Kedah Ke KL - MctHeory |
- KASI PANAS!! Bila Pas Angkat Penzina Tegar Jadi Timbalan Presiden Pas! #TolakPAS
- PANASS!! Siapa Cakap Azizan dan Phahrolrazi Bergaduh? Fitnah UMNO tuuu.. #TukarKedah #SaveKedah
- PANASS!! Cerita yang buat Wan Azizah Berasa Resah Gelisah! #TolakPR
- PANASS!! Kerajaan Kedah Buat Janji Di Capati!! #TukarKedah #SaveKedah
- PANASS!! YB Zul Noodin BONGKAR Rahsia Jahat Pakatan Haram! #TolakPR
- TERBAIKK!! Kejutan PM @NajibRazak Untuk Rakyat Malaysia!! #BNbagus #ManifestoBN
KASI PANAS!! Bila Pas Angkat Penzina Tegar Jadi Timbalan Presiden Pas! #TolakPAS Posted: 07 Apr 2013 08:17 AM PDT Ha ha ha.. kes 'kaunseling' Mat Sabu bini orang dulu pun tak settle lagi. Tu pun Pas angkat jadi Timbalan Presiden. Kambing betui!! ha ha ha.. |
PANASS!! Siapa Cakap Azizan dan Phahrolrazi Bergaduh? Fitnah UMNO tuuu.. #TukarKedah #SaveKedah Posted: 07 Apr 2013 05:38 AM PDT Bila baca cerita diatas ternyata Azizan dan Phahrolrazi tak pernah bergaduh pun. Depa cuma beza pendapat sikit saja. Cerita ni media UMNO yang reka. Mana pernah Phahrol keluarkan kenyataan 'Enjin 3 selindir kat Azizan'.. tu media UMNO tuu. Orang-orang Phahrol tak pernah ugut pun nak tutup bilik gerakan, mana pernah! Phahrol pun tak pernah kena 'culik' 2 jam dalam sekolah, tak pernah ehhh.. semua tu dusta belaka. Phahrol tak pernah buat sidang media 'khas' untuk maki Azizan di rumah dia dulu. Dia tak buat, UMNO FITNAH!! Malah Phahrol tak pernah pun keluar kenyataan dalam SINAR yang dia dah 'bersedia' untuk jadi MB. Dia tak cakap pun. Muka sama, tapi bukan dia! Malah Nasir Mustaffa yang dok kutuk MB dalam 'Zello' pun, hanya rekaan UMNO semata-mata. Depa kawan baik Azizan dengan Phahrolrazi ni, siap boleh cium pipi. Phahrol tak pernah suruh pun 'orang Azizan' belot kat Sungai Limau, dia mana pernah pi sana, dia siap berdoa, Ustaz Azizan jadi calon Sungai Limau! Kiranya tak pernahlah Phahrol kutuk Azizan dalam ceramah Pas. Kalau anda pernah tengok, mungkin itu hanya kembar Phahrol. Macam Anwar cakap, 'muka macam saya, tapi perut tak sama! Jadi kesimpulannya, jumpa orang jangan tengok muka, tapi tengok perut, pastikan perut dia sama, untuk kenal pasti seseorang individu. McTheory: Dakk ehhh.. depa mana pernah gaduh.. ha ha ha.. |
PANASS!! Cerita yang buat Wan Azizah Berasa Resah Gelisah! #TolakPR Posted: 07 Apr 2013 02:17 AM PDT Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata beliau agak terkejut dengan pendedahan seorang mufti yang pernah menjadi pegawai agama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir dalam pertemuan tertutup di rumahnya kira-kira pertengahan tahun lalu. "Di antaranya yang saya tanya adalah seorang mufti, yang pernah menjadi penasihat agama Datuk Seri Anwar. Beliau datang ke rumah saya dalam pertemuan tertutup rakan-rakan saya dalam ABIM dan simpatisme ABIM. "Siapa Anwar sebenarnya..saya agak terkejut. Jadi, saya tidak kutip pandangan-pandangan daripada orang biasa berkenaan Datuk Seri Anwar. Beliau penasihat agama Datuk Seri Anwar Ibrahim." Beliau tidak menyatakan siapakah mufti yang juga bekas penasihat agama Anwar itu serta butiran pendedahan yang didedahkan kepadanya, namun difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dr Sidek yang bekas Setiausaha Agung ABIM turut mendedahkan maklumat bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor yang bercerita tentang kejadian Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pernah menelefonnya dari Washington agar tidak membenarkan mana-mana lelaki bermalam di rumah kediamanya bersama Anwar. Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar tahun 2005 dan menjadi punca utama Ezam meletakkan jawatan dalam PKR dan menjauhkan diri daripada Anwar. "Saya berjumpa anak murid saya, saudara Ezam Mohd Nor. Dia belajar di UIAM dulu, saya sebagai Timbalan Rektor masa itu. "Saya tanya dia, Ezam tolong cerita dengan cikgu, mengapa kamu tinggalkan Anwar ? "Ezam ceritakan..bahawa suatu malam, sewaktu Anwar balik, di mana Dr Wan Azizah telefon daripada Washington (bertanya) dengan siapa bersama Anwar masa itu. "Wan Azizah berasa resah..sehingga sekarang Wan Azizah tidak nafikan. Sehingga sekarang Anwar tidak nafikan benda itu berlaku. Kalau dia tidak nafikan, apakah benda itu berlaku atau macam mana ? "Bagi saya seorang ahli akademik, sudah tentu, saya nak tahu, mengapa tidak dinafi ?," katanya kepada Buletin Utama, TV3 hari ini selepas mengunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di pejabatnya Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur. Menyentuh tentang ramai tokoh-tokoh ABIM yang bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Dr Sidek berkata, ABIM kini sudah tidak boleh mendakwa sebagai badan 'bebas' lagi dan dalam jangka panjang, ia akan merosakkan imej NGO itu sebagai sebuah badan dakwah. "Kali ini dikatakan ramai pimpinan ABIM akan terlibat dalam politik. Sedangkan ABIM adalah sebuah pertubuhan yang saya anggotai lebih 30 tahun, sejak dulu, sehingga Anwar menjadi menteri dalam kabinet kerajaan, ABIM mengambil sikap non-partisan. "Ini penting bagi ABIM, kerana ABIM sebuah badan dakwah dan tarbiah. Kalau ABIM mula memihak kepada tokoh-tokoh politik tertentu, bayangkan perjuangan selama ini dan jangka panjang ABIM." Pada 27 Mac lalu, Dr Sidek mendedahkan tiga sebab beliau meninggalkan Anwar, meskipun lebih 30 tahun mereka bersahabat. Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk. "Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang. "Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup." – AIDC |
PANASS!! Kerajaan Kedah Buat Janji Di Capati!! #TukarKedah #SaveKedah Posted: 06 Apr 2013 11:17 PM PDT Apa punya hamlau la puak-puak Pakatan Rakyat ni! Memang betullah macam yang duk habaq selama ni. Pakatan Rakyat kalau janji, kalau buat kerja, kalau berlakon macam bertanggungjawab, depalah yang paling hebat. Ni ada satu cerita menarik yang tidak mungkin akan disiarkan oleh media-media pro-Pakatan Rakyat, khususnya PAS. Pada 2 April lepas, satu upacara penyerahan cek kepada PIBG sekolah-sekolah aliran Tamil telah diadakan di Seri Mentalon, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah. Yang memberikan cek adalah Menteri Besar bersama-sama Exco Tamilnya, Manikumar. Setiap sekolah mendapat peruntukan berdasarkan kategori-kategori yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Punyalah nak berlakon tetapi akhirnya terkantoi. Bayangkanlah cek yang diberikan kepada PIBG SRJK (T) Ladang Harvard bernilai RM2000 bertarikh 12 Disember 2012. Apabila Pengerusi PIBG sekolah berkenaan ke Bank Islam untuk menunaikan cek berkenaan, ternyata cek tersebut sudah luput tarikh dan cek tersebut hanya sah untuk 3 bulan sahaja. Pihak PIBG telah menghubungi Manikumar dan memaklumkan perkara tersebut. Bagaimanapun yang menjawab dan mengendalikan kes tersebut adalah seorang kerani. Setelah puas bertekak, akhirnya kerani tersebut memberitahu, itu adalah kesilapan teknikal. Pun begitu, dia tidak boleh memberikan sebarang kata putus, sebaliknya perlu mendapatkan arahan daripada Manikumar terlebih dahulu. Manikumar tidak bercakap dengan pihak PIBG tetapi tidak lama kemudian kerani berkenaan menghubungi pengerusi PIBG itu dan memberitahu bahawa itu adalah kesilapan teknikal. Janji yang diberikan ialah, cek tersebut akan ditukar dan tarikh yang tertera pada cek asal, juga akan ditukar. Punyalah kalut nak mendapatkan undi daripada masyarakat India, sampaikan tarikh pada cek pun tak sempat nak diperhatikan!!! Memang lawak Pakatan Rakyat nih! |
PANASS!! YB Zul Noodin BONGKAR Rahsia Jahat Pakatan Haram! #TolakPR Posted: 06 Apr 2013 08:17 PM PDT Pilihanraya ini mungkin akan terjadi paling kotor diantara semua pilihanraya dengan permainan jahat puak PR ni. Selamatlah gerakan jahat mereka dapat dihidu lebih awal. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendedahkan percubaan terbaharu pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri. Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lainnya mengandungi kononnya surat sokongan Dr. Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai surat palsu. "Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya. "Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa di sini hari ini. Sekali lagi Datuk Zulkifli mendedahkan keburukan Pakatan, patutlah pada akhir-akhir ini beliau selalu di'TAJI' habis-habisan oleh puak PR untuk menjatuhkan reputasi beliau. Namun pendedahan kali ini bakal merencatkan gerakan jahat PR. Ternyata penipuan dan fitnah bakal kalah jika nak dibandingkan dengan fakta dan kebenaran. McTheory: Bak kata orang, yang baik selalu menang.. |
TERBAIKK!! Kejutan PM @NajibRazak Untuk Rakyat Malaysia!! #BNbagus #ManifestoBN Posted: 06 Apr 2013 05:36 PM PDT YAB PM tidak menganggap manifesto itu sebagai satu manifesto tetapi Akujanji Untuk Rakyat Malaysia! Ya..Barisan Nasional tidak akan menabur janji jika tidak dapat ditunaikan,setiap janji ialah JANJI DITEPATI! Bukannya menabur janji-janji kosong seperti pembangkang yang tidak melaksanakan manifesto pada tahun 2008 di negeri-negeri pemerintahannya. Barisan Nasional sentiasa memberikan sepenuh komitmen demi memenuhi keperluan rakyat bukannya menyusahkan lagi rakyat seperti pembangkang yang hanya berpolitik untuk kepentingan peribadi.. Seperti di Pulau Pinang yang tidak ada perumahan kos rendah yang dinaikkan bagi golongan berpendapatan rendah tetapi meluluskan projek berbilion ringgit untuk pembinaan terowong.. Di Kedah juga menghadapi masalah dengan sistem pentadbiran..isu air di Kelantan malahan banyak lagi masalah yang dihadapi rakyat di negeri pembangkang. Barisan Nasional menjanjikan 150 komitmen baru untuk 5 tahun akan datang jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13 yang mana 112 komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat Apa yang dibentangkan oleh YAB PM adalah sangat realistik,berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono. Jangan menjanjikan sesuatu perkara jika janji itu tidak dapat dilaksanakan..betapa mahir dan berhati-hatinya YAB PM menguruskan kerajaan dibawah pentadbiran Barisan Nasional. Janji-janji itu juga turut merangkumi keperluan rakyat di Sabah, Sarawak dan kawasan pendalaman di Malaysia. Jika pembangkang buat BERSIH 1,2,3 kononnya untuk membela nasib rakyat namun sampai sudah rakyat di negeri-negeri pembangkang tidak mendapat 'kesenangan' seperti yang di'janji'kan dalam manifesto mereka..opss lupalak "manifesto bukan janji".. Tetapi Barisan Nasional juga boleh buat seperti BERSIH yang dibuat pembangkang cuma berlainan konsep sahaja iaitu BR1M 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya..BR1M akan dinaikkan secara berperingkat sehingga mencecah RM1200.00..Bantuan-bantuan lain seperti Baucer Buku 1 Malaysia dan Bantuan Persekolahan juga turut dinaikkan..ini yang dikatakan memenuhi keperluan rakyat ok.. Barisan Nasional berkongsi kemakmuran bersama rakyat bukannya seperti sesetengah parti yang mengutip derma untuk tujuan bantuan amal tetapi untuk kepentingan parti itu sendiri. Banyak lagi yang Barisan Nasional laksanakan untuk kepentingan rakyat,malah ada penambahbaikkan demi rakyat. Jadi demi agama, bangsa, tanah air dan anak cucu kita marilah menyokong Barisan Nasional untuk diberi mandat mentadbir negara Malaysia ini! - MegatSpy |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment