Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Nurul Izzah Di 'BAHAN' Penyokong Lembah Pantai Sendiri!! #MPmalas #TolakPR

Posted: 03 Apr 2013 08:17 AM PDT


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.

Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas negatif terhadap tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).

"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.

Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.

Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu. (SUMBER)

McTheory:
kah kah kah.. lawak-lawak..

PANASS!! Perkara yang Najib Razak buat, Tapi Tak Mampu Orang Lain Lakukan! #Najib4PM #PRU13

Posted: 03 Apr 2013 03:17 AM PDT


Hari ni dah genap la 4 tahun Dato Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dah macam-macam dia buat untuk memastikan rakyat Malaysia hidup aman damai , senang lenang dan macam-macam lagi.

Aku sebagai rakyat Malaysia juga kagum dengan beliau, sifat tak pernah kenal erti penat dan selalu turun padang buat aku terpegun. Walaupun beribu dugaan yang datang tapi dengan akal yang diberikan Allah dia lakukan dengan baik untuk kita.

Jom la kita tengok rekod pencapaian yang telah dibuat oleh Perdana Menteri kita ni , jom masuk SINI

ATAU

kat sini lagi gempaq kawan .. 100 perkara yang PM buat dan takkan dimasukkan dalam harakah punya !!! meh kita KLIK SINI



McTheory:
Ini baru 4 tahun, hangpa mampu ka?

PANASS!! Kedah Tangguh Bubar DUN? #TukarKedah #TolakPAS

Posted: 03 Apr 2013 01:07 AM PDT


Sory lambat update, line internet kat Kedah ni terhad, ada sesetengah tempat hanya GPRS saja pun. Nampaknya kita kena tukar Kerajaan Negeri untuk update sikit kita punya line internet ni.. hehe..

ALOR SETAR 3 April - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah belum dapat dibubarkan hari ini kerana beliau terlebih dahulu perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, esok.

Azizan berkata, beliau akan menghadap Sultan Kedah itu di Istana Negara di Kuala Lumpur mengikut waktu yang ditentukan oleh baginda untuk mendapat perkenan membubarkan DUN.

"Selepas menghadap baginda, saya akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Bukit pula dan kemudian membubarkan DUN selepas diperkenankan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Azizan berkata, Kedah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan pilihan raya umum serentak dengan Parlimen selepas dibubarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 11.30 pagi ini.

Pembubaran DUN itu bermakna pilihan raya bagi 36 kerusi DUN akan diadakan serentak dengan 15 kerusi Parlimen. - UTUSAN

Terkini! MB Kedah Paling Malang Buat Sidang Media Bubar Dun? #TukarKedah #PRU13

Posted: 02 Apr 2013 09:45 PM PDT

Info baru yang Mc terima, MB Kedah akan buat sidang media di pejabatnya di Wisma Darulaman pada pukul 1 hari ini. Apakah Azizan Razak akan bubarkan Dun?

Sama-sama kita tunggu!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Terkini!! PM Tercinta @NajibRazak Bubar Parlimen Untuk PRU ke 13!!

Posted: 02 Apr 2013 08:43 PM PDT

Akhirnya pada sidang media pukul 11.30 pagi tadi. PM tercinta Najib Tun Razak membubarkan parlimen untuk proses PRU ke13.

Wahai pejuang siber BN, masanya telah tiba untuk berjuang dipeperangan sebenar.

#BN4Malaysia #Najib4PM

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANASS!! Cikgu Non Kena Serang Bila Ceramah di Kampung Memali! #TukarKedah #TolakPAS

Posted: 02 Apr 2013 06:16 PM PDT


Kedah sekarang ni diserang fenomena Cikgu Non, hampir setiap pelusuk Kedah Cikgu Non turun berceramah atas alasan mahu menyedarkan penganut Pas dari terus tersesat. Kamera Kupang, ada membawa cerita menarik bila Cikgu Non ke kampung Memali.

Seperti yang kita jangka, sudah tentu kedatangan Cikgu Non berceramah di Kampung Memali akan diganggu oleh tegar Pas yang dunggu. Namun Cikgu Non tenang, sambil mencabar 'makhluk' yang cuba menganggu ceramah beliau.

Jika terbukti saya membuat kesilapan, moga sedia ada yang membetulkannya. Saya mewakilkan diri untuk mencari titik kebenaran dan perpaduan ummah. Biarlah kita sama-sama seiring bersama orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah.

Sesuai dengan apa yang saban hari kita membaca dan berdoa kepada Allah pada akhir surah Fatihah,'Bimbinglah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.'

Pendedahan tentang keresahan ini sebenarnya mewakili ribuan lagi ahli-ahli Pas yang kurang senang dengan perkembangan politik tanah air sekarang. Ribuan ahli Pas sedang bingung dengan perubahan sikap pimpinan mereka. Bagaimanapun, ada sesuatu yang menghalang mereka dari membuat teguran.

Majoriti ahli Pas berpegang kepada daripada mendatangkan mudarat yang besar, biarlah kekal mudarat yang kecil. Oleh itu diam, tutup mulut. Kalau bising-bising dekat luar, jadilah nasib seperti Dato' Dr. Hasan Ali yang dihumban keluar dari tingkap Pas.



McTheory:
Memang dahsyat la Cikgu Non.. tabik spring!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...