Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Pesanan Keramat Pada Rakyat Kedah "Jangan Undi Parti Spenda' - Tan Sri Zam #TukarKedah #SaveKedah
- PANASS!! Tiga Gergasi Pakatan akan Tumbang di Kedah Pada PRU Kali Ini!! #TukarKedah #SaveKedah
- PANASS!! Kehebatan PM @NajibRazak Sewaktu Penamaan Calon di Pekan!! #BNbagus #PRU13
- PANASS!! Isteri Calon Pas Seleweng Duit Pusat Pengajian? #TukarKedah #SaveKedah
- PANASS!! Video Khalid Samad Meroyan Bila Bertembung Dengan Zul Noordin! #TolakPR #BNbagus
- PANASS!! Cerita Ceramah Pas Mengegarkan Putrajaya! #PRU13 #TolakPR
| Posted: 21 Apr 2013 08:17 AM PDT | ||
| PANASS!! Tiga Gergasi Pakatan akan Tumbang di Kedah Pada PRU Kali Ini!! #TukarKedah #SaveKedah Posted: 21 Apr 2013 05:36 AM PDT Memang kali ni UMNO/BN Kedah akan menempa SEJARAH baru. Sejarah yang tak pernah dibuat oleh UMNO/BN Kedah pada mana-mana PRU sebelum ni. Sejarah yang akan terpalit meninggalkan kesan yang pedih pada PAS, khususnya di Kedah. PAS Kedah telah mengesahkan bahawa Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan pemimpin PKR kesayangan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, akan bertanding di Kedah pada PRU ke-13 kali ini. Manakala adik Datuk Shahlan, Saifuddin akan menghadapi Ketua UMNO Bahagian, Datuk Aziz Syiekh Fadzir di Parlimen Kulim-Bandar Bharu. Sebenarnya saya tidak sabar untuk menyaksikan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Haram itu berentap dengan tokoh-tokoh UMNO/BN di Kedah. Siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah agaknya? Sejak dinafikan untuk bertanding di Parlimen Kuala Kedah dulu, Mat Sabu dari dulu teringin sangat nak bertanding di Kedah sekali lagi. Dia mahukan Pendang khabarnya disebabkan parlimen itu sangat "mesra" dengan fahaman Syi'ah. Lagipun, beberapa kroni-kroninya di dalam PAS Kedah seperti Phahrolrazi Zawawi, Nasir Mustapha dan Dr. Ismail Salleh mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden PAS itu untuk bertanding di Kedah kali ini. Khabarnya Mat Sabu akan dijadikan "cable" mereka untuk menggulingkan "boss" PAS Kedah yang serba tak tahu, Azizan Razak! Hakikatnya, calon BN kali ini bukan calang-calang. Datuk Othman Abdul boleh dikategorikan sebagai "panglima perang" UMNO/BN yang disegani kawan dan lawan, khususnya di kampung halamannya di Pendang. Sebut saja nama "Tok Man Bedoi", orang PAS totok pun angkat ibu jari ke atas menandakan beliau adalah seorang pemimpin yang hebat, popular dan disukai rakyat. Berbanding dengan Mat Sabu, dia hanyalah orang luar yang datang merempat di tempat orang! Apa jasa Mat Sabu di Pendang? Apa pahalanya di parlimen itu? Sebarkan fahaman Syi'ah, kah? Apa yang dia cari di Pendang? Normah ke-3 untuk dijadikan isteri? Lagipun, orang PAS Pendang memang tolak Mat Sabu kecuali kroni-kroni Taulan Rasul yang dipercayai telah dipengaruhi Phahrolrazi dan konco-konconya. Golongan ulama PAS di Pendang memang tolak Mat Sabu disebabkan fahaman Syi'ahnya. Kalau setakat SRP tak lulus dan hanya berpengalaman mengendalikan beg-beg di lapangan terbang, rasanya lebih baik Mahfuz tarik diri saja sebagaimana yang dinasihatkan Tun Dr. Mahathir padanya. Bukan apa, buat malu orang Pokok Sena saja… Saifuddin Nasution pula pernah bertanding di Padang Serai pada tahun 2004 tapi kalah ditangan calon BN, Lim Bee Kau, dengan majoriti BN melebihi 10,000 undi. Pada tahun 2008, orang Kedah itu lari ke Kelantan untuk bertanding di Machang, "mencuri" kerusi selamat PAS di sana. Di Machang, dia menang dengan majoriti tipis sebanyak 1460 undi sahaja berdepan dengan Datuk Sazmi Miah. Dia menang dengan majoriti kurang dari 1,500 undi disaat UMNO/BN dilanda "tsunami" politik 2008? Memalukan sungguh! Dan kini, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Haram tak tahu malu itu sah bertanding di Kedah. Mereka tak boleh lari lagi. Khabarnya, ketiga-tiga orang tak guna ini akan di"aqiqah" dan di"kenduri" beramai-ramai oleh orang Kedah pada 5 Mei ini. Apa pun kita tunggu 5 Mei ini. Nak cakap mereka "confirm" kalah, nanti bunyinya macam orang PAS yang sifatnya lebih tahu dari pengetahuan Allah SWT. Tak pasal-pasal nanti saya dikafirkan sekali lagi oleh puak-puak penganut ajaran PAS itu..kan? sumber SINI he he he.. untuk lebih menarik, tengok laa video kat bawah tu.. | ||
| PANASS!! Kehebatan PM @NajibRazak Sewaktu Penamaan Calon di Pekan!! #BNbagus #PRU13 Posted: 21 Apr 2013 02:17 AM PDT Mc agak tertarik dengan kepingan gambar ni. Walaupun ramai penyokong pakatan suka mencaci, menghina Datuk Seri Najib serta keluarganya, termasuk di Fariz Musa ni, namun jika kita lihat pada gambar diatas tentu dapat mengenali hati budi Ds Najib. Fariz Musa pengerak Jingga 13 adalah lawan Ds Najib di Pekan, Namun Ds Najib tetap rendah diri melayan saingannya selepas penamaan calon. Inilah sikap baik yang ditunjukkan pemimpin negara. Bukan macam pemimpin pembangkang, segala caci maki hamun mencarut semua keluar. Inilah contoh pemimpin terbaik yang kita cari, mana lagi nak cari pemimpin macam ni? Bukan nak puji meleleh, tapi gambar menjadi bukti dan mencorakan seribu erti cerita! | ||
| PANASS!! Isteri Calon Pas Seleweng Duit Pusat Pengajian? #TukarKedah #SaveKedah Posted: 20 Apr 2013 11:17 PM PDT
Panas panas panas.. di tangan Mc ada satu dokumen lengkap tentang penyelewengan di sebuah institusi pendidikan milik kerajaan negeri dimana setiap tahun menerima dana yang banyak dari kerajaan negeri. Dokumen "SULIT" audit dalaman ini diserahkan kepada Mc selepas penamaan calon semalam. Orang yang memberikan kepada Mc ini mahu perkara ini didedahkan dengan kadar "SEGERA" supaya rakyat dapat menilai sendiri perangai pemimpin pemimpin Pas. Menariknya kesemua orang orang penting dalam institusi pendidikan ini adalah pemuda Pas, ahli keluarga calon Pas dan isteri isteri pemimpin Pas. Kiranya, angkut kroni jaga tempat ni, memang lingkup la jadinya. Kandungan dokumen ini juga menunjukkan terdapat banyak penyelewengan dalam urusan kewangan. Terdapat 39 voucher bayaran yang dikeluarkan cukup meragukan sehingga orang yang bertanggungjawab GAGAL untuk menjelaskan kemana perginya wang tersebut. Dokumen ini masih dalam kajian TMK, dan akan didedahkan sepenuhnya bila siasatan terperinci siap. Jadi kepada calon calon Pas yang bertanding tu JAGA JAGA rahsia anda ditangan kami! Apa la malang Pas Kedah boleh pilih orang yang bermasalah jadi calon? he he he.. McTheory: siapa kata Pas tak pandai napotisme dan seleweng? | ||
| PANASS!! Video Khalid Samad Meroyan Bila Bertembung Dengan Zul Noordin! #TolakPR #BNbagus Posted: 20 Apr 2013 08:36 PM PDT Khalid Samad meroyan sebab penyokong Pas tak sorak dan kedudukan penyokong agak jauh. Sebenarnya Mc menantikan pertembungan diantara dua gergasi ni. Zulkifli Noordin merupakan pembantah utama Kalimah Allah untuk diberikan pada bukan Islam, manakala Khalid Samad ni penyokong tegar kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam. Jadi pertembungan ni bakal menjadi saksi penting, sama ada umat Islam kita sayangkan kalimah Allah atau lebih kepada politik! Khalid dah rasa bahang, sebab tu nampak dia mengelupur sakan. Hinggakan penyokong tak sorak pun dia boleh salahkan SPR! Haprak sungguh di pengadai kalimah Allah ni! | ||
| PANASS!! Cerita Ceramah Pas Mengegarkan Putrajaya! #PRU13 #TolakPR Posted: 20 Apr 2013 06:44 PM PDT Hahaha! Haram sungguh! Patutlah ramai orang hadir ke program ceramah yang dibuat oleh calon Putrajaya Dato Husam Musa, rupanya setiap ahli PAS dari kawasan yang berdekatan dikerah hadir ke program tersebut sebagaimana surat yang dipaparkan di atas. Mungkin kerana sedar bahawa sambutan terhadap program ceramah mereka semakin kurang sejak akhir-akhir ini PAS melalui Dewan Pemda PAS Pusat bertindak mengerah ahli PAS untuk hadir ke ceramah yang dibuat di Desa Pinggiran Putra tadi untuk menunjukkan kononnya rakyat Putrajaya bersama mereka. Tengok gambar sikit! Wow! Anggaran saya dalam 4,000 ribu orang memenuhi tapak tersebut. Desa Pinggiran Putra terletak berdekatan dengan Kajang, Sepang dan Bangi, dan kawasan ini dianggap centre PAS bagi negeri Selangor. Jadi tidak hairanlah jika PAS MEWAJIBKAN ahli mereka hadir dalam ceramah tersebut. Hahaha... Sekali tengok gambar, memang gerun kerana dalam anggaran saya hampir 4,000 orang yang hadir. Tapi jika yang hadir terdiri daripada ahli PAS yang turut mengheret isteri, anak, bapak dan nenek mereka maka tidak hairanlah jika orang ramai dilihat memenuhi tapak ceramah tersebut. Tetapi malangnya 4,000 orang yang hadir adalah ahli PAS yang berdekatan dengan Putrajaya, bukanlah kakitangan kerajaan yang betul-betul menetap di Putrajaya! Jika surat kerahan ini tidak dikeluarkan, mungkin jantung bateri Tok Guru berhenti berdenyut sebagaimana berlaku sebelum ini di mana beliau dilaporkan rebah dalam program baru-baru ini - mungkin terkejut kerana perangai Mustapa Ali agaknya. Hehehe! Jom tengok gambar ceramah Nik Aziz di Kota Bharu sempena menyambut kepulangannya dari umrah. Husam Musa kata 27 ribu rakyat Kelantan akan sambut dia, tapi hasilnya... Kahkahkah! Ada ke paksa orang datang ceramah dia.. Sumber dari Double Y |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
.jpg)









No comments:
Post a Comment