BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! ADUN PAS LADANG RAMPAS BINI ORANG ???

Posted: 03 Apr 2013 11:51 AM PDT


Tiada seorang pun anak di dunia ini sanggup bermak tirikan perempuan yang berskandal dengan ayahnya yang dirampas secara terang-terangan dari bekas suami perempuan tersebut.


Lantaran itulah dia tidak suka perbuatan curang seperti itu dilakukan oleh seorang isteri yang kini terpaksa menjadi 'mak tiri' kepada nya dan adik-beradiknya yang lain.Pokku (anak Tengku Hassan) kini menetap di Subang Jaya penuh dengan perasaaan benci kepada perbuatan yang bertentangan dengan agama dilakukan dan adat timur.Namun begitu bagi Adun-adun PAS ini merupakan antara perkara yang dibolehkan oleh Nik Aziz dilakukan oleh mereka.Maklumat yang diterima juga mendapati,Pokku begitu kecewa dengan apa yang berlaku dalam keluarganya itu .

"Pengikut Pas sentiasa menganggap pemimpin dan wakil rakyat mereka baik akhlak walaupun jelas betapa buruknya akhlak pemimpin dan puak mereka" Pengikut Pas tidak tahu akan perkara tidak bermoral seperti ini dilakukan oleh pemimpin dan wakil rakyat mereka. "Ini kerana bagi mereka dan persepsi pengikut-pengikut taksub mereka bahawa pemimpin Pas itu baik-baik belaka akhlaknya, yang jahat dan tidak berakhlak itu adalah dari pemimpin dari parti lain".


Pokku melahirkan kemungkinan kawan-kawannya Mak Cik Aida pernah mengugut mereka,tetapi mereka tetap bersabar.Mereka tidak pulang ke rumah kerana tidak bersedia melihat suasana kekeluargaan yang tidak seindah dulu lagi dengan kehadiran wanita yang tidak direstui mereka.Perbuatan 'tidak senonoh' ADUN PAS Ladang,Dato' Tengku Hassan Tengku Omar yang merampas isteri penyokongnya benar-benar keterlaluan.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SAH !!! PR MIMPI DI SIANG HARI !!!

Posted: 03 Apr 2013 08:30 AM PDT


Baru-baru ini pemimpin veteran DAP,Lim Kit Siang dan Karpal Singh gah mengumumkan yang PR akan menguasai PRU 13 ini termasuk menawan 7 buah negeri,tinggi angan-angannya mengalahkan mat jenin.Mereka juga menyuarakan keyakinan kononnya PR bakal menambah jumlah kerusi Parlimen dimenangi sehingga mencecah angka 125 serentak dengan itu akan mengambil alih Kerajaan Pusat.Penyokong PR yang duduk di bawah tempurung tentunya seronok mendengar kenyataan itu kerana sudah menjadi kegemaran mereka untuk di dodoi dengan propaganda indah-indah belaka tanpa melihat realiti semasa.Mereka lupa sejarah penipuan PR sempena 16 September 2008 dulu,mereka lupa segala gembar-gembur propaganda lama sebelum ini yang semuanya berakhir dengan angan-angan dan bukannya kenyataan.Bagi majoriti rakyat,propaganda sebegini hanyalah perang saraf dan propaganda murahan sebegini agak biasa dimainkan oleh pembangkang saat menjelang pilihan raya.Dulu dan sekarang sama saja nadanya.Realiti suasana politik hari ini hakikatnya tidak memungkinkan untuk PR mengekalkan semua 4 negeri yang dikuasai mereka iaitu Kedah,Kelantan,Selangor dan Penang kemudian menawan kembali Perak serta menjajah pula Negeri Sembilan dan Perlis. 

Sebaliknya yang berkemungkinan besar akan berlaku PR bakal kehilangan semua negeri yang dikuasai dan banyak kerusi yang mereka miliki akan melayang berpindah tangan.Pembangkang berada di kedudukan hari ini bukannya disebabkan kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meraih keuntungan atas angin hasil dari kebangkitan protes khalayak terhadap kelemahan BN semasa era pimpinan sebelumnya. Dalam keadaan BN berada di kedudukan paling lemah dalam sejarah pun pembangkang gagal menumbangkannya, di mana logiknya gabungan tidak berdaftar PR yang ditubuhkan selepas PRU 12 2008 mampu menguasai peringkat Pusat dan menawan negeri lain ??? Jelas sekali propaganda murahan oleh pemimpin DAP itu tak realistik, hanya mimpi di siang hari dan angan-angan syok sendiri untuk menutup kegelisahan diri. Lagi pun rakyat bukannya buta dan pekak untuk melihat hakiki realiti.Sejak berpuluh tahun dulu kita sudah mendengar ribuan kali kenyataan penuh yakin dari pemimpin parti pembangkang yang sering membayangkan mereka akan memenangi PRU seterusnya menguasai pemerintahan di peringkat Pusat. 

Tapi tiap kali keputusan PRU diumumkan,tiap kali itu jugalah pembangkang tersungkur kerana gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat negara ini.Bagaimana mungkin rakyat mahu memberi sokongan dan meletakkan kepercayaan kepada pembangkang jikalau pemimpinnya hanya gah berceramah di atas pentas,namun bila masuk bab kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat,habuk pun tiada.Lima tahun PR diberi peluang merajai beberapa negeri,apa yang berlaku lebih banyak politiking kepartian berbanding amal kebajikan untuk rakyat.Sebaliknya BN juga yang sering menjadikan rujukan khalayak untuk mendapatkan khidmat dan jasa bakti.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! PR MEMBUAT RANCANGAN DAN PENIPUAN PADA PRU 13 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Apr 2013 05:00 AM PDT


Adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia mendengar dan membaca pelbagai kenyataan negatif oleh pemimpin PR yang sering mempersendakan dan menyalahkan SPR kononnya tidak telus serta sering dituduh gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan adil. Bermacam perkara dijadikan pertikaian oleh PR dari hal undi pos,daftar pemilih,proses pengundian,pengiraan undi serta pelbagai lagi isu ditimbulkan, motifnya satu untuk memberi tahu umum bahawa SPR tidak adil,tidak telus dan berat sebelah.Pendek kata bagi pembangkang,SPR hanyalah kuda tunggangan BN dan apa sahaja penambahbaikan yang dilakukannya dianggap mempunyai maksud tersirat untuk kepentingan BN. Itu realiti pandangan yang sudah berakar umbi dalam fikiran pemimpin dan penyokong PR.Peliknya di sebalik segala tohmahan itu,dalam masa yang sama boleh pula pemimpin PR mengwar-warkan kepada umum bahawa PRU 13 akan dimenangi oleh PR malah dengan yakin menyatakan 125 kerusi Parlimen dan 7 buah negeri bakal dikuasai mereka. Orang yang waras akalnya tentu terdetik untuk bertanya,jika SPR adalah kuda tunggangan BN,tidak telus,tidak adil dan tidak bebas,kenapa pula pemimpin PR sibuk mahu bercakap mengenai kemenangan dan tawan negeri itu dan ini ??? 

Yang akan mengendalikan PRU 13 tetap juga SPR,jadi ikut logik akal jika begitu buruk dan teruk kaedah pilihan raya yang dikendalikan SPR,apa gunanya lagi untuk PR berangan untuk menggapai kejayaan, bukan begitu ??? Hakikatnya PR sudah lama menerima hakikat bahawa SPR sememangnya telus, adil dan saksama sedari dulu lagi. Jika SPR benar-benar pincang,tiada seorang pun pemimpin PR yang akan bertanding dalam PRU 13 dan sebelumnya.Tentu ada agendanya maka sebab itu SPR sering dijadikan punching beg dan dijadikan sebagai kambing hitam oleh pemimpin pembangkang.Tak mustahil agenda PR dalam isu mempersoalkan kredibiliti SPR lebih kepada untuk menutup kelemahan sendiri kerana gagal menawan hati majoriti pengundi. Itu faktor utama yang tidak boleh disangkal sama sekali. Kemungkinan lain, ada kebarangkalian ianya untuk melindungi penipuan yang ingin dilakukan oleh PR misalnya melalui manipulasi dakwat kekal dengan mencalit dakwat itu kepada pengundi berusia konon untuk tujuan demonstrasi.Perkara sebegini boleh berlaku bila dilihat pada modus operandi penyokong pembangkang selama ini yang pernah mengutip kad pengenalan golongan tua bagi menghalang pengundi keluar menunaikan tanggungjawab ketika hari pengundian atau kemungkinan juga untuk mengelakkan tumpuan umum kepada gerakan jentera PR yang sebelum ini giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan yang diyakini boleh dikuasai melalui kaedah tersebut seperti mana pernah dilaksanakan oleh PAS Kedah dan PAS Kelantan. 

Malah semenjak SPR memperkenalkan pendaftaran pengundi yang dikenali sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) terdiri dari agen parti-parti politik,uniknya semenjak itu berlumba-lumba PR mendedahkan 'kepincangan' daftar pemilih mempertikaikan orang itu tak layak mengundi dan orang ini datanya diragui. SPR pernah mengumumkan seramai 332 orang penolong pendaftar pemilih ditamatkan perkhidmatan kerana cuai atau sengaja mendaftarkan pengundi dengan maklumat yang meragukan. Sebelumnya SPR pernah menolak permohonan seramai 71,184 pengundi yang didaftarkan oleh PPP kerana pelbagai kesalahan antaranya mendaftarkan pengundi yang telah berdaftar,warganegara yang belum layak mengundi, bukan warganegara dan pelbagai lagi kecuaian.Menariknya kebanyakan kesilapan daftar pengundi baru yang ditolak oleh SPR ini didaftarkan oleh wakil-wakil PR dan tak mustahil ada antara puluhan ribu permohonan pengundi baru yang didaftarkan oleh PR ini yang terlepas pandang oleh sistem semakan dan digunakan pula untuk memburukkan imej SPR. 

Di lihat pada sejarah PR,beberapa perkara yang didedahkan di atas tak mustahil berlaku dan tidak salah untuk kita membuat spekulasi kemungkinan PR sedang merancang untuk menipu dalam pilihan raya. Tindakan mereka mengkambing hitamkan SPR sebelum ini hanyalah strategi serampang dua mata, pertama untuk membunuh imej dan kredibiliti SPR di mata umum dan kedua untuk melindungi penipuan yang sedang PR laksanakan. Sedangkan dalam pemilihan CEC DAP dan pengundian dalaman PKR sendiri wujud penyelewengan, dan PAS pula penah aktif memindah pengundi ke sana ke mari, jadi apa sangatlah untuk mereka merancang penipuan dalam PRU.Apa pun jika segala kemungkinan di atas tidak menepati senario sebenar,seeloknya PR hentikan sahaja propagandanya yang memperlekeh atau mempertikaikan kesungguhan SPR dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan PRU 13 kelak berjalan lancar. Kiranya PR masih sibuk mempertikaikan SPR,itu salah ini tak betul,lebih baik pemimpin PR cermin diri sendiri untuk melihat betapa besarnya hipokrasi dalam diri masing-masing atau jika pemimpin PR masih ada harga diri, kenapa tidak untuk julung kalinya, sebagai tanda protes dan ketidakyakinan dengan SPR,maka jangan sesekali walau seorang pun pemimpin PR bertanding dalam PRU 13 ini ??? Ada berani ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PAS KEDAH TAUBAT !!! TAK NAK BERJANJI BULAN DAN BINTANG KEPADA RAKYAT !!!

Posted: 03 Apr 2013 01:30 AM PDT


Nampaknya Datuk Seri Azizan,Menteri Besar Kedah telah membuat kenyataan yang boleh disifatkan sebagai 'politically incorrect' apabila mengkritik rakan sekutu sendiri terutama di saat pilihanraya menjelang tiba.Kata Azizan di dalam satu wawancara ekslusif bersama The Malaysian Insider,PKR Selangor telah berbuat kesilapan kerana menabur janji yang terlalu banyak yang tidak mampu ditunaikan.Malah beliau juga menyatakan bahawa kesilapan itu adalah berpunca dari ketiadaan pengalaman dan menuduh rakyat yang menuntut janji agar kerajaan membayar rumah mereka sebagai 'puak yang gila'.Tidak semena-mena yang menuntut janji pula yang dituduh gila,sedangkan yang gila adalah parti yang gila-gila menabur janji-janji gila.Kata orang,menilai seorang itu adalah dari rakannya dan PAS Kedah adalah rakan kepada PKR Selangor juga.Maka,jika PKR Selangor gila,maka tentulah gila juga PAS Kedah kerana sanggup berkawan dengannya. 

Buktinya,menurut Azizan,slogan Kedah Sejahtera membawa maksud kerajaan yang hanya menjamin keselamatan dan kesejahteraan tetapi bukan membiarkan rakyat bergantung kepada kerajaan.Dalam kata lain,asalkan tidak rasuah,maka sesiapa saja boleh jadi kerajaan walaupun tidak mampu menjana wang negeri.Hujah Azizan adalah separuh betul,iaitu rakyat perlu mencari wang sendiri,tetapi Azizan sebagai tonggak kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan,suasana yang stabil dan berdaya untuk maju dan membangun bagi membolehkan rakyat mencari wang itu.Takkan Azizan mengharap rakyat membina kilang sendiri untuk bekerja sebagai kuli ??? Tentulah Azizan yang perlu mengusahakan pelaburnya.Mungkin ramai rakyat Kedah yang tidak tahu bahawa pembangunan kedai dan rumah di Kedah majoritinya hanyalah kesinambungan dari projek BN. 

Sejak PAS mengambil alih,satu projek pun tidak berjalan dengan lancar.Malah,membina masjid pun tidak mampu tetapi tidak malu menipu mengambil nama atas usaha BN.Kedah,di bawah pemerintahan PAS benar-benar menyuruh rakyat mencari wang sendiri kerana langsung tidak mamp menjana kewangan negeri dan sebaliknya menghabiskan,membazir serta meningkatkan kerugian negeri akibat projek yang tergendala, tidak masuk akal serta amalan kronisme dan nepotisme yang kronik di peringkat pemberian projek dan pekerjaan.Kita tahu bahawa Azizan adalah anak petani dan bangga sungguh menjadi anak petani.Itu saya puji.Tetapi,Azizan tidak harus mengharapkan rakyat bertani sahaja untuk mencari rezeki sedangkan rakyat negeri lain berpeluang bekerja di sektor yang lebih mencabar dan memberi pulangan yang besar.Apakah Azizan mahu anak-anak Kedah mengambil kursus pertanian atau perniagaan tani semata-mata ??? Bagaimana dengan anak-anak yang bijakpandai dalam ilmu sains atau matematik ??? Yang bercita-cita menjadi jurutera ??? Saintis ??? dan sebagainya ??? Kita tahu pemikiran Azizan amat cetek dan berkisar kepada golongan petani dan orang-orang kampung sahaja. 

Paling jauh pun,Azizan hanya boleh bayangkan pekerjaan sebagai peguam.Azizan berpemikiran seperti orang dulu kala yang masih tersekat di era pertanian sedangkan dunia telah tiba ke zaman infrared dan nanoteknologi.Selagi Kedah berada di bawah pemerintahan pemimpin yang mundur dan terkebelakang,selagi itulah orang-orang Kedah tidak akan ke mana.Sedikit masa lagi,Kedah tentu akan dapat menyaingi Kelantan dari segi kemunduran dan seterusnya masalah sosial.Jadi kali ini Azizan tidak mahu lagi berjanji apa-apa kepada rakyat Kedah.Tiada lagi janji Negeri Islam atau Negeri Kebajikan akan kedengaran di Kedah menjelang PRU-13.Tiada lagi janji sejahtera atau peningkatan negeri yang meningkat atau peluang pekerjaan yang banyak atau apa saja.Azizan yakin akan memenangi PRU tanpa menabur janji seperti pegangan partinya.Justeru rakyat Kedah wajar memikirkan,jika telah berjanji pun tidak boleh ditunai,apatah lagi tidak berjanji apa-apa.Tentulah lega Azizan nanti kerana tidak perlu berbuat apa-apa dan rakyat tidak boleh mengungkit kerana beliau tidak pernah berjanji.Maka,bersenang lenanglah beliau di singgahsana sementara rakyat terkejar-kejar berhempas pulas mencari duit sendiri.Pendirian Azizan ini juga membangkitkan persoalan mengenai tidak konsisten dengan prinsip PR yang menjanjikan bulan dan bintang untuk rakyat.Jika PR telah berjanji di peringkat pusat,maka Azizan tidak boleh tidak,wajib turut bertanggungjawab memastikan janji-janji tersebut terlaksana di peringkat negeri.Sekiranya Azizan tidak mahu terlibat dengan janji-janji PR, maka beliau wajar membuat parti sendiri dan bertanding atas tiket Bebas sahaja.Selama ini pun Azizan banyak mengambil sikap bertentangan dengan PAS Pusat.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK UMUM PARLIMEN DIBUBARKAN HARI INI !!! PUAK PR MEROYAN ??? APA CERITA NI ???

Posted: 02 Apr 2013 10:03 PM PDT


Hari ini genap 4 tahun Perdana Menteri Dato Seri Najib memimpin Malaysia setelah mengambil alih daripada Tun Abdullah Badawi.Sebentar tadi tepat jam 11.35 pagi beliau bersama Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia secara rasmi setelah menjadi teka-teki semua rakyat Malaysia.puak pembangkang apa lagi,meroyan kaw-kaw !!! nak sangatkan PM umum,tapi meroyan juga !!! apa cerita ni ???


UNTUK SELANJUNTNYA

apa pun,biarkanlah dengan gelagat puak Pakatan Haram yang senantiasa meroyan.bila tak umum bubar,kecoh.bila dah umum meroyan,muahahaha.apa pun ayuh kita Gerakkan seluruh kekuatan jentera parti dan Selamat Berperang dalam pilihanraya yang ke 13 kepada semua parti yang bertanding.ayuh rampas kembali semua kerusi yang dimenangi oleh Pakatan !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...