Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


AYAT TUN M PALING MAUT - JOHOR BAKAL JADI 'KUBOR' KIT SIANG.

Posted: 01 Apr 2013 12:48 AM PDT



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi 'kubur' kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang. 
    
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
    
"Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepada Lim Kit Siang.
    
"Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN," katanya pada majlis 'Bicara Minda' anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.
    
Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.
Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat 'Ubah' dan 'Tukar' kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.
    
Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.
    
"Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia," katanya.
    
Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.
    
"Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri," katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.
    
Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.
    
"Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita," kata Dr Mahathir.
    
Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.
    
Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.
    
Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya.

PENGKHIANAT JENERAL SERTAI PKR HINA PEJUANG LAHAD DATU.

Posted: 31 Mar 2013 07:21 PM PDT




Mantan Panglima Medan Tentera Darat, Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said menyifatkan tindakan bekas-bekas Jeneral pembangkang meremeh dan melontar tuduhan liar terhadap  Op Daulat  sebagai cubaan mengelirukan rakyat untuk memancing undi.

Beliau menegaskan tuduhan kononnya ada campurtangan politik dalam operasi pasukan tentera dan polis membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu adalah kerja  orang politik yang secara kebetulan pesara tentera.

"Memang tiada sebab lain (tuduhan ini dibuat) kerana dia sudah political (jadi orang politik). 

"Ini (Op Daulat) kerja professional (tentera dan polis). Kita yakin dengan pihak professional," kata beliau yang dilaporkan Antarapos.





PKR membariskan lima bekas Jeneral yang dicanang menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam cubaan mencari undi anggota pasukan keselamatan.

Susulan pencerobohan di Lahad Datu, kumpulan ini mensasarkan kritikan terhadap angkatan tentera dan kerajaan termasuk mempersoalkan taktik yang digunakan untuk menumpaskan musuh.

Terbaru, bekas Panglima Tentera darat Jeneral Bersara Tan Sri Hashim Hussein membuat kenyataan yang dilihat cuba memecah-belahkan pimpinan pasukan keselamatan sendiri.

"Ada dua markas tentera di Sabah dan Selatan Sabah. Jumlah musuh tidak begitu ramai. Kenapa kita tugaskan satu pemerintah tertinggi untuk ke sana? Kenapa tidak di tugaskan panglima tempatan,?" kata beliau.

Datuk Seri Zaini berkata kenyataan-kenyataan seperti itu berbaur politik dan tidak berasaskan fakta.

"Pada saya orang yang melibatkan diri dalam menangani masalah (di Lahad Datu) lebih tahu keadaan dan lebih tepat kajiannya" tegas beliau.

"(Ini semua) persoalan remeh yang sengaja (bertujuan) menimbulkan kekeliruan," kata beliau ketika mengulas isu-isu yang cuba dicanang oleh bekas-bekas jeneral pembangkang dalam mencari undi untuk pembangkang.





Zaini adalah wira yang memimpin operasi tentera menumpaskan kumpulan Al-Ma'unah di Sauk pada tahun 2000.

Beliau berkata cubaan Hashim mempertikaikan bantuan daripada Semenanjung untuk membantu di Lahad Datu tidak masuk akal.

"Dari segi kekuatan yang diperlukan, adalah sebabnya (kerahan pasukan keselamatan daripada Semenanjung).

"Salah satu sebabnya adalah untuk mengekang mana-mana pihak lain untuk datang ke Sabah. Jadi kita kena tunjukkan kekuatan dan iltizam kita" kata Zaini.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...