BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM TIDAK AKAN BERUNDUR DARI DUNIA POLITIK KECUALI MATI ???

Posted: 27 May 2013 05:00 AM PDT


Walaupun pendedahan telah dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia,Jusuf Kalla bahawa Anwar Ibrahim telah melanggar perjanjian rahsianya dengan Najib Abdul Razak dengan dia sendiri sebagai saksi,Ketua Umum PKR itu dengan penuh angkuh dan bongkak berkata,dia tidak akan bersara sama sekali dari dunia politik.Bahkan Anwar semakin mempergiatkan usaha untuk terus mengejar cita-citanya iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.Anwar Ibrahim dalam kenyataan terbarunya berkata,dia tidak akan berundur selagi keputusan PRU-13 tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.Justeru,tiada sebarang alasan mahupun fakta boleh diberikan kepadanya yang mewajarkan dia untuk meninggalkan dunia politik sekaligus mewujudkan keamanan kepada rakyat negara ini.Alasan yang paling menarik dari Anwar Ibrahim mengapa dia harus memungkiri janjinya sendiri ialah,dia telah menang 51% undi popular berbanding Najib yang hanya menang 41%.

Bagaimanapun,Anwar tidak dapat menjawab,mengapa undi popular 41% untuk Najib Abdul Razak telah membolehkan Barisan Nasional menguasai 133 kerusi Parlimen,sedangkan Pakatan Rakyat pula sekadar menang 89 kerusi Parlimen.Bagi yang berfikiran singkat,fakta tersebut akan dikatakan sebagai BUKTI KUKUH SPR telah menipu sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.Namun bagi yang berfikiran waras,undi popular tidak diambil kira dalam sistem demokrasi di Malaysia, memandangkan sesebuah kerajaan yang terbentuk di negara ini adalah berdasarkan penguasaan majoriti jumlah kerusi.Dengan kata lain,walaupun Pakatan Rakyat berjaya mendapat penguasaan undi popular sebanyak 99.9999% sekiranya penguasaan kerusi majoriti walaupun hanya satu, akan kekal menjadikan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan. Begitu juga sebaliknya.

Kerana itulah,pertandingan atau pilihanraya di Malaysia membabitkan kerusi-kerusi Parlimen dan kerusi-kerusi DUN.Apa yang Anwar cuba lakukan ialah mengelirukan minda masyarakat,terutama sekali golongan muda yang menyokongnya. Dia cuba mempopularkan sistem yang tidak digunapakai di negara ini hanya semata-mata untuk menunjukkan kononnya dia berada di pihak yang benar. Anwar menuduh PRU-13 dipenuhi dengan penipuan dan penyelewengan.Tetapi sehingga kini,tidak satu pun dakwaannya disertakan dengan bukti-bukti yang meyakinkan,sebaliknya bukti-bukti yang cuba dipopularkannya,ternyata adalah bukti-bukti fitnah dan telah direka-reka dalam usaha untuk memburukkan SPR.Dalam hal undi popular,Pakatan Rakyat sebenarnya hanya mendapat undi popular di empat buah negeri sahaja iaitu Kelantan,Pulau Pinang,Selangor,Perak dan Kuala Lumpur.Manakala di negeri-negeri lain, Pakatan Rakya tidak mampu meraih undi popular mengatasi Barisan Nasional seperti mana yang tertera dalam jadual di bawah yang dibuat oleh Malaysiakini,portal pro-Anwar Ibrahim sendiri.


Berasaskan jadual itu,Pakatan Rakyat mendapat 5,624,084 undi di seluruh negara,manakala Barisan Nasional pula mendapat 5,262,983 undi. Defisit undi terkumpul adalah berjumlah 361,101.Sekiranya negara ini mengamalkan sistem Republik,Anwar Ibrahim berhak menjadi Perdana Menteri.MALANGNYA,Malaysia adalah negara bukanlah negara Republik sebaliknya sebarang kerajaan yang terbentuk, baik Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri adalah berasaskan kepada penguasaan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN.Justeru, Anwar tidak layak berkokok yang dia adalah pemenang hanya semata-mata dia mendapat undi popular yang lebih berbanding Najib Abdul Razak. 

Dari mana sebenarnya Pakatan Rakyat mendapat kelebihan itu? 

Mari tengok: 

i.   Di Kelantan Pakatan Rakyat mendapat 412,949 – 355,627 = 57,332 
ii.  Di Penang Pakatan mendapat 492,863 – 229,859 = 263,004 
iii. Di Perak Pakatan mendapat 624,344 – 512451 = 111,893 
iv. Di Selangor Pakatan mendapat 1,044,758 – 685,502 = 359,256 
v.  Di KL Pakatan mendapat 425,352 – 227,268 = 198,084 

Berasaskan kepada angka-angka di atas,dengan jelas Pakatan Rakyat mendapat undi popular yang begitu besar di negeri-negeri yang mempunyai ramai pengundi kaum cina ; di negeri-negeri itulah punca Pakatan mendapat kelebihan 361,101 undi.Dari data di atas juga,walaupun Kelantan dimenangi Pakatan Rakyat dengan kuasa 2/3, namun kelebihan undi popular tiga parti itu hanya 57,332. Apabila dijumlahkan seluruh kelebihan undi Pakatan di Pulau Pinang,Perak, Selangor,Kuala Lumpur (di mana terdapat undi kaum cina yang ramai) dan Kelantan akan menjadi 989,569 undi.Di sinilah sumbangan 9 negeri dan WP Labuan dan WP Putrajaya di mana BN mendapat undi popular,sehingga undi popular keseluruhan Pakatan hanya berbaki 361,101.Kalau dah namanya Anwar Ibrahim,begitulah dia… dia tidak akan berasa malu untuk memungkiri janjinya sendiri. Dia juga tidak akan teragak-agak untuk menipu atau memberikan seribu satu macam alasan untuk mewajarkan tindakannya. - Sel13.Com

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ADUN DAP DAH DEDAH CERITA #BLACKOUT !!! SAH !!! PR KENCING !!!

Posted: 27 May 2013 01:30 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari,Lee Chin Chen,semalam tampil menafikan dakwaan berlaku gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah,Bentong pada malam 5 Mei lalu.Penafian pemimpin parti sekutu pakatan pembangkang itu sekali gus membuktikan dakwaan berkenaan yang dilemparkan pihak tertentu,tidak berasas sama sekali dan dipercayai hanya mahu menghasut rakyat kononnya berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Ketika dihubungi BH semalam,Chin Chen mengaku beliau berada di dewan berkenaan pada 5 Mei lalu, dari jam 8.30 malam hingga selesai proses penjumlahan undi dan terus menunggu sehingga keputusan PRU-13 bagi DUN Ketari,Bilut dan Sabai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya,Datuk Toantowee Mohd Lotfie. 

"Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar.Saya ada di sana sejak jam 8.30 malam sampai awal pagi.mana ada gangguan bekalan elektrik pun.Ramai orang juga ada di sana... wartawan ada,jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada.Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana.Kalau betul berlaku (gangguan elektrik),mesti semua yang ada di sana boleh sahkan," katanya. Chin Chen yang menang kerusi DUN Ketari selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wong Choo Yak dengan majoriti 4,243 undi pada PRU-13,mengaku beliau juga pelik dengan dakwaan itu dan tidak pasti pihak mana yang menyebarkan tuduhan berkenaan. Dakyah terbabit disebarkan media sosial sebaik PRU-13 berakhir,malah turut ditambah kononnya kejadian itu turut mencetuskan kekecohan dan tunjuk perasaan. - Bh

LEPAS NI NAK TUNJUK APA PULAK ???

INILAH SIKAP PR !!!

SEMUANYA SPR SALAH !!!

SEPERTI BUDAK KECIL TAK DAPAT AIS KRIM !!!

SELAGI TAK DAPAT AIS KRIM !!!

SELAGI ITU LAH MENYALAK DAN MINTA-MINTA SAMPAI DAPAT !!!

HABIS TU DAPAT 3 NEGERI SPR SALAH LAH ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! ANDA NAK LIHAT PEMIMPIN PKR TIDUR ??? SAKSIKAN !!!

Posted: 26 May 2013 10:00 PM PDT


ITU LAH !!! 

LAIN KALI JANGAN CERITA PEMIMPIN UMNO DAN BN TIDUR !!!

KAN DAH KENA !!! 

AMIK KO !!!

NAK LAGI ???

SAKSIKAN GAMBAR SELEBIHNYA DI BAWAH !!!





GAMBAR AKHIR SEKALI !!!

YANG SUKA KATA KONONNYA PEMIMPIN UMNO PENIPU DAN SUKA TIDUR !!!


GOTCHAAA !!!

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! RAKAN KARIB ANWAR IBRAHIM KECEWA KAW-KAW !!! SAH !!! ANWAR IBRAHIM KAKI PEMBELIT !!!

Posted: 26 May 2013 07:00 PM PDT


Mantan Wakil Presiden bagi Republik Indonesia (RI),Jusuf Kalla melahirkan rasa kecewanya apabila Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim enggan menerima kekalahannya di dalam pilihraya umum-ke13 yang lalu.Tambah mengecewakan Jusuf yang juga merupakan sahabat karib Ketua Umum PKR itu,bilamana Anwar enggan melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang mendapat majoriti dan mandat rakyat.Perkara tersebut disuarakan oleh bekas Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia,Hamid Awaluddin melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu melalui agensi berita Antaranews (RI). "Ya Tentu saja pak Jusuf Kalla kecewa tapi saya berusaha untuk cuba agar suasana seperti biasa kembali," katanya.Menurut Hamid lagi,sebagai sahabat karib Anwar sebelum ini pernah berjanji dengan Jusuf untuk menerima dan mengawal pakatan pembangkang sekiranya kalah di dalam pilihan raya umum nanti.

"Tetapi, hingga kini,demo demi demo protes dilancarkan di berbagai tempat.Anwar bersama pengikutnya mengesyaki (kononnya) adanya kecurangan, sesuatu yang harus dibuktikan secara undang-undang.Namun, Anwar belum bergerak menempuh jalur itu," tambahnya lagi.Hamid turut menegaskan semenjak dari awal lagi Anwar telah menanam persepsi ke dalam minda masyarakat bahawa pakatan akan menang dalam pilihanraya ini.Malah pelbagai slogan diguna pakai seperti #inikalilah, #ubah, #selamatkanmalaysia dan banyak lagi,bagi menanam persepsi ke dalam minda masyarakat.Selain dari itu,Anwar turut menggunakan pelbagai isu khususnya yang membabitkan SPR seperti pengundi hantu dan sebagainya.Doktrin yang dilaungkan saban hari itu, semenjak beberapa tahun yang lalu akhirnya telah berjaya diresapkan ke hati masyarakat khususnya anak-anak muda. Maka tidak hairanlah, apabila Anwar tidak berjaya membentuk kerajaan, isu tersebut dibangkitkan bagi menarik sokongan dan simpati rakyat untuk menolak keputusan pilihan raya ini.

Lihat sahaja gerakan yang cuba disuburkan oleh anak muda dokongan Anwar seperti Adam Adli yang akhirnya meminta rakyat agar turun ke jalanraya untuk satu tujuan iaitu, menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat.Hampir saban malam,Anwar melakukan program jelajah ke setiap pelosok tanah air untuk meminta agar rakyat bangkit menumbangkan kerajaan.Antara ayat yang sering digunakan ialah menolak keputusan pilihan raya dan kemenangan yang telah dicuri oleh kerajaan BN/Umno.Sedangkan secara rasionalnya,sekiranya benar kerajaan ingin melakukan penipuan,adalah mustahil pakatan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2 pertiga 3 di Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan.Dengan kekuatan negeri paling kaya di Malaysia,kekalahan BN/Umno di Selangor boleh di umpamakan menyerahkan gedung duit kepada pembangkang.Kesimpulannya gerakan dan mobilisasi rakyat yang dilakukan oleh Anwar ini bukanlah berpaksikan kepada isu yang melibatkan SPR semata-mata, tetapi lebih merupakan gerakan untuk memenuhi impian dan harapan dirinya untuk bergelar Perdana Menteri.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! CELAKA BERNAMA LIM KIT SIANG PERLU MINTA MAAF !!!

Posted: 26 May 2013 04:00 PM PDT


DAP memang terkenal sebagai sebuah parti politik paling rasis di Malaysia atau menurut penganalisa politik,Dr Ridhuan Tee sebuah parti 'Ultra Kiasu' yang begitu tebal semangat kecinaan sejak penubuhannya pada tahun 1964.Timbalan Presiden Perkasa,Datuk Zulkifli Nordin ketika diminta mengulas mengenai perkara itu mengatakan sehingga ke hari ini,celaka bernama Lim Kit Siang tidak pernah memohon maaf kepada orang Islam terutamanya orang Melayu. Ini kerana menurut beliau, kita sebagai orang Melayu seharusnya mendesak pasti rasis DAP itu,supaya meminta maaf kerana berkempen dengan menggunakan slogan "Malai-Si" yang membawa maksud 'Mati Melayu'.Perkara ini terjadi pada tahun 1969 yang sekali gus telah mencetuskan rusuhan kaum yang terburuk pernah terjadi di dalam negara kita.Bekas ahli parlimen,Kulim Bandar Baru itu mengatakan,sudah 44 tahun berlalu,namun sehingga kini kita masih belum mendengar lagi ungkapan maaf yang dibuat secara terbuka kepada rakyat Malaysia daripada DAP ataupun Kit Siang yang pada ketika itu merupakan ketua pemuda DAP. 

 "Kalau benar mereka dengan ikhlas mahukan perpaduan di dalam negara ini,mereka perlu mohon maaf.Jika tidak mereka hanya terus bermain dengan retorik politik untuk mendapat undi sahaja" tambah beliau lagi.Mereka tidak boleh menafikan tidak terlibat begitu sahaja. Ianya terdapat dalam laporan Mageran yang dengan jelas menunjukkan mereka terlibat dalam rusuhan 13 Mei itu.DAP yang rasis itu tidak akan pernah insaf atau menyesali apa yang pernah mereka lakukan suatu ketika dulu.Malah mereka sudah semakin biadap apabila memanggil Perdana Menteri sebagai syaitan. Ia bukan merupakan perkara baru,tetapi ia juga pernah dibangkitkan dan dibahaskan di dalam parlimen beberapa tahun yang lalu.Paling menarik,rakan sekutu mereka Pas dan PKR hanya mampu berdiam diri seolah-olah mengakui kebenaran perkara yang dibentangkan itu.Umno perlu memperkukuhkan asas Umno itu iaitu Islam dan Melayu. 

Umno tidak boleh mentafsir sokongan Melayu yang diterima oleh BN adalah untuk Umno.Orang Melayu sekarang mempunyai rasa takut sekiranya DAP atau Anwar Ibrahim naik memerintah negara sebab itu mereka mengundi BN.Sebahagian besar rakyat Malaysia sudah sedar betapa bahayanya negara sekiranya ditadbir oleh mereka yang hanya mahu sekadar mendapat kuasa dan memenuhi cita-cita peribadi mereka.Umno perlu lakukan perubahan besar dan drastik untuk terus kekal relevan. Jika Umno terpedaya dengan sokongan yang di peroleh sekarang,ianya adalah satu permulaan yang tidak baik.Orang Melayu mahu melihat pimpinan Melayu yang tidak rasuah,bersih,kukuh dan mempunyai kredibiliti untuk memimpin masyarakat Melayu.Jika tidak ada sebarang perubahan,orang Melayu akan menolak Umno di dalam pilihan raya akan datang. Wajib bagi kita cari jalan untuk menyatukan parti-parti Melayu Islam untuk terus membela nasib Melayu Islam di masa akan datang

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...