Tarikh Pilihan Raya Telah Diumumkan - Jom Bertindak Untuk Masa Depan Anda!
tuanhamba.
Salam 1Malaysia,
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun membuat pengumuman menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 20 April ini, dan tarikh mengundi pula adalah pada 5 Mei 2013. Ini bermakna dalam lebih 3 minggu lagi kita sama-sama akan dapat bertindak bagi menentukan perjalanan negara kita seterusnya.
Sekiranya keamanan dan kemajuan yang anda inginkan, maka teruslah menyokong Barisan Nasional kerana sepanjang lima tahun yang lalu, kami sudah pun membuktikan yang program transformasi telah berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia. Hari ini, anda sendiri dapat melihat sendiri hasil dan pencapaian kami. Tetapi, tanggungjawab kita masih belum berakhir. Dengan batu asas yang telah dibina sepanjang lima tahun ini, kami yakin lebih banyak lagi yang boleh direalisasikan sekiranya kami diberi kepercayaan untuk meneruskan usaha kami ini, insyaAllah.
Dalam meneruskan tradisi menepati janji membawa harapan, kami telah mengumumkan Manifesto yang merupakan Aku Janji kami kepada rakyat untuk tempoh pentadbiran seterusnya. Manifesto tersebut boleh anda lihat dalam bentuk paparan grafik dan ringkasannya di laman web saya.
Manifesto ini hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya kami mendapat mandat dan sokongan anda. Oleh itu bertindaklah, kerana masa depan Malaysia terletak di tangan anda. Tunjukkan sokongan anda dan dapatkan Kit Tindakan anda hari ini. Juga jangan lupa untuk memuat turun Kit Tindakan Online, dan jadilah antara orang pertama untuk menghiasi laman sosial anda sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Terima kasih.
Jom bertindak!
Najib Razak

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment