Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TERKINI!! 150 Komitmen #ManifestoBN Terhadap Rakyat Malaysia #PRU13

Posted: 06 Apr 2013 08:44 AM PDT


  • CIRI-CIRI UTAMA:
  • BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
  • 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
  • Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
  • Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
  • Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. 
  • Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
  • Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah 'perkongsian kemakmuran' bersama rakyat.
  • BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
  • Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
  • Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
  • Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
  • 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
  • Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
  • Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
  • Membina Lebuh raya Pan Borneo.
  • Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
  • Sekolah satu sesi diperluaskan.
  • Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
  • Transformasi sekolah vokasional.
  • 4,000 anggota Polis setiap tahun.
  • Penggunaan SafeCam.
  • Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

PANASS!! Nampak Sangat Nurul Izzah Tak 'Selera' Dengan Azmin Ali!! #TolakPR #PRU13

Posted: 06 Apr 2013 05:38 AM PDT



Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali mengesahkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada minggu lalu mengatakan akan bertanding peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor.

Dr Wan Azizah dikatakan tidak layak bertandingi kerusi Parlimen sehingga Ogos ini, tetapi boleh turun gelanggang Dun.

Kenyataan Anwar semalam sekaligus menutup spekulasi yang timbul sejak Mac lalu mengenai Dr Wan Azizah akan bertanding di Dun Selangor.

Pagi tadi Nurul Izzah Anwar telah menyangkal kebenaran berita bahawa ibunya, Wan Azizah tidak akan bertanding dalam PRU13..Nurul Izzah memberi alasan "Itu hanya cakap-cakap politik," walaupun kenyataan Wan Azizah tidak bertanding dikeluarkan sendiri oleh suaminya iaitu Anwar Ibrahim semasa wawancara di stesen televisyen Al-Jazeera, Rabu lalu.

Nurul Izzah memberitahu.."Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti..

Persoalannya yang mana satu betul ni...kenyataan dari Kem A atau Kem B??.. Sumber SINI

P/s: Nampak sangat Azmin dan Nurul ini ada something wrong.. he he..

PANASS!! Pemerintahan Pas Kedah Seperti Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama!

Posted: 06 Apr 2013 02:17 AM PDT


Pelbagai jawapan diberikan PAS Kedah demi menjustifikasikan apa yang mereka katakan 'Islam Berdaulat' di Kedah dengan pembinaan 12 buah masjid oleh mereka.

Hasilnya mereka mencetak beribu-ribu buah buku yang mengatakan 12 buah masjid dibina mereka demi mendaulatkan Islam di Kedah. Dan beribu-ribu orang Kedah terutama JK MKK mereka ditipu bulat-bulat oleh PAS Kedah.

Bagaimana mereka boleh membina 12 buah masjid bernilai jutaan ringgit sedangkan untuk melaksanakan Enakmen 1997 Akta Tubuh Kerajaan Negeri dengan melarang pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan pun mereka gagal kerana disergah oleh DAP.


DAP hanya tidak akan sergah PAS Kedah jika pembohongan sebegini dilakukan. Malah mereka menggalakkan PAS melakukannya. Maklumlah Parti Islam yang serba boleh dalam ehwal berbohong.

Kami telah menyenaraikan perbelanjaan kesemua 11 masjid yang diberi peruntukkan oleh kerajaan pusat atas usaha wakil-wakil dari UMNO atau BN pada artikel lepas disini.

Dan ini membuktikan bahawa PAS Kedah melalui Majlis Agama Islam Kedah sign atas sekeping kertas meluluskan pembinaan masjid walhal peruntukan kerajaan negeri tidak pernahpun disalurkan kepada JK Masjid-masjid tersebut.

Maka jadilah mereka sapi .... Lembu punya susu, sapi dapat nama... berbohong demi mendapat kuasa.

Nukilan yang Mc ambil dari rakan blogger Kedah Times

TUDIAA!! Dalam Pakatan Haram Penuh Dengan Napotisme dan Kronies!! #TolakPR #PRU13

Posted: 05 Apr 2013 11:16 PM PDT







'Jawatan Umno tidak diwarisi' - Tun Faisal



Khabar angin yang bertiup kencang - Kononnya Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas, telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang. 

Khabarnya - PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar.

Khabarnya - DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew. Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh

Jika ini semua benar 

Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme?

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan "hitam" Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan? 

Benarkah sekarang wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan kerana Pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof? 
Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal? 

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang di bawah tu semua begitu pandir sehingga tak layak jadi calon?

PANASS!! Ahli PKR Buat Laporan Rasuah Terhadap MB Selangor! #SaveSgor #TolakPR

Posted: 05 Apr 2013 08:30 PM PDT


Kelmarin pada jam 12.00 tengahari, ahli PKR daripada Cabang Kuala Selangor telah membuat satu laporan terhadap Ketua Cabang Kuala Selangor, TS Khalid Ibrahim yang telah salah guna kuasa dan melenyapkan sejumlah wang daripada akaun cabang tersebut.

Airos Shahidin, ahli PKR bersama 16 orang ahli PKR yang lain telah membuat laporan tersebut di SPRM Putrajaya. Beliau juga mendakwa bahawa ini adalah 1 daripada 5 siri laporan yang bakal dibuat terhadap TS Khalid Ibrahim.

Airos yang juga Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Istimewa (OKU) Malaysia juga melahirkan rasa tersinggung beliau apabila TS Khalid menghina beliau dengan mengatakan "Boleh ke kau OKU jadi kontraktor?" dengan secara langsung menghina golongan OKU-OKU di seluruh negara secara amnya.

Pertemuan beliau dengan SPRM telah mengambil masa selama hampir 4 jam tersebut membuktikan bahawa kes ini ada premisnya dan akan disiasat dengan terperinci.TS Khalid juga bakal dipanggil ke SPRM untuk memberikan keterangan.

Terbukti di sini bahawa PKR bukanlah sebuah parti yang bersih dan berlaku penyelewangan yang boleh dibuktikan berbanding dengan dakwaan mereka terhadap UMNO tetapi tidak pernah membuat laporan sekalipun.

Tambahan pula, sikap TS Khalid yang menghina OKU juga dipandang serius kerana beliau yang menjadi Menteri Besar Selangor sepatutnya menjaga sensitiviti golongan OKU. Keris7Lok

TUDIAA!! Kalau Macam NI Orang UMNO Tak Payah Solat La Noo..!! #TolakPas

Posted: 05 Apr 2013 06:44 PM PDT


Nik Aziz bawa keluar fatwa baru bahawa " Orang UMNO sembahyang tak dapat pahala sebab tolak Islam " .. Bila UMNO tolak Islam ??

Kalau ikut Nik Aziz pakai tak payah solat la kita orang UMNO ni.. gila ka apa orang tua ni.

Siapa Nik Aziz nak tentukan amal ibadat orang Islam dapat pahala atau tidak ?.. Nik Aziz ni tuhan ka bagi PAS atau makhluk ciptaan Allah S.W.T sehingga mendahului Hukuman Allah S.W.T ??

Sekiranya penyokong PAS mengatakan hanya di sebabkan UMNO tidak mampu lagi melaksanakan Hukum Hudud, UMNO di kira Tolak Islam ??

Bagaimana pulak Kenyataan Hadi Awang pada Januari 2003 di hadapan petugas-petugas PAS seluruh Malaysia " Oleh kerana Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam ini menjadi halangan pada kerjasama Kerajaan Barisan Altenitif (Ketika itu), maka PAS sanggup berkorban untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud dan Negara Islam andainya Barisan Altenitif menang dalam pilihanraya 2004 dan memadailah undang-undang sedia ada, undang-undang persekutuan (Perlembagaan Malaysia) yang di sebut sebagai Perlembagaan Lord Reid itu di guna pakai oleh Kerajaan Barisan Altenitif ".

Sudah jelas sejak dari 2003 PAS sendiri mengakui tidak akan melaksanakan Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam. Sebab itu tidak hairan la PAS sudah pun menggugurkan dasar perjuangan parti dari memperjuangan Negara Islam kepada memperjuangkan Negara Berkebajikan setelah di tegur oleh Karpal Singh.

Malahan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali baru-baru ini juga mengulangai pendirian PAS pada 2003 bahawa Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam bukannya agenda utama perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat Pakatan Haram. Perjuangan PAS dalam Pakatan Haram adalah apa yang terkandung dalam buku Jinggay.

Kalau tak percaya dengar dan lihat video di bawah ini berkenaan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.



Sudah jelas dalam buku Jinggay yang di tandatangani..(perlu di fahami ianya di tandatangani) oleh Hadi Awang tidak tertulis langsung berkenaan Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam yang ada hanyalah Perlembagaan Malaysia atau undang-undang Lord Reid yang di anggap PAS undang-undang penjajah dan kafir sekiranya menyokongnya. Malahan dalam Janji Manifesto PR PRU 13 langsung tidak di sentuh langsung berkenaan Hukum Hudud dan Negara Islam.

Tak kan kot PAS yang tidak mahu melaksanakan Hukum Hudud dan Negara Islam tidak di kira menolak Islam ?? UMNO yang tidak mampu lagi melaksanakan Hukum Hudud di kira menolak Islam dan di hukum oleh Nik Aziz dengan mengatakan solat dan ibadat orang UMNO tidak dapat pahala ??.

Kalau nak di katakan memperjuangkan Negara Islam. UMNO lebih terdahulu memperjuangkan Negara Islam sehingga di iktiraf Ulama-Ulama Dunia sebagai Negara Islam Contoh.

Sekiranya Nik Aziz mengatakan dasar parti UMNO tidak Islam bagaimana pulak tentang dasar parti UMNO yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO, FASAL 3 (3.3) - Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam , agama rasmi Malaysia serta menghormati prinsip Kebangsaan Beragama.

Dari sejak penubuhan UMNO, satu pun dasar tidak pernah di ubah. Tetapi bagi parti PAS pulak Dasar Perjuangan Parti sudah banyak yang di gugurkan.

Bukan setakat Hudud dan Negara Islam di gugurkan, PAS juga melanggar beberapa dasar parti. Sebagai contohnya kerusi Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang hanya untuk golongan Ulama PAS dan tidak boleh di pertandingkan.. Tapi sekarang Mat Sabu yang bukan Ulama malahan penganut fahaman Syiah boleh di angkat menjadi Timbalan Presiden Parti PAS malahan siap di pertandingkan pulak tu..

Sudah jelas PAS bukan lagi sebuah parti yang releven dengan dasar perjuangan parti yang mereka anggap mengikut kehendak Islam.

Fikir-fikirkanlah sebelum membuang undi di PRU 13 ini. -  Pisau Kedah
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...