BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! UMNO DAN BN PERLU UTAMAKAN PENYOKONG SENDIRI !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! DILARANG MASUK SABAH !!! NURUL IZZAH U TURN 360 DARJAH KAW-KAW !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! ANDA NAK TAHU KENAPA NURUL IZZAH DIHALANG MASUK SABAH ???
- HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 !!! KERAJAAN WAJIB TANGKAP LEBIH RAMAI PESERTA HIMPUNAN HARAM !!!
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! HANTU SHEN YEE AUN BURU LIM KIT SIANG ??? WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! RED BEAN ARMY !!! KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS !!! WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! #PRU13 !!! #BLACKOUT505 !!! PARTI ISLAM TOLAK DEMO ALA ANWAR IBRAHIM !!!
EKSKLUSIF !!! UMNO DAN BN PERLU UTAMAKAN PENYOKONG SENDIRI !!! WAJIB BACA !!! Posted: 31 May 2013 08:30 AM PDT Belum pun cukup sebulan Nasruddin Hassan menjadi Ahli Parlimen Temerloh,Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu sudah mula menunjukkan belangnya yang sebenar apabila bertindak memilih bulu dalam memberikan khidmatnya kepada penduduk.Sikap memilih bulu itu terserlah apabila dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei 2013 lepas,Nasruddin melalui wakilnya hanya menghulurkan bantuan kepada ahli dan penyokong PAS serta PKR sahaja.Manakala penduduk setempat yang dianggap menyokong BN diketepikan begitu sahaja sekali gus menunjukkan laungan slogan Negara Berkebajikan terbukti hanya propaganda politik semata-mata.Ia agak mengejutkan lebih-lebih lagi bagi penduduk di kawasan Parlimen Temerloh kerana tidak menjangka sedemikian buruk sekali sikap wakil rakyat mereka yang baru. Tapi inilah hakikatnya yang perlu diterima ramai apabila politik kepartian mengatasi naluri kemanusiaan,lantas dalam menghadapi kerenah sebegini amatlah perlu untuk BN mengambil langkah yang sama di kemudian hari.Bukan bermaksud BN perlu meniru bulat-bulat politik serba keparat itu sebaliknya sedikit pengubahsuaian dilakukan tanpa meminggirkan nilai kemanusiaan.Selama ini BN sering menimplementasikan politik gentleman memberi khidmat kepada semua namun dengan keadaan yang berbeza kini,maka gaya politik sedemikian perlu diubah di mana tumpuan utama dalam memberi khidmat perlu didahulukan kepada penyokong sendiri.Di mana-mana saja kawasan Parlimen mahu pun DUN,pendekatan mengutamakan penyokong sendiri perlu BN aplikasikan tapi tidaklah sampai mengetepikan terus penduduk setempat yang tidak menyokong BN.Bantuan untuk semua tetap diteruskan,tapi penekanan penting ialah utamakan dulu penyokong sendiri sebagai penghargaan atas sokongan yang diterima,tanpa mereka mustahil BN dapat mengekalkan kekuasaan sebagaimana hari ini. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! DILARANG MASUK SABAH !!! NURUL IZZAH U TURN 360 DARJAH KAW-KAW !!! APA CERITA NI ??? Posted: 31 May 2013 05:00 AM PDT Cubaan untuk mengeksport Blackout 505 ke Sabah,nampaknya telah gagal sama sekali.Anwar Ibrahim yang cuba menggunakan anak perempuannya sebagai umpan untuk Blackout 505,nampaknya terpaksa tepuk dahi sendiri apabila Nurul Izzah juga menerima nasib yang serupa seperti Tian Chua iaitu tidak dibenarkan menjejakkan kaki keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.Anwar Ibrahim telah mengutuskan anaknya Nurul Izzah ke Sabah sebagai persiapan untuk melancarkan kunjungannya ke Sabah pada 8 Jun nanti. Nurul Izzah diharap dapat menarik golongan muda untuk berhimpun dan cuba menggerunkan Kerajaan Negeri Sabah menerusi pelbagai tohmahan seperti penipuan SPR,penipuan BN dan sebagainya.Anwar Ibrahim melihat 'kejayaannya' membuat perhimpunan haram atau lebih dikenali sebagai 'Himpunan Black 505′ sebagaimana di Pulau Pinang,Selangor,Melaka,Pahang dan yang terbaru di Armcorp Mall,Petaling Jaya Selangor,perlu dipanjangkan ke Sabah,negeri yang sangat ingin dikuasainya semenjak dari zaman dia bergelar Timbalan Perdana Menteri lagi.Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati dan gagal mengakui kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu sekaligus merencatkan cita-citanya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia. PR kerap kali mempotretkan rakyat Sabah sebagai golongan bodoh yang boleh diperbodoh-bodohkan dengan sedikit tipu daya.Bagaimanapun,sesuatu yang tidak mereka sangka sama sekali ialah, rakyat Sabah yang biasanya pasif dan kurang bertindak,kali ini telah mendesak pihak Imigresen agar melakukan sesuatu untuk menyekat niat jahat Pakatan Rakyat,terutama sekali selepas episod serangan lanun-lanun Sulu yang telah mengorbankan 10 orang perajurit negara.Setibanya Nurul Izzah di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 4:30 petang,dia telah tidak dibenarkan masuk (Not To Landed) dan diarahkan pulang semula ke KualaLumpur pada jam 8:10 malam. Tindakan pihak berkuasa yang menghalang Nurul Izzah daripada memasuki Sabah adalah untuk menghalang anak perempuan Anwar Ibrahim itu daripada mencetuskan huru hara dan berbuat sesuka hati seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang.Seharusnya,selesai sahaja pilihanraya,semua pihak perlu menerima apa-apa sahaja keputusan rakyat dan tidak perlu lagi berkempen atau membuat perhimpunan yang menyusahkan rakyat.PRU13 bukannya penamat memandangkan dalam tempoh lima tahun lagi, PRU14 pula akan menjelang. Dalam Facebook,Nurul Izzah mendakwa sepanjang dia ditahan,dia langsung tidak diberi makan.Bagaimanapun bukti yang dihantar kepada SEL13.COM menunjukkan Nurul Izzah melantak ayam KFC dan diberi pula minuman yang nampaknya dibeli khas untuknya.Kalau dah jenis pembohong,semua benda pun hendak dibohonginya.Yang pastinya,Nurul Izzah tak guna melalak menyalak.Bukankah dia dan gerombolan PKR bukan main kuat lagi membuat temberang kononnya Sabah tidak mempunyai sebarang kuasa autonomi.Apa agaknya yang hendak diterangkan oleh Nurul Izzah bagaimana Jabatan Imigresen Sabah boleh menahannya dan tidak membenarkan dia memasuki Sabah walhal di Semenanjung dia bebas bergerak dari satu negeri ke satu negeri tanpa perlu melalui pintu Imigresen ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! ANDA NAK TAHU KENAPA NURUL IZZAH DIHALANG MASUK SABAH ??? Posted: 31 May 2013 02:40 AM PDT SEHARUSNYA pihak pembangkang terutama Orang dari semenanjung mesti mau sedar terutama pembangkang bahawa dalam persetujuan perkara 20.Sabah ada kuasa imigresen sendiri jadi semua tindakan yang dibuat berlunaskan undang undang.( bukankah salah 1 manifesto pembangkang nak mempertahankan konon perkara 20 tu.Ini masanya kamuorang kena terima apabila imigresen menggunakan kuasa mereka menghalang individu yang diragui boleh mengganggu gugat keamanan,keharmonian dan perpaduan negeri Sabah.) Orang yang tidak menghormati perundangan.saat memerlukan.pandai pula menggunakannya. Ceh !!! Nak cabar melalui mahkamah ??? Silakan.Belajar menghormati perundangan negara sebelum nak kata menggunakannya untuk membela diri yang konon teraniaya tu !!!! Himpunan yang haram.dilarang dan tiada kelulusan pun dia sanggup datang.Tak mengaku ??? BERSIH 1 2 3 dia datang.Himpunan Blackout haram dia datang.Dia datang semasa dah jadi ahli parlimen tau !!! Takkan hanya tahap tu sahaja kemampuan dia jadi pemimpin pilihan rakyat dengan menyertai himpunan haram ??? ANDA NAK LAGI JAWAPAN ??? UNTUK SELANJUNTYA JAM 8 MALAM SATU LAGI PENIPUAN NURUL IZZAH YANG DI HALANG MASUK SABAH AKAN DIDEDAHKAN !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 !!! KERAJAAN WAJIB TANGKAP LEBIH RAMAI PESERTA HIMPUNAN HARAM !!! Posted: 31 May 2013 02:39 AM PDT 6 penganjur Himpunan 505 yang ditangkap semalam tidak mengaku bersalah ke atas kesalahan gagal memaklumkan kepada ketua polis di daerah masing-masing dalam tempoh 10 hari dari tarikh perhimpunan.Jika disabit kesalahan,mereka bakal menerima hukuman denda maksimum RM10,000.6 yang didakwa tersebut ialah Kamarzaman Mohamed Yunus,Setiausaha PKR Pahang,Mohd Nazree Mohd Yunus,Ketua AMK Negeri Sembilan,Ong Eu Leong,Setiausaha Eksekutif PKR Pulau Pinang,Thomas Su Keong Siong,Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur,Mohammad Anuar Zakaria,Setiausaha PKR Perak dan R.Yuneswaran Setiausaha Eksekutif PKR Johor.Walaupun penangkapan mereka dilihat sebagai satu langkah terpuji oleh pasukan keselamatan tetapi rakyat rata-ratanya masih belum berpuas hati.Ramai yang ingin melihat 'ikan yang lebih besar' ditangkap sementara ikan kecil-kecil ini hanya 'lekat di celah gigi' yakni tidak mengenyangkan dan tidak membawa perubahan apa-apa.Selagi ikan besar tidak ditangkap selagi itu himpunan jalanan akan terus diadakan, mengganggu kehidupan rakyat serta memesongkan fokus kerajaan. Lama kelamaaan,rakyat semakin menyampah dan mula memikirkan ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan kerajaan takut untuk mengambil tindakan ke atas 'ikan besar'.Apatah lagi dengan pendedahan mengenai 'perjanjian' antara Najib dan Anwar oleh Jusuf Kalla,bekas Naib Presiden Indonesia.Namun,dari kenyataan Anwar sendiri kita mendapati bahawa perjanjian tersebut tidak pun ditandatangani oleh Datuk Seri Najib,iaitu bermakna tiada sebarang perjanjian yang dibuat.Pastinya,yang menginginkan satu perjanjian adalah pihak Anwar dan bukan Najib dan kerana itu,Datuk Seri Najib telah menolak sebarang perjanjian dengannya.Pastinya juga,Anwar menawarkan perjanjian itu kerana beliau sudah tidak yakin akan menang dalam PRU-13.Sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa Anwar telah memohon agar beliau tidak didakwa atas insiden Lahad Datu yang mana Datuk Seri Najib pantas untuk tidak bersetuju. Pertamanya,kerana pendakwaan tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah dan bukannya kerajaan.Keduanya,Datuk Seri Najib tidak mungkin akan melindungi pesalah,terutamanya pengkhianat negara yang telah menyebabkan kematian wira-wira negara.Ketegasan Datuk Seri Najib inilah yang membuatkan Anwar gelabah.Jika berita dari sumber ini benar,maka Anwar bukan sahaja 'ikan besar' tetapi sebenarnya adalah ikan gergasi.Beliau bukan sahaja dalang Himpunan haram,tetapi dalang keganasan dan pengkhianatan terhadap negara.Rakyat menunggu dengan sabar akan penangkapan 'ikan gergasi' ini dan ingin sepenuh hati untuk percaya bahawa kerajaan punya sebab yang cukup kukuh dan bijak untuk terus membiarkan beliau berenang bebas sehingga kini.Walaubagaimanapun,inilah diingatkan bahawa kesabaran manusia sentiasa ada hadnya.Rakyat ingin melihat bukan sahaja lebih banyak dan lebih besar tangkapan tetapi pengakhiran kepada siri-siri himpunan jalanan yang memualkan.Rakyat ingin kembali kepada dunia yang waras serta enggan lagi melayan berita-berita panas yang tidak bermanfaat mengenai seorang manusia yang separuh gila hanya kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #PRU13 !!! HANTU SHEN YEE AUN BURU LIM KIT SIANG ??? WAJIB BACA !!! Posted: 31 May 2013 02:41 AM PDT Kewujudan Red Bean Army,iaitu tentera siber DAP bukan lagi satu rahsia.Jika sebelum ini ramai yang musykil dengan jumlah komen menyokong dan 'like' bagi sesuatu bahan yang menentang kerajaan di internet tetapi segala kemusykilan terjawab apabila seorang bekas pemimpin muda DAP sendiri mendedahkan akan kewujudan Red Bean Army ini.Menurut Shen Yee Aun,Red Bean Army berjumlah sehingga 2000-3000 orang dan dibayar dari RM3000-RM8000 seorang.Masing-masing mempunyai sehingga 20-50 akaun laman sosial dan beroperasi di beberapa tempat dengan dua pejabat utama di Komtar Pulau Pinang dan Hotel Concorde Kuala Lumpur.DAP,bagaimanapun menafikan kewujudan tentera ini.Malah,Lim Kit Siang dalam blognya juga turut memberi perhatian kepada isu ini dan mempersoalkan kebijaksanaan Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat kenyataan mengenai Red Bean Army DAP.Kata Lim Kit Siang,mana mungkin DAP membelanjakan sejumlah of RM15 Ribu sebulan,atau RM180 juta setahun atau RM1.08 billion untuk keseluruhan enam tahun kewujudan Red Bean Army. Mungkin jumlah itu kelihatan terlalu tinggi untuk 'dihadamkan' oleh logik akal kita.Tetapi,kita wajar memahami akan pentingnya pilihanraya ke-13 untuk DAP.Malah,ia terlalu penting sehinggakan mereka tidak mampu menyembunyikan campurtangan PAP Singapura bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.Slogan yang dilaungkan mereka yang berbunyi 'Ini Kalilah' sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka telah mencagarkan segala-galanya untuk PRU kali ini.Maka tidak hairanlah kenapa kaum Cina sanggup turun berdemonstrasi dalam Himpunan 505 sedangkan selama ini kerja berdemonstrasi ini hanya diletakkan di atas bahu PAS.Jelas,DAP benar-benar terkilan dan kecewa kerana gagal memenangi PRU-13 walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh menambah dan menukar pengundi di kawasan-kawasan 'strategik'.Oleh itu,DAP masih mengharap yang Anwar akan mampu merampas kuasa dari BN melalui apa cara sekali pun. Namun,cita-cita DAP semakin sukar untuk dicapai dengan pendedahan mengenai Red Bean Army.Kini,rakyat tahu bahawa berpuluh-puluh ribu komen dan 'like' terhadap bahan yang menghentam kerajaan sebenarnya hanya mewakili lebih kurang 2,000 – 3,000 orang sahaja.Justeru,segala propaganda mereka semakin kurang menyengat.Lebih buruk lagi,apabila Red Bean Army dibuktikan bukan sahaja sebagai samseng tetapi juga penipu tegar.Mereka menipu dan terus menipu tanpa malu,walaupun penipuan mereka telah dibongkarkan berkali-kali.Penipuan yang melampau dan tidak tahu berhenti bila sudah terkantoi membuktikan yang Red Bean Army bukanlah sekumpulan tentera yang bijak.Perlahan-lahan Red Bean Army kini menjadi liabiliti kepada DAP di mana setiap bahan yang digembar-gemburkan mereka mula diragui oleh penyokong mereka sendiri.Malah,ada juga dari kalangan pemimpin DAP sendiri yang bangun menangkis pembohongan mereka, contohnya dalam isu 'blackout'. Lim Kit Siang boleh terus menafi dan menipu,namun rakyat tahu bahawa tiada apa yang dapat seorang penipu lakukan untuk menyelamatkan diri selain terus menipu dan Kit Siang memilih untuk terus menipu kononnya Red Bean Army tidak wujud.Pelik sekali kerana Kit Siang tidak pula menghentam Shen Yee Aun,iaitu sumber asal maklumat mengenai Red Bean Army.Sebaliknya,beliau hanya menghentam Datuk Seri Zahid Hamidi.Hakikatnya,sesiapa sahaja boleh mengesahkan kewujudan tentera bodoh ini jika benar-benar peka dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di internet, terutama laman-laman sosial.Bayangkan bagaimana satu bahan yang mengutuk kerajaan boleh mendapat 'like' sehingga lebih 50,000 dalam masa sejam ??? Dan bagaimana satu artikel di Meloyakini boleh menerima beratus-ratus komen dalam masa tidak sampai sejam dengan semua akaun pemberi komen tidak mempunyai 'wajah' ??? Justeru,sebelum Lim Kit Siang mempersoal kebijaksanaan Datuk Seri Zahid Hamidi,lebih baik beliau sendiri mempersoalkan kebijaksanaan beliau sendiri.Apakah jenis pemimpin yang menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar tentera yang kurang bijak ??? Apakah jenis pemimpin yang berjuang dengan cara samseng dan menipu ??? Kini,terbukti berjuta-juta ringgit yang dilaburkan DAP dan PAP sudah pun lebur.Red Bean Army sudah pun terdedah.Penipuan mereka juga sudah terkantoi.Hari ini,tentera ini terpaksa ke hulu ke hilir mengikut Anwar ke himpunan-himpunan haram.Agak-agak Kit Siang,siapa yang bijak,siapa yang bodoh ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! RED BEAN ARMY !!! KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS !!! WAJIB BACA !!! Posted: 30 May 2013 07:00 PM PDT Ekoran pendedahan demi pendedahan yang dilakukan sebelum ini berhubung salah laku dan kebiadaban cybertroopers DAP yang digelar 'Red Bean Army' semakin ramai yang mula sedar dan tampil membuat gesaan agar satu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.Bermula sebagai kumpulan gerak saraf untuk memperoleh kemenangan di dalam pilihanraya raya umum,'tentera upahan' DAP ini dilihat mula bertindak melampaui batas seperti mengugut bunuh dan sebagainya.Namun sehingga ke hari ini,pihak berkuasa dilihat seperti memandang remeh akan perkara yang dibangkitkan ini baik di pihak PDRM mahupun SKMM.Sedangkan sebelum telah ramai bangkit mempertikaikan gerakan tersebut.Sebagai contoh,Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Irwan Fahmi Ideris sebelum ini mengatakan,ini bukan lagi masa untuk bertoleransi dengan sebuah kumpulan yang sering menabur fitnah memburukkan kerajaan menerusi laman maya. Ia merupakan jenayah siber yang bertujuan 'menghasut' serta mewujudkan gelombang kebencian dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan."Kita tengok kerajaan China,mereka lebih agresif membendung perkara seperti ini apabila terus 'mengharamkan' penggunaan laman sosial seperti Facebook dan blog kerana didapati boleh membawa impak negatif kepada pemikiran rakyat serta keharmonian negara.Di negara kita yang mengamalkan dasar keterbukaan tidak 'sekejam' itu.Negara kita amalkan demokrasi, sesiapa sahaja bebas bersuara tetapi mestilah dengan bukti serta fakta, bukannya semata-mata fitnah seperti dilakukan oleh 'Red Bean Army',"katanya.Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP),Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula memberitahu,kerajaan mesti tegas dengan kumpulan berkenaan memandangkan mereka cuba mempromosikan trend amalan media sosial yang negatif."Sebenarnya saya agak kecewa kerana belum ada lagi tindakan tegas yang diambil terhadap kumpulan penyebar fitnah ini.Tiada tindak balas segera daripada SKMM dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kumpulan ini menyebabkan mereka semakin galak menabur fitnah.Kita ada peruntukan undang-undang dan akta yang sesuai untuk membendung perbuatan fitnah menerusi alam siber ini daripada terus berleluasa.Kita kena menggunakannya, kerajaan perlu tegas," jelasnya. Negara jiran seperti Singapura juga baru-baru ini dikatakan akan mula mengambil pendekatan baru untuk memperkenalkan lesen kepada semua laman-laman web berita yang ingin beroperasi di negara itu.Tidak cukup dengan itu,mereka turut mengenakan syarat-syarat dan peraturan yang sangat ketat bagi mengelakkan masalah yang lebih besar.Menarik bukan ??? Dua parti yang lahir atas dasar yang sama mempunyai dasar dan polisi yang saling bercanggah antara satu sama lain.Apakah ia sekadar kebetulan atau tidak disengajakan ??? Jawapannya sudah tentu tidak,DAP selaku parti 'ultra kiasu' di negara ini akan sentiasa mendesak pelbagai peraturan dilonggarkan bagi memudahkan gerakan mereka.Pelbagai alasan digunakan seperti hak kebebasan bersuara,kebebasan media dan sebagainya,namun ia sekiranya mereka mempunyai kuasa kelak,tidak mustahil ia akan menjadi seperti Singapura malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan mampu menjadi lebih teruk lagi.Ini kerana sebagai sebuah parti yang lahir dari PAP,ideologi dan doktrin yang ingin mereka perkenalkan adalah sama antara satu lain.Kesimpulannya kerajaan dan pihak berkuasa seharusnya memandang serius mengenai gerakan DAP ini.Mereka secara halus cuba mempengaruhi minda dan persepsi masyarakat agar terus membenci antara satu lain.Malah sekiranya tidak dibendung tidak mustahil bakal mengundang satu lagi episod hitam dalam sejarah perpaduan negara. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #PRU13 !!! #BLACKOUT505 !!! PARTI ISLAM TOLAK DEMO ALA ANWAR IBRAHIM !!! Posted: 30 May 2013 05:00 PM PDT Anwar Ibrahim semakin hilang arah dan kepenatan apabila usahanya memancing simpati rakyat untuk menolak keputusan Pilihan Raya 2023 sekali gus menimbulkan huru-hara di jalanan bagi menggulingkan kerajaan tidak mendapat restu sekutu parti komponennya.Terbaru PAS Kelantan turut senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.Sebelum ini,Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pernah mengatakan,menjatuhkan kerajaan dengan budaya "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara. Beliau juga mengakui PAS Kelantan tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan jelasnya bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi.Perkara itu ada perbezaannya,iaitu sama ada berkumpul untuk mengkritik kerajaan dan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan PAS jelasnya tidak sepakat,sama seperti DAP yang tidak setuju untuk jatuhkan kerajaan dengan cara keganasan.PAS Pusat juga berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Nik Mohd Amar,yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan hanya menerima bantahan dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan.Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan turut mengeluarkan kenyataan yang senada dengan pendirian Nik Amar itu. Beliau menegaskan sayap itu tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram termasuk yang bakal dianjurkan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berubah."Kita menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan,itu kita konsisten bersama semua pihak.Cuma pelaksanaan itu berbeza antara NGO dan parti politik, ia berbeza dan yang penting matlamat sama.Tegas Ahli Parlimen Temerloh ini, sayap pemuda PAS itu sepakat untuk menolak sebarang penyelesaian yang menggunakan kekerasan."Dewan Pemuda PAS bersepakat tidak bersetuju penyelesaian yang mengatasi lunas undang-undang dan menggunakan kekerasan. Beberapa NGO dokongan pakatan pembangkang sebelum ini telah menggesa 500,000 orang sukarelawan untuk berhimpun bagi mendesak SPR untuk meletak jawatan. Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas,Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut menolak usaha seumpama itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.Ia secara langsung menunjukkan perbezaan pendapat dalam isu itu yang mana Anwar kini bergerak sendirian tanpa sokongan dan dokongan pembangkang.Paling menarik,bekas pemimpin PKR,Datuk Zaid Ibrahim turut dilaporkan mengeluarkan kenyataan membidas Anwar dan menggesa Ketua Pembangkang itu supaya tidak lagi meneruskan perhimpunan bagi membantah keputusan PRU13 kerana ia dianggap sebagai suatu bentuk provokasi yang tidak diperlukan.Nampaknya,Anwar pasti berada dalam keadaan yang tertekan kerana jelas tiada lagi barua dan boneka yang sanggup untuk menjadi kuda tunggangannya. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment