Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Spenda Stopa Terbesar di Jumpai di Baling, Kedah!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 23 Apr 2013 08:16 AM PDT




Hangat aihhh... cerita Baling, penuh dengan kejutan dan pesona politik. Dalam kehangatan menjelang PRU 13 ini. Suasana kempen politik penuh dengan pertembungan idea serta kempen yang merupakan provokasi.



Dalam kegairahan penyokong parti menarik perhatian pengundi pelbagai replika dicipta. Kecoh "beb" Seluar dalam stapa ali di larikan oleh penyokong dan di pamerkan di simpang 4 Kampung Sera, Pulai, Baling.





Nak tau apa cerita lagi sambung baca SINI

PANASS!! Makin Banyak UPU Pas Sik Tutup Akibat BOIKOT! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 23 Apr 2013 05:37 AM PDT



Gambar kat bawah ni adalah gambar UPU Pas yang telah ditutup akibat tak puas hati dengan Pas Pusat dan Pas Kedah. Mari kita tengok gambar-gambar kat bawah ni,

kosong..

masih kosong..

serupa di langgar garuda.. hehe

UPU Pas malam kosong, kita bersangka baik, kot la depa tidor awal. Jom kita tengok waktu siang pulak,

macam kosong.. zoom sikit lagi..

Tetap kosong, hanya ada kerusi saja..

Apa dah jadi ni? Bilik Gerakan UPU Telaga Batu Sik tutup akibat protes dari kumpulan Ustaz Mat Isa yang menolak calon Pas Bakalani. Mc diberitahu akan ada banyak lagi UPU yang akan di tutup lepas ni disebabkan tak puas hati dengan Bakalani.

Bakalani ditolak oleh penduduk Belantik sana kerana dianggap sebagai orang luar dan bukan pengundi di kawasan tersebut. Malah akibat kecewa dengan pimpinan Pas, ramai juga ahli Pas telah menyertai BN hanya kerana tidak percayakan lagi perjuangan parti Pas yang dikatakan menyongsang dan berat sebelah.

Info terbaru, PKR Sik juga telah lama berkubur! Maknanya Sik bebas PKR 100%. he he.. kesiann kesiann..

McTheory:
Lepas PKR berkubur, apakah Pas Sik juga akan turut serta?

PANASS AIH!! Video Hadi Awang Bongkar Calon PKR Pengedar Dadah? #TolakPR

Posted: 23 Apr 2013 02:16 AM PDT


Kerapuhan Pakatan terbukti apabila Hadi Awang mengeluarkan video sebegini.

Lebih teruk lagi Hadi menuduh ada calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan tidak boleh dipercayai, kononnya dibimbangi akan menyebabkan peristiwa lompat di Perak akan berulang. Sama sendiri tiada keyakinan dan saling mencurigai, macam mana la gamaknya nak memerintah Kerajaan Pusat?

Peliknya Hadi tak cerita kenapa baru sekarang PAS mempertikaikan kredibiliti calon PKR di 5 – 7 kawasan, padahal sebelum penamaan calon ada waktu beberapa hari untuk merundingkan pertukaran calon PKR yang tak disenangi PAS.

Mudah betul PAS menyalahkan rakan sepakatan untuk menyembunyikan sifat tamak diri sendiri. Macam ni punya gaya, agak-agak kalau diberi mandat memerintah negara, mahu huru-hara dibuatnya.

Tetapi kenapa Hadi tetap benarkan Mat Sabu bertanding, kerana terbukti Mat Sabu pernah sentot bini orang? ishh.. confius ni..



Transkrip Ucapan Hadi Awang

PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.

PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.

Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.

Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.

PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.

TUDIAA!! Sebab Banner, Pas Kedah Dah Mula Rasa Nak Kalah? #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 22 Apr 2013 11:16 PM PDT

Ustaz.. nuu UMNO dok serang nuu.. ishh dia boleh tidoq!

Kat bawah ni adalah sidang media Pas yang dibuat oleh Zamri Ibrahim Setiausaha JPN (Jabatan Pilihanraya Negeri) Kedah. Bersama dengan Zulkifli Yahaya, sahabat baik Mc yang merangkap Urusetia Penerangan Pas Kedah, Ketua Blogger Pas Kedah dan juga penulis haramkah.

Kalau dulu, semasa BN menjadi Kerajaan Negeri Kedah, Pas dan Pakatan Haram Kedah memenuhi ruang bandar Alor Setar dengan banner-banner kutuk Kerajaan BN Kedah dan Pusat. Namun kita tak ambil tindakan untuk membuat banner terbabit, cuma kita lawan balik dengan banner kita.

Tapi bila kita buat cara depa buat kat kita balik, tau pula depa mengelupoq. ishh ishh ishh.. Apahal ni bro? Sudah takut ka? Lihatlah betapa takutnya Pas Kedah! Tengok video kat bawah ni.


Apabila mereka sudah rasa betapa nikmatnya berkuasa. Mereka sudah takut untuk hilang jawatan, dan buat apa saja demi menyelamatkan kuasa mereka.

Tu laa.. masa rakyat bagi mandat jadi Kerajaan Negeri, bukan nak buat kerja elok-elok. Dok perosak lagi ada la. Sekarang ni, dengan banner pun takut. Takut hilang kuasa la tu. he he..

P/s: Zul Ya kan tokey banner, suh la dia cetak lawan balikk.. apa raa.. ha ha ha..

McTheory:
Pulang Paku Buah Keras..

PANASS!! Jurukamera RTM Mati Di Pukul Penyokong Pas!! #TolakPR

Posted: 22 Apr 2013 08:19 PM PDT

hiasan semata..


Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !

Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.

Tak percaya? Kat bawah tu ada laporan polis!



McTheory: 
Lagi cerita PANAS klik  SINI

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Lagi Pendedahan Salahlaku Penyelewengan di Maktab Mahmud!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 22 Apr 2013 07:18 PM PDT


Semalam Mc dah dedahkan 3 helaian audit dalaman Maktab Mahmud. Sebuah institusi pengajian Islam yang terkenal di Kedah. Kiranya, sekolah Agama antara yang terulung dan disegani! Nak baca yang lepas punya posting, boleh klik SINI.

Untuk hari ni, Mc akan dedahkan semuanya, kecuali nama-nama pengetua yang bermasalah. Nama-nama pengetua yang bermasalah tu, semuanya mempunyai kaitan dengan calon Pas dan pemimpin Pas. Jangan dok kalut, kita tengok dulu dokumen audit kat bawah ni.



Ni muka depan, rasanya ini yang takdak masalah kot.. he he..


Keterangan audit.. takdak masalah juga..


Ini semalam dah Mc dedahkan, dah mula nampak ada masalah.. baca dalam petak merah!


Ada masalah pengurusan diatas, tapi tak penting sangat, kita belek lagi meh..


Haa.. masalah sudah sampai, tengok dalam petak merah diatas. Hampir semua pembayaran bermasalah. Ada baucer bayaran, tetapi tidak ada resit! Duit Maktab keluar beli apa agaknya? Shopping ka?


Helaian ni paling banyak masalah, Maktab Mahmud Sik, duit keluar, resit takdak! Maktab Mahmud Alor Setar, langsung tak ada audit, dokumen apa pun takdak. Kalau telus dan tak mempunyai masalah, takkan sampai takdak akaun keluar masuk? Maktab Mahmud Pendang, ada pelbagai masalah, agak susah untuk Mc terangkan, boleh rujuk dokumen diatas.


Maktab Mahmud Pokok Sena pun mempunyai masalah yang sama. Baucer bayaran dibuat, tetapi takdak resit. Maknanya tidak mempunyai bukti pembelian. Baucer boleh dibuka atas alasan apa pun. Tetapi yang pentingnya resit pembelian tu.

Kalau macam tu, Pengetua Maktab boleh keluarkan rm10 ribu mengunakan baucer, atas alasan nak beli alat tulis sekolah. Sedangkan duit tu digunakan untuk peribadinya sendiri. Seronoknya kalau macam tu, duit Maktab dah serupa duit mak bapak depa yang punya! 

Mc tak tuduh, tapi bukti laporan ada. Kalau benar beli barang yang berkaitan dengan Maktab, sila kemukakan resit. Bukan hanya buka baucer, kalau macam tu boleh tuduh seleweng duit Maktab! Kata telus, buat kerja cara telus.


Hal yang sama terjadi pada Maktab Mahmud Baling, duit keluar tanpa bukti yang kukuh! Siapa agaknya yang jadi Pengetua di semua Maktab yang bermasalah ni? Kenapa agaknya Maktab Mahmud mempunyai masalah pengurusan yang teruk? Kalau dibiarkan, lama ke lamaan, Maktab Mahmud akan jadi macam Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang sudah hampir bankrup dan mempunyai masalah dalaman yang sangat teruk!

Pendedahan mengenai Maktab Mahmud dan pengurusannya, kita sambung esok, pada waktu dan di blog yang sama. Saja Mc buat bersiri, baru sifat ingin tahu tu lebih dari biasa!!

P/s: dah ada calon Pas yang mengelupoq pasal pendedahan ni...

McTheory:
Buat kerja cara Islam laaa.. tak baik makan duit harammm..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...