalam soal pembahagian kerusi, ia merupakan satu tanda keretakan dalam pakatan. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mengambilalih kerajaan?," katanya.

Abdul Hamid, yang juga bekas ahli Umno berkata isu tersebut nampak lebih jelas selepas hari penamaan calon apabila menyaksikan saingan sesama sendiri di beberapa kerusi yang ditandingi oleh parti komponen, Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, walaupun perkara tersebut hampir selesai namun ketegangan di peringkat akar umbi masih memuncak.

Abdul Hamid berkata sekiranya Pakatan menang, akan wujud konflik dalam tiga perkara utama iaitu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri Kabinet.

Beliau mengulangi amaran yang diperkatakan Umno bahawa Pakatan akan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekiranya mereka diberi mandat memerintah.

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau berharap untuk kekal sebagai ahli PAS, namun mengakui dengan kenyataannya seperti ini akan menyebabkan beliau dipecat daripada parti.

"Saya yakin saya akan dipecat dan biar Jawatankuasa PAS Pusat tentukan bentuk hukuman terhadap saya. Namun itu tidak penting kerana apa yang saya perlu nyatakan adalah kebenaran," katanya.

Abdul Hamid yang dikeremuni wakil BN di sidang media berkenaan berkata beliau yakin PKR tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan undang-undang hudud sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.

"Ketiga-tiga parti mempunyai ideologi yang berbeza dan mereka masih berbalah sesama sendiri walaupun hari pengundian semakin hampir," katanya.

Sumber PAS memberitahu Abdul Hamid merupakan jurucakap Umno yang berkhidmat sebagai penasihat agama kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berpaling tadah dan menyertai PAS pada 2007 dan berkhidmat sebagai jurucakap dan Pegawai Penerangan PAS Kelantan.

Akaun Facebook Azhar Sulaiman Digodam Kerana Sokong BN

Posted: 01 May 2013 06:07 AM PDT


KUALA LUMPUR: Gara-gara menyatakan sokongannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), pelakon Azhar Sulaiman terpaksa menerima cacian oleh peminat-peminatnya menerusi Facebook.

Bukan itu sahaja, Azhar, 41, turut berhadapan dengan masalah besar apabila akuan laman sosial miliknya itu turut digodam oleh individu bernama 'Cyber Troopers' yang didakwanya sebagai penyokong parti pembangkang.

"Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Azhar tampil memberi kenyataan terbabit selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada Selasa kerana merasakan dirinya terancam akibat pengkhianatan siber itu.

Azhar yang popular dengan filem Abang 92 itu berkata, dia kecewa kerana haknya untuk bersuara menerusi laman sosial berkenaan disekat terutamanya apabila dia menunjukkan sokongan kepada BN.

Malah kata Azhar, komen-komen yang diberikan menerusi Facebook miliknya itu bukanlah kerana dia berhasrat untuk menjadi ahli politik tetapi mahu berkongsi dengan peminat mengenai kebaikan pemerintahan yang sedia ada.

"Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah,"

katanya.

[FITNAH] Isteri sahkan Tuan Guru Abdullah Sa'amah sihat

Posted: 01 May 2013 05:32 AM PDT

Abdullah Sa'amah

KOTA BHARU 1 Mei - Isteri pengasas pondok Geting Tumpat, Asmah Che Mat menafikan dakwaan mengatakan suaminya, Abdullah Sa'amah diserang angin ahmar dan menyifatkannya sebagai propaganda jahat pihak tidak bertanggungjawab.

Asmah berkata, suaminya bukan sahaja didakwa diserang angin ahmar tetapi ada khabar angin mengatakan Abdullah turut melarikan wang peruntukan kerajaan Pusat untuk projek pembinaan bangunan pondok baharu sebanyak RM2 juta.

Katanya, tuduhan liar itu sengaja dibuat bagi menjatuhkan imej Abdullah dan menggagalkan perjuangannya dalam menegak syiar Islam di dalam negeri termasuk negara.

"Tidak, ustaz (Abdullah) sihat, sekarang dia ada di Kedah bagi memenuhi undangan ceramah di sana. Kalau dia sakit nak pergi ceramah jauh-jauh macam mana?

"Itu semua cerita karut. Saya pun terkejut juga dapat tahu kata ustaz sakit kerana diserang angin ahmar sehingga tak boleh bercakap sedangkan dia sihat walafiat, boleh mengajar dan ceramah.

"Ini satu propaganda jahat bagi menakutkan orang ramai. Ustaz sekarang ini padat dengan jadual ceramahnya di merata-rata tempat," katanya semasa dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Laporan kononnya Abdullah diserang angin ahmar tersebar luas di beberapa laman sosial Facebook sejak dua hari lalu berikutan kelantangannya mengkritik pemimpin Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

[ARTIS] Jehan Miskin pilih gadis 'K-Pop' sebagai teman hidup

Posted: 01 May 2013 04:43 AM PDT


KUALA LUMPUR 1 Mei - Bukan artis, bukan juga wanita Melayu. Sebalik pelakon Jehan Miskin memilih seorang wanita asal Korea untuk dijadikan sebagai suri hatinya.

"Saya memilih gadis Korea ini sebagai isteri kerana terpikat dengan sikap dan perilakunya yang istimewa. Lagi pun kami sudah sekian lama mengenali hati budi masing-masing, lebih elok kalau terus mendirikan rumah tangga.

"Insya-Allah, jika tiada sebarang masalah majlis pernikahan kami akan berlangsung pada 4 Mei ini, hari Sabtu di Kuala Lumpur," beritahu Jehan kepada Utusan Online di sini, hari ini.

Tanpa mahu bercerita lebih mendalam tentang nama dan usia gadis berkenaan, hubungan yang terjalin selama lebih lima tahun itu mendapat restu kedua-dua belah keluarga.

"Siapa dia, wajahnya dan bagaimana cinta kami bermula akan diceritakan pada hari pernikahan kami nanti.

"Apa yang penting, cinta kami direstui kedua-dua belah keluarga. Malah, ibubapa mertua saya juga akan hadir dari Korea ke majlis pernikahan itu nanti," kata Jehan lagi.

Pasangan ini memilih untuk dinikahkan dalam suasana sederhana di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur dengan tetamu jemputan sekitar 100 orang termasuk pihak keluarga

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...