BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! ANDA TAHU APA MAKSUD KERAJAAN SEMENTARA ??? ADAKAH IA HARAM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Apr 2013 02:00 PM PDT


Adakah jemaah Kabinet terbubar secara automatik dengar terbubarnya Parlimen ??? Persoalan sama,adakah barisan EXCO di negeri-negeri juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN).Persoalan ini menjadi penting dalam perkembangan semasa tanah air.Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri tidak mempunyai peruntukan khusus berkaitan pembubaran barisan jemaah Kabinet dengan terbubarnya Dewan Rakyat.Dengan kata lain,Perlembagaan tidak menyatakannya dengan terperinci.Selepas diteliti perbincangan ketika penggubalan Perlembagaan,saya dapati jemaah menteri juga terbubar dengan sendirinya selepas berlakunya pembubaran Parlimen sama ada pembubaran secara automatik selepas tamat tempoh hayat Parlimen atau Parlimen dibubarkan atas permintaan Perdana Menteri dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.(Hanya Dewan Rakyat yang terbubar,Dewan Negara tidak terbubar).Hujah di sini ialah asas lantikan anggota jemaah menteri ialah kedudukannya dalam Majlis Parlimen sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.Apabila Parlimen terbubar,maka asas lantikan itu tiada lagi.Atas dasar kehilangan asas keahlian itu,anggota jemaah menteri hendaklah melepaskan jawatannya.Dengan itu,boleh difahami bahawa jemaah menteri adalah juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Rakyat.

Terus jadi amalan 

Justeru,dengan terbubarnya jemaah menteri,timbullah persoalan sama ada perlu atau tidak dibuat pelantikan khusus sebuah kerajaan sementara bagi menggantikan jemaah menteri yang terbubar itu.Jemaah menteri yang melaksanakan pentadbiran ketika Parlimen terbubar inilah yang sering disebut sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government'.Ia merujuk kepada kerajaan yang mentadbir negara dalam keadaan ketiadaan Parlimen untuk satu masa tertentu sehinggalah kerajaan baru dibentuk.Dalam negara yang matang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah menjadi amalan bagi kerajaan yang memerintah sebelum itu untuk terus menjadi kerajaan sementara. Bagi negara kita,inilah amalan dilakukan selama ini selepas 12 pilihan raya umum (PRU) berlangsung selepas merdeka.Perlu disebut bahawa Perlembagaan kita tidak menggunakan istilah kerajaan sementara.Amalan itu bukanlah sesuatu yang 'haram' atau bertentangan dengan Perlembagaan.Perlembagaan tidak mewajibkan atau tidak meletakkan syarat secara tersurat mengkehendaki penubuhan kerajaan sementara.Amalan ini sudah menjadi fahaman atau ideologi dalam konvensyen demokrasi kita.

Bahagian akhir Perkara 43

Walau apapun,dalam perbicaraan ketika penggubalan Perlembagaan juga,bahagian akhir Perkara 43 menyatakan bahawa selepas Parlimen terbubar Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik jemaah menteri seperti disebut dalam Perkara 43.Maka,kita dapati Perkara 43(2) membuat peruntukan yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat lantikan jemaah menteri ketika Parlimen terbubar.Perkara sama menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh melantik anggota jemaah menteri terdahulu, tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak terikat dengan kriteria itu.Dengan kata lain,Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam menentukan keanggotaan jemaah menteri yang dibuat ketika Parlimen terbubar.Sementara itu,semua negeri mempunyai peruntukan sama dengan memberi kuasa kepada Raja-Raja atau Sultan masing-masing.Oleh itu,dalam amalan sistem demokrasi berparlimen,ia sudah menjadi amalan untuk jemaah menteri daripada mandat Parlimen yang terbubar itu meneruskan tugas sebagai menteri tanpa lantikan khusus.

Tanggungjawab kerajaan sementara 

Walau apapun,kita harus menitikberatkan dua perkara dalam membincangkan hal tugas dan kuasa kerajaan sementara.Dua bidang tugas utama kerajaan sementara ialah melaksanakan pentadbiran harian dan memastikan pilihan raya umum berjalan secara adil dan lancar. Kerajaan sementara hendaklah bersifat seimbang atau neutral dan juga tidak mempengaruhi penjawat awam dalam hal berkaitan pilihan raya Kerajaan sementara juga tidak boleh mempengaruhi tindakan atau keputusan badan yang mengendalikan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negara kita. Bagi mencapai tahap matang demokrasi,kerajaan sementara hendaklah mempunyai sifat saksama yang tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak sama ada dalam melaksana pentadbiran harian atau juga pilihan raya umum.Dalam keadaan seperti ini,kita tidak perlu memberikan penekanan yang tidak perlu kepada lantikan khusus kerajaan sementara.Tetapi,dua perkara berkaitan tanggungjawab kerajaan sementara itu yang perlu diambil perhatian.Sekiranya ada persoalan kredibiliti,barulah diperlukan sebuah kerajaan sementara yang dilantik khusus oleh Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan kuasa budi bicara baginda.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH ANWAR IBRAHIM KENCING RAKYAT MALAYSIA DI GERIK PERAK MALAM TADI KHAS UNTUK ANDA !!!

Posted: 04 Apr 2013 10:34 AM PDT


Anwar Ibrahim berucap di Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor,Taman Semarak,Batu 2,Gerik dan Bilik Gerakan KEADILAN DUN Kota Tampan,Dataran 88,Jalan Baru Lenggong,jom lihat video live stream anwar ibrahim.banyaknya anwar ibrahim kencing rakyat !!!



SILA LIHAT MINIT 14:30 UNTUK MELIHAT UCAPAN ANWAR IBRAHIM !!!

TERKINI !!! ANWAR IBRAHIM AKAN BERI MASA 24 JAM DIMANAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN BERTANDING PADA CERAMAH TERSEBUT !!!

KATA NAK UMUM MALAM TADI ???

APA CERITA ???

PKR HURU HARA !!!

AHLI PKR RAMAI TINGGALKAN PKR DI PERAK !!!


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

LIVE !!! ANWAR IBRAHIM TENGAH KENCING RAKYAT MALAYSIA DI GERIK,PERAK !!!

Posted: 04 Apr 2013 10:32 AM PDT


Anwar Ibrahim tengah berucap di Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor,Taman Semarak,Batu 2,Gerik dan Bilik Gerakan KEADILAN DUN Kota Tampan,Dataran 88,Jalan Baru Lenggong,sekarang.anwar ibrahim juga akan membuat pengumuman kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya pada PRU 13.dimanakah anwar ibrahim akan bertanding ??? jom lihat video live anwar ibrahim.banyaknya anwar ibrahim kencing rakyat !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

TERKINI !!! ANWAR IBRAHIM AKAN BERI MASA 24 JAM DIMANAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN BERTANDING PADA CERAMAH TERSEBUT !!!

PKR HURU HARA !!!

AHLI PKR RAMAI TINGGALKAN PKR DI PERAK !!!


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

LIVE !!! ANWAR IBRAHIM TENGAH KENCING RAKYAT MALAYSIA DI GERIK,PERAK !!!

Posted: 04 Apr 2013 09:08 AM PDT


Pengumuman Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang mengesahkan akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini dilihat sebagai satu tindakan serampang dua mata.Menurut sumber yang diterima,ia ekoran dari gelombang penolakkan orang Islam dan Melayu yang semakin mengenali makhluk 'dua alam' itu.Ini kerana dikhabarkan majoriti pengundi di Pematang Pauh telah mula bosan dengan sindrom penafian Anwar yang sehingga kini gagal menjawab semua dakwaan berhubung isu salah laku moral yang dikaitkan ke atas dirinya.Selain gagal memberikan khidmat yang cemerlang untuk para pengundi di kawasan,Anwar juga dikatakan jarang meluangkan masa untuk berjumpa dengan masyarakat setempat yang suatu ketika dahulu merupakan penyokong kuatnya.Maka telah mula kedengaran di kalangan pengundi di Permatang Pauh untuk menolak Anwar sekiranya dia masih mencalonkan dirinya dalam pilihanraya akan datang.Menurut sumber pula,tindakan Anwar yang membuat pengumuman awal senarai calon PKR juga telah menimbulkan kemarahan di kalangan beberapa pimpinan pusat dan ketua-ketua peringkat cabang.Ini disebabkan kerana,ia telah memberikan kesan buruk,selain menimbulkan perpecahan di kalangan penyokong peringkat akar umbi.Yang nyata,ramai yang tidak berpuas hati apabila Anwar menolak kepimpinan cabang sebagai calon pilihanraya,hanya kerana ingin memberi laluan kepada calon luar yang dikatakan sebagai 'giant killer'.

Ekoran itu,ramai yang dikatakan telah mengambil keputusan untuk tidak akan mengundi calon PKR.Malah ada yang mengatakan akan memberikan undi kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan sabotaj ke atas kepimpinan Anwar,lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mengambil tindakan untuk keluar parti dan membubarkan ranting PKR.Terbaru,Ketua Bahagian PKR Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan juga antara yang dikatakan akan meninggalkan PKR untuk menyertai UMNO selepas 40 orang ahli PKR termasuk Ketua Pemuda PKR Sungai Siput mengambil langkah yang serupa.Sebelum ini,seramai 64 ahli PKR di Parlimen Pasir Salak nekad mengikut jejak langkah 120 ahli dan jentera PKR,Cabang Padang Rengas yang nekad untuk keluar parti.Inilah yang dikatakan sebagai rahmat dari Allah SWT,kerana semakin ramai yang telah diberikan petunjuk untuk menilai makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin 'anugerah tuhan' itu. Lihat sahaja mengenai berita tentang tokoh-tokoh tertentu dalam masyarakat dan bidang akademik yang telah mula menjauhkan diri dari Anwar Ibrahim. 

Mereka dikatakan tidak lagi mahu menyokong perjuangan yang berpaksikan kepada kepentingan peribadinya itu.Mereka itu pula bukan golongan baru belajar berfikir dan menganalisis,Tetapi merupakan tokoh yang amat disegani di dalam dan di luar negara. Prof Datuk Dr Sidek Baba sebagai contoh merupakan antara 'hardcore' yang boleh diibaratkan sebagai panglima perang Anwar.Ini kerana di UIA, beliau adalah merupakan pemangkin pada gerakan menaikkan Anwar di kalangan masyarakat intelektual serta dunia pelajar.Selain mereka,Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa juga dilihat telah 'berkerat rotan' dengan Ketua Umum PKR,walau pun pada peringkat awal meraka antara yang turut serta dalam gerakan Anwar.Perkataan Pas diresapi parasit adalah komen pertama Hasan meninggalkan perjuangan Pas sebagai merujuk kepada usaha Anwar mencatur agenda Pas dari luar.Persoalannya,apakah mereka yang masih bersama PKR ini tidak sedar dan tidak tahu lagi akan hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim ??? Hakikatnya 'KEADILAN' dalam PKR hanyalah merupakan retorik semata-mata.Ini kerana perjuangan PKR untuk Anwar Ibrahim,jangan nak tipu saya,saya tahu siapa anwar ibrahim kerana saya bersama keADILan pada tahun 1997 sampai 2000.Dari dulu sampai sekarang ahli politik yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri ini memang tidak pernah dengar pandangan orang lain.Asyik veto,asyik saman,asyik pergi hotel jumpa budak muda yang akhirnya menyebabkan ahli-ahli PKR semakin diabaikan oleh Anwar.

SAKSIKAN ANWAR IBRAHIM LIVE STREAM SEKARANG DI GERIK,PERAK !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! MENGEJEK CALON PILIHAN ANWAR IBRAHIM !!! BUKTI PENYOKONG PKR MELUAT !!!

Posted: 04 Apr 2013 05:00 AM PDT


Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri.Calon tersebut ialah Datuk Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang.Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu,iaitu keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR.Akar umbi tidak bersetuju dengan calon pilihan pemimpin tertinggi sebenarnya bukanlah pelik,malah ia hampir tidak boleh dielakkan dari berlaku di sesetengah kawasan bagi semua parti setiap kali pilihanraya.Namun,yang menjadikannya satu isu besar ialah tindakan penyokong PKR yang langsung tidak menghormati 'pemimpin Anugerah Tuhan' iaitu,Anwar Ibrahim.Penyokong PKR telah bertindak mengejek Datuk Fauzi sehingga memaksa pengumuman diulang tiga kali oleh Anwar.Khabarnya,ada juga yang bertindak meninggalkan majlis.Kita masih boleh memahami jika mereka mengambil sikap memusuhi Datuk Fauzi,tetapi kita hairan ke manakah hilangnya rasa hormat penyokong PKR terhadap bakal Perdana Menteri mereka ini ??? saya juga difahamkan bahawa akar umbi kawasan tersebut lebih menyukai penyandang,iaitu Azan Ismail tetapi takkan 'menyayangi Azan sehingga sanggup memalukan Anwar' ??? Hilangnya perasaan hormat terhadap Anwar kemungkinan besar berpunca dari sikap kukubesi beliau yang ditunjukkan setiap kali pemilihan parti iaitu,enggan mendengar suara akar umbi dan membuat keputusan mengikut 'nafsu' sendiri.Jika Anwar tidak menghormati akar umbi,bagaimana akar umbi boleh menghormati Anwar ??? 

Dari satu sudut pula,saya tidak hairan jika Anwar tidak menghormati akar umbi kerana akar umbi PKR telah terbukti sebagai mempunyai sikap buta tuli iaitu,menyokong Anwar tanpa mengira apa pun salahlakunya yang telah terdedah dan terbukti.Bagi Anwar,suara orang yang akan menyokongnya walau apapun yang berlaku atau dilakukannya,tidak perlu diberi perhatian.Malah,Anwar bukan sahaja tidak menghormati mereka,tetapi langsung tidak prihatin pun mengenai nasib mereka.Anwar tidak kisah memperjudikan masa depan,malah nyawa penyokong-penyokongnya dengan sering menyeru mereka agar melakukan rusuhan. Sejak 1998 lagi,Anwar tidak kisah membahayakan penyokong-penyokongnya.Malah,Anwar secara terang-terangan mengimpikan 'Arab Spring' yang mana menyaksikan pertumpahan darah apabila penentang kerajaan memberontak dan menggulingkan kerajaan sedia ada.Apapun,kejadian di Kuantan ini memperlihatkan bagaimana Anwar sudah hilang 'auranya'.Anwar kini sudah menjadi 'manusia biasa' dan bukan lagi 'pemimpin hebat' di mata penyokong-penyokongnya.Tidak mustahil,kebanyakan penyokongnya hanya menyokong PKR kerana telah jauh terhasut agar membenci Barisan Nasional dan bukan lagi kerana menyanjungi atau mempercayai Anwar Ibrahim.Sekiranya ketandusan isu,Anwar mungkin boleh mencipta isu.Tetapi jika kehilangan 'aura',di manakah Anwar boleh mencarinya ??? Justeru,kalaupun Anwar menang dalam PRU kali ini,percayalah beliau akan menjadi Perdana Menteri paling hina dan paling tidak dihormati dalam sejarah politik dunia kerana rakyat,termasuk penyokong sendiri sudah terlalu amat maklum siapakah dirinya yang sebenar di sebalik watak-watak yang dipertontonkan kepada dunia

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! CERITA SEBENAR DATIN SERI ROSMAH MANSOR DAN CINCIN RM24 JUTA TERBONGKAR !!!

Posted: 04 Apr 2013 01:51 AM PDT


Saya telah membaca apa yang dinyatakan oleh isteri PM dalam buku yang diterbitkan.Isteri PM menafikan dia membeli cincin berkenaan.Bukan setakat menafi malah turut sama bersumpah.Datin Seri Rosmah akui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya (Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New York.Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd.


Borang kastam 1-Borang pengishtiharan cincin berkenaan masuk ke Malaysia yang bertarikh 16 April 2011

Diringkaskan cerita,cincin tersebut masuk ke Malaysia mengikut lunas undang-undang yang ada walaupun ianya dialamatkan ke rumah PM.Bodohlah Rosmah kalau saat dia diserang tanpa henti-henti tiba-tiba pula beliau import cincin dan melalui pemeriksaan Kastam.Bukankah lebih baik waktu beliau keluar negara beliau beli cincin tersebut dan pakai di jarinya.Tiada siapa yang tahu.Beliau berani ambil langkah tersebut kerana beliau tahu tiada apa perlu disorokkan kerana beliau berada di pihak yang benar.Bukan macam Anwar yang bodoh piang langgar pelacur sampai tak sedar jam kena curi.Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye,ianya dibawa keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama. Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara.Cincin berkenaan keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan.


Borang kastam 2-Borang pengishtiharan cincin berkenaan keluar dari Malaysia ke Singapura yang bertarikh 20 April 2011

Selepas dari Singapura kita tidak tahu ke negara mana pula cincin berkenaan dihantar untuk tujuan pameran kepada pelanggan-pelanggan Jacob & Co.Yang saya tahu dan sahih cincin berkenaan pulang semula ke New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011.Di Hong Kong mungkin cincin berkenaan dipamerkan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lain. Lebih kurang sebulan cincin berkenaan terbang ke beberapa negara untuk tujuan pameran dan akhirnya kembali ke negara asal.


Cincin berkenaan tiba semula di New York pada 13 Mei 2011 dengan pesawat Cathay Pacific (CX 888) dari Hong Kong. Format tarikh yang digunakan di borang diatas MM/DD/YY


Kalau Datin Seri Rosmah yang beli cincin berkenaan, apa ke jadahnya cincin tersebut masuk ke rumah PM,kemudian terbang ke Singapura,kemudian terbang entah ke mana-mana negara,kemudian ke Hong Kong dan kembali semula ke New York ???

NAK TAHU JAWAPAN SEBENAR ???


UNTUK SELANJUTNYA 





ANDA DAH LIHAT GAMBAR DI ATAS ???

ANDA NAMPAK KAN MEREKA EDIT GAMBAR UTUSAN NI ???

KANTOI SUDAH !!!

INILAH PAKATAN HARAM !!!

DAH TERDESAK MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! TERESA KOK MENGHINA PEJUANG NEGARA YANG TERKORBAN ??? APA CERITA NI ???

Posted: 03 Apr 2013 10:00 PM PDT


Selepas giliran Tian Chua dan Nurul Izzah menghina pasukan keselamatan,seperti polis dan tentera,kini tiba pula giliran Teresa Kok,ahli Parlimen Seputeh menghina pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan bumi Malaysia ini daripada dicerobih orang asing.Kalau sebelum ini Tian Chua pernah berkata insiden di Lahad Datu adalah sandiwara Umno walaupun kejadian pencerobohan itu telah mengorbankan 10 perajurit tanah air,Nurul Izzah pula menyalahkan UMNO atas insiden pencerobohan lanun Sulu di Sabah,polis tidak berfungsi,UMNO gagal mentadbir negara dan salahguna kuasa.Giliran Teresa Kok pula berkata perajurit dan anggota keselamatan kita yang berjuang dan terkorban dalam pertempuran dengan militan Sulu di Lahad Datu telah "dimangsakan".Apa maksud Teresa Kok mereka dimangsakan ??? Jelas pemimpin-pemimpin PR berfikiran cetek dan sempit apabila semua perkara yang berlaku,waima insiden yang serius seperti di Lahad Datu itu pun ingin dipolitikkan dan menjadi salah Umno.

Menuduh Umno bertanggungjawab dalam perkara itu jelas tidak masuk akal kerana Umno lah pihak yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.Ada pemimpin PR yang melawat lokasi ground zero ??? Mereka lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang menghina pasukan keselamatan tanpa memikirkan perasaan anggota keluarga mereka yang anak,suami,isteri pergi berjuang di Lahad Datu.Apa yang mereka tahu,menuduh insiden itu konspirasi Umno,pasukan keselamatan itu menjadi mangsa dengan sandiwara Umno.Adakah Teresa Kok mengatakan anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu itu pergi dengan sia-sia dan menjadi mangsa ??? Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan ??? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi ??? Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.Ketika negara sedang berjuang untuk memastikan kedaulatan negaranya tidak dicabar,pembangkang masih lagi sibuk memainkan sentimen politik yang sempit.Pembangkang sibuk menuduh insiden Lahad Datu konspirasi Umno,tapi mereka terlupa Reuters melaporkan pembangkang menjadi dalang pencerobohan Sabah menerusi pertemuan Anwar dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III.siapa yang dalang sebenar pencerobohan lahad datu sekarang ni wahai pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH LIM KIT SIANG KAW-KAW !!!

Posted: 03 Apr 2013 07:00 PM PDT


Kehadiran Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan datang.Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang,pakatan pembangkang dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar.Malah di dalam ceramahnya di Pulai Johor itu,Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah. 

 "Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini.Saya minta rakyat negeri Johor,semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepadanya.Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor.Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN," katanya pada majlis Bicara Minda baru-baru ini.

Menurut Tun Mahathir lagi,Kit Siang telah berada terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP,Devan Nair yang juga bekas presiden Singapura. "Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957,tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia," katanya.Kenyataan Tun Mahathir itu telah menyebabkan Kit Siang tidak senang duduk dan panas punggung sehingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kenyataan mencabar Tun bertanding semula sebagai reaksi terhadap ucapan tersebut. "Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau.Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India," katanya.

Menurut sumber,keputusan Kit Siang untuk berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah telah menimbulkan lagi beberapa perpecahan di kalangan pimpinan pakatan di Johor.Ini kerana umum mengetahui kerusi tersebut menjadi rebutan di antara DAP dan PKR.Malah Pengerusi PKR Johor,Chua Jui Meng sebelum ini dilihat berkeras mahu agar kerusi itu diberikan kepadanya dalam PRU13 kelak.Malah kegagalan PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim selaku pimpinan 'Anugerah Tuhan' menyokong permintaannya Jui Meng itu,telah menyebabkan bekas naib presiden MCA itu merajuk dan menghilang diri sebagai tanda protes.Selain Jui Meng,Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut dikatakan tidak senang dengan keputusan Kit Siang untuk bertanding di Johor.Ini kerana selain Kit Siang,Penasihat DAP itu turut membawa masuk beberapa pimpinan lain untuk turut sama bertanding di Johor. Ia sekaligus menyebabkan beberapa pimpinan DAP negeri yang selama ini berhempas pulas terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada 'pakej' Kit Siang dalam misinya untuk menawan Johor. 

Walaupun dari satu segi mereka melihat kehadiran Kit Siang ke Johor mampu memberi momentum baru terhadap gerakan pembangkang,namun dari satu segi lain telah menyebabkan pimpinan Dr Boo diketepikan.Sekiranya sebelum ini,perpecahan hanya berlaku antara Cheng Hau dan Jui Meng,namun kehadiran Kit Siang yang pada mulanya untuk menjadi orang tengah,semakin memburukkan keadaan.Kini telah wujud satu lagi kumpulan yang hanya menyokong Kit Siang dan menolak peranan yang dimainkan oleh Cheng Hau dan Jui Meng dan seperti biasa,kelompok Pas hanya mampu berperanan sebagai pemerhati dari jauh tanpa menyatakan pendirian memihak kepada mana-mana kumpulan.Ini kerana sebagai parti pembangkang yang mempunyai jentera paling kuat,sokongan Pas secara dilihat akan memberi kelebihan kepada kumpulan 'ultra kiasu' tersebut.Kesimpulannya keputusan Kit Siang melompat dari satu parlimen ke parlimen yang lain boleh diibarat sebagai percubaan berani mati.Oleh yang demikian eloklah pengundi Johor khususnya di Gelang Patah tamatkan saja kerjaya politiknya itu.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! 4 TAHUN PM @NAJIBRAZAK MEMERINTAH BANYAK YANG BERUBAH !!! PEMBANGKANG PULA HANYA BUAT FITNAH !!!

Posted: 03 Apr 2013 04:00 PM PDT


semalam genaplah 4 tahun pemerintahan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.4 tahun sebenarnya,adalah masa yang singkat bagi kita menilai seseorang pemimpin,namun tidak bagi pemimpin seperti Datuk Seri Najib.Dalam hanya 4 tahun,Datuk Seri Najib telah berjaya membuktikan kredibiliti dan kebijaksanaannya mentadbir negara dan angka-angka ekonomi serta kepuasan hati rakyat adalah buktinya.Lihat saja di media-media massa yang terpaksa menyediakan ruang yang agak besar untuk menyenaraikan segala pencapaian Datuk Seri Najib bermula dari memperkenalkan konsep 1Malaysia sehinggalah kepada GTP,ETP dan pemberian-pemberian tunai kepada rakyat.Begitu juga dengan pencapaian dari segi GDP dan juga indeks keyakinan pelabur,pembentarasan rasuah dan berbagai-bagai lagi yang mana tidak mungkin tercapai jika Datuk Seri Najib bukan seorang pemimpin yang benar-benar berkesan.Walau apapun yang dituduh dan diperkatakan tentang beliau,namun Datuk Seri Najib ternyata seorang yang sukar untuk digoyah.

Sifat tenang beliau membolehkan beliau mengendali setiap situasi dan cabaran dengan baik.Jika dahulu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dijadikan sasaran fitnah hebat serta kutukan dan cemuhan pembangkang yang masih berterusan sehingga kini,namun tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang perlu dilalui oleh Datuk Seri Najib adalah lebih hebat lagi.Fitnah yang melanda Datuk Seri Najib begitu dahsyat,iaitu termasuk terlibat dalam pembunuhan.Malah isteri dan anak menantu beliau juga menjadi sasaran fitnah yang bukan-bukan sehingga kepada tuduhan mengamalkan ilmu hitam.Beliau juga difitnah memakai tangkal di Mekah serta memakai rantai emas.Apa yang menarik ialah,ketika pembangkang giat memfitnah beliau,Datuk Seri Najib meneruskan tugasnya memimpin negara seperti biasa.Akibat keengganan beliau untuk melayan karenah pembangkang, maka pembangkang terpaksa menggiatkan lagi usaha fitnah sehingga akhirnya pembohongan mereka menjadi terlalu besar dan tidak terkawal. Pendek kata, fitnah-fitnah yang ditujukan kepada beliau lama-kelamaan menjadi begitu melampau-lampau lalu menyerlahkan betapa bobrok, buruk atau jahatnya puak pembangkang. 

setelah 4 tahun berlalu,kita menyaksikan bagaimana satu demi satu fitnah yang melanda beliau terbongkar sendirinya sebagai pembohongan pembangkang tanpa perlu beliau membalas atau melatah pun.Tidak cukup dengan cabaran fitnah,usaha berterusan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara akhirnya tercapai sedikit di saat-saat pilihanraya semakin hampir.Ia berlaku di Lahad Datu,Sabah di mana pembangkang telah dikenalpasti sebagai dalang yang mengundangnya.Namun,keganasan itu juga berjaya ditangani oleh Datuk Seri Najib dengan tenang.Malah keprihatinan beliau terhadap rakyat dan wira-wira negara juga terserlah melalui episod ini,sekali gus memberi peluang rakyat untuk menilai sendiri siapa pemimpin kita dan siapa atau apa jenis pembangkang yang kita ada.Datuk Seri Najib ternyata berjaya mengembalikan Malaysia ke kedudukannya yang istimewa di persada dunia seperti ketika berada di bawah pemerintahan Tun Mahathir.Jika nama Malaysia dikhuatiri 'pudar' sedikit sebelum ini, nama itu kini kembali gah sebagai pembawa keamanan dan penyebar kasih sayang demi sebuah dunia yang lebih baik.Jika dulu kita disanjung kerana kesungguhan membantu rakyat di negara yang berkrisis seperti Bosnia atau mangsa-mangsa kekejaman PolPot di Kemboja serta lantang membela Palestine,maka kini Datuk Seri Najib menerus dan meningkatkan lagi 'tugas keamanan' itu. 

Akhir-akhir ini beliau telah pun berjaya membantu mengamankan selatan Filipina di samping membantu Selatan Thai dan memberi ikrar kepada rakyat Palestine.Walaupun dunia menyaksikan angka ekonomi yang tidak stabil, tetapi rakyat Malaysia kekal hidup dalam keadaan sejahtera tanpa merasai sedikit pun dari 'gegaran' ekonomi itu.Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara,andainya bukan Datuk Seri Najib dan bukan Barisan Nasional yang menjadi peneraju di kala semua cabaran ini melanda.Oleh itu,menjelang Pilihanraya-13 ini,rakyat Malaysia wajar mengambil kira segala pencapaian dan segala perkembangan yang berlaku dalam negara dalam membuat pilihan.Ketepikan emosi dan pilihlah dengan minda yang waras.Di kala dunia sedang bergelora dengan ancaman kuasa besar yang ingin menakluk dunia serta melalui ketidak-tentuan ekonomi,maka memilih sebuah kepimpinan yang bijak,kukuh,kuat,ikhlas dan prihatin amatlah penting.Janganlah kita mengabaikan kapal yang cukup teguh dengan terjun ke dalam laut yang bergelora semata-mata percaya adanya sebuah kapal lain yang akan menyelamatkan kita.Padahal kapal itu belum pun siap dibina, dan nakhodanya juga belum tentu siapa.Justeru,berdasarkan apa yang berlaku selama 4 tahun ini,kita yakin bahawa tiada yang lebih baik untuk menakhoda Malaysia,melainkan Datuk Seri Najib.Apa yang penting ialah,kapal kita,iaitu BN yang telah sedia kukuh,perlu dikukuhkan lagi dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada nakhodanya demi masa depan yang lebih cerah.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...