Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO TERKINI! #LahadDatu Lagi Cubaan Penganas Sulu Menceroboh Sabah! #Pray4Sabah
- PANASS!! Anwar Jumpa Nur Misuari Hanya Rekaan UMNO? #Pray4Sabah
- PANASS!! Ayahanda Tun Dr Mahathir SELAR Nik Aziz!! #TolakPAS #TolakPR
- PANASS!! Ramai Pengundi Cina Bantah Calon Payung Terjun Dap!! #TolakDAP #TolakPR
- TUDIAA!! PAS Perlis Tolak Dr Juanda, PKR Tolak Haron Din!! #TolakPas #TahanPerlis
- TUDIAA!! Lepas Rembat Tabung Memali, Pas Rembat Tabung Lahad Datu la pulakk!! #Pray4Sabah #TolakPAS
- PANASS!! Lagi Cerita Membuktikan Phahrolrazi dan Azizan Razak Tak Pernah 'Bergaduh'! #TukarKedah #SaveKedah
INFO TERKINI! #LahadDatu Lagi Cubaan Penganas Sulu Menceroboh Sabah! #Pray4Sabah Posted: 08 Apr 2013 10:15 AM PDT 32 INDIVIDU DITAHAN DI PERAIRAN SABAH, PELBAGAI SENJATA DIRAMPAS Kota Kinabalu - Tiga puluh dua individu yang menaiki sebuah bot ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi ini. Pasukan keselamatan turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). "Kami belum mengenal pasti bangsa mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu, di sini hari ini. Beliau berkata bot yang dikenali sebagai 'kumpit' yang dinaiki kumpulan lelaki itu ditunda ke Sandakan untuk siasatan lanjut. Hamza sekali lagi memberi jaminan keadaan di semua daerah di Sabah terkawal dan menafikan dakwaan terdapat 100 pengganas bersenjata memasuki negeri ini. "Pasukan keselamatan sentiasa mengawal keadaan dengan kawalan ketat di kawasan perairan Sabah," katanya. Sementara itu, pasukan Forensik menemui 15 lagi mayat di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu dan kesemua mayat itu akan dibawa keluar dari kawasan yang menjadi kubu militan dari selatan Filipina itu petang ini. Beliau berkata kesemua mayat itu adalah daripada pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan yang sebelum ini tidak dapat dibawa keluar atas faktor keselamatan. - BERNAMA | ||
PANASS!! Anwar Jumpa Nur Misuari Hanya Rekaan UMNO? #Pray4Sabah Posted: 08 Apr 2013 08:17 AM PDT Banyak penafian dan spin isu dari cai Pakatan Haram. Medan Tempur ada bukti yang membuktikan memang benar Anwar buat perjumpaan dengan Nur Misuari. Bukan kita yang mengaku, tapi mereka sendiri! Lawak pulak aku baca statement si Nuar Semalam, dia mengaku pi jumpa Misuari tapi masa dia jadi TPM dulu..Lebih kurang 18 tahun kira zaman muda dia lagi dan bukannya baru baru ni..Ada pulak komen penjilat tegar Nuar mintak bukti kalau Nuar pi jumpa misuari tahun Lepas.. Bukti yang didedahkan pun bukannya direka oleh pihak Umno/BN tetapi gambar ini diupload sendiri oleh AIC( AnwarIbrahimClub) Cuba bezakan antara wajah Anwar ketika menjadi TPM berjumpa Misuari dibawah Dan bezakan dengan gambar dibawah ini Bukankah jelas disitu raut wajah Anwar lebih tua dan hodoh berbanding diatas? Cukup hebat permainan sandiwara lakonan Anwar untuk menutup kesalahan terhadap Insiden yang berlaku di Lahad Datu bila terdapat bukti bukti menyatakan bahawa Anwar terlibat dalam insiden berkenaan..Kalau tak, takkan Anwar pusing keliling Malaysia melalak cakap sabah nak hilang?? | ||
PANASS!! Ayahanda Tun Dr Mahathir SELAR Nik Aziz!! #TolakPAS #TolakPR Posted: 08 Apr 2013 05:37 AM PDT Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan "tok guru", sebaliknya hanya seorang pemimpin politik yang ingin mendapatkan kuasa. Katanya, pemimpin Pas itu sekadar 'peminat politik' yang tamak mendapatkan kuasa dengan menggadai agama. "Orang tidak panggil tok guru, tetapi hanya peminat politik yang tamak mendapatkan tempat dengan menggadaikan agama. "Ini bukan pemimpin, hanya nak undi dan mendapatkan kuasa. Inilah Nik Aziz yang bukan berjuang untuk Islam," katanya pada ucaptama Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 di sini, semalam. Beliau berkata, Nik Aziz hanya menipu rakyat untuk mendirikan negara Islam, walhal tanpa sokongan DAP, tidak mungkin Pas dapat mendirikan negara Islam ala Pas. "Ada 222 kawasan (Parlimen), tetapi kalau Pas hanya bertanding 65 kawasan sahaja, bolehkah Pas menjadi kerajaan, tanpa sokongan (Pengerusi DAP) Karpal Singh, Pas tidak dapat apa-apa. "Tetapi Islam Pas dan Islam kita nampak berbeza. BN tidak pernah menolak Islam, dengan mengisytiharkan negara ini negara Islam. "Tetapi Pas nak buat (negara Islam) untuk menang kerusi dan Islam itu bergantung kepada Karpal Singh," katanya. Tambah Dr Mahathir, sekarang Nik Aziz sedar dan terpaksa mengemis meminta pertolongan DAP dan PKR kerana dia tahu, mendirikan negara Islam ala Pas tidak mungkin dapat dilaksanakan. Beliau turut menyelar keputusan Nik Aziz masih lagi meneruskan jawatannya meskipun usia sudah lanjut. "Kata nak berhenti, tetapi apabila saya sudah berhenti, dia (Nik Aziz) tidak berhenti lagi, hendak bertanding lagi dalam pilihan raya umum ini," katanya. Kat bawah ni, koleksi kata-kata BUSUK Pok Nik Aziz! | ||
PANASS!! Ramai Pengundi Cina Bantah Calon Payung Terjun Dap!! #TolakDAP #TolakPR Posted: 08 Apr 2013 02:17 AM PDT Kadang-kadang kita kena belek juga akhbar cina ni. Kat bawah ni ada topik menarik mengenai kaum cina sudah mula bersuara tolak calon payung terjun Dap! China Press Perkara: dalaman DAP berbalah? Ruangan: negeri Johor m/s C05 Tarikh: 4 April 2013 (Khamis) Bantah calon payung terjun DAP semakin meningkat Bawahan ahli DAP Bekok, Labis bertelagah 3hb Labis, ahli bawahan DAP rasa tidak puas hati kerana calon kerusi Parlimen Labis didatangkan dari calon payung terjun, dijangka bantahan semakin kuat dan meningkat! Pada hari Sabtu lepas lebih 50 ahli DAP Chaah dari kalangan pelbagai kaum semasa adakan ceramah politik membuat kacau menaikkan kain rentangan bantahan, walaupun pemimpin DAP sepatutnya mahu halakan sasaran untuk menghentam BN, apa yang China Press lihat dari segi maklumat itu, disebabkan isu pencalonan telah menyebabkan dalaman DAP berbalah sengit. Mengikut maklumat, pemuda DAP membantah pencalonan itu kerana tidak dapat restu dari jawatankuasa gabungan DAP negeri Johor, buat masa ini mereka melancarkan penapaian bantahan berkaitan langkah-langkah itu. Kempen itu dilakukan sekumpulan orang yang sama Bekas senator DAP negeri Selangor Dr Ramakrisnan dan timbalan pemuda DAP kebangsaan Lim Eng Guan, pada 2 tahun lepas telah mengadakan aktiviti di kawasan peti undi di situ, mengikut laporan dari gabungan DAP negeri Johor, jika tidak ada halangan mereka berdua masing-msing akan bertanding di kerusi Parlimen Labis dan kerusi DUN Bekok. Kain rentang itu tertulis "We Want Lim Guan Eng But Not Lim Eng Guan", dengan jelas mereka datang untuk menghentam Lim Eng Guan. Oleh kerana pihak bawahan DAP telah memilih calon bertanding untuk DUN Bekok datangnya dari Chaah, sebab itu ceramah politik pada malam tersebut yang di Chaah menyebabkan pemuda-pemuda DAP membantah dan rasa tidak puas hati, mereka lakukan tunjuk perasaan disasarkan kepada Lim Eng Guan. Selain dari tindakan itu, pada 19 Februari juga ada orang di Labis, Bekok dan Chaah menaikkan kain rentang terpapar perkataan "kami mahu calon dari kalangan orang Cina di Parlimen Labis", selepas itu kain rentang tersebut diturunkan segera oleh DAP. Mengikut maklumat dari ahli bawahan DAP, tindakan seperti di atas itu adalah dari sekumpulan orang yang sama. Terjemahan: Sulaiman Koh Abdullah 05 April 2013 040413007 430 karakter | ||
TUDIAA!! PAS Perlis Tolak Dr Juanda, PKR Tolak Haron Din!! #TolakPas #TahanPerlis Posted: 07 Apr 2013 11:16 PM PDT Cerita ni Mc ambil dari blog MSO, sebuah blog upahan cacai Pakatan. Story yang dia keluarkan ok juga, boleh kita buat rujukan dan perbandingan. Baca kat bawah, Umno Perlis tentu berbahagia dan lega sakan malam ini kerana Pakatan Rakyat negeri itu telah mempamirkan politik tidak sekata dan tidak menunjukkan kesepakatan jitu dalam kerjasama. Ini ekoran hasrat PKR untuk mengumumkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya sebagai calon parlimen Kangar tidak tercapai apabila PAS terlebih dahulu mengumumkan calonnya untuk kerusi berkenaan. Kehadiran ribuan rakyat Perlis di ceramah perdana di Kuala Perlis malam ini antara lain untuk mendengar pengumuman rasmi Juanda sebagai calon kerusi parlimen Kangar. Anwar Ibrahim sendiri dijangka akan mengumumkan Juanda sebagai calon parlimen Kangar. Mereka yang hadir dikatakan ternanti-nanti pengumuman itu dan akhirnya pulang dengan rasa kecewa dan marah apabila nama Juanda tidak diumumkan. Kegagalan itu sudah pasti mengembira Umno kerana ia menggambarkan yang Pakatan Rakyat Perlis tidak mantap dan sekata. Peristiwa malam ini menjadikan Pakatan Rakyat Perlis kini sudah retak yang akan menunggu belah bila-bila masa saja. PAS beberapa hari lalu telah mengumumkan bekas pengurus besar Pos Malaysia Baharuddin Ahmad sebagai calon mereka untuk kerusi parlimen Kangar. Pas juga turut sama membolot dua lagi kerusi parlimen, Arau dan Padang Besar. Langkah PAS itu menghairankan ramai pemerhati politik dan merasakan parti itu tamak kerana membolot semua kerusi parlimen. Tindakan mengumumkan calon tanpa persetuan PKR itu satu perbuatan menghina. "Tuan apa sudah jadi dengan PAS Perlis ini?" begitulah tanya seorang yang sedang mengikut ceramah Pakatan Rakyat di Kuala Perlis menerusi telefon sebaik mengetahui yang nama Juanda tidak diumumkan malam ini. "Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat ini bang. Nampaknya impian ke Putrajaya akan tinggal mimpi saja, terburai di tengah jalan," katanya dengan nada kesal. "Abang bagi tahulah kepada PAS jangan tamak sangat..," katanya lagi penuh mengharap. Pemanggil ini tidak menyebut namanya tetapi dia mengakui sangat rapat dengan blog saya. Keluhan dari pemanggil itu merisaukan saya. Saya juga nampak begitu, PAS Perlis tidak menunjukkan semangat kerjasama yang baik dengan rakan mereka. Apa yang berlaku di Perlis itu semacam ia disengajakan dan ada motif tertentu. Semacam ada elemen untuk mengkhianati Pakatan Rakyat. Sepatutnya PAS Perlis tidak berbuat demikian? Sikap tolenrasi yang tinggi seharusnya tunjukkan bukannya sifat tamak. Apakah ianya arahan dari PAS Pusat ataupun saja-saja pandai PAS Perlis? PAS pusat perlu melihat dan mengkaji semula tindakan PAS negeri berkenaan. PAS Pusat tidak patut membiarkan apa yang berlaku di Perlis itu diuruskan sendiri oleh PAS negeri itu. PAS Kuala Lumpur harus lebih bertanggungjawab terhadap PAS Perlis. Tidak mustahil kalau PAS membiarkan apa yang berlaku di Perlis itu tanpa dipantau, semua usaha dan pengemblengan tenaga selama ini untuk menumbangkan BN sia-sia sahaja. Paling mendukacitakan rakyat khasnya penyokong Pakatan Rakyat akan hampa di atas apa yang berlaku. Mereka akan hilang kepercayaan kepada Pakatan dan menyokong Umno/BN yang kini nampak semakin kemas dan sekata. Sikap PAS itu juga akan dijadikan bukti dan dalil besar oleh Umno bahawa parti-parti gabungan Pakatan Rakyat lebih mementingkan diri sendiri dari menjaga kepentingan rakyat. Apakah yang berlaku di Perlis itu atas kehendak tokoh spritual PAS Perlis Haron Din? Apakah tindakan itu adalah atas ilham dan wahyu daripada Haron Din yang baru-baru ini telah memberi kata dua yang memedihkan kepada Anwar Ibrahim berhubung jawatan perdana menteri? Beberapa minggu lalu Haron Din dilaporkan telah menemui Anwar dan memberi formula mengenai jawatan perdana menteri. Sebenarnya formula dikemukakan Haron Din itu sudah dianggap 'mabuk todi' kerana belum apa-apa beliau sudah bercakap siapa lebih layak menjadi PM sedang kemenangan masih berada di dalam laut. Saya yakin isu calon dan pembolotan kerusi ini kalau tidak diselesaikan secara baik Pakatan Rakyat Perlis akan bergolak di mana natijahnya nanti satu kerusi pun tidak akan berjaya ditawan. Orang-orang PKR yang mengundi di semua kawasan di Perlis akan membalas dendam sama ada tidak keluar mengundi ataupun mereka akan undi Umno/BN. Komen: Nampaknya Pakatan Haram Perlis pun goyang. Orang kita selalu memikirkan UMNO Perlis tak stabil la, itu la ini la. Sedangkan pada hakikatnya, UMNO Perlis masih utuh, yang goyang sebenarnya puak Pakatan Haram ni. Mc nak menafikan Dr. Juanda jadi calon PKR, sebab beliau dilihat lebih rapat dengan UMNO. Malah beliau sering dijemput berceramah diatas pentas UMNO di Selangor dan beberapa tempat lain. Rasanya PKR ni syok sendiri kot. Cuma Mc agak terkilan bila PKR menuduh Haron Din punca pepecahan Pakatan di Perlis. Benci betul puak PKR dengan Haron Din. Tu pun Haron Din masih lagi nak buat muka tebal duduk dalam Pakatan, keluar saja la..orang dah tak suka, nak tunggu apa lagi? McTheory: Ulamak yang baik, tapi dihina oleh Puak Pakatan ni.. | ||
TUDIAA!! Lepas Rembat Tabung Memali, Pas Rembat Tabung Lahad Datu la pulakk!! #Pray4Sabah #TolakPAS Posted: 07 Apr 2013 08:26 PM PDT
Bukti PAS telan duit Tabung Wira Lahad Datu...bila kita check kat No. Akaun Bank pun dah boleh tahu duit tabung lesap ke mana..hehe Lihat perbezaan Tabung Wira Lahad Datu yang diwujudkan oleh dua pihak berlainan seperti di atas. Satu akaun diwujudkan oleh parti PAS yang mana apabila wang berkenaan hendak didepositkan ke Mesin Deposit Tunai, nama akaun yang keluar bukanlah 'Tabung Perajurit Lahad Datu' seperti yang diiklankan, sebaliknya tertera nama 'Parti Islam Se Malaysia'! No Akaun Tabung Wira Lahad Datu sebenarnya adalah 5142-7133-9000 dan bukan 5640-2540-0414 (milik PAS). Akaun 'Tabung Wira Lahad Datu' adalah akaun yang benar-benar telus. Nama tabung seperti diiklankan adalah sama dengan nama tabung yang dibuka di bank. Berbanding dengan kutipan yang dijalankan oleh pihak Media Prima yang mewujudkan satu akaun khas atas nama 'Tabung Wira Lahad Datu', PAS tidak mengarahkan pihak bank untuk mewujudkan satu akaun khas atau akaun asing dari akaun induk parti berkenaan. Persoalan kepada pimpinan PAS, jika ada wang sumbangan yang disalurkan melalui tabung derma Lahad Datu untuk perajurit Negara, bagaimana Bendahari PAS hendak mengenal pasti wang itu adalah wang sumbangan untuk Tabung Lahad Datu dengan Tabung PAS semasa? Sehingga hari ini PAS tidak pernah mengumumkan jumlah hasil kutipan wang tabung berkenaan, berbanding dengan pihak Media Prima yang mengumumkan kutipan Tabung Wira Lahad Datu kini hampir berjumlah RM4 Juta. Tak malu ka Pas makan duit hasil derma untuk Wira Lahad Datu? Dulu Tabung Memali depa dah rembat, kali ni nak rembat Tabung Lahad Datu pulak. Dejei sungguh! P/s: Kalau ada orang Pas yang derma, macam cara mereka mengenal pasti, untuk derma Lahad Datu dengan kemasukan wang lain? Kesimpulannya.. No. 1 - Tabung Memali -> Status : Lesap No. 2 - Tabung Kohilal -> Status : Lesap & Hilang No. 3 - Tabung Lebuh Raya Rakyat -> Status : Coming Soon No. 4 - Tabung Wira Lahad Datu -> Status : No. Akaun Yang Diiklankan Lain, Yang digunakan Untuk Deposit Akaun Lain..hehe (coming very-very soon) | ||
Posted: 07 Apr 2013 05:37 PM PDT Semalam lepas Mc keluarkan cerita 'Azizan tak bergaduh dengan Phahrol' betui ka depa tak gaduh? Nak tau boleh pi klik kat SINI. Kemudian adalah seorang hamba Allah tu komen dalam blog Mc menceritakan tentang perangai buruk si Phahrol dan Dr Ismail yang sengaja datang lambat ke pelancaran Manifesto Pas Kedah di Kompleks Pas, Batu 9. Katanya lepas semua jemputan dan VIP sampai. Malah MB pun dah lama sampai duduk kat atas pentas, majlis pun dah mula, baru muncul Phahrol dan Ismail naik atas pentas tanpa bersalaman pun dengan MB Kedah tu. Maknanya mereka tidak menghormati majlis, malah mereka berdua langsung tidak 'pandang' si Azizan Razak (MB Kedah) tu. Tindakan mereka berdua itu, membuktikan mereka 'tidak' bergaduh dengan Azizan, dan semua ini hanyalah FITNAH UMNO, semata-mata. Iskk.. normal la tu, bila Exco dan Adun tak bersalaman dengan Menteri Besar! Itu perkara biasa!! he he.. Mungkin Phahrol dan Ismail fikir, sekarang ni bukan hari raya, tu yang depa dua tak mau salam dengan Azizan. Depa kena tunggu raya baru boleh salam! he he he.. Salam tidak membuktikan apa-apa, mungkin bersalaman ini tidak penting bagi puak 'syiah'. Mungkin syiah dah gantikan salam dengan kenyit-kenyit mata saja. Sebab tu kalau depa kenyit mata kat Azizan pun orang tak nampak. he he.. biasa la, Phahrol dan Ismail kan pendokong syiah di Kedah. Kesimpulannya, Phahrol dan Ismail, tidak mempunyai masalah dengan Azizan, cuma depa takmau salam dan pandang muka masing-masing. Namun itu tidak membuktikan mereka bergaduh. Orang melayu kalau dah sampai takmau pandang muka tu, kiranya macam 'sayang' sangat la kat orang tu. he he.. Akhir kata, Phahrol dan Ismail sebenarnya di suruh oleh 'media UMNO' untuk tidak bersalaman dan pandang muka Azizan. Sebab puak ni kalau ada sebarang kontroversi, depa akan tuduh 'media UMNO' sampai mampuih. Jadi sebelum depa tuduh, kita mengaku pi laa.. Mc harap pembaca fahamlah dengan tulisan Mc diatas tuuu.. he he.. McTheory: Kalau tak faham juga, kena belajar lain laa.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment