CELAH GELEGAR |
- Pas kawan setia atau Lebai MALANG?
- [BINA MASJID] Hanya Allah boleh hukum perkara batin, Sangka Buruk Dosa Besar - Datuk Nooh Gadut
- Siapa Nik Aziz tentukan keikhlasan niat bina masjid? - Dr. Fathul
- Sosej Berbentuk Penis Dijual
- [KEMASKINI] Tian Chua dihalang masuk Sabah kerana faktor keselamatan
- UMNO bina masjid bukan sebab Islam - Nik Aziz
Pas kawan setia atau Lebai MALANG? Posted: 07 Apr 2013 10:34 PM PDT Pemimpin DAP menentang hukum hudud, pemimpin DAP menolak dasar Islam, pemimpin DAP mencadangkan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan pemimpin DAP memperkecil serta merendah-rendahkan peranan Majlis Syura Pas. Tetapi Pas dengan senang hati tetap akan membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Tahniahlah kepada penyokong-penyokong Pas kerana memiliki sekumpulan pemimpin yang begitu berpegang teguh kepada semangat setiakawan biar pun apa juga kawan tersebut lakukan ke atas mereka. Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa DAP tetap akan dibenarkan menggunakan lambang Pas dalam pilihan raya umum akan datang jika pendaftaran DAP dibatalkan oleh Pendaftaran Pertubuhan jelas memberikan isyarat kepada penyokong Pas untuk bersedia bekerja demi kemenangan calon-calon DAP. Sama ada suka atau tidak, penyokong-penyokong Pas yang selama ini setia dan menyokong parti itu kerana perjuangan Islam harus memahami bahawa mereka cita-cita tersebut hanya tinggal kenangan. Ia memandangkan kesediaan Pas membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu jelas membuktikan pemimpin-pemimpin Pas sudah bersedia memaafkan apa juga keceluparan DAP selama ini termasuklah penentangan parti itu terhadap perjuangan Islam Pas. Kebenaran dan keizinan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pas itu juga sekali gus membuktikan secara tidak langsung bahawa Pas menerima apa sahaja kenyataan pemimpin-pemimpin DAP terhadap perjuangan Islam Pas dan mungkin atas faktor inilah Pas sebelum ini bersedia mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan. Justeru selepas ini, pemimpin-pemimpin Pas tidak perlu lagi membantah apa juga kata DAP mengenai soal-soal berkaitan dasar Islamnya kerana apabila Pas membenarkan DAP menggunakan lambangnya maka ia juga bermaksud Pas bersetuju dengan segala pandangan DAP dalam apa juga perkara. Ternyata sekali lagi, demi mengejar kuasa ke Putrajaya, keluhan dan keresahan ahli-ahli akar umbi bukanlah menjadi keutamaan kepimpinan Pas. Apa yang lebih penting bagi mereka ialah menjaga hati pemimpin-pemimpin DAP agar Pas tidak ditinggalkan jika benar pakatan pembangkang menawan Putrajaya. Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah tentulah gembira dengan perkembangan ini kerana usaha mereka sekian lama untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa antara Pas dan DAP tidak ada masalah kini sudah berjaya biar pun yang menjadi korban adalah dasar perjuangan Islam Pas. Keadaan itu juga sekali gus akan memberi keyakinan kepada PKR bahawa orang Melayu akan turut menyokong DAP kerana DAP kini sudah menggunakan lambang Pas. PKR tidak bersungguh-sungguh mempelawa DAP menggunakan lambang parti itu kerana amat memahami ia tidak boleh mendatangkan keuntungan politik memandangkan orang Melayu sudah menolak parti itu. Tetapi jika calon DAP menggunakan lambang Pas, ia mungkin akan memberikan kelebihan kerana masih ramai orang Melayu menerima Pas tetapi yang akan untung ialah DAP.Mereka akan mencapai kemenangan dengan menjadikan Pas sebagai 'kuda tunggangan', akhirnya Pas juga yang akan menjadi lebai malang, menang sorak kampung tergadai. |
[BINA MASJID] Hanya Allah boleh hukum perkara batin, Sangka Buruk Dosa Besar - Datuk Nooh Gadut Posted: 07 Apr 2013 09:36 PM PDT KUALA LUMPUR 8 April - Usaha membina masjid untuk menzahirkan sedekah atau kebaikan kepada orang ramai bagi tujuan menggalakkan manusia beribadah, berbuat baik atau melakukan perkara sama dibolehkan dalam Islam selagi perbuatan itu adalah ikhlas. Bagaimanapun, menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, tidak boleh seseorang itu membina masjid untuk perpecahan, perkelahian atau permusuhan. "Masjid merupakan lambang kesatuan hati, spiritual, minda dan fikiran, objektif, misi dan matlamat dan lambang kepada satu perlaksanaan sama yang abadi. "Siapa yang tahu ikhlas atau tidak, awak jadi kontraktor. Ia (keikhlasan) benda dalaman. Dalam hadis nabi, kita menghukum apa yang lahir. Yang batin, hanya Allah sahaja yang tahu dan kalau itu syariatnya, tuduhan atau tohmahan tersebut lari daripada yang hak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Online. Nooh diminta mengulas kenyataan terbaharu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan UMNO membina masjid bukan kerana Islam sebaliknya kerana ingin menjadi kontraktor. Tokoh agama tersebut turut menyatakan, sepatutnya, seseorang itu menggalakkan individu lain berbuat kebaikan dan kebajikan. Malah, ujar Nooh, sebagaimana ayat 48 surah Al-Maaidah, seseorang itu digalakkan berlumba-lumba membuat kebaikan. "Kita sepatutnya menggalakkan dan bukannya menghalang. Kita hamba Allah tidak boleh menghukum. Yang menentukan orang buat (sesuatu) kerana apa hanyalah Allah sahaja,'' tambahnya. Selain itu, Nooh memberitahu, sebagai umat Islam kita tidak boleh bersangka buruk kepada sesiapa walaupun individu tersebut berbeza pendapat mahupun atas nama politik. Ini kerana, dalam Al-Quran ada menyebut, bersangka buruk adalah sebahagian daripada dosa bosar."Akhlak baik dalam Islam ialah kita mesti bersangka baik," kata Noh. Dalam kenyataan terbaharu, Menteri Besar Kelantan tersebut selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar di Kota Bharu, Kelantan turut berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. "Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar. "Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh' (kenduri). Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya. Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu, Kelantan, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam. |
Siapa Nik Aziz tentukan keikhlasan niat bina masjid? - Dr. Fathul Posted: 07 Apr 2013 08:30 PM PDT KUALA LUMPUR 8 April - "Hanya Allah yang tahu apa yang terkandung di dalam hati manusia termasuk mereka yang membina masjid". Itulah reaksi Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya ketika dihubungi oleh Utusan Online mengulas kenyataan terbaharu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebelum ini, Nik Aziz menyatakan, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor. Kata Fathul Bari, isunya sekarang ialah keikhlasan. "Hadis Rasullulah SAW berbunyi sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga. "Jadi siapa beliau (Nik Abdul Aziz) yang menentukan seseorang itu ikhlas atau tidak dalam membina masjid? Adakah dia tahu keikhlasan orang yang membuat masjid. "Kalau kita kata Pas hendak memerintah negara bukan kerana Islam, mereka marah, saman. Ini sindrom tuduh orang, mempertikaikan keikhlasan orang," ujarnya. Tambahnya, tiada sesiapa yang tahu apa yang terkandung di dalam hati seseorang kecuali Allah Taala. "Lihat kisah Usamah bin Zaid yang tetap memancung kepala seorang ketika perang walaupun telah mengucap syahadah dan tindakan tersebut telah ditegur oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri mengajar kita agar tidak menentukan apa yang ada dalam hati seseorang. "Saya harap beliau bermuhasabah diri dan jangan menghukum hati-hati manusia," katanya. Menteri Besar Kelantan itu selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di Kota Bharu, Kelantan turut berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. "Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar. "Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh' (kenduri). Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya. Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu, Kelantan, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam. |
Posted: 07 Apr 2013 09:24 AM PDT Ketika ini sesetengah rakyat seperti terpinga-pinga, orang Melayu tidak tahu arah tujuan dan ini sengaja dibentuk oleh pembangkang secara psikologi hanya untuk kuasa politik. Adakah situasi terpinga-pinga seperti dipukau ini akan terus berlaku sehingga Melayu dihidangkan dengan sosej berbentuk penis seperti ini baharu mereka akan sedar? |
[KEMASKINI] Tian Chua dihalang masuk Sabah kerana faktor keselamatan Posted: 07 Apr 2013 07:56 AM PDT Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Rahman Dahlan berkata, sebaliknya tindakan itu berkaitan dengan faktor keselamatan. Menurutnya, ia bagi mengelak wujudnya suasana yang tidak diingini termasuk kemarahan dan ketegangan dalam kalangan rakyat Sabah terhadap beliau. Katanya, semua sedia maklum bahawa Ahli Parlimen Batu itu baru-baru ini dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana mengaitkan UMNO dengan pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu. "Jika benar larangan itu bermotifkan politik, saya ingin tanya balik kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan memasuki Sabah tanpa sebarang masalah, sedangkan pemimpin itu lagi banyak mengkritik kerajaan terutama Sabah berbanding Tian Chua," katanya di sini hari ini. Hari ini, Tian Chua yang tiba di LTAKK kira-kira pukul 11.40 pagi bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak dibenarkan memasuki Sabah, bagaimanapu Mohamad dibenarkan berbuat demikian oleh pegawai imigresen bertugas. |
UMNO bina masjid bukan sebab Islam - Nik Aziz Posted: 07 Apr 2013 04:21 AM PDT KOTA BHARU 7 April - Setelah menuduh sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor. Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. "Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar. "Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh' (kenduri). Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini. Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam. Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut. "Buatlah apa sahaja, asal tolak Islam semuanya mengarut," katanya. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment