BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! PR GUNA KHIDMAT FIRMA PERHUBUNGAN AWAM PRO-ISRAEL !!!
- HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! PAPA GOMO AKAN MEMBELASAH PAPA HOMO DI PERMATANG PAUH !!!
- HOT NEWS !!! HILANG SOKONGAN DI SABAH !!! ANWAR IBRAHIM TUMPU PERAK DAN JOHOR !!!
- HOT NEWS !!! UNDI PARTI YANG BERBUAT BAIK DAPAT PAHALA - NIK AZIZ !!!
- HOT NEWS !!! SAH !!! PR PARTI ANAK BERANAK !!!
- KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM BUBAR KEM WAN AZIZAH !!! WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! SAH !!! PR PENIPU BESAR !!! CERITA SEBENAR DATIN SERI ROSMAH DAN CINCIN RM24 JUTA DIDEDAHKAN !!!
KANTOI !!! PR GUNA KHIDMAT FIRMA PERHUBUNGAN AWAM PRO-ISRAEL !!! Posted: 08 Apr 2013 03:51 PM PDT Media sebelum ini mendedahkan firma lobi Amerika Syarikat (AS),Orion Strategies telah mengatur perjumpaan wakil Suaram (Suara Rakyat Malaysia) dengan Ahli Kongres AS bagi mendapatkan kepakaran untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 (PRu-13).Untuk melaksanakan misi 'perwakilan Malaysia' itu,Mike Mitchell bagi pihak Orion Strategies dilaporkan telah menghubungi Hana Atuatasi,kakitangan Kongres untuk mengatur perjumpaan tersebut.Mitchell juga turut menamakan dua delegasi Malaysia iaitu Pengarah Suaram Cynthia Gabriel dan Pengarah Merdeka Centre,Ibrahim Suffian,dua NGO yang mendapat tajaan yayasan AS,National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mana organisasi diketahui menyokong penuh Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim.Orion Strategies menurut sourcewatch.org adalah badan pelobi milik kumpulan neo-konservatif atau lebih dikenali sebagai Yahudi yang mencipta 'Project for the New American Century' (PNAC).Salah satu pelanggan Orion Strategies adalah Open Society Policy Center (OSPC),badan yang ditaja penyangak mata wang Yahudi,George Soros. Mesyuarat antara wakil Malaysia dengan Kongres sepatutnya diadakan pada 14 dan 15 Mac,namun kandungan e-mel tidak menyatakan sama ada mesyuarat itu berlaku atau sebaliknya.Malah,semakan media juga mendapati Strategi Orion diketuai oleh Randy Scheunemann,bekas penasihat kepada bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld,dari parti Republikan AS. Scheunemann digambarkan sebagai neo-konservatif, yang juga pernah berkhidmat untuk calon presiden Republikan,John McCain sebagai penasihat semasa pilihanraya Presiden AS 2008.Anwar juga sekitar tahun 2006 hingga 2007 pernah berkhidmat kepada Jabatan Negara AS,di bawah naungan Paul Wolfowitz,juga dari parti Republikan.Walau bagaimana pun,Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli menafikan perkara itu dan menganggap sebagai gimik pilihanraya.Rafizi juga menganggap parti pembangkang itu mempunyai tokoh yang berkaliber dan tidak memerlukan bantuan luar.Siapa ??? Rafizi ??? Malah turut difahamkan,Orion juga akan membawa pengarah Suaram itu ke Washington.Apabila PR menggunakan khidmat Yahudi ini,sudah pasti kaedah dan cara politik mereka serta pentadbiran mereka umpama kumpulan neo-konservatif. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH PR KAW-KAW !!! Posted: 08 Apr 2013 12:00 PM PDT PRU ke 13 sudah benar-benar berada di hujung serambi.SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada hari Rabu ini.Semua parti yang bertanding menyatakan mereka telah bersiap sedia termasuk pembahagian kerusi mengikut komponen parti masing-masing.Umum mengetahui sesuatu yang keluar daripada mulut pimpinan politik tidak seharusnya ditelan begitu sahaja.Memang sudah menjadi lumrah tidak ada parti politik dalam dunia yang menyuarakan sesuatu yang boleh menggambarkan kelemahan dipihak parti tersebut.Begitu jugalah halnya dengan parti-parti politik yang bertanding dalam PRU ke 13. Pakatan Rakyat telah memutuskan formula pembahagian kerusi di antara tiga komponen parti.Pada dasarnya formula pembahagian didasarkan kepada amalan semasa PRU ke 12.Apa yang berlaku pimpinan komponen parti dilihat seolah-olah tidak menghormati prinsip pembahagian kerusi tersebut sebaliknya berlumba-lumba membuat pengumuman bersendirian untuk "mengecup" kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada masing-masing parti dalam Pakatan. Sebagai contoh Parlimen Bagan Serai yang dikatakan milik PAS tetapi Ketua Umum PKR telah terlebih dahulu mengisytiharkan tanpa merujuk kepada PAS bahawa kawasan Parlimen tersebut akan ditandingi oleh PKR yang akan meletakkan Ketua Penerangannya Dr Mohd Nur Manuti. Begitu juga Parlimen Labuan, Setiawangsa dan Bera yang diperuntukkan kepada PAS telah disambar bila Timbalan Presidennya Azmin Ali membuat pengumuman tanpa terlebih dahulu merujuk kepada PAS. Pemerhati politik dapat menghidu suasana tegang dalam mesyuarat-mesyuarat antara pimpinan parti termasuk diperingkat Majlis Presiden dalam hal yang berkaitan dengan penentuan kawasan-kawasan pilihanraya untuk ditandingi oleh calon-calon Pakatan.Dikatakan mesyuarat yang sepatutnya dipanggil untuk memuktamadkan kerusi-kerusi yang dipertandingkan mengikut parti komponen sehinga ini masih tidak dapat mencapai kata putus dan mesyuarat-mesyuarat tersebut berlalu tanpa keputusan. Pertindihan yang jelas berlaku adalah di antara PKR dan DAP dan kelihatan juga perkara tersebut wujud di antara PAS dan PKR. Dikhabarkan baru-baru ini pimpinan tertinggi parti komponen sengaja memilih untuk tidak hadir dalam mesyuarat penentuan kerusi sebagai tanda protes terhadap sifat angkuh, tamak dan mengenepikan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pimpinan tertinggi PKR khasnya. Ini berlaku akibat keinginan mereka untuk menjadi parti yang dominan yang akhirnya membuka peluang kepada pimpinan tertinggi mereka menjadi Perdana Menteri. Apa yang berlaku sebenarnya menggambarkan kocakan-kocakan kecil kerana dibelakang tabir banyak lagi isu-isu yang masih belum dibereskan samada menjelang PRU ataupun setelah keputusan muktamad pilihanraya diperolehi. Calon Perdana Menteri umpamanya sehingga kini belum dapat diputuskan. PKR dan DAP menamakan Anwar Ibrahim tetapi PAS melalui Majlis Syuranya mempunyai pandangan yang berbeza. Perihal betapa seriusnya pertelagahan merebut kerusi untuk parti masing-masing, tersebar berita yang mengatakan bahawa ada pimpinan tertinggi dari komponen parti yang telah bertindak untuk mengugut bahawa mereka bersedia untuk melihat kerusi-kerusi yang berlaku pertindihan calon tersebut dipertandingkan secara tiga penjuru.Kesimpulan yang boleh dibuat dalam hal ini ialah Pakatan Rakyat akan terus dilanda masalah demi masalah.Suasana dalaman mereka ibarat retak menanti belah. Masalah pembahagian kerusi adalah masalah pra kemenangan.Seandainya ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya,bayangkan betapa getirnya perbalahan di antara pimpinan Pakatan untuk membentuk kerajaan sekaligus menamakan anggota kabinet dan melantik Perdana Menteri. Rakyat harus dapat memahami realiti yang wujud di dalam Pakatan Rakyat dan bertolak dari situ rakyat sebagai pengundi seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan dan bisikan hati kecil untuk tidak memperjudikan Malaysia dengan karenah pimpinan tertinggi komponen parti dalam Pakatan Rakyat yang boleh mengakibatkan negara berada dikancah huru hara, bencana dan malapetaka. DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia Tmn Tun Dr Ismail, KL 8 APRIL 2013 RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PAPA GOMO AKAN MEMBELASAH PAPA HOMO DI PERMATANG PAUH !!! Posted: 08 Apr 2013 08:52 AM PDT Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menetang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.Papa Gomo yang diwakili Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat,Mohamad Rafi Awang Kechik mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding di Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang ditandingi Anwar. "keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta agar Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik negara ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu," kata Rafi kepada pemberita di bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru hari ini. KENYATAAN PENUH PAPA GOMO Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara.Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum.Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi. Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay,Dato Nallakarupan,Ezam Mohd Nor,Ng Lum Yong,Zahid Mat Arip,Yb Zulkifli Nordin,Anuar Shaari,Hamizun dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh.Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! HILANG SOKONGAN DI SABAH !!! ANWAR IBRAHIM TUMPU PERAK DAN JOHOR !!! Posted: 08 Apr 2013 05:00 AM PDT Usaha Anwar untuk ke Putrajaya dengan memenangi lebih 18 kerusi di Sabah musnah apabila satu pertemuan perpaduan yang dikenali sebagai TATABA oleh beberapa para pemimpin besar Kadazan-Dusun-Murut telah diadakan baru-baru ini. Tataba boleh ditafsir sebagai sesuatu yang penting yang harus dan akan diwarisi turun-temurun oleh kaum keluarga sebagai tanda pelindung,wasiat penting ataupun perkara yang akan memberi semangat atau kuasa sakti kepada pemegangnya.Oleh sebab itu,pertemuan yang turut dihadiri "Huguon Siou" (pemimpin agung) Kadazan,Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan,Tan Sri Benard Dompok, dan Tan Sri Joseph Kurup telah meresahkan Anwar yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.Menurut sumber dalaman,mereka telah bersepakat untuk menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.Usaha yang dibuat oleh pimpinan parti Kadazan-Dusun-Murut (KDM) mengadakan pertemuan PERPADUAN (TATABA) baru-baru ini telah membuatkan PKR di Sabah hampir lumpuh kini kerana ketiga-tiga pemimpin ini sangat berpengaruh dan sering kali menjadi panduan kaum kadazan-dusun dan murut dalam membuat keputusan memilih parti. Anwar dapat merasakan harapan PR menakluk Sabah semakin kabur apabila 3 parti (PBS,PBRS dan UPKO) bergerak di atas Gelombang TATABA.Walaupun Anwar yang kononnya sudah mendapat gelaran Huguan Siou yang dianugerahkan oleh ahli parti PKR sendiri, beliau masih gagal untuk menawan Sabah. Tapi seperti biasa Anwar dengan muka tak malu dengan bangga dipentas-pentas ceramah beliau mengatakan PR akan rampas Sabah.Dalam keghairahan pembangkang mahu menawan Putrajaya, mereka telah tersilap langkah apabila pemimpin mereka tanpa rasa belas kasihan menghina pasukan keselamatan yang berkawal di Lahad Datu. Insiden Lahad Datu ini telah menyebabkan sokongan penduduk Sabah makin berkurangan.1 Malaysia sudah tahu Anwar Ibrahim adalah petualang Lahad Datu. Anwar ingat apabila dia berpakat dengan Misuari dan Kiram untuk "attack" Sabah,orang akan marah kerajaan.Tapi malangnya apa yang telah dirancang tidak seperti yang dharapkan,malah strategi untuk menghancurkan Sabah terbongkar.Anwar selalu menyatakan "ini kali tukarlah" apabila berada di Sabah.Beliau begitu yakin untuk menawan Sabah.Jawapan kita untuk Anwar – #Lainkalilah.Sekarang sudah terbongkar konspirasi ini."mahu sokong ini Anwar lagi, bah ???" #Lainkalilah.Tak hairanlah Anwar sekarang tumpukan pada Johor dan Perak pulak! Tapi apa guna Anwar lari ke Perak jika gagal mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini lemah, bercelaru dan tidak menonjol. Menyedari beliau tidak akan mampu untuk menangkis gejala lompat parti yang serius di negeri tersebut sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR pada awal 2009,beliau telah menarik handbreak dengan mengumumkan akan terus kekal bertanding di Permatang Pauh.Anwar sedar,selain daripada isu tersebut,terdapat pelbagai perkara lagi yang akan meletakkan dirinya berada dalam keadaan berisiko untuk mempertaruhkan nasib untuk mengaut undi Melayu di Perak.Kontroversi peribadi,prestasi negeri-negeri PR dan dominasi Cina dalam kerjasama Pakatan Haram akan terus menjadi igauan Anwar yang akan mengikuti sepanjang pilihan raya akan datang. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! UNDI PARTI YANG BERBUAT BAIK DAPAT PAHALA - NIK AZIZ !!! Posted: 08 Apr 2013 01:30 AM PDT Apabila Nik Aziz sekali lagi meraban mengulang-ulang fatwa "undi PAS dapat pahala",kelam-kabutlah jentera siber PAS menepisnya sebagai salah tafsir media.Menurut jentera siber PAS,Nik Aziz bukan bermaksud sedemikian secara langsung tetapi kata-katanya perlukan tafsiran mendalam dan luas tentang bagaimana undi PAS akan mendapat ganjaran pahala.Bagi menerangkannya dengan lebih jelas,pihak PAS telah memaparkan kronologi tentang bagaimana undi PAS boleh membawa kepada pahala iaitu kerana kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh PAS,saya pula beri jawapan untuk anda untuk kronologi tersebut.sebelum itu saya tunjukkan dulu video yang mengatakan kalau orang UMNO sembahyang tak dapat pahala.saya pun nak tanya juga kat puak PR ni.bila masa orang UMNO tolak islam yek ??? Kronologi ini disebarkan melalui internet bagi menjawab kritikan terhadap Nik Aziz.Berikut adalah kebaikan-kebaikan PAS (seperti yang disenaraikan di dalam kronologi) : 1. Meningkatkan kempen kerohanian,kempen solat, tutup aurat, qaryah Ramadhan (hakikatnya, pemimpin PAS sendiri begitu ramai terlibat dengan keruntuhan moral yang kronik serta menjijikkan) 2. Tidak mengeluarkan lesen judi (hakikatnya judi masih ada di Kelantan dengan alasan ia adalah hak bukan Islam) 3. Menukarkan transaksi kewangan negeri bagi menghapuskan unsur riba – (hakikatnya,PAS tidak pernah memperkenalkan sistem kewangan sendiri tetapi terkenal dengan menggelapkan wang saham Kohilal dan wang milik anak yatim Memali). Oleh kerana PAS berbuat semua kebaikan ini,maka mengundi PAS akan membawa kepada pahala.Begitulah penjelasan mereka.Jika kita mengambil pendirian yang sama,iaitu mengundi sebuah parti yang berbuat kebaikan maka akan mendapat pahala,tentulah lebih banyak pahala yang kita akan dapat jika mengundi UMNO. Antara senarai kebaikan UMNO ialah : 1. Memberi berbagai kemudahan untuk meningkatkan pembelajaran agama dari segi kewangan dan pembangunan bagi melahirkan lebih ramai guru-guru agama serta agamawan yang berkualiti. 2. Membina prasarana sebagai platform untuk melaksanakan aktiviti kerohanian dan perkembangan syiar Islam. 3. Membina masjid, surau, madrasah dan sebagainya sebagai tapak pemantapan ibadah asas di kalangan masyarakat. 4. Menyeru kepada perpaduan ummah tanpa mengira parti. 5. Telah memperkenalkan perbankan Islam seawal tahun 1963. Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi).Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma),menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).Ianya dilaksanakan pertama kali dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH).PWSBH telah ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan mengerjakan ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung dengan Pejabat Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji). 6. Memperkenalkan sistem dan kemudahan canggih untuk umat Islam menunaikan ibadah haji dengan tertubuhnya Tabung Haji. 7. Memastikan rakyat mendapat keperluan asas serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. MANA YANG LEBIH BAIK ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! SAH !!! PR PARTI ANAK BERANAK !!! Posted: 07 Apr 2013 10:00 PM PDT PR sering menuduh BN sebagai parti kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme,sedangkan realitinya membuktikan pembangkang itu adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi mengekalkan pengaruh mereka dalam parti masing-masing.Perkara itu jelas apabila Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Aziz Nik Mat menamakan anaknya sendiri, \Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon di kerusi Rantau Panjang,yang sebelum ini disandang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yussof.Siti Zailah juga telah dipindahkan ke Parlimen Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed di kawasan "hitam" untuk PAS.Persoalan yang timbul adalah kenapa penyandang kerusi Rantau Panjang yang sudah semestinya selamat untuk PAS di pindahkan ke Jeli yang amat sukar untuk dimenangi,sedangkan anak pemimpin PAS bertanding di kerusi yang mudah dimenanginya ??? Malah,turut difahamkan sumber dalaman parti,wujud perselisihan dalaman apabila keputusan Nik Aziz itu tidak dipersetujui Siti Zailah apabila menolak keputusan berkenaan kerana tindakan itu seolah-olah untuk menamatkan karier politik ketua dewan muslimat berkenaan.PKR juga difahamkan akan menurunkan "keluarga Anwar Ibrahim" untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang,Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar akan bertanding,dijangka akan turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya,Nurul Nuha Anwar untuk turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.Tindakan itu amat jelas menunjukkan Anwar mahu mengekalkan legasi keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur.Jangan terkejut jika suatu hari nanti,menantu dan cucunya juga akan bertanding dalam pilihan raya.Tidak cukup dengan PAS dan PKR, DAP juga dijangka akan mencalonkan Lim Kit Siang,anaknya Lim Guan Eng dan isterinya,Betty Chew dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.Malah,veteran DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo,juga tidak terkecuali bekecimpung dalam politik dan turut difahamkan,anak karpal,Jagdeep Singh juga akan turut dicalonkan sebagai calon untuk PRU 13.Jelas sudah dimata rakyat PR adalah parti keluarga dan pemimpin mereka akan memastikan dinasti mereka dalam parti akan tetap subur tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang bertungkus lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh,apakah boleh percaya PR akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal ??? Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi,baru calon pilihan raya.Apa ahli PKR,PAS dan DAP yang dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya ??? Semua contoh di atas jelas membuktikan : PR memang parti anak beranak !!! RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM BUBAR KEM WAN AZIZAH !!! WAJIB BACA !!! Posted: 07 Apr 2013 07:00 PM PDT 'Khidmat Wan Azizah sudah tidak diperlukan lagi',merupakan ayat tersirat Anwar Ibrahim ketika mengumumkan bahawa isterinya,yang juga Presiden PKR,tidak akan bertanding dalam PRU ke-13.Pelik sekali kerana Wan Azizah sebagai Presiden parti tidak mengumumkannya sendiri tetapi membiarkan suaminya mengumumkan bagi pihaknya bagaikan seorang surirumah sejati.Namun,tidak mustahil juga pengumuman tersebut dilakukan Anwar tanpa restu Wan Azizah sebagai Presiden,tetapi hanya merestuinya dalam keterpaksaan sebagai isteri.Selama ini,Wan Azizah hanya diperlukan untuk meraih simpati rakyat ketika di dalam penjara dan ketika ditimpa skandal seks.Tugas Wan Azizah ialah untuk menunjukkan pada dunia yang Anwar adalah suami yang baik.Dengan Anwar sudah keluar penjara dan perkembangan terkini yang menunjukkan bahawa skandal seks bukan faktor utama untuk menghadapi pilihanraya,maka khidmat Wan Azizah wajar ditamatkan sahaja.Difahamkan bahawa alasan yang diberi Anwar kepada Azizah adalah untuk mengelak dari dikritik kerana mengamalkan nepotisme.Cukuplah Nurul Izzah seorang,kata Anwar,Wan Azizah bolehlah menumpukan perhatian kepada cucunya pula. Sebenarnya,di kalangan PKR,pengumuman ini sudah dijangka.Ini kerana,akhir-akhir ini Anwar sering menyifatkan Wan Azizah sebagai gangguan kerana kehadirannya menyebabkan ketegangan di kalangan pemimpin atasan.Sifat cemburu Wan Azizah menyukarkan Anwar 'bergerak' bebas dalam perjumpaan-perjumpaan parti.Nampaknya,apa yang didedahkan oleh Mohd Fareez Kamal Intidzam,pembantu kepada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang,Zuraida Kamaruddin terbukti benar belaka iaitu Wan Azizah terlalu cemburu jika Anwar rapat dengan mana-mana lelaki.Desakan Fareez agar Wan Azizah 'diketepikan' demi parti nampaknya berjaya apabila Anwar memilih untuk menyebelahi anak muda itu,berbanding isterinya sendiri.Perpecahan di dalam kepimpinan atasan PKR bukanlah rahsia.Seluruh rakyat yang mengikut perkembangan politik cukup maklum bahawa Wan Azizah dan Azmin Ali tidak boleh bertentang mata lantaran hubungan intim Azmin dan isterinya, Shamsidar dengan Anwar.Justeru, usaha untuk mencantas dan mengenepikan sesama sendiri tidak pernah berhenti.Kem Wan Azizah menyaksikan sokongan kuat dari anaknya,Nurul Izzah dan juga Khalid Ibrahim. Seperti juga Wan Azizah,Khalid juga melihat Azmin sebagai musuh yang merbahaya kerana terlalu tergila-gilakan kuasa.Azmin meletakkan dirinya jauh lebih tinggi dari Wan Azizah walaupun wanita itu adalah Presiden parti dan Fareez disyaki sebagai antara senjata yang digunakan Azmin untuk menyingkirkan terus Wan Azizah.Tidak mustahil,usaha untuk menyingkirkan Nurul Izzah juga sedang berjalan,namun pastinya ia tidak begitu mudah kerana Anwar menyayangi dan meyakini anaknya itu.Sedangkan,Anwar tidak menyayangi isterinya dan langsung tidak menghormati jauh sekali meyakini, kepimpinan isterinya.Sikap Anwar menyebabkan semua yang berada di dalam parti turut tidak menghormati Wan Azizah sebagai Presiden.Oleh itu,berdirinya Wan Azizah di dalam PKR hanyalah atas dasar simpati. Selain itu, mereka-mereka yang memilih untuk berada di dalam kemnya adalah mereka-mereka yang memusuhi Azmin. Dengan tersingkirnya Wan Azizah, maka kem ini pun pastinya akan terbubar dengan sendirinya, melainkan Nurul Izzah mampu melonjakkan dirinya di mata Anwar sehingga mengatasi Azmin Ali.Mungkin Anwar bertindak bijak dengan menyingkirkan Wan Azizah kerana keputusan itu pasti membantu mengekang perpecahan di peringkat atasan.Namun,sukar untuk kita fahami bagaimana Anwar sanggup memilih untuk memberi sokongan kepada kem Azmin,daripada kem isterinya. Walaupun kita tidak faham,tetapi kita tidak terkejut kerana kita cukup maklum bahawa Wan Azizah berada di bawah sekali dalam senarai keutamaan orang-orang yang disayangi Anwar.Semua orang tahu bahawa yang paling Anwar sayang adalah diri sendiri,diikuti dengan Azmin dan gundik-gundiknya,seterusnya anak-anaknya dan akhir sekali barulah isterinya.Oleh itu,bukan kita ingin menghasut untuk memecahbelahkan rumahtangga Anwar tetapi kita juga kadangkala kasihan melihat Wan Azizah terus menghambakan dan membodohkan diri demi seorang peliwat dan pengkhianat.Untuk apa sebenarnya ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 07 Apr 2013 04:00 PM PDT Segala Fitnah yang selama ini dilemparkan ke atas Datin Seri Rosmah Mansor terjawab.pihak Jacob sendiri mengesahkan bahawa cincin tersebut adalah untuk pameran dan Datin Seri Rosmah tidak membeli cincin tersebut.Kalau Fitnah pembangkang sudah makan diri apakah mereka tidak BERDOSA ??? ataupun dosa fitnah mereka dihalalkan ??? saksikan video di bawah. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment