BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! KEMPEN 'BOIKOT' MAMPU KEMBALIKAN SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA ???
- KANTOI !!! #PRU13 !!! 80 PERATUS PEMBACA THE EDGE NAK ANWAR IBRAHIM BERUNDUR !!! AMIK KO !!!
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! BOIKOT AKHBAR !!! SAH !!! PR PENGECUT DAN SEKAT KEBEBASAN MEDIA !!!
- BONGKAR !!! #PRU13 !!! DAP BAKAL MENJAHANAMKAN KEDUDUKAN PAS !!! WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! #PRU13 !!! ISU UNDI POPULAR !!! TAKTIK TERBARU ANWAR IBRAHIM KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! POLEMIK MB SELANGOR BUKTI KEGAGALAN PR !!! MACAM NI KER NAK PERINTAH NEGARA ???
- EKSKLUSIF !!! SAH !!! #PRU13 KUBURKAN IMPIAN DAN PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM !!!
HOT NEWS !!! #PRU13 !!! KEMPEN 'BOIKOT' MAMPU KEMBALIKAN SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA ??? Posted: 14 May 2013 12:00 PM PDT Tajuk artikel NGO Melayu desak supaya boikot perniagaan dimiliki Cina dalam portal fitnah Malaysiakini benar2 menarik perhatian penulis.Secara peribadi penulis tidak bersetuju dengan saranan NGO itu,bukan lah bermaksud tak mementingkan bangsa,tetapi tindakan sebegini seolah olah seperti marahkan nyamuk kelambu di bakar.Kita meminta pemimpin dan penyokong Pakatan untuk menerima kekalahan dan kegagalan mereka untuk membentuk kerajaan,tetapi kita juga seharusnya menerima peralihan sokongan Cina terhadap PR.Tindakan 'boikot' dilihat terlalu ekstrim seolah-olah mahu menghukum semua orang Cina.Perlu diingat, ada juga ramai kaum Cina yang bertungkus lumus membantu BN dalam pilihanraya, kita hargai peranan mereka dan tindakan sebegini hanya akan menjauhkan lagi kaum Cina dari parti BN. Mereka yang dahulunya menyokong akan mula menjauhkan diri. Keputusan PRU-13 dah membuktikan tanpa sokongan majoriti kaum Cina dan sebilangan kecil kaum Melayu dan India,BN masih mampu membentuk kerajaan.Jadi mungkin kita tertanya mengapa harus kita 'belai2' mereka utk dapatkan sokongan politik ? Penulis berpendapat kita tak perlu 'belai' atau beri apa saja 'gula2' untuk mengambil hati golongan ini .Apa yang lebih utama ,kerajaan BN yang ada sekarang perlu memacu perkembangan ekonomi negara dan buktikan ketelusan kerana ini lah yang cuba ditanam dalam pemikiran rakyat iaitu BN adalah parti korup dan rasuah. Dengan itu transperency haruslah menjadi agenda utama dalam kerajaan yang baru dibentuk ini. Memang benar kerajaan BN selama ini berusaha menjadi lebih telus dgn mentransformasi badan pencegahan rasuah, namun malangnya kredibiliti badan pencegahan rasuah itu sendiri dipersoalkan,SPRM dihentam teruk berikutan kematian 2 tahanan siasatan . Mungkin kerana tekanan2 ini fungsi SPRM dilihat longgar,malah di media maya sendiri beberapa blogger pro BN mempersoalkan kredibiliti SPRM kerana tidak menyiasat pemimpin pembangkang yang dikaitkan dgn rasuah.Berbalik pada soal boikit perniagaan dimiliki Cina tadi,sekiranya kempen boikot ini benar-benar berjalan,maka bukan kah mana2 pekerja berbangsa Melayu yang bekerja di syarikat2 di miliki orang Cina perlu berhenti kerja.Bentuk hubungan antara pekerja dan boss juga adalah satu perniagaan, boss adalah client bagi pekerjanya yang memberi khidmat.Jadi berapa ramai daripada ahli2 NGO yang menggesa supaya memboikot perniagaan Cina itu bekerja dengan syarikat2 Cina ? Soal boikot ialah sesuatu yang amat subjektif dan kompleks kerana ia akan melibatkan banyak perkara kerana masing2 berkait antara satu sama lain. Misalnya kempen memboikot produk dari Israel,tahukah anda sesetengah komponen yang diguna dalam komputer juga adalah rekabentuk Israel.Dan sekiranya (contoh saja), kapal terbang mula2 direka bentuk oleh orang Israel dan bukan Wright bersaudara,adakah kita tak perlu naik kapal terbang atas alasan 'boikot' ? Hak memboikot adalah hak individu,masing-masing mempunyai alasan tersendiri dalam mempertahankan tindakan mereka.Cuma setiap tindakan,pasti akan ada tindak balas dan perkara ini akan berterusan dan hanya akan merugikan pembangunan dalam negara.Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pandangan penulis,but why don't just we agree to disagree ? - Bidaman RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #PRU13 !!! 80 PERATUS PEMBACA THE EDGE NAK ANWAR IBRAHIM BERUNDUR !!! AMIK KO !!! Posted: 14 May 2013 11:44 AM PDT Lebih 80% pembaca majalah ekonomi terkenal The Edge mahukan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim,berhenti daripada politik seperti yang dijanjikannya.Anwar sebelum ini berjanji untuk meninggalkan kerjaya politiknya jika kalah dalam pilihan raya umum kali ini.Undian yang membabitkan hampir 10 ribu orang menunjukkan sokongan yang sangat besar kepada cadangan supaya Anwar meninggalkan politik.lihat di bawah NAK KEBENARAN ??? KANG PUAK PR KATA NI GAMBAR EDIT !!! KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #PRU13 !!! BOIKOT AKHBAR !!! SAH !!! PR PENGECUT DAN SEKAT KEBEBASAN MEDIA !!! Posted: 14 May 2013 05:00 AM PDT Ambiga Sreevenasan,Pengerusi BERSIH baru-baru ini menyeru rakyat agar memboikot akhbar-akhbar perdana iaitu New Straits Times,Utusan Malaysia,The Star dan Berita Harian selama sebulan.Beliau juga menyeru agar rakyat memakai baju hitam sepanjang sebulan bagi menunjukkan protes terhadap keputusan PRU-13. Alasan Ambiga ialah keputusan PRU-13 diperolehi dengan cara tidak bersih.Untuk itu,beliau juga mendesak agar Pengerusi SPR meletakkan jawatan.Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang,Ambiga benar-benar memalukan dirinya sendiri kerana membuat tuduhan tanpa bukti.Lebih-lebih lagi apabila beliau juga yang beria-ia,melompat terkinja-kinja mendesak sistem dakwat kekal yang ketinggalan itu.Nasib baik SPR terus menggunakan sistem sedia ada,yang mana memastikan pengundian berjalan lancar,sementara penggunaan dakwat kekal adalah tidak lebih dari usaha untuk membuat Ambiga gembira. Malangnya,Ambiga masih tidak gembira walaupun tiada satu pun kes mengundi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi akibat kelemahan dakwat kekal yang dipersoalkannya itu.Ambiga tidak akan gembira selagi BN menang kerana BN lah yang menjadi penghalang utama kepada impiannya untuk melihat umat Islam bebas untuk murtad dan rakyat Malaysia bebas untuk mengamalkan LGBT.Oleh kerana tidak mampu menjadikan sistem dakwat kekal sebagai modal utama untuk menjustifikasi sebarang bantahan,maka Ambiga menuduh adanya pengundi hantu dan juga penipuan ketika kiraan undi iaitu apabila berlaku gangguan elektrik.Tuduhan ini sudah disebarkan secara meluas dan giat di laman-laman sosial bagi membentuk persepsi yang kuat di kalangan rakyat bahawa PRU-13 tidak bersih.Walaubagaimanapun,Ambiga mendapati bahawa usaha untuk membentuk persepsi ini tidak semudah yang disangka apabila akhbar-akhbar perdana berjaya menepisnya dengan melaporkan kebenaran dan juga penjelasan,termasuk bukti. Sedangkan apa yang dimomokkan Ambiga hanyalah tuduhan tanpa bukti.Dengan mendesak agar akhbar-akhbar ini diboikot,Ambiga sebenarnya telah mengesahkan bahawa apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tersebut adalah benar dan beliaulah yang sebenarnya menipu dan Ambiga tidak mahu rakyat menerima maklumat yang benar dan ingin mereka terus disogok dengan maklumat dari sebelah pihak sahaja.Lagipun,jika laporan akhbar-akhbar itu tidak benar,tentu Ambiga telah pun mengemukakan saman serta hujah balas.Namun,ini tidak berlaku,Ambiga tidak mampu memberi bukti dan hujah balas atau mengambil tindakan saman ke atas akhbar jauh sekali SPR.Sebaliknya,Ambiga hanya bermain di atas 'permukaan',membuat tuduhan rambang dan rawak bagi menyebarkan persepsi.Ambiga tidak mampu memberitahu secara spesifik di mana berlakunya penipuan,siapa dan berapa ramai yang terlibat,tempoh dan masa tepat penipuan berlaku,mahupun bagaimana penipuan itu berlaku secara terperinci. Sedangkan, tanpa semua maklumat ini, bagaimana Ambiga boleh mengesahkan bahawa penipuan benar-benar berlaku ??? Bagaimana seorang peguam seperti Ambiga berbuat sesuatu yang tidak bertepatan dengan perjalanan undang-undang ??? Bagaimana seorang pejuang demokrasi seperti Ambiga menentang keputusan demokrasi ??? Bagaimana seorang pejuang hak kebebasan bersuara seperti Ambiga menyeru rakyat agar memboikot,sekali gus menyekat hak kebebasan akhbar ??? Jelas,hujah dan tindakan Ambiga bukanlah hujah seorang pejuang kebenaran,tetapi hujah seorang seorang yang mempunyai agenda jahat yang sengaja ingin memburukkan SPR dan kerajaan.Ia juga bukan hujah seorang pejuang hak asasi dan kebebasan,tetapi hujah seorang hipokrit dan pengkhianat yang paling hodoh dalam sejarah kemanusiaan.Jika beginilah cara Ambiga menangani ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan PRU-13,maka Ambiga wajar berhenti mendabik dada sebagai seorang pejuang apa-apa jua hak pun.Mengaku sajalah diri itu sebagai seorang agen pertukaran rejim dan berjuanglah atas platform yang sebenar.Tidak perlu menyamar dan berlakon lagi,kerana segala-galanya sudah terserlah. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! #PRU13 !!! DAP BAKAL MENJAHANAMKAN KEDUDUKAN PAS !!! WAJIB BACA !!! Posted: 14 May 2013 01:30 AM PDT kepada puak PAS tolong baca artikel ini.Tiga bulan lalu di Banggol Peradong,Terengganu Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawasanya PAS akan mengambil tindakan keluar dari PR seandainya kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang hanya merugikan orang Melayu Islam.Kenyataan itu dinyatakannya semasa berucap dalam program PAS Ganti UMNO di hadapan penyokong PAS dalam usahanya meyakinkan khalayak bahawa PAS masih dominan dalam PR serta mempunyai kemampuan untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai suara rasmi orang Melayu Islam. Besar angan-angannya tinggi melayang tak mencecah bumi.Tapi itulah perwatakan PAS sejak dulu hingga kini yang tidak pernah mengukur baju di badan sendiri.Sehingga kini kenyataan gah Presiden PAS itu masih tergiang-giang di telinga ahli dan penyokong mereka,lebih-lebih lagi setelah keputusan dalam PRU-13 baru-baru ini menunjukkan bukannya PAS yang mendominasi PR sebaliknya DAP yang semakin menguatkan dominasinya.Dengan kedudukan PAS tika ini yang hanya memiliki 21 kerusi Parlimen sementara DAP dan PKR masing-masing menguasai 38 dan 30 kerusi,ia jelas menunjukkan PAS hanyalah parti kelas ketiga dalam PR yang hanya mampu menjadi pak sanggup untuk DAP dan PKR. Dalam keadaan demikian,jangan kata nak PAS ganti UMNO,hatta nak mengatasi DAP pun tak termampu dengan kudratnya yang sekelumit itu.Lebih mendukacitakan lagi daripada 89 wakil Parlimen dalam PR hanya 37 orang sahaja terdiri dari kalangan Melayu Islam (21 PAS,14 PKR dan 2 DAP).Keadaan ini meletakkan suara orang Melayu Islam dalam PR hanyalah suara minoriti dan PAS terpaksa terus tunduk kepada kuasa politik non-muslim dalam PR yang dikuasai DAP.Penyokong PAS di kala ini masih ternanti-nanti apa tindakan pemimpin PAS seterusnya setelah mengkaji kesan-kesan disebalik keputusan PRU-13,ramai di kalangan mereka yang agak cuak melihat dominasi besar-besaran DAP dan non-muslim dalam PR.Sebelum PRU-13,ketika PAS dalam keadaan sedikit kuat pun parti itu sudah kerap mengalah kepada DAP sehingga gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini kekal menjadi dasar PR untuk dinodai dalam kitab Bible,bayangkan pula apa yang mampu DAP lakukan dengan kekuatannya sekarang.Tidak syak lagi, PRU-13 merupakan titik tolak penting yang akan menentukan hidup mati pengaruh PAS dikalangan orang Melayu Islam yang selama ini merupakan pasak kekuatan parti itu.Silap perkiraan yang diputuskan,kelak akibatnya boleh jadi bakal menjahanamkan PAS. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! #PRU13 !!! ISU UNDI POPULAR !!! TAKTIK TERBARU ANWAR IBRAHIM KENCING RAKYAT MALAYSIA !!! Posted: 13 May 2013 10:00 PM PDT Rakyat berpeluang melihat telatah dan gelagat Anwar Ibrahim di perhimpunan lebih kurang 40,000 penyokong-penyokong pembangkang di Stadium Kelana Jaya minggu lalu yang diadakan kerana membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 yang memihak kepada Barisan Nasional.Anwar nampaknya tidak berkesudahan meroyan sejak hari Ahad lalu,5 Mei,kerana kempunan tidak berjaya merealisasikan impiannya untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menduduki kerusi empuk sebagai Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.Begitu terdesak beliau mahukan jawatan itu sehingga kini satu jenaka yang berlegar di laman-laman sesawang sosial seperti Facebook bahawa Anwar telah berjaya dilantik akhirnya sebagai 'Perdana Menteri' Kelana Jaya oleh 40,000 penyokong ang kebanyakannya berbangsa Cina.Anwar mendakwa pakatan pembangkang telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga kemenangan yang sepatutnya dirangkul oleh mereka kononnya telah dirampas secara penipuan oleh BN.Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain juga turut menggila seperti Anwar juga sehingga dilihat sudah hilang pedoman dan pemikiran rasional melempar bermacam-macam fitnah terhadap BN dan SPR. Bagaimanapun penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib pada sidang media selepas perjumpaan dengan semua ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Selasa lepas berjaya merungkai secara jelas kedudukan sebenar isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang berhubung proses pilihan raya yang baru selesai.Jelas Datuk Seri Najib,pengundi Cina khususnya telah berjaya ditipu oleh parti rasis,cauvinis Dap sehingga termakan propaganda pembangkang bahawa kerajaan BN akan tumbang pada PRU13.Disebabkan pengundi Cina sudah terpedaya dengan pelbagai tipu muslihat Dap dengan bermacam slogan yang merangsangkan perasaan seperti 'Ubah','Tukar','Ini Kalilah' serta ABU mereka berduyun-duyun keluar mengundi pada 5 Mei lalu dengan penuh harapan kerajaan baru yang akan dibentuk oleh pembangkang akan berjaya didirikan pada keesokan harinya.Malang seribu malang bagi Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya,majoriti rakyat lebih bijak daripada pengundi Cina lalu terus memberi mandat dan kepercayaan kepada BN untuk menerajui kerajaan.Inilah sebenarnya yang berlalu sehingga peratusan yang keluar mengundi mencatat 80 peratus, tertinggi dalam sejarah PRU di negara ini sejak merdeka. Perdana Menteri menjelaskan tidak mungkin kerajaan BN dapat ditumbangkan tanpa sokongan kaum Melayu,India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak walaupun jika semua pengundi Cina menyokong pembangkang.Inilah pembohongan besar yang dilakukan oleh Anwar,Dap,PKR dan Pas sehingga pengundi Cina tersilap perhitungan politik pada kali ini dengan menolak majoriti calon-calon daripada MCA yang mewakili suara moderat masyarakat Cina di negara ini.Pada pandangan orang Melayu kini,pengundi Cina telah mengkhianati semangat setiakawan yang terjalin sejak merdeka dengan ikatan kerjasama politik terawal antara UMNO,MCA dan MIC.Disebabkan pengundi menjadikan emosi sebagai asas keputusan mereka mengundi pembangkang,mereka telah membuat silap besar dalam pertimbangan politik pada kali ini walaupun sebelum ini mereka dianggap sebagai satu bangsa yang pragmatik dan praktikal.Yang mengaut keuntungan paling besar hasil pembohongan pembangkang ialah Dap yang berjaya menambah jumlah kerusi parlimen kepada 38 berbanding 28 pada PRU 2008 sementara kerusi Dewan Undangan Negeri meningkat mendadak kepada 95 daripada 63 kerusi sebelumnya. Poin kedua yng ditekan oleh Perdana Menteri ialah berhubung dakwaan undi popular yang dicanang oleh pihak pembangkang untuk menuntut kemenangan bagi mereka. Atas dasar jumlah undi popular yang diperolehi oleh pembangkang sebanyak 5,623,984 atau 50.87 peratus daripada keseluruhan undi berbanding 5,237,699 atau 47.38 peratus yang dimenangi oleh BN,maka Anwar mendakwa pembangkang telah dinafikan kemenangan oleh SPR.Hakikatnya jelas Datuk Seri Najib,undi popular adalah sistem pengundian yang diamalkan oleh negara seperti Amerika Syarikat yang mempunyai sistem presiden.Sistem pengundian bagi memilih presiden dijalankan mengikut amalan 'electoral college' dan bukannya undian terus oleh rakyat.Sebaliknya sistem undi popular tiudak terpakai di Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem pengundian adalah berdasarkan kepada kawasan parlimen dengan kaedah 'first-past-the-post' bagi menentukan pemenang bagi mana-mana kawasan yang ditandingi.Ini bermakna mana-mana calon yang mendahului pencabarnya walaupun mendapat kelebihan satu undi sekalipun akan dikira sebagai pemenang. Anwar sengaja menimbulkan isu undi popular bagi mengeksploitasi emosi penyokong pembangkang yang kecewa kerana impian mereka ke Putrajaya hancur. Mereka perlu ingat taktik Anwar menggunakan helah undi popular adalah bagi mengalih pandangan penyokong-penyokong pembangkang daripada mempersoal serta meletakkan kegagalan ke Putrajaya ke atas bahu Anwar.Seperti juga pembohongan 16 September 2008 di mana Anwar berjanji akan menumbangkan kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui jalan belakang,kali ini bekas Ketua Pembangkang itu mengulangi pembohongannya.Perdana Menteri menyanggah hujah Anwar dengan berkata mengapa pembangkang mengiktirafkan keputusan PRU13 pada peringkat negeri tetapi menolaknya pula di peringkat parlimen ??? Ini adalah sikap hipokrit Anwar yang sengaja mahu mencetuskan demonstrasi jalanan bagi mewujudkan keadaan ketidakstabilan politik.Hakikatnya rakyat memilih BN dan bukannya PR,mahukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan bukannya Anwar. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 13 May 2013 07:00 PM PDT Sewaktu artikel ini ditulis,isu perlantikan Menteri Besar Selangor telah pun menemui titik penyelesaian selepas hampir seminggu berlaku pertelingkahan sesama PR berhubung siapa yang layak menyandang jawatan tersebut.Pada PRU-13 baru-baru ini,Selangor kembali dikuasai PR apabila memenangi 44 dari 56 kerusi DUN berikutan peralihan sokongan pengundi Cina kepada pakatan itu,sementara baki 12 lagi DUN dimenangi BN.PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN sementara PKR pula hanya 14.Penggal yang lalu jawatan MB diserahkan kepada PKR atas faktor jumlah kerusi DUN yang dimenanginya lebih besar berbanding DAP dan PAS.Namun kali ini DAP dan PAS,masing-masing mendahului PKR dari jumlah kerusi. Disebabkan inilah yang menjadi punca tercetusnya polemik dalam PR di mana ada kalangan pemimpin PAS yang percaya jawatan MB lebih layak diserahkan kepada mereka,sementara DAP dan PKR pula tegas dengan pendirian jawatan itu kekal dengan milik PKR.Di masa yang sama,dikalangan pemimpin PKR sendiri wujud pertelingkahan dalaman kerana ada pihak yang bersungguh untuk melihat jawatan itu digalas oleh Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali sementara satu pihak yang lain mahu Abdul Khalid Ibrahim kekal menerajui Selangor.Dua buah negeri lain yang berjaya dikuasai semula oleh PR iaitu Kelantan dan Pulau Pinang tidak menghadapi masalah sedemikian sebaliknya sudah selesai perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menterinya kerana PAS dan DAP masing-masing memonoli jumlah penguasaan kerusi DUN. Mengikut laporan mutakhir oleh Bernama,Abdul Khalid Ibrahim telah disahkan kekal sebagai MB untuk penggal kedua setelah mendapat perkenan Sultan Selangor sekali gus mengakhiri polemik jawatan MB yang cukup membingungkan ramai penyokong PR.Bagi pemimpin PR,berakhirnya polemik jawatan MB Selangor mungkin dianggap satu kejayaan namun kelewatan yang berlaku membuktikan rapuhnya kesepakatan sesama mereka dalam menangani isu ini.kesian kepada pemimpin PAS melopong kerana terlepas jawatan MB selangor.macam ini ker nak perintah negara ??? elok sangat PAS keluar.sepatutnya di beri untuk pemimpin PAS,bukan PKR.PAS dapat kerusi yang tertinggi,bukan PKR !!! RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! SAH !!! #PRU13 KUBURKAN IMPIAN DAN PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM !!! Posted: 13 May 2013 04:00 PM PDT Pemimpin pembangkang,Anwar Ibrahim masih belum berpuas hati untuk memberontak terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu yang memihak kepada Barisan Nasional dengan mengadakan rapat umum di Pulau Pinang pula.Bezanya jika di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu menarik kehadiran kira-kira 40,000 orang namun di Stadium Batu Kawan,Pulau Pinang yang datang untuk mendengar celoteh tidak sampai 20,000.macam biasa puak pembangkang mengatakan yang datang adalah ratusan ribu.celah mana ratusan ribu ??? inilah pembangkang,semuanya nak kencing rakyat dengan angka.Ini merupakan satu jumlah yang agak kecil jika dibandingkan kapasiti stadiumn tersebut boleh menampung lebih 60,000 orang.Rata-rata yang datang untuk berhimpun sambil meneruskan kemarahan mereka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah golongan muda di antara 21 hingga 40 tahun. Satu perkara yang ketara boleh dikatakan lebih 90 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kedua-dua perhimpunan tersebut terdiri daripada penyokong-penyokong berbangsa Cina.Kesimpulannya pengundi Melayu yang menyokong pembangkang nampaknya lebih rasional dan berfikiran terbuka dengan menerima kemenangan pada PRU13 pada 6 Mei lalu.Bagaimanapun pengundi Cina yang dibakar semangat mereka oleh Anwar terutamanya terus yakin di benak hati mereka bahawa kemenangan sepatutnya di miliki pakatan pembangkang tempoh hari.Mereka sebenarnya mempunyai fantasi yang tidak berpijak dibumi nyata tetapi memilih untuk mempercayai Anwar yang terus membohongi bahawa kemenangan mereka telah dinafikan oleh SPR.Namun apabila Anwar didesak untuk membuktikan bagaimana SPR kononnya telah menerbangkan lebih 40,000 pengundi asing dari Bangladesh yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA),beliau sehingga kini membisu seribu bahasa.Begitu juga dengan dakwaan pembangkang mengenai dakwat kekal yang kononnya tidak kekal. Namun penggunaan dakwat kekal adalah antara lapan tuntutan Bersih yang telah dipersetujui oleh SPR tetapi apabila dilaksanakan pembangkang pula mempertikaikannya.Begitu juga dengan senarai daftar pemilih yang terus dipertikai oleh pembangkang sehingga ke tempoh berkempen walhal SPR telah memberi semua pihak secukup masa untuk meneliti satu persatu nama di dalam daftar jika mereka kehendaki.Untuk mengguatkan dakwaan bahawa SPR menipu semasa proses pengiraan undi,pembangkang mencipta cerita bahawa kononnya TNB pula bersekongkol untuk menyebabkan 'blackout' atau putus bekalan elektrik di beberapa tempat mengundi.Kejadian ini dakwa mereka menyebabkan pembangkang kalah di beberapa tempat tetapi dakwaan ini telah disangkal oleh salah seorang calon Dap yang bertanding di Ketari, Pahang bahawa tidak pernah berlaku insiden tersebut sebagaimana yang canangkan di dalam laman-laman sosial media secara meluas.Pembangkang memikirkan bahawa dengan melontar sebanyak fitnah dan pembohongan terhadap SPR,pilihan raya semula akan diadakan atau setidak-tidaknya rakyat akan bangun menentang kerajaan. Untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang adalah wayang politik semata-mata ialah betapa segeranya pembangkang di Pulau Pinang dan Kelantan menubuhkan kerajaan sehari selepas kemenangan mereka dengan upacara mengangkat sumpah ketua menteri dan menteri besar.Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pembangkang hanya mengiktiraf keputusan di peringkat negeri yang memenangkan mereka dan menolak keputusan di peringkat pusat di mana mereka kalah walhal pada kedua-dua peringkat sistem yang sama digunakan secara terus menerus oleh SPR sejak PRU yang pertama pada tahun 1959.Ini adalah satu sikap hipokrasi paling besar yang ditunjukkan oleh pembangkang kerana mereka dahulunya mendakwa rakyat adalah penentu sebenar kepada keputusan dalam PRU13.Namun apabila impian mereka untuk ke Putrajaya gagal,individu pertama yang meraung kerana kecewa tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat yang kononnya bulat menyokong pembangkang pada PRU13 tidak membeli kelentong beliau dan akhirnya memberi mandat kepada BN. Anwar tidak dapat menerima dalam sanubarinnya bahawa menang kalah dalam sesuatu pertandingan adalah lumrah apatah lagi dalam pertandingan memilih sebuah kerajaan.Rakyat memilih BN kerana selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia sejak merdeka,BN telah membuktikan bahawa ia mampu bukan sahaja membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara malah berjaya mewujudkan kerjasama politik yang menghasilkan kestabilan, keharmonian serta semangat muhibbah antara semua kaum. Inilah yang menjadi pembangkang terutamanya Anwar dan Kit Siang yang tidak dapat menerima kejayaan yang dilakukan oleh BN selama ini.Pembangkang cuba meniru model BN dengan menjadikan slogan seperti 'Ketuanan Rakyat' dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retotik kosong yang tidak ada apa-apa nilai dan makna. Seperti mana yang dilihat daripadam keputusan PRU13 yang memperlihatkan 'swing' atau sokongan besar pengundi Cina terhadap pembangkang,isu rasisme atau perkauman masih membelit pemikiran penyokong-penyokong mereka.Pembangkang tetap tidak dapat mengikis sifat perkauman yang tebal di kalangan pemimpin-pemimpin mereka dan justeru mereka menggunakan kelebihan itu untuk meraih undi.Sifat perkauman inilah yang akhirnya mengguburkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bersama-sama pembohongannya yang dijaja sekian lama. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment