Gelombang Rakyat |
- PARLIMEN BUBAR - SPR BAKAL UMUM TARIKH MENGUNDI.
- VIDEO PANAS - HADI AWANG SANJUNG ANWAR SEBAGAI SEORANG NABI?
- GELAR VIDEO SEKS NABI - PEMIMPIN PAS KECAM PEMUDA PAS.
PARLIMEN BUBAR - SPR BAKAL UMUM TARIKH MENGUNDI. Posted: 02 Apr 2013 11:38 PM PDT Walaupun Parlimen ke 12 sudah dibubarkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dan dipercayai akan diikuti dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh negeri-negeri lain pada hari ini dan esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih memerlukan masa untuk bersiap sedia sebelum mengadakan pilihan raya. Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, badan penggendali pilihan raya itu perlu terlebih dahulu dimaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran Dewan Rakyat dan DUN. "Selepas pembubaran Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri, SPR kena tunggu surat-surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat dan speaker-speaker DUN untuk memastikan Dewan Rakyat dan DUN sudah dibubarkan secara sah," kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi. "Selepas menerima semua surat-surat itu, SPR akan memanggil semua anggota Suruhanjaya untuk bermesyuarat bagi menentukan bila tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi," tambah beliau lagi. Menurut Abdul Aziz, terdapat beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pilihan raya boleh diadakan. "SPR juga perlukan masa untuk persediaan, banyak paper perlu disiapkan," katanya. Najib pada jam 11.30 pagi tadi bersama timbalannya disaksikan oleh kesemua anggota kabinetnya mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat melalui ucapan secara langsung distesen televisyen nasional. Najib merupakan perdana menteri paling lama tanpa mandat sendiri daripada rakyat, mengatasi bapanya Tun Abdul Razak Hussein yang berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia kedua daripada 22 September 1970 hingga hari pilihan raya pada 24 Ogos 1974. SPR akan bertemu dalam beberapa hari lagi untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bermula dengan notis pembubaran Dewan Rakyat dan setiap DUN yang masih belum dibubarkan. Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013. Gambar - Bernama |
VIDEO PANAS - HADI AWANG SANJUNG ANWAR SEBAGAI SEORANG NABI? Posted: 02 Apr 2013 07:38 PM PDT Hilang pertimbangan dek kerana mahu kekal kuasa. Itulah keputusan paling pahit diputuskan Hadi Awang setelah gagal mempertahankan prinsip asal beliau kerana berdepan ugutan puak2 Parasit PAS yang bakal menyingkirkan beliau. Pencetus idea Kerajaan Perpaduan ini bukan sahaja mencabul prinsip mulia ini kerana diugut bakal hilang jawatan No. 1 dalam PAS jika meneruskannya. Bukan itu sahaja. Malah beliau kini semakin moriyan mengeluarkan kenyataan maki hamun serta fitnah terhadap UMNO. Krelibiliti seorang pemimpin bersifat rendah diri terus terbakar hangus. Hadi Awang dikelilingi puak2 yang bakal menghancurkan dirinya sendiri. Prinsip Agama disongsangkan. Dibiarkan pimpinan PAS mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan ummah. Sebagaimana hujah Penolong SU Pemuda PAS Pusat yang mendakwa Nabi Muhammad juga bakal berdepan Video Seks Baginda jika masih hidup pada ketika ini. Dek kerana kononnya fitnah UMNO. Tinggi sungguh darjat Anwar Ibrahim di mata PAS pada masa kini. Disamakan Diktator Pakatan dengan Rasulullullah? Mana pergi pesanan Hadi Awang pada Muktamar PAS satu ketika dahulu yang menasihatkan pimpinan agar tidak mengeluarkan kenyataan memecahbelahkan umat? Mana pergi pesanan Hadi Awang yang meminta pimpinan tidak menutup terus pintu rundingan dan muzakarah dari mana2 pertubuhan termasuklah UMNO demi pengukuhan umat? Tidak terkejut jikalau ini dinamakan politik. Maka tak usahlah dipuja insan sebegini sebagai tokoh Ulama'. Kerana prinsipnya berubah2 bergantung kepada kuasa politik semata2. Adakah prinsip yang dipegang Hadi Awang akan berubah lagi jika Pakatan tewas pada PRU13 kelak? Anda tonton dan bandingkan sendiri 2 video tertera di bawah yang sudah cukup menggambarkan krelibiliti Hadi Awang yang songsang dek kerana kuasa. VIDEO PERTEMUAN HADI AWANG BERSAMA PM NAJIB RAZAK. VIDEO PENGHINAAN HADI AWANG TERHADAP LEBIH 2 JUTA AHLI UMNO BERAGAMA ISLAM. |
GELAR VIDEO SEKS NABI - PEMIMPIN PAS KECAM PEMUDA PAS. Posted: 02 Apr 2013 05:37 PM PDT Yang Dipertua Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani menganggap kecaman demi kecaman yang diterima oleh Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som sebagai satu pengajaran berguna buat dirinya. Menurut Mohamad Taufek, kenyataan yang dibuat Khairul Fahmi menerusi akaun Twitternya itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. "Saya berharap kejadian ini boleh dijadikan sebagai pengajaran berguna untuk beliau (Khairul Fahmi) agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa akan datang. "Saya yakin, pimpinan Pas akan meneliti setiap apa yang berlaku dari semua aspek termasuklah dari sudut Islam terhadap apa dilakukan beliau. "Sekiranya kita dapati kenyataan itu adalah sesuatu yang tidak wajar, maka beliau harus dikenakan tindakan," katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Taufek berkata, bagaimanapun, keadaan ini tidak seharusnya diperbesarkan mahu pun dipolitikkan kerana dikhuatiri akan menimbulkan polemik yang lebih serius dalam kalangan masyarakat. "Saya berharap isu ini tidak perlu diperbesarkan atau dipolitikkan demi meraih perhatian masyarakat, cukuplah sekadar memberi teguran terhadap tindakan beliau itu. Saya pasti pimpinan Pas sendiri akan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya," katanya. Terdahulu, Khairul Fahmi menerusi akaun Twitternya menyebut, "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluarkan... jahanam Umno" pada 27 Mac lalu. Tindakannya itu kemudian mendapat kecaman hebat daripada semua pihak termasuklah beberapa pihak yang membuat laporan polis. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment