BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! TRELER PAS DI TAHAN OLEH JPJ PUN PENCACAI PAS KATA SALAH UMNO ??? APA CERITA NI ???

Posted: 02 Apr 2013 08:30 AM PDT


Sekarang ini,di merata-rata media Internet,para pecacai PAS sedang menyerang dan menyalahkan pihak polis kerana bertindak MENGANIAYAI dan MENZALIMI mereka.Kononnya PDRM bertindak kerana terlalu takut UMNO dan Barisan Nasional akan kalah pada PRU13.Mereka juga membuat cerita kononnya,rombongan penceramah PAS yang menggunakan trak dan treler telah menakutkan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan PDRM telah dikerah untuk menahan,menyekat dan menyita kenderaan-kenderaan berkenaan.Dalam kejadian pagi tadi,lebih kurang 30 orang anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah menahan treler Negara Berkebajikan PAS di Taman Pinji Perdana setelah rombongan tukang kempen PAS itu keluar dari lebuhraya PLUS menuju ke Pangkalan Pegoh.


Para pecacai PAS cuba mengaitkan tindakan anggota-anggota penguatkuasa tersebut sebagai cubaan untuk menggagalkan kempen dan ceramah PAS.Malah paling menarik apabila mereka mendakwa,sekatan tersebut turut membabitkan anggota-anggota Cawangan Khas.Pecacai PAS turut mewuar-uwarkan kononnya anggota-anggota penguatkuasaan tersebut tidak tahu mengapa mereka diarahkan menahan konvoi tersebut,sebaliknya memberikan arahan kononnya mereka sekadar menjalankan tugas setelah arahan dikeluarkan.Sebenarnya,kenderaan-kenderaan tersebut menyalahi akta dan peraturan kenderaan Malaysia.Pengubahsuaian kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk berkempen oleh PKR dan PAS telah menyalahi Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.Disebabkan itulah,kenderaan-kenderaan tersebut ditahan untuk siasatan.


Bagaimanapun,para pecacai Pakatan seboleh-boleh mungkin cuba menggambarkan kenderaan-kenderaan berkenaan ditahan di bawah Seksyen 60 (3).Jika disabitkan kesalahan,pemilik kenderaan-kenderaan tersebut boleh dikenakan kompaun di bawah Kaedah 34 dan Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).Pengesahan telah dibuat oleh Unit Kejuruteraan Otomotif JPJ di mana pengubahsuaian kenderaan-kenderaan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran Ketua Pengarah JPJ.Kesalahan menyalahguna permit dan lesen kenderaan turut dilakukan dan telah dikesan oleh SPAD.Manakala Kerajaan Tempatan PBT telah mengesan kesalahan meletak kenderaan.


UNTUK SELANJUTNYA 

SIKIT-SIKIT SALAH UMNO !!!

HABIS TU KALAU RUMAH ANDA MASUK PENCURI ANDA NAK LAPOR KAT SIAPA WAHAI PUAK PAS ???

LAPORKAN PERKARA ITU KEPADA TAUKE KEDAI RUNCIT KER ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PAS LARANG ANWAR IBRAHIM KE MASJID DAN SURAU ??? BIAR BETUL ??? ELOK SANGATTT !!!

Posted: 02 Apr 2013 05:00 AM PDT


Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak,disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS,Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai.Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu. 

Sementara itu,satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat,munajat dan sebagainya.Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian.Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS,sebaliknya pemimpin utama PKR itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP.Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas PAS itu pun sekiranya ia merupakan anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS. Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan hubungan mereka dengan Anwar. 

Malah arahan dalam juga sudah dikeluarkan meminta supaya lidah rasmi PAS,Harakah mengurangkan penampilan Anwar dalam akhbar itu,dengan demikian PAS percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong kepada Ketua Umum PKR, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan penyokong PAS.Namun untuk melihat PAS menyuarakan larangan secara terbuka tentunya tidak sama sekali memandangkan PAS sendiri dalam keadaan tersepit bila mana sebahagian pemimpinnya dari golongan Anwarinas masih menguasai sebahagian besar kepimpinan PAS di peringkat Pusat.Anwar dipercayai menyedari keadaan ini tapi sedaya mungkin beliau masih cuba menaruh keyakinan para penyokongnya dalam PAS mampu berbuat sesuatu bagi menaikkan semula imejnya dikalangan penyokong dan pemimpin PAS.Menjelang PRU 13 akan lebih banyak konflik kepentingan dan kepercayaan antara PAS dan PKR akan terdedah kepada umum,tak mustahil selepas PRU 13 lebih banyak konflik akan muncul dan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkubur sebagaimana lain-lain kerjasama sebelum ini.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HADI AWANG TERDESAK !!! UMNO GUNA BOMOH UNTUK PRU 13 ???

Posted: 02 Apr 2013 12:52 AM PDT


tu diaaa.satu lagi tuduhan terhadap UMNO dah keluar.sebelum ini puak pakatan haram kata UMNO terdesak berkenaan dengan pembubaran parlimen dan PRU 13.kali ini hadi awang pulak mengatakan UMNO pakai bomoh untuk menetapkan pilihanraya.siapa yang terdesak sekarang ni ??? UMNO atau pakatan ??? pembaca Badut Rakyat,anda boleh menilai sendiri cara pakatan terutama PAS nak sangat parlimen dibubarkan.tak boleh tunggu ker ??? lihat video di bawah.malas nak ulas panjang-panjang.nanti terasa pulak puak PAS ni.


RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! AMK PENING DENGAN VIDEO SEKS MIRIP ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 01 Apr 2013 10:00 PM PDT


Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video "Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya,menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger Papa Gomo.Dalam beberapa video dan gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll,mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar.Kini masing-masing terpaku kelu dan mula menerima hakikat betapa rendahnya moral dan akhlak pemimpin yang dipuja-puji selama ini.Mereka tahu wajah yang mirip Anwar itu memang sah milik Anwar.Senario ini agak membimbangkan dan memeningkan kepala para pemimpin AMK dan PKR,lebih-lebih lagi jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menimbulkan kesangsian yang agak serius di kalangan anggota parti terhadap pucuk pimpinan PKR.Tambahan pula rata-rata di mana sahaja Anwar menyertai aktiviti ceramah atau bertemu muka dengan rakyat sejak akhir-akhir ini,dari hari ke hari kedatangan penyokong PKR dan juga juga semakin berkurangan.Itu petanda jelas semakin ramai yang menjauhi PKR dan PR. 


Jika ia berlanjutan demikian,bermakna lambat laun ahli parti sendiri akan mula bangkit mempersoalkan akhlak dan morak Anwar seterusnya ia akan meletakkan PKR dalam keadaan bahaya menjelang PRU 13. Apatah lagi tika ini kepercayaan PAS terhadap Anwar juga kelihatan kurang meyakinkan apabila sebahagian pemimpin dan penyokongnya sudah berani menolak Anwar sebagai Perdana Menteri disebabkan faktor akhlak dan moral yang melingkari sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.Selain itu,penggerak-penggerak PAS yang menguasai masjid dan surau juga seboleh mungkin cuba mengelakkan penyertaan Anwar dan pemimpin PKR yang lain dalam sebarang majlis munajat dan solat hajat kerana masing-masing bimbang ia akan memberi impak buruk terhadap imej PAS.Bila ahli parti sendiri semakin meragui akhlak dan moral pemimpinnya ditambah lagi dengan kesangsian rakan sepakatan, kelihatan agak sukar untuk Anwar dan PKR meraih semula kepercayaan sebahagian ahli dan penyokong mereka.Mungkin tertekan dengan keadaan inilah mendorong jentera propaganda PR mula sibuk merekayasa cerita untuk mengaitkan penyebaran video itu dengan UMNO dengan harapan dapat meraih simpati umum.Tak cukup dengan propaganda sebegitu,PKR cuba pula membuat video palsu bagi mencipta persepsi umum kononnya semua video dan gambar-gambar Anwar sebelumnya adalah rekaan semata-mata.Mungkin kaedah ini mampu menipu penyokong totok PR,tapi orang ramai tidak semudah itu untuk menerimanya bulat-bulat.harus di ingat,muka dah sama,takkanlah itu bukan anwar ibrahim

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM DAN PEMIMPIN PR TAKUT KALAH !!! KERANA ITU RELA TINGGALKAN PENGUNDI MASING-MASING !!!

Posted: 01 Apr 2013 07:00 PM PDT


Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk.Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya,Anwar Ibrahim,bekas Menteri Besar Perak daripada Pas,Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap,Lim Kit Siang,semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu.Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang.Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu.Pemimpin pembangkang daripada PKR,PAS dan DAP adalah umpama kad bayaran tol 'touch n go'.Mereka datang ke kawasan yang ingini ditandingi,buat bermacam janji manis dan palsu yang mereka tahu tidak akan ditepati,buat fitnah dan tohmah terhadap kerajaan ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang atas premis politik kotor yang diamalkan puak tersebut. Anwar mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi mampu berdepan dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian beliau ke Putrajaya. 

Bukan salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana tanggungjawab Anwar yang gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di kawasan itu.Daripada menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka,Anwar lebih suka berceramah ke sana ke sini dan yang lebih menyeronokkan bagi dirinya ialah sentiasa berada di luar negara juga berceramah dan memburuk-burukkan negara dan kerajaan Malaysia.Kit Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang Patah.Apabila kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman dan sekarang mengaku pula anak kelahiran Batu Pahat,Johor walhal tidak pernah pun beliau terkenang atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi kepada penduduk kawasan Gelang Patah.Seorang lagi pemimpin Dap,Liew Chin Tong yang kini mewakili kerusi parlimen Bukit Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula,kononnya dia berasal dari kawasan itu.Naib Presiden Pas,Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di Johor apabila menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak politik baru.Keangkuhan pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh beberapa faktor politik antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran UMNO itu sudah tiba masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang. 

Strategi politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya akan memakan diri pembangkang sendiri.Tujuan Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor berdasarkan unjuran bahawa pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka kepada calon pembangkang.harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti pengundi di negeri lain yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang.Mereka mempunyai contoh pembbangunan pesat di negara jiran di sebelah selatan untuk dijadikan sebagai model.Melihat kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor, pengundi Cina akan berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin kepada Pakatan Rakyat.Ini kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak pemerintahan BN, masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan serta membina kekayaan bagi mereka. Pengundi Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk berkiblat kepada pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang sahaja.Tempat Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang,Zairil Lim Abdullah aka Christopher Lim yang mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa,Tan Sri Mohd Khir Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya. 

Nizar yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini sudah mengubah fikiran.Kini kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya menjadi benteng kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering lebih selamat baginya.Ini semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih memihak kepada BN menjelang PRU ke 13.Kalau dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah persepsi termasuk kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib,senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara drastik.Kalau dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan dengan parti mereka,kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar untuk memastikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan empat buah negeri tadbiran pembangkang di rampas kembali.Suasana kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar,Kit Siang,Nizar dan ramai pemimpin pembangkang yang lain.Berdasarkan populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini rakyat Pulau Pinang kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan calon BN tidak boleh diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti yang pahit bagi parti cauvinis Cina itu.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! PR TIPU RAKYAT MALAYSIA !!! APAKAH RASIONAL DISEBALIK 'MANIFESTO BUKAN JANJI' TURUN HARGA KERETA ???

Posted: 01 Apr 2013 04:00 PM PDT


Pengumuman pimpinan pakatan pembangkang yang ingin menurunkan harga kereta melalui 'Manifesto Bukan Janji' yang dibentangkan baru-baru ini dilihat sebagai pendekatan populis semata-mata.Ini kerana ramai yang berpendapat ia bukanlah kaedah yang terbaik buat rakyat malah bakal memberikan impak besar kepada negara.Ini kerana secara keseluruhannya penurunan dan pemansuhan cukai kenderaan belum tentu menurunkan harga kereta.Sebagai contoh kereta hibrid tidak dikenakan cukai,namun harganya tidak pula diturunkan kerana pengeluar juga perlu mengambil untung.Malah di Amerika Syarikat kereta tersebut turut dikenakan cukai,namun harganya lebih murah kerana pasaran negara itu besar berbanding Malaysia.Kerajaan secara dasarnya telah mengambil kira pelbagai faktor dalam usaha menurunkan harga kenderaan,termasuk syarikat pengeluar,pengusaha industri kenderaan terpakai serta kepentingan pengguna. 

Adalah penting untuk mengimbangi semua ini,kerana jika harga kereta terlalu rendah syarikat pengeluar tidak akan mendapat keuntungan malah para pelabur pula akan lari dan tidak lagi membuka kilang di Malaysia.Tidak ketinggalan penurunan harga kereta secara mendadak turut akan menjejaskan pembangunan industri automotif tempatan secara keseluruhan.Kesannya ialah ekonomi kita,kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais diturunkan seperti yang dikatakan oleh pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya.Malah mereka-mereka yang terlibat dengan industri automotif ini akan berdepan dengan situasi gulung tikar dan muflis. Itu belum lagi diambil kira faktor yang akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion.Sekali gus ia pastinya akan merencatkan usaha kerajaan untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat khususnya di kawasan-kawasan pedalaman. 

Menurut pakar ekonomi,apa yang penting ialah bukan menurunkan harga cukai,kerana harga kenderaan sebenarnya boleh turun tanpa perlu mengurangkan pendapatan negara.Iaitu melalui langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini dengan melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar kenderaan.Ini kerana langkah tersebut jelas terbukti memberi hasil positif yang jauh lebih baik berbanding 'manifesto bukan janji' pakatan pembangkang.Malah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam agar lebih efisien,selamat dan dinikmati juga merupakan satu langkah yang dinamik.Selain mengelakkan kesesakan jalan raya,kos perjalanan yang lebih murah ia juga mampu mengurangkan penceraman alam sekitar.Ini kerana hanya dengan menurunkan harga tidak akan mampu memberi penyelesaian terbaik kerana perlu mengambil kira faktor pengeluaran serta pendapatan rakyat.Ia sekali gus menunjukkan bahawa pembangkang kini ketandusan idea sehingga membuat kenyataan tanpa kajian terperinci dan kesan yang bakal dihadapi negara jika ia dilaksanakan.Berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menjana ekonomi negara serta kemakmuran rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...