BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! MAMPUKAH IBRAHIM ALI MENUMBANGKAN NIK ABDUH ???
- HOT NEWS !!! #PRU 13 !!! KHABAR BURUK UNTUK PR DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PERTADINGAN 7 PENJURU !!! BUKTI ANWAR IBRAHIM CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!!
- KANTOI !!! #PRU13 !!! AZIZAN MENGGELETAR DICABAR SEPUPU SENDIRI ???
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! DRAMA RONNIE LIU DAN TERESA KOK DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! LIM KIT SIANG BERLAKON DEPAN RAKYAT ??? APA CERITA NI ???
| HOT NEWS !!! #PRU13 !!! MAMPUKAH IBRAHIM ALI MENUMBANGKAN NIK ABDUH ??? Posted: 22 Apr 2013 08:30 AM PDT Mimpi indah Nik Mohammad Abduh,anak lelaki kesayangan Menteri Besar Kelantan,Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengambil kesempatan dalam pertarungan tiga penjuru di Parlimen Pasir Mas akhirnya berkecai apabila calon BN,Che Johan Che Pa tidak menghantar borang pencalonan.Che Johan dalam satu kenyataannya secara terbuka memohon maaf di atas tindakannya itu sambil menjelaskan ia dilakukan selepas mengambil kira betapa pentingnya dielakkan pertandingan tiga penjuru yang sekiranya berlaku hanya akan menguntungkan PAS.Berikutan senario itu,Nik Abduh terpaksa berdepan cabaran satu lawan satu menentang calon Bebas,Ibrahim Ali yang pastinya menjanjikan pertarungan cukup sengit yang menjadikan Pasir Mas sebagai satu lagi kerusi panas yang menjadi tumpuan ramai.Perkembangan saat akhir penamaan calon ini memang mengecewakan Nik Abduh dan ayahandanya yang sebelum ini cukup yakin PAS akan meraih kemenangan mudah hasil dari pertandingan tiga penjuru itu.Andai diketahui ini yang berlaku pastinya keputusan asal meletak Nik Abduh bertarung di kerusi selamat, Parlimen Rantau Panjang dikekalkan manakala penyandangnya pula yang merupakan pemimpin muslimah PAS iaitu Siti Zailah Mohd Yusof dibiarkan terkontang konteng di Pasir Mas.Namun apa yang berlaku ketentuan takdir Illahi,sama ada Nik Abduh mahu pun Nik Aziz perlu menerima hakikatnya dan tidak guna merungut menyalahkan sesiapa. Yang penting rakyat Kelantan agak teruja untuk mengetahui siapa yang akan muncul sebagai pemenang dan siapa pula yang akan tumbang. Diambil kira dari segi pengalaman dan hubungan rapat dengan penduduk setempat,tidak syak lagi Ibrahim Ali yang juga adalah Presiden PERKASA memiliki kelebihan terbaik dalam PRU-13 ini untuk mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU-12 2008.Nik Abduh pula hanyalah orang luar yang sekelumit jasa bakti pun tidak pernah dilakukannya untuk kepentingan penduduk Pasir Mas.Kiranya aspek itu yang menjadi pertimbangan para pengundi memang sukar sekali untuk putera MB Kelantan itu menang.Bagaimana pun satu faktor yang tidak boleh dipandang remeh oleh Ibrahim Ali ialah Nik Abduh sebagai anak lelaki paling disayangi Nik Aziz pastinya akan berusaha keras menjual nama bapanya bagi menarik perhatian pengundi.Ia pernah berjaya dilakukan dalam usahanya merebut jawatan parti, jadi tentu sahaja ia berpeluang untuk memanfaatkannya sekali lagi.Soal kerja buat untuk rakyat itu kemudiannya punya cerita,yang penting Nik Abduh adalah anak bapak,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ??? Sekiranya faktor kekeluargaan dijadikan asas dan saki baki pengaruh Nik Aziz diambil kira,jelas sekali Ibrahim Ali bukan lawan Nik Abduh.Dari sudut ini ternampak seperti sukar untuk Nik Abduh ditumbangkan.Apatah lagi PAS Kelantan juga tidak akan membiarkan Nik Abduh semudah itu diratah oleh Ibrahim, justeru itu sepanjang kempen pilihan raya ini PAS akan mengerahkan segala jenteranya berkubu menggempur Pasir Mas demi memastikan air muka Mursyidul Am PAS terjaga.Nik Aziz pula dikhabarkan akan memberi perhatian khusus di Parlimen Pasir Mas dengan memanfaatkan pengaruhnya dan akan lebih kerap berulang alik berceramah serta menyertai pelbagai aktiviti kempen demi memastikan anaknya menang kali ini.Persoalannya,mampukah Ibrahim Ali menghadapi semua cabaran ini sekali gus menumbangkan anak Nik Aziz ??? Buat masa ini sukar ditentukan,tapi jika semarak Gelombang Merah UMNO Merentah gagal dicegah oleh PAS,ada harapan untuk tengok seorang anak MB terjelepok dalam longkang. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #PRU 13 !!! KHABAR BURUK UNTUK PR DIDEDAHKAN !!! Posted: 22 Apr 2013 05:00 AM PDT Bekas pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sudah sah bertanding dalam PRU-13 ini di Parlimen Kota Raja sebagai calon Bebas dalam pertarungan 4 penjuru yang turut melibatkan BN,PAS dan seorang lagi calon Bebas.Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru.Lebih menarik lagi di kerusi yang sama,seorang bekas pemimpin PKR,Kottappan A/L Suppaiah serta mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN Sri Andalas cukup sengit.Pada PRU 12 2008 yang lalu,Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR,masing-masing dengan majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi protes oleh pengundi keturunan India terhadap BN tika itu.Namun kemudiannya,pasca PRU 12 menyaksikan masyarakat India semakin ramai berpaling arah meninggalkan PR,antara faktor pendorongnya ialah isu Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR. Ternyata selama ini PR hanya mengambil kesempatan semata-mata untuk kepentingan politik tanpa berusaha menambah baik kehidupan masyarakat India.Dengan kemunculan Uthayakumar sebagai calon Bebas di Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas,jelas sekali ia satu perkhabaran buruk buat PR.PRU kali ini pastinya menyaksikan PR berdepan masalah besar untuk meraih undi masyarakat India. Semasa proses penamaan calon pada 20 April 2013,agak ketara tanda-tanda kemerosotan sokongan masyarakat India kepada PR apabila kehadiran mereka amat sedikit bilangannya dibandingkan penyertaan kaum itu yang agak besar jumlahnya bersama BN.Ini mengesahkan lagi senario sudah berubah dan PR bakal berdepan tugas sukar untuk menahan arus perubahan yang berlaku ini.Jika ia berterusan,nescaya khabar buruk itu bakal menjadi igauan bila mana kelak banyak kerusi PR terbang melayang. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PERTADINGAN 7 PENJURU !!! BUKTI ANWAR IBRAHIM CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!! Posted: 22 Apr 2013 01:30 AM PDT kelmarin,calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 telah pun diputuskan di mana bagi kerusi Parlimen,PAS akan bertanding 73 kerusi,PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi kerusi DUN pula,PAS 236,PKR 172 dan DAP 102.Dua kawasan di Sabah bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191 Kalabakan.Bagi Sulabayan, pertandingan adalah antara parti BN – Dato' Jaujan Sambakong dengan PKR – Hermeny Murgal,Bersama – Hasaman Sagaran dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil,Mamat Barhana,Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg. Hindi.Kalabakan pula,BN – Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming, Star – Malvine Reyes dan empat Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan,Freddie Japat dan Mohd Manuke.Beberapa kawasan lain turut menyaksikan pertentangan sesama sendiri antara sekutu PR iaitu PAS dan PKR antaranya di Parlimen Labuan Wilayah Persekutuan, serta DUN Sungai Acheh Pulau pInang, Kota Damansara Selangor dan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.Secara dasarnya,PKR dilihat berusaha sedaya upaya untuk menonjolkan dominasi parti itu selaras dengan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR. Namun,PAS juga tidak mahu mengalah dan berusaha melonjakkan Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar Ibrahim.Perkara ini bukan lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar kini semakin menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga.Di masa yang sama,PAS turut menghadapi cabaran untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat.Ini kerana Hadi Awang tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai seorang Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi. DAP pula mengambil langkah lebih realistik dengan meletakkan calon hanya di kawasan yang 'masuk akal' untuk menang kerana cukup yakin bahawa apapun keputusan undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan pakatan mereka. DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden PAS tersebut dalam soal agama Islam.Justeru,walaupun tiada pertembungan DAP-PAS tetapi hakikatnya,berlaku pertarungan hebat antara keduanya dari segi mental dan juga spiritual. Pertindihan kerusi dan juga perselisihan yang berlaku di sana sini antara sesama sekutu PR adalah bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam politik pembangkang khasnya, dan Malaysia, amnya.Anwar ditolak mentah-mentah oleh PAS dan DAP pula langsung tidak menghormatinya. Kata-kata Anwar langsung tidak diterima oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sebagai amanat mahupun arahan.Selama ini juga,Anwar tidak pernah mempunyai kuasa khas yang mampu memberi kata putus atas apa saja kemelut yang dihadapi oleh PR.Biarpun DAP bergelut dengan masalah pemilihan CEC,biarpun PAS berpeluh menahan malu akibat skandal Mustafa Ali, Anwar tidak mampu memberi komen atau masuk campur langsung dalam hal ehwal parti sekutunya sebagai seorang Ketua sebenar.Ini kerana siapalah Anwar untuk memberi komen mengenai skandal seks atau ketidaktelusan kerana beliaulah Raja segala skandal didunia.Oleh itu,walaupun kepimpinan Anwar tidak diiktiraf oleh pemimpin dan penyokong PR sendiri tetapi,dari segi skandal,kita tidak dapat nafikan bahawa Anwar seorang pemimpin yang hebat, yang benar-benar mampu memimpin melalui tauladan.Jika tidak,tidak mungkin Mustafa Ali yang bergelar Ulama juga turut mengikut jejak langkahnya. RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! #PRU13 !!! AZIZAN MENGGELETAR DICABAR SEPUPU SENDIRI ??? Posted: 21 Apr 2013 10:00 PM PDT Antara yang menarik dalam penamaan calon kemarin ialah berita mengenai YAB Dato' Seri Azizan Razak,Menteri Besar Kedah bakal berhadapan dengan sepupunya,Mohd Fadzillah Mohd Ali di DUN Sungai Limau pada PRU-13.Mohd Fadzillah telah lama menempa nama sebagai Arkitek yang berjaya di Alor Setar dan rumahnya juga tidak jauh dari rumah kediaman Azizan sendiri di Jalan Sultanah iaitu rumah pusaka ibu mertua beliau.Lebih menarik ialah Mohd Fadzillah merupakan adik kepada Dato' Mohd Fuad Mohd Ali yang juga Pegawai Kewangan Negeri Kedah.Dato' Fuad telah pun berkhidmat dengan kerajaan negeri sejak di zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi.Perkhidmatannya disambung terus walaupun PAS telah mengambil-alih negeri Kedah.Walaupun Azizan dan Dato' Mohd Fuad adalah sepupu,tetapi perbezaan ketara di antara mereka adalah dari segi sikap dan keperibadian. Keluarga Dato' Mohd Fuad,termasuk adiknya Mohd Fadzillah,terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun.Mereka jarang sekali meninggikan suara yang mana merupakan sifat yang amat bertentangan dengan Azizan.Mereka juga dikatakan antara ahli keluarga Azizan yang tidak jemu berusaha memberi nasihat dan teguran atas segala kepincangan pentadbiran negeri,tetapi sering diketepikan sahaja oleh Azizan.Mungkin atas kekecewaan kerana gagal menasihati abang sepupu merekalah maka, Mohd Fadzillah bertindak menyahut cabaran menentangnya dalam PRU kali ini.Rakyat Kedah,secara umumnya sedia maklum bahawa kaum kerabat Azizan rata-ratanya adalah penyokong UMNO.Maka tidak hairanlah beliau mengambil pendekatan yang cukup mesra dengan UMNO yang mana memeningkan kepala kepimpinan PAS.Namun,kerana pendekatan yang samalah maka ramai di kalangan rakyat Kedah berpendapat jika Azizan bijak mengurus negeri,maka soal UMNO atau PAS sudah tidak penting lagi. Silapnya Azizan ialah beliau tidak pandai mentadbir,enggan mengambil peduli segala rungutan rakyat serta menafikan segala masalah yang berlaku. Keangkuhan dan 'egonya' adalah terlalu tinggi,sama seperti semua Ulama-ulama PAS yang lain.Akibat enggan mendengar nasihat,maka keadaan ekonomi Kedah semakin hari semakin parah.Keadaan ini menyebabkan ramai yang mula bangkit untuk menentang beliau termasuk ahli keluarga sendiri demi untuk menyelamatkan negeri.Dari segi 'trend',rakyat Kedah bukanlah jenis taksub seperti Kelantan.Rakyat Kedah sukar dijangka kerana apa saja isu mampu menukar fikiran mereka dengan sekelip mata.Walaupun secara umumnya,Kedah masih jauh ke belakang dari segi sosial dan ekonomi, sekali gus mentaliti,tetapi itu bukanlah ukuran kebijaksanaan dalam menentukan undi. Rakyat Kedah hanya menginginkan pemimpin yang ikhlas dan berkelayakan untuk membawa mereka ke hadapan.Justeru,penampilan Mohd Fadzillah dari kalangan professional di kawasan yang sekian lama dikuasai Azizan, untuk berhadapan dengan pengundi yang terdiri dari ahli keluarga dan kaum kerabat mereka sendiri,mungkin mampu membuktikan pendapat saya mengenai sentimen sebenar rakyat Kedah yang sudah muak dengan politik murahan.Sedikit 'gangguan' yang mungkin berlaku ialah kewujudan dua calon Bebas yang turut bertanding di kawasan berkenaan.Walaubagaimanapun,saya yakin yang Mohd Fadzillah mampu menarik hati pengundi dengan menawarkan mereka perkhidmatan yang lebih baik dan lebih cekap dari apa yang mampu dilakukan oleh abang sepupunya. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #PRU13 !!! DRAMA RONNIE LIU DAN TERESA KOK DIDEDAHKAN !!! Posted: 21 Apr 2013 07:00 PM PDT Ronnie Liu dan Teresa Kok masing-masing telah digugurkan daripada kerusi DUN Pandamaran dan DUN Kinrara.Bagaimanapun,Teresa akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Seputeh.Dua nama ini merupakan antara personaliti yang cukup kontroversi dalam parti DAP/PR.Ronnie Liu banyak dikaitkan dengan isu samseng,kongsi gelap yang melibatkan rumah-rumah urut,pusat-pusat hiburan serta judi.Ronnie juga dikatakan terlibat secara langsung menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas untuk membanteras jenayah dan kegiatan maksiat di sekitar Selangor.Teresa Kok pula cukup terkenal dengan perjuangan dakwah Kristiannya sehinggakan apabila beliau ditangkap di bawah ISA pada tahun 2008 kerana mengarahkan laungan azan diperlahankan,kumpulan pendakwah Kristian iaitu The National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia telah membuat desakan rasmi agar beliau dibebaskan.Teresa juga merupakan individu yang pertama sekali tampil membela gereja dalam isu murtad yang terdedah luas di Selangor.Selain isu murtad dan azan,Teresa juga telah menimbulkan kontroversi berkenaan nama jalan di dalam tulisan jawi seolah-olah ia melambangkan perkauman.Sedangkan tulisan itu punya sejarahnya sendiri kerana merupakan tulisan awal bangsa Melayu di mana ia turut melambangkan agama rasmi negara.Beliau kemudian menggantikan tulisan jawi tersebut dengan tulisan Cina. Maka,benarlah,bahawa seorang yang bersifat rasis akan melihat apa saja dan siapa saja dari sudut rasis.Walaupun kononnya seorang Kristian yang 'alim',tetapi Teresa sebenarnya bukanlah seorang yang bersih.Tindakannya menggelapkan wang yang seharusnya disalurkan kepada ibu-ibu tunggal telah didedahkan oleh pembantunya sendiri. Kisahnya bermula apabila sumbangan yang 'berlebihan' telah tidak dicatat dan bagi menutup cerita,Teresa terlebih dahulu menuduh pembantunya,Tony Tan sebagai mengutip derma menggunakan nama parti.Namun,Tony Tan telah bertindak mendedahkan bahawa Teresa lah yang telah menggelapkan wang tersebut.Teresa kemudian mengugut untuk menyaman bekas pembantunya itu iaitu pada Ogos 2012,tetapi sehingga kini masih tiada saman dikemukakan.Selain tidak telus, berpura alim dan bersifat perkauman,Teresa juga langsung tidak menghormati Institusi DiRaja di Malaysia di mana beliau telah mengabaikan protokol serta tidak menghadiri Festival Lagu-lagu Islamik pada tahun 2010,yang melibatkan DYMM Tuanku Permaisuri Agong sedangkan beliau adalah EXCO yang bertanggungjawab ke atas program tersebut. Malah,suatu masa,pendedahan juga dibuat berkenaan surat rasmi kerajaan Selangor dari pejabat Teresa Kok yang jelas menunjukkan bahasa Melayu yang tunggang-langgang serta kepala surat yang menggunakan Bahasa Mandarin.Kesemua ini bagaimanapun bukanlah alasan sebenar Teresa dan Ronnie digugurkan kerana setiap kontroversi yang mereka cetuskan itu adalah menepati aspirasi DAP.Sebab utama mereka digugurkan ialah DAP perlu 'memujuk' PAS menjelang pilihanraya ini,memandangkan PAS tersebut semakin giat mengasah taring dalam menangani pertentangan dengan DAP.Mahu tidak mahu,DAP terpaksa meyakinkan PAS bahawa mereka sanggup 'berundur' setapak,bagi membolehkan mereka terus mempergunakan PAS di masa depan.Apatah lagi dengan protes yang agak kuat dari segolongan di dalam PAS berkenaan hasrat DAP untuk menggunakan logo PAS dalam PRU kali ini.Maka,Teresa dan Ronnie terpaksa digugurkan terlebih dahulu.Namun,jangan terlalu yakin bahawa DAP ikhlas berundur setapak,kerana Teresa masih dikekalkan di kerusi Parlimen.Nampaknya,DAP dan PAS akan terus bermuslihat dan bermain catur sesama sendiri sehinggalah pilihanraya berlangsung dan saya pasti muslihat dan permainan ini akan berterusan selagi mereka berpura-pura akan kewujudan sebuah pakatan di antara mereka. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #PRU13 !!! LIM KIT SIANG BERLAKON DEPAN RAKYAT ??? APA CERITA NI ??? Posted: 21 Apr 2013 04:00 PM PDT Lim Kit Siang membuat pengakuan bahawa beliau menangis kerana kononnya bimbang DAP tidak dibenarkan menggunakan lambang parti itu dalam PRU-13.Katanya,beberapa pemimpin DAP turut mengalirkan air mata,sedih atas 'penganiayaan' oleh ROS terhadap parti mereka.Bagi seorang kiasu,rasis dan chauvinis yang 'berhati-kering' untuk menangis,adalah sesuatu yang mengejutkan.itu semua adalah lakonan untuk meraih simpati dari rakyat.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? Orang seperti Kit Siang tidak akan menangis.Kalau benar beliau menangis,beliau tidak akan mengakuinya di hadapan orang ramai dan kalau benar beliau menangis,ia bukanlah kerana memikirkan tentang masa depan penyokong-penyokongnya kerana beliau tahu yang penyokong-penyokongnya selamat dan sejahtera sahaja di bawah pemerintahan Barisan Nasional.Tetapi,jika Kit Siang menangis,ia adalah kerana beliau sebenarnya sudah dapat merasakan yang beliau akan kalah. Bayangkan,hanya beberapa langkah sahaja menuju PRU, tiba-tiba semua yang dirancangnya selama ini tidak menjadi.Si kuda tunggangan juga sudah mula menunjuk degil enggan menurut perintah,malah melawan pula.Boneka juga nampaknya sudah pandai bergerak sendiri tanpa disuruh. Malah,di saat-saat akhir ini jugalah,begitu ramai ahli-ahli termasuk pemimpin DAP yang keluar parti dan membuat pendedahan akan ketidaktelusan,sikap kuku besi serta kesamsengan kepimpinan atasan.Pendek kata,imej DAP kini sudah jelas dan sah sebagai sebuah parti yang korup,diktator,kejam dan bodoh.Apa yang dicanangkan kepada rakyat bahawa kononnya parti itu lebih cekap,lebih bijak dan lebih bersih dari parti pemerintah yang diterajui Melayu kini terbukti sebaliknya.Maka,tangisan Kit Siang tersebut,jika benar,adalah merupakan kemuncak drama DAP yang nampaknya akan berakhir dengan kesedihan bagi parti itu. Malangnya, lakonan berlebihan Kit Siang gagal meraih simpati, tetapi hanya mengundang rasa geli hati. Untuk apa ditangisi isu yang bukan pun satu isu kerana ROS dari awal lagi telah membenarkan parti tersebut menggunakan lambang mereka dalam PRU kali ini.Malah, siasatan juga ditangguhkan bagi membenarkan DAP menumpukan perhatian kepada Pilihanraya walaupun ia tidak sepatutnya begitu.Kesalahan yang dilakukan oleh DAP bukan sedikit,tetapi cukup besar bagi sebuah parti politik.Ini kerana DAP telah menipu dalam pemilihan parti sendiri atau lebih tepat,mempermainkan penyokong mereka sendiri.Jika pemilihan parti sendiri juga mereka menipu,bagaimana rakyat boleh mengharapkan mereka bersifat telus jika menjadi pemerintah ??? Apapun,DAP tetap ada hak untuk berdrama,menangis,menghentak-hentak kaki atau mengilas tangan terhadap penyokong mereka,ROS,UMNO atau sesiapa saja.Tetapi ingatlah bahawa apapun yang mereka lakukan,tidak akan dapat membantu mengalih perhatian dari isu sebenar iaitu pemilihan CEC yang tidak telus.Justeru,kalaupun parti ini menang dalam PRU nanti,hakikat ini akan terus menghantui dan menyebabkan lebih ramai ahli-ahli mereka yang akan keluar parti. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment