CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


PRU-13: Ceramah tempat gelap, penyokong Pas jatuh parit

Posted: 05 Apr 2013 08:04 PM PDT

ORANG ramai membantu seorang lelaki penyokong Pas yang terjatuh ke dalam parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap dan tanah licin akibat hujan, sewaktu Mohamad Sabu berucap pada ceramah Pas di Bandar Baru Uda, Johor Bahru malam tadi
JOHOR BAHRU 6 April - Gara-gara sikap parti-parti pembangkang yang gemar mengadakan ceramah di tempat sempit dan gelap, akibatnya para penyokong mereka menanggung azab.

Dalam satu majlis ceramah Pas di di Bandar Baru Uda di sini malam tadi, seorang pengunjung yang juga penyokong parti itu terjatuh parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap.

Orang ramai terpaksa membantu lelaki berusia 50-an itu yang dipercayai tergelecek ke dalam parit berkenaan kerana keadaan tanah yang licin dan berlumpur selepas hujan pada petang semalam.

Kejadian tersebut berlaku ketika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap di atas pentas. Turut berceramah sebelumnya ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

Ekoran kejadian itu, pengacara majlis, Onn Jaafar, yang juga Ahli Badan Perhubungan Pas Johor terpaksa membuat pengumuman agar pengunjung yang hadir hati-hati melangkah bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kecederaan.


S.Samy Vellu TIDAK DICALONKAN, Beliau MARAHKAN G.Palanivel & S.Subramanian

Posted: 05 Apr 2013 07:26 PM PDT

KUALA LUMPUR -  Bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu melahirkan rasa marah dengan Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berhubung isu "calon boleh menang".

Beliau percaya mereka salah faham dengan kenyatannya pada Rabu, sehari selepas Parlimen dibubarkan apabila beliau berkata beliau merupakan calon boleh menang untuk kawasan Parlimen Sungai Siput, sebagai jawapan kepada soalan pemberita.

Samy Vellu berkata beliau tidak meminta Palanivel untuk beliau dicalon bagi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13," katanya dalam kenyataan sebagai respon kepada kenyataan Palanivel terdahulu bahawa Samy Vellu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.

"Palanivel dan Dr Subramaniam salah faham kenyataan saya semasa sidang akhbar majlis penyerahan sumbangan di Bukit Aman kepada keluarga para wira yang terkorban di Lahad Datu, Sabah.

"Memang benar saya memberitahu pemberita bahawa saya yakin saya adalah calon boleh menang. Tetapi tidak bermaksud saya meminta kepada Palanivel yang saya mahu bertanding semula di Sungai Siput," tambahnya.

Samy Vellu berkata beliau sedih dengan kenyataan mereka yang tidak menggambarkan maksud beliau sebenarnya.
 
"Mereka (Palanivel dan Dr Subramaniam) perlu menghubungi saya dahulu untuk mengetahui apa yang berlaku di sidang media (di Bukit Aman) sebelum membuka mulut," katanya dan menambah kedua-kedua mereka menunjuk ketidakmatangan dalam politik.

"Saya telah berjuang dalam politik untuk kedua-duanya (Palanivel dan Subramaniam) dalam MIC semasa saya menjadi presiden parti.

"Mereka perlu ingat di mana mereka berada sekarang, kerana politik yang saya  perjuangan untuk mereka," katanya.

Samy Vellu berkata beliau yang mendapat kepercayaan Najib dengan melantiknya sebagai Penyelaras BN di Sungai Siput, akan memastikan BN merampas kembali kerusi tersebut tidak kira siapa pun calon BN.

"Saya akan terus bekerja di Sungai Siput untuk melaksanakan apa yang diamanahkan oleh Najib kepada saya," tambahnya.
 
Samy Vellu merupakan Anggota Parlimen Sungai Siput lebih tiga dekad sejak 1974 sehingga beliau kalah kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti 1,821 undi pada pilihan raya umum 2008

Foto Mesra Nabila Huda & Nas-T. pulak dah..Tengah Bercinta Ke?

Posted: 05 Apr 2013 10:32 AM PDT










PAS WP KECEWA Azmin Umum Peletakan Calon PKR Tanpa Persetujuan Rakan Parti PR

Posted: 05 Apr 2013 07:26 AM PDT

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad (tengah) membacakan kenyataan media berhubung pengumuman calon Parlimen Labuan.

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (WP) kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan Labuan tanpa persetujuan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

Malah sehingga kini beliau berkata kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat belum membuat keputusan muktamad mengenainya. .

"PAS WP berasa kesal dengan pengumuman dibuat Azmin dalam media pada Rabu bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.

"PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini, Jumaat.

Mohamad berkata PAS WP turut menegaskan bahawa pengumuman sebarang kerusi di WP perlu melalui perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat WP.

"Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana kerusi yang akan ditandingi oleh PKR tanpa persetujuan daripada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata PAS perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam PR namun ia perlu diurus dengan baik.

"Sepatutnya perkara ini akan dapat diselesaikan melalui perbincangan.

"Kalau boleh dibincang di peringkat dalaman sebelum umum kepada media," katanya.

Pada Rabu, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR mengumumkan parti itu akan bertanding di tiga kerusi Parlimen, iaitu di Labuan, Bera dan Setiawangsa.

Beliau dilaporkan berkata ketiga-tiga kerusi berkenaan sebagai ganti kepada kerusi yang diumum Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang iaitu Temerloh dan Kangar.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...