BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! AHLI PAS MENGAMUK DI PERAK !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB LIHAT !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 07 Apr 2013 01:06 PM PDT


sekumpulan ahli PAS mengamuk dan keluar dewan bila di pembentangan kertas kerja Tuan Haji Naser Disa bertajuk "Ancaman Terhadap Kedaulatan Islam Agama Negara" di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) pada 6hb April 2013 di Dewan Besar Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).takkan mengamuk kot ??? saya tak nak ulas panjang-panjang,anda lihat sendiri video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BN ADA HARAPAN TAWAN SEMULA KEDAH DARI PR !!!

Posted: 07 Apr 2013 12:00 PM PDT


Hasil kaji selidik yang dilakukan oleh Merdeka Centre 'For Opinion Research' baru-baru ini menunjukkan kerajaan negeri Kedah berkemungkinan besar akan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umu yang akan datang.Ia ekoran dari kembalinya sokongan pengundi Melayu dan Cina sebanyak 6 peratus kepada BN.Walaupun ramai yang berpendapat ia mungkin disebabkan oleh perpecahan yang sedang melanda kepimpinan Pas negeri,namun secara hakikatnya ia adalah disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Pas Kedah dalam mengurus tadbir negeri jelapang padi itu.Maka atas faktor itu,telah mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk menyerahkan kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri kepada BN.Malah Pas Kedah di bawah,Menteri Besar,Azizan Razak dilihat seolah-olah telah tahu akan kelemahan sendiri apabila melihat gelombang kebangkitan rakyat yang telah mula menunjukkan semula sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.Seorang pemimpin PAS Kedah dilaporkan berkata,kemungkinan punca kemerosotan sokongan Cina itu disebabkan kedudukan kesihatan Azizan yang menurutnya menambah tanggapan masyarakat bahawa kerajaan negeri tidak stabil. 

Malah dia turut mengatakan, sokongan pengundi Melayu terhadap pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga tidak berapa kukuh. Ia berdasarkan kepada kemenangan tipis parti komponen seperti Pas, DAP dan PKR semasa pilihan raya lepas."Sebagai contoh,di kerusi negeri Tanjung Dawai, kami hanya menang seratus undi," kata pemimpin Pas itu yang enggan namanya disiarkan.Pengarah Merdeka Center,Ibrahim Suffian menggariskan tiga faktor yang mungkin menyebabkan kekalahan kerajaan PR Kedah.Iaitu pembayaran tunai RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, terdapatnya isu dalaman dalam kerajaan negeri, seperti penyampaian perkhidmatan.Seterusnya pendekatan yang diguna pakai oleh Datuk Seri Najib untuk menurunkan calon baru dilihat mula menarik balik kepercayaan pengundi.Walaupun gendang pilihan raya telah dipalu,kerajaan negeri pimpinan Azizan dilihat begitu lembap dan menyusun kembali jentera di peringkat akar umbi, malah sehingga kini, Pas Kedah masih gagal mengeluarkan manifesto. 

"Kalau takdak manifesto,pasai apa pulak kami nak undi hangpa lagi?" menurut salah seorang warga Kedah penduduk yang ditemui.Tidak cukup dengan itu,ada juga yang mengatakan Azizan telah terlalu tua dan uzur untuk terus mengetuai kerajaan negeri, malah ekoran masalah kesihatan dia juga dikatakan selalu sakit sehingga dilihat gagal memberikan sepenuh tumpuan untuk memajukan Kedah.Lebih membanggakan,BN Kedah pula ketika ini dlihat berada di tahap persediaan tertinggi dalam misi untuk merampas kembali negeri tersebut.Unsur masalah dalaman dan sabotaj seperti yang berlaku dalam pilihan raya lalu dilihat telah berjaya diselesaikan.Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KETUA MENTERI MELAKA TIDAK PUAS HATI MELAKA NEGERI MAJU ???

Posted: 07 Apr 2013 08:30 AM PDT


Selepas berjaya mencapai status negeri maju pada 2010,negeri Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak terus duduk diam selesa,sebaliknya terus meletakkan wawasan baru untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau untuk tempoh masa 10 tahun seterusnya.Selaras dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad,Mohd Ali optimis negeri Melaka dapat mencapai status itu menjelang 2020 melalui pelaksanaan pelbagai strategi yang telah dirancang seperti projek mega Melaka World Solar Valley di kawasan Rembia yang melibatkan pelaburan melebihi RM2 billion.Prasarana yang sedang dibina itu kelak bukan sahaja akan mengeluarkan produk berasaskan teknologi hijau yang tenaganya boleh diperbaharui, malah berupaya memberi nilai tambah kepada pendapatan rakyat negeri Melaka. 

Selain itu,antara strategi yang telah dilakukan ke arah mencapai Bandar Teknologi Hijau adalah pelancaran Melaka Green City,penubuhan Akademi Teknologi Hijau Melaka dan melaksanakan beberapa projek kitar semula minyak masak terpakai sebagai sumber biodiesel.Senarai pembangunan yang bakal diwujudkan di Melaka ini telah berjaya melonjakkan nama Melaka di persada dunia yang selama ini terkenal dengan peninggalan sejarah.Kaji selidik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini,mendapati pentadbiran Melaka di bawah kerajaan BN,mendapat pujian dari rakyat Melaka terutamanya dari golongan muda. 83% responden dari golongan muda yang ditemui dalam kaji selidik ini berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri,Datuk Seri Najib di mana 38.5% responden adalah lepasan sekolah,55.4% pemegang diploma dan ijazah sementara 6.1% adalah pemegang ijazah tinggi. 

Sebanyak 48.3% responden sangat setuju dan 41.1% bersetuju bahawa PM telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.Kaji selidik yang mengambil sampel golongan muda antara 21-40 tahun di Melaka ini jelas menunjukkan golongan muda di Melaka menerima pembangunan yang telah dibawa oleh BN.Melaka sememangnya mendahului dalam pelbagai aspek di negara ini,terutamanya sektor pelancongannya yang sangat memberangsangkan dan tumbuh dengan begitu pesat.Langkah kerajaan negeri memilih teknologi hijau sebagai persediaan di masa hadapan wajar dikagumi dan disokong sebagai satu strategi yang sangat berpandangan jauh dan berwawasan.Kecemerlangan ini seharusnya dikekalkan dan diteruskan dan BN telah membuktikan keupayaannya untuk terus mentadbir dan memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat Melaka.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TAKTIK PR GUNA DAKWAT KEKAL DIDEDAHKAN !!! SEMUA PIHAK HARUS BERSEDIA !!!

Posted: 07 Apr 2013 05:00 AM PDT


Malaysia bukanlah negara yang sempurna,tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa tidak ada apa yang terlalu signifikan yang perlu diperjuangkan di negara ini melainkan perjuangan untuk memperkasakan jati diri rakyatnya.Secara dasarnya,negara ini sudah cukup lengkap bagi membolehkan ia berfungsi dengan aman,stabil,makmur dan sejahtera.Apa yang perlu hanyalah penambahbaikan sahaja dan bukannya perubahan drastik.Kedudukan negara yang 'lengkap' inilah yang menyukarkan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan iaitu dari segi mencari isu yang cukup penting untuk dijuarai.Justeru,mahu tidak mahu mereka terpaksa memfitnah,mencipta isu atau menimbulkan isu daripada sesuatu yang bukan isu,untuk diperjuangkan.Oleh kerana isu yang ditimbulkan bukanlah isu yang 'genuine',maka ia selalunya membawa akibat yang buruk atau merugikan sahaja. Contohnya, isu ISA dan isu dakwat kekal dalam pilihanraya. 

Sedangkan,kedua-dua isu ini bukanlah satu isu,buktinya ia tidak pernah menjadi masalah kepada negara dan rakyat selama ini.Malah negara terus tumbuh dan berkembang maju dengan amalan demokrasi yang cemerlang,serta sentiasa aman dan stabil sama ada dengan kewujudan ISA mahupun tanpa penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.Oleh itu,sejak dari awal lagi kita meragui desakan pembangkang yang ingin sangat menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya.Sedangkan sistem itu adalah 'primitif',terdedah kepada berbagai cara manipulasi dan tidak effisien.Hairan sekali kita apabila pembangkang bermati-matian memperjuangkannya sambil menolak sistem biometrik yang lebih canggih dan 'reliable'.Malang sekali apabila desakan pembangkang ini telah tidak dikekang dengan hujah yang tegas.Bagaikan tidak mampu menahan asakan maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut.Kini,apabila pilihanraya menjelang tiba,muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor pembangkang berkaitan dakwat kekal.Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sedari mula lagi dan boleh dielakkan. 

bekas orang kuat Anwar,iaitu Datuk Zulkifli Noordin telah menyebarkan maklumat tentang bagaimana dakwat kekal akan dimanipulasi pembangkang ketika pengundian berjalan.Menurut beliau,antara cara manipulasinya adalah dengan terlebih dahulu mewarnakan tangan pengundi yang terpilih sebelum ke pusat pengundian.Apabila disekat,pengundi tersebut akan memberitahu bahawa 'ada pihak UMNO yang memaksa mereka mewarnakan tangan jari terlebih dahulu sebelum tiba,bagi menghalang mereka mengundi'. Dari situ,'orang-orang mereka' yang telah bersedia di situ akan mencetuskan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus.Sekiranya,pengundi tersebut tidak disekat dan pihak pemantau mengesahkan yang dakwat tersebut bukan dakwat yang digunakan oleh SPR, dan nama mereka masih belum dipotong, maka 'orang-orang mereka' yang telah bersedia di situ, tetap akan memulakan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus juga.Objektifnya satu sahaja iaitu menuduh SPR tidak telus serta menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya tidak ditolak. Apa yang PR terlepas pandang ialah,tidak logik jika menuduh SPR atau UMNO/BN/Kerajaan yang memanipulasi dakwat kekal kerana terbukti sejak dari mula lagi SPR,UMNO,BN atau Kerajaan begitu keberatan untuk menggunakan sistem itu.Tentulah lebih logik jika pihak yang mendesak penggunaan sistem itu,iaitu PR sendiri,yang sebenarnya mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya. Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh seperti penyokong PR yang sanggup menelan apa saja yang disumbat ke minda mereka.Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Buktinya, Malaysia kekal aman di bawah pemerintahan BN selama lebih separuh abad. 

Lagipun,bukan sekali PR berbuat silap sebegini.Sebelum insiden Lahad Datu,PR juga yang begitu sibuk sekali membangkitkan soal 'Sabah nak hilang'.Begitu juga sebelum demo BERSIH bertukar ganas,PR juga yang sibuk membangkitkan soal keganasan polis.Taktik yang sama digunakan dalam isu dakwat kekal ini,iaitu menuduh ia bakal dimanipulasi BN,di mana PR sendiri yang akan memanipulasinya.Untuk pengetahuan PR,taktik itu sudah tidak laku kerana rakyat sudah kenal siapa mereka.Sebuah perjuangan tanpa asas,tanpa isu yang 'solid', 'valid' atau 'genuine' memanglah sukar untuk diteruskan.Fitnah dan penipuan perlu sering diperbaharui di mana akhirnya pasti memakan diri.Walaupun taktik ini telah terbongkar,jangan kita sekali-kali menyangka yang PR tidak akan meneruskannya.Percayalah yang mereka tetap akan mencubanya kerana mereka tahu ada di kalangan penyokong mereka dan rakyat Malaysia yang tidak mendapat maklumat mengenainya serta bakal percaya kepada apa saja pembohongan mereka.Kesimpulannya,PR benar-benar bergantung kepada undi dari golongan yang buta tuli dan yang tidak mendapat maklumat untuk menang dalam PRU kali ini.Justeru,andainya BN dapat memastikan semua rakyat mendapat maklumat yang tepat, maka yang tinggal menyokong PR tentulah di kalangan buta tuli sahaja.Apapun,semua pihak harus berjaga-jaga bagi memastikan taktik kotor PR tidak menjadi pada hari pengundian nanti.Kamera,CCTV,pemerhati dan pemantau wajar diletakkan sebanyak mungkin bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar,bersih dan adil sepertimana biasa.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! USTAZ NASHA MEMBELASAH KARPAL SINGH KAW-KAW !!!

Posted: 07 Apr 2013 01:30 AM PDT


1. Simbol,lambang atau logo adalah merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesebuah organisasi.Ia mewakili (intention) hasrat dan content isi sebenar organisai berkenaan.Organisasi korporat sanggup membelanjakan jutaan ringgit hanya untuk merekacipta logo sebagai lambang korporat mereka. 

2. Di dalam sesebuah peperangan,panji-panji pasukan atau kumpulan yang berperang berperanan sebagai pembakar semangat dan lambang kepada sesebuah pasukan berkenaan.Sehubungan itu,di dalam sejarah Islam,terpahat insiden di mana para sahabat (RA) bermati-matian untuk mempertahankan Panji-panji atau simbol yang dibawa oleh Jemaah Islam di dalam peperangan tersebut. 

3. Kesediaan YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang selaku dua pemimpin utama DAP untuk menggunakan simbol PAS pada PRU ke 13 adalah sesuatu yang amat menarik.Ia membawa maksud kesediaan DAP sebagai sebuah parti yang menolak pelaksanaa syariat,menolak kewujudan hukum hudud Islam tetapi bersekutu dengan Pas dalam Pakatan Rakyat,bersetuju memakai symbol Pas dalam PRU-13 nanti jika ROS mengambil tindakan ke atas parti DAP di atas "kesilapan teknik DAP ketika melaksanakan kiraan undi sewaktu pemilihan AJK Pusatnya" baru-baru ini. 

4. Isu ini menarik kerana : adakah ini bermakna Karpal Singh dan Lim Kit Siang sudah menerima dasar dasar Islam yang diperjuangkan PAS seperti Negara Islam,pelaksanaan hukum hudud,penggunaan Kalimat Allah hanya untuk orang Islam sebagaimana diputuskan oleh Syura Pas dan lain lain isu Islam yang diperjuangkan oleh PAS. 

5. Untuk menggelakkan kekeliruan di kalangan para pengundi PRU-13 nanti,adalah wajar bagi Karpal Singh dan Lim Kit Siang menggumumkan secara terbuka pendirian baru mereka terhadap isu-isu tersebut bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terutamanya oleh ahli-ahli Pas sendiri,yang telah banyak berkorban berkempen dan bersedia bertungkus-lumus untuk memenangkan calon-calon Pas khususnya dan sekutu pakatannya sama ada di peringkat parlimen mahupun Dewan Udangan Negeri (DUN). 

6. Sebagai ahli PAS,saya merasakan ini adalah sebahagian daripada kejayaan PAS hasil daripada istiqamahnya dalam mendidik masyarakat – Islam dan bukan Islam,termasuklah rakan kongsi politiknya dalam Pakatan Rakyat dalam menerima Islam sebagai agama yang syumul. 

7. Oleh yang demikian,kita menuntut YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang memberikan komitmen yang jelas dan bertanggungjawab menjelaskan kedudukan perkara ini kepada seluruh ahli Pas khususnya dan rakyat Malaysia amnya.Setiap ahli Pas berhak mendapat penjelasan apakah kedua-dua wakil pemimpin utama DAP itu sudah menerima semua dasar dan prinsip perjuangan Pas yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulamak Pas selaku pemegang amanah dan dsaar parti selama ini. 

Nasharudin Mat Isa,
Kuala Lumpur. 
6 April 2013

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM VETO PENCALONAN SABAH !!! PEMIMPIN TEMPATAN NAIK ANGIN !!!

Posted: 06 Apr 2013 10:00 PM PDT


Benarlah seperti yang diperkatakan sebelum ini,Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim adalah merupakan seorang pemimpin yang mengamalkan kepimpinan ala diktator atau dalam bahasa mudahnya 'kuku besi'.Untuk pilihanraya umum ke-13 (PRU13) ini,Anwar dilihat sering membelakangkan suara dan kehendak akar umbi dengan meletakkan senarai calon-calon 'pilihannya' sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin di dalam PR & penyokong mereka yang merupakan anak tempatan.Pendekatan terbaru yang digunakan Anwar pada ketika ini ialah,mengumumkan calon-calon PKR setiap kali hadir untuk berceramah.Sebagai contoh ketika Anwar berceramah di Indera Mahkota,Kuantan,Gombak,Batu,Alor Setar dan Johor Bahru baru-baru ini dia turut membuat pengumuman untuk memperkenalkan calon-calon PKR yang akan bertanding.Namun tindakan tersebut,telah menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati dikalangan ketua-ketua cabang & pemimpin PKR dengan senarai pilihan Anwar itu.Yang mana merasakan tindakan Anwar itu jelas untuk membelakangkan peranan mereka yang selama ini menjadi tulang belakang dalam perjuangan PKR terutamanya di peringkat cabang.

Malah menurut Ketua Umno Bahagian Cheras,Datuk Wira Syed Ali pakatan pembangkang dilihat semakin bercelaru kerana pemilihan calon terutamanya yang membabitkan PKR calon pilihan Anwar tidak menepati hasrat penyokong mereka.Di beberapa negeri,penyokong akar umbi PKR mula mencemuh dan 'memberontak' terhadap keputusan yang dibuat oleh Anwar secara diktator berhubung pemilihan calon.Anwar yang pernah dikaitkan dengan kes meliwat dikatakan mengutamakan kroni beliau dalam pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR pada PRU ke-13 walaupun mendapat tentangan keras oleh ahli-ahli parti itu.Anwar hanya mementingkan perutnya sendiri dalam menentukan calon pilihan raya, sepertimana berlaku kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail, presiden boneka PKR yang akan bertanding di Selangor di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Motifnya mudah,Anwar terpaksa melarikan Wan Azizah ke Selangor sebagai jalan pintas untuk beliau menyingkirkan Menteri Besar yang ada sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim.Di Sabah sebagai contoh pembahagian kerusi yang diputuskan Anwar ialah PKR (11),APS (6),PPPS (3),PAS (3),DAP (3) yang mana dilihat cubaan untuk meletakkan calon dari Semenanjung agar lebih lebih dominan ??? Dominasi PKR,bah! Anwar dilihat cuba menggunakan 'kuasa veto' dalam soal pemilihan calon dan perkataan paling sesuai untuk diungkapkan ialah 'Welcome to dictatorship'.Tindakan Anwar itu dilihat cuba seolah-olah ingin memberikan kelebihan kepada Lajim & Bumburing sehingga masyarakat tempatan merasa kurang senang.Kesimpulannya, keputusan Anwar itu seolah-olah ingin memberikan mesej kepada rakyat Sabah bahawa PKR adalah merupakan parti Sabah,maka sebab itu dia berhak untuk lebih-lebih.Dari dulu sampai sekarang,Raja Goyang masih tak tau ambil hati rakyat Sabah.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! PAS PUNCA @ZULKIFLINOORDIN HINA HINDU !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 06 Apr 2013 07:24 PM PDT


Sebelum ini sudah beberapa kali melontarkan isu sensitif dengan harapan untuk menggugat sokongan rakyat kepada BN,antaranya isu kalimah Allah S.W.T dan isu hudud,tapi belum pun klimaksnya tercapai alih-alih bahana buruknya terpantul semula ke dahi mereka sendiri.Demikian halnya yang berlaku dalam isu melibatkan Zulkifli Noordin yang dikatakan telah menghina agama Hindu sebagaimana cuba dipropagandakan oleh PR melalui sebuah klip video pendek yang disiarkan dalam Youtube.Niat utama PR menyiarkan video tersebut selain untuk memburukkan imej Zulkifli,ia juga bertujuan untuk membunuh imej NGO Perkasa yang dianggotai peguam itu.Malang bagi PR apabila kebenaran terbukti mengatasi kebatilan bila mana ternyata video itu bukannya ucapan terbaru,sebaliknya ia adalah kuliah agama oleh Zulkifli sewaktu bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu teguh kepercayaan dengan perjuangan PAS.Ia berlaku sebelum kewujudan PR,sebaliknya saat itu Barisan Alternatif (BA) sedang merudum kejatuhan dan pakatan baru Barisan Rakyat (BR) dalam pembikinan untuk menempuh PRU 12 2008.cuba anda lihat gambar di atas dan bandingkan video di bawah sama tak kopiah yang dipakai oleh zulkifli noordin ??? itu anda kena lihat dulu !!!


Harus diingat,PR hanya wujud selepas PRU 12.Tika itu juga Zulkifli adalah peguam bela kepada Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim dan NGO Perkasa pula belum pun wujud lagi,tapi dalam video yang ditayangkan itu sengaja ditulis tajuk "Zulkifli Nordin (Perkasa) Menghina Agama Hindu" yang jelas menunjukkan motif PR untuk menyembunyikan kenyataan sebenar. Untuk rekod, Zulkifli adalah ahli PAS dan merupakan pemimpin utama bagi PAS Kawasan Bandar Tun Razak,yang kemudian dipinjamkan kepada PKR untuk mewakili parti anak beranak Anwar di Parlimen Kulim Bandar Baharu pada PRU 12 yang lalu.Dua tahun kemudiannya Zulkifli dipecat oleh PKR.Peguam itu ahli PAS tapi PKR pula memecat keahlian Zulkifli sebagai ahli parti, macam mana mereka melakukannya sukar di mengertikan. 

Parti 69 tunggang terbalik memang unik,sebab itu jangan pelik bila PR memanipulasi pula video Zulkifli.Jika pembangkang serius mahu membicarakan soal ini dan menentang penghinaan terhadap agama hindu,patutnya Zulkifli tidak akan dicalonkan bertanding mewakili PKR di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ??? Malah sewajarnya sejak dulu lagi PAS dan PKR meminta maaf atas keterlanjuran Zulkifli. Tapi kenapa sekarang baru sibuk mahu memperkatakannya ??? Sebenarnya,punca keterlanjuran yang dilakukan oleh Zulkifli bertahun-tahun dulu sedikit sebanyak berpunca dari tarbiah songsang yang kerap PAS laksanakan. Dan ia mungkin juga dapat dielakkan sekiranya PKR benar-benar serius mahu menangani isu sensitif mengenai agama atau kaum.Mujurlah Zulkifli tidak melatah sebaliknya sedar dan bersedia mengakui kesilapan dengan memohon maaf kepada penganut Hindu.Ia langkah yang terpuji dan wajar disanjung.Tahniah atas kesedaran,lain kali berhati-hati sebelum mengucapkan sesuatu.Tapi,sekiranya saat ini Zulkifli masih lagi utuh kepercayaannya kepada ideologi PAS dan masih merupakan wakil rakyat PKR,barangkali beliau akan buat pekak badak selagi jiwa nuraninya bersama PR.Kebarangkalian itu besar dan tak mustahil beliau akan mengikut jejak langkah Lim Guan Eng yang sampai sekarang masih berdegil dari memohon kemaafan dengan umat Islam berhubung isu kesucian kalimah Allah S.W.T, tak gitu pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...