CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Saya Belum Ada Kerusi, Parti Arah Tinggalkan 'Rumah' Saya - Jui Meng

Posted: 05 Apr 2013 01:09 AM PDT


PETALING JAYA: Selepas dua minggu Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri apabila terlepas peluang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu akhirnya tampil dan menyuarakan minat untuk tetap bertanding pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun bekas Naib Presiden MCA itu berkata sehingga kini belum ada kerusi yang ditawarkan untuknya.

Sambil mengakui menyedari bahawa kesemua 11 kerusi PKR di Johor sudah mempunyai calon, Chua bagaimanapun akur dengan keputusan parti.

"Parti arahkan supaya saya tinggalkan 'rumah' saya di Gelang Patah kerana kata mereka saya disediakan sebuah 'rumah' baru.

"Tapi sehingga kini masih belum ada mana-mana pintu dibuka kepada saya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Menyifatkan kawasan Parlimen Gelang Patah sebagai 'rumah yang didiaminya' sejak setahun yang lalu, Chua turut mengakui bahawa penyokongnya di kawasan berkenaan kecewa dengan keputusan tertinggi parti menyerahkan kerusi yang dilobinya itu kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sekarang saya sudah tiada 'rumah', dulu 'rumah' saya di Gelang Patah. Sejak sambutan Tahun Baru Cina lalu, saya sudah menemui hampir kesemua pengundi di Gelang Patah.

"Tapi baru-baru ini parti arahkan saya supaya tinggalkan 'rumah' saya itu," katanya.

Chua bagaimanapun menegaskan beliau akan tetap membantu DAP dan PAS pada PRU akan datang.

[HURU HARA] Nurul Izzah SANGKAL Dakwaan Azizah TIDAK BERTANDING, Azmin SAHKAN Azizah TIDAK BERTANDING

Posted: 05 Apr 2013 12:10 AM PDT


KUALA TERENGGANU - Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.
  
"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen  Al-Jazeera Rabu lepas.
  
"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.
  
"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.
  
Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam.

Azmin Sahkan Wan Azizah TIDAK TANDING

Sebaliknya, Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali mengesahkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Nurul Izzah Juga Tidak Percaya Anwar Beralih Ke Perak Tinggalkan Permatang Pauh

Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.
  
"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.
  
"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.
  
Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.
  
Mengenai pembahagian kerusi PKR dan PAS di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi.
  
Sementara itu di GERIK, Anwar kembali berteka-teki tentang pilihannya sama ada bertanding kerusi di Perak atau kekal di Permatang Pauh.
  
Malam tadi beliau menggunakan alasan 'mahu berbincang' dengan pengundi di Permatang Pauh supaya 'mereka tidak berkecil hati' dan meminta tempoh 24 jam untuk membuat keputusan.
  
Ini kerana  penyokongnya di Permatang Pauh telah membantu PKR mempertahan kerusi itu semasa Dr Wan Azizah bertanding sehinggalah beliau mengambil alih, katanya ketika berucap pada ceramah program Jelajah Merdeka Rakyat di situ.
  
Dalam pada itu beliau juga menimbulkan soalan: "Kalau saya bertanding di Perak, boleh ka? Saya memang bercadang bertanding di Perak, saya tujuh tahun di Kuala Kangsar (Kolej Melayu Kuala Kangsar), dan saya dua tahun (sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kamunting, Perak. Sembilan tahun di Perak, takkan tak boleh jadi ahli Parlimen Perak kot".
  
Anwar turut mengumumkan bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Laksamana Pertama Mohamad Imran Abdul Hamid sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Lumut manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan Perak Dr Meor Ahmad Isharra Ishak calon kerusi Parlimen Padang Rengas.
  
Ketua pembangkang itu sebelum ini mengumumkan Dr Lee Boon Chye akan mempertahan kerusi Parlimen Gopeng, Mustafa Kamil Ayub pula sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Pasir Salak dan Dr Muhammad Nur Manuty di Bagan Serai

[MENGEJUTKAN] PRU-13: PKR GUGURKAN Yusmadi Di Balik Pulau, Wan Azizah TIdak Bertanding

Posted: 04 Apr 2013 09:16 PM PDT

Yusmadi Yusoff

PETALING JAYA: Bekas penyandang kerusi Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff digugurkan daripada senarai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Mengesahkan perkara tersebut, Yusmadi berkata, kerusi berkenaan bakal diisi oleh calon muka baru yang akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Balik Pulau akan ada calon baru PKR bagi PRU-13. Tunggu pengumuman Datuk Seri Anwar di Pulau Pinang malam ini. Terima kasih di atas segalanya Balik Pulau. Alhamdulillah.

"Terima kasih Balik Pulau, beri peluang saya belajar erti kepimpinan dan peluang berkhidmat walau tak seberapa. Mohon Maaf kalau ada salah silap," katanya menerusi akaun Twitter awal pagi Jumaat.

Selain itu Yusmadi turut mengesahkan bahawa beliau tidak dicalonkan di mana-mana kerusi sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menjawab soalan pengikutnya mengenai alasan beliau tidak bertanding atau mempertahankan kerusi Balik Pulau, Yusmadi secara berseloroh menjawab, "Setakat ini alasan yang saya ada dan mampu jawab ialah nak ambil lesen kereta yg masih saya gagal dapat."

Yusmadi yang juga seorang peguam bertanding kali pertama pada PRU 2008 dan menang tipis dengan majoriti 708 undi.

Beliau yang mendapat 15,749 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Norraesah Mohamad yang memperoleh 15,041 undi.

Wan Azizah Tidak Bertanding - Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Perkara itu dimaklumkan suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut laporan laman berita rasmi PKR, KeadilanDaily.com diwww.keadilandaily.com pada Khamis.

"Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya," kata Anwar dipetik dalam portal itu

[GEMPAK] Penyanyi Aishah BERTANDING PARLIMEN JEMPOL Atas Tiket PAS PRU13

Posted: 04 Apr 2013 07:31 PM PDT


GOMBAK: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penyanyi terkenal tanahair, Aishah sebagai calon bertanding kerusi Parlimen Jempol.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada ceramah 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' anjuran PAS Bukit Bintang di Markas PAS Taman Melewar, malam tadi.

Bagaimanapun Aishah yang ditemui selepas pengumuman tersebut berkata beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya kepada Antarapos.

Ditanya berkenaan karier nyanyiannya, Aishah menambah, beliau tetap akan meneruskan kerjaya yang sudah menjadi darah dagingnya sejak 25 tahun lalu.

"Sekarang pun walau sibuk berceramah saya tetap menerima undangan nyanyian yang sudah 25 tahun sebati dengan diri saya," katanya.

Aishah adalah artis pertama dari Pakatan yang diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU13.

Antara artis lain yang menyertai Pakatan adalah Bob Lokman, Hairie Othman, Abby Abadi dan Yassin

[4 April 2013, Khamis] Ringgit NAIK mendadak

Posted: 04 Apr 2013 07:08 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan pada paras jauh lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini, dan ini mencerminkan permintaan tinggi bagi mata wang tempatan itu berikutan prestasi kukuh dalam pasaran tunai, kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.0790/0820 berbanding dolar AS daripada 3.0825/0845 pada akhir dagangan semalam.
Seorang peniaga berkata pengukuhan ringgit juga sejajar dengan peningkatan mata wang Asia yang lain, dengan disokong oleh pertumbuhan ekonomi dan lebihan dagangan yang kukuh.

Sementara itu, mata wang tempatan itu juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.4805/4831 daripada 2.4883/4909, dan lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.2248/2286 daripada 3.2938/3973 semalam.

Ia juga mengukuh berbanding euro kepada 3.9390/9431 daripada 3.9489/9534 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 4.6394/6452 daripada 4.6557/6612 sebelumnya.

[PKR Pahang BERGOLAK]: Pengasas PKR Pahang Tanding Tiket BEBAS LAWAN Fauzi TANDA PROTES

Posted: 04 Apr 2013 06:47 AM PDT


KUANTAN 4 April - Rentetan pencalonan Datuk Fauzi Abdul Rahman di kerusi Indera Mahkota, pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk menentang Pengerusi PKR Pahang itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tindakan itu disifatkan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Fauzi di Pahang.

Ramponusamy yang juga bekas Timbalan Pengerusi III PKR negeri mendakwa, keputusannya untuk bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Beserah baru-baru ini mengumumkan Fauzi sebagai calon PKR di kerusi parlimen Indera Mahkota.

Walau bagaimanapun sebaik sahaja Anwar mengumumkan perkara itu, segelintir penyokong parti pembangkang yang hadir mencemuh nama Fauzi lalu terus beredar meninggalkan tapak ceramah.

"Booo...booo Datuk Fauzi Abdul Rahman..booo..." laung sekumpulan lelaki terhadap bekas ahli Umno itu.

Fauzi merupakan bekas ADUN Beserah dari tahun 1995 sehingga 2004 sebelum keluar Umno dan menyertai PKR pada 2008.

Sementara itu, Fauzi yang ditemui Antarapos selepas ceramah berkenaan cuba meyakinkan rakyat bahawa beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli parlimen kawasan tersebut jika menang pada pilihan raya nanti.

"Saya sudah 3 penggal di Beserah, saya yakin mampu memikul tanggungjawab ini," katanya.

Azan yang merupakan penyandang kerusi berkenaan mendakwa beliau terkejut dengan keputusan itu

-Antarapos.com
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...