BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM TAKUT BERDEBAT DENGAN DR MAZLAN DI PERMATANG PAUH ??? APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! NIK AZIZ BANGGA PAS GAGAL BINA MASJID ???
- KANTOI !!! PRU13 !!! PR BERCAKARAN DAN BERTELAGAH LAGI !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! HUSAM MUSA LARI DARI JANJI ??? APA CERITA NI ???
- KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PR KINI PECAH DAN RETAK SERIBU ???
| Posted: 21 Apr 2013 08:30 AM PDT Menyedari yang pemimpin tertinggi tidak akan melayan sebarang 'cabaran debat' yang membuang masa,maka,ia dijadikan modal politik yang digemari PR apabila ketandusan isu atau ingin mengalih perhatian.Setiap kali terkantoi,maka akan adalah cabaran debat yang dibuat oleh pembangkang terhadap Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim.Terbaru Anwar mencabar lagi,kali ini melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu yang mempelawa Anwar dan Najib untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang berlangsung 8.45 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.Anwar menyatakan persetujuannya untuk hadir tetapi Datuk Seri Najib telah mengabaikan sahaja jemputan itu,seperti sewajarnya dan seperti yang dijangka.Kita tahu bahawa BERSIH adalah rangkaian Anwar sendiri dan tentunya jemputan dibuat atas dasar berat sebelah. Namun,itu bukan soal utama untuk Datuk Seri Najib mengabaikan cabaran tersebut.Apa yang lebih penting ialah debat tersebut tidak akan membawa apa-apa signifikan apabila kedua-dua manifesto boleh dibentangkan dan dicapai oleh segenap rakyat Malaysia melalui media.Rakyat boleh menilai malah mengkaji dan menganalisis sendiri setiap butiran tanpa perlu menonton Anwar berdrama di atas pentas menonjolkan kepetahannya bercakap sedangkan kita cukup tahu yang beliaulah yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98 dahulu.Justeru, sikap pembangkang memperlekehkan Datuk Seri Najib kerana tidak menyahut cabaran itu adalah tidak lebih dari tukang sorak yang mempunyai masa 'lebih' untuk dibuang begitu saja.Walaupun Anwar begitu angkuh mencabar Datuk Najib,saya merasa pelik kerana beliau tidak berani menyahut cabaran orang yang lebih 'kecil', iaitu Dr. Mazlan yang merupakan 'lawannya' di Permatang Pauh dalam PRU-13 ini.anda boleh merujuk perkembangan perkara ini di dalam twitter Dr. MAZA. Dr Mazlan Ismail adalah Pegawai Memerintah,Semboyan Pakar Diraja Telekom(AW) dengan Pangkat Leftenan Kolonel.Semboyan Pakar Diraja Telekom dianggotai oleh 1000 anggota Telekom Malaysia yang bertanggungjawab terhadap Rangkaian Telekomunikasi Negara sewaktu kecemasan.Dr. Mazlan merupakan antara anak kebanggaan Permatang Pauh kerana pencapaian cemerlangnya. Beliau memiliki ijazah dalam bidang Elektronik komunikasi dari Universiti Salford, UK. Juga mempunyai Masters dalam Operational Telecom dari Universiti Coventry, UK serta PHD Kejuruteraan dari UTM atas biasiswa TM yang mana membuktikan yang beliau sememangnya seorang yang bijak. Berkhidmat dengan TM sejak 1983 dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar.Berdasarkan latarbelakang Dr. Mazlan yang cukup memberangsangkan,maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim menolak untuk berdebat dengan beliau.Alasan Anwar menolak cabaran ini adalah kerana menganggap isu-isu Permatang Pauh adalah tidak signifikan.Sekali gus,menunjukkan betapa Anwar memandang rendah akan masalah rakyat di kawasannya sendiri.Nampaknya,bagi Anwar,rakyat Permatang Pauh hanya perlu mengundinya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jangan sekali-kali mengharapkan beliau menjadi 'wakil' kepada mereka.Mungkin,Anwar melihat tugas wakil rakyat terlalu rendah bagi dirinya yang duduk sebaris dengan Mandela, Ghandi atau Suu Kyii.Anwar tidak sedar bahawa jika kawasan sendiri juga tidak mampu dijaga, bagaimana kita boleh mengharapkan beliau menjaga seluruh negara ??? Kita tahu,bahawa Anwar sebenarnya pengecut dan beliau hanya berani mencabar Datuk Seri Najib kerana seorang Perdana Menteri pasti tiada masa untuk melayan karenahnya. Sedangkan,buat masa ini,lawan Anwar adalah Dr. Mazlan,bukan Datuk Seri Najib kerana Anwar perlu terlebih dahulu melepasi 'halangan' Permatang Pauh dan menjuarai isu kawasan tersebut,sebelum bercakap tentang isu negara.Ini kerana,jangankan isu negara, isu-isu negeri PRmjuga Anwar jelas tidak punya kawalan langsung. Malah,untuk membahagikan kerusi juga Anwar tidak ada kuasa yang jelas.Di sana-sini ada saja 'pemberontakan' dalaman yang menentang pilihannya.Justeru,apakah layak Anwar mencabar seorang Perdana Menteri untuk berdebat tentang Manifesto Pilihanraya ??? Kita tahu bahawa Anwar Ibrahim memang petah bercakap dan Datuk Seri Najib pula bukan jenis yang bercakap banyak.Sepatutnya,perbezaan karektor ini sahaja sudah cukup untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan.Bukan kita tidak tahu bahawa orang yang terlalu petah bercakap akan sering tersilap cakap kerana tidak sempat berfikir.Orang yang terlalu petah bercakap juga sering dikaitkan dengan sikap tidak boleh dipercayai.Apatah lagi yang suka bercakap besar,tidak pernah mengaku salah dan tidak mungkin meminta maaf,iaitu sifat-sifat negatif yang wajib ditentang.Yang kurang bercakap pula seringkali merupakan seorang yang bijak kerana lebih banyak mendengar dan berfikir.Sifat ini menjadikan mereka seorang yang rendah diri dan oleh kerana itu, lebih dipercayai. Justeru, tindakan PR memperlekeh Datuk Seri Najib kerana enggan melayan cabaran debat Anwar adalah tindakan bijak.Melayan orang yang hanya tahu bercakap tetapi telah terbukti gagal dan penuh skandal seperti Anwar, pastinya hanya membuang masa. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! NIK AZIZ BANGGA PAS GAGAL BINA MASJID ??? Posted: 21 Apr 2013 05:00 AM PDT sahabat saya dari PAS mengatakan,Ramai penyokong PAS geleng kepala pening mengenang pelbagai kenyataan yang keluar dari mulut Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering menjadi kontroversi dan memudaratkan PAS.Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan itu mendakwa ibadah solat yang dikerjakan oleh orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat sebarang pahala.Maksud tersiratnya,sokong PAS baru dapat pahala,itu tujuan sebenar yang nak disampaikan oleh Nik Aziz.Biasalah bila musim pilihan raya,isu pahala,dosa,syurga dan negara silih berganti untuk kepentingan politik kepartian PAS.Sebelumnya yakni pada November 2012,Nik Aziz pernah memberi bayangan kononnya orang UMNO telah murtad kerana menolak Islam.Jika dakwaan karut ini dijadikan sandaran,maknanya hanya orang PAS sahajalah yang Islamik, yang lainnya dah jatuh kafir. Belum pun reda kedua-dua kontroversi itu, tiba-tiba Nik Aziz mempertikaikan pula pembinaan masjid oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO & BN.Kata Nik Aziz,UMNO bina masjid tak dapat pahala.Tujuan Nik Aziz menimbulkan isu ini tak lain tak bukan untuk mengelakkan rakyat dari mempertikaikan kegagalan PAS melaksanakan tanggungjawabnya membina rumah ibadat untuk umat Islam khususnya sepanjang 23 tahun memerintah Kelantan di mana hanya sebiji dua sahaja yang mampu dibina oleh PAS.Terbaru Nik Aziz bangga memberitahu umum yang Kerajaan PAS Kelantan pimpinannya sengaja tidak membina masjid kononnya untuk memberi peluang rakyat menyumbang ke arah pembinaan Rumah Allah.Macamlah tradisi menyumbang wang ringgit,tenaga dan lain-lain sumbangan ikhlas untuk pembinaan masjid hanya kini baru dilakukan oleh orang Islam termasuk di Kelantan.Entah siapa yang Nik Aziz nak perbodohkan,tak tahulah.Tak perlu PAS memerintah Kelantan,dah lama orang Islam di negeri ini hatta di negeri-negeri lain sudah biasa menyumbang bakti dalam pembinaan masjid mahu pun surau.Hatta golongan jutawan dan usahawan saban tahun melaksanakannya.Baik mana pun tradisi itu,selaku Kerajaan Negeri,suka atau tidak kenalah tahu tanggungjawab membina masjid keutamaannya terletak di tangan pemerintah dan bukannya diletakkan pada rakyat.Tak malukah mengaku sebagai Kerajaan Negeri paling Islamik tapi tak mampu nak membina masjid ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! PRU13 !!! PR BERCAKARAN DAN BERTELAGAH LAGI !!! APA CERITA NI ??? Posted: 20 Apr 2013 10:00 PM PDT PR dilihat semakin goyah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) apabila lebih banyak kecelaruan dalam pemilihan calon mereka dilaporkan secara terbuka.Sedangkan sebelum ini pemimpin mereka begitu ghairah mendesak Datuk Seri Najib supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya dengan menyatakan kesediaan mereka yang berada di peringkat tertinggi.Namun begitu,jelas apabila Najib mengumumkan pembubaran Parlimen,PR dilihat bertelagah sesama sendiri merebut kerusi hinggakan berlakunya protes terbuka dalam kalangan penyokong calon yang tidak bertanding. Pemerhati berpendapat isu ini timbul kerana parti-parti dalam PR mengamalkan nepotisme dan kronisme yang kronik.tidak menghairankan kerana ketua umum Pakatan sendiri berperangai begitu.Dipercayai terdapat lebih kurang 20 kawasan parlimen & DUN yang mana pemilihan calon membawa masalah kepada PR di Kedah,Perlis,Kelantan,Pahang,Selangor dan Pulau Pinang. Mengambil contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di Kelantan.Daripada 45 kerusi DUN,PAS bertanding di 40 kerusi manakala 11 kerusi parlimen daripada 14 kesemuanya.Sesetengah kawasan bagaimanapun diketahui secara terbuka calon-calon mereka telah 'bergomol' sesama sendiri kerana merebut kerusi untuk ditandingi semalam.Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut disebabkan timbul rasa tidak puas hati sehingga ada yang bertindak menutup pos atau mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka tidak diangkat sebagai calon. Paling mengerikan ada yang membuat pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah.Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi hingga menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak,syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak,waris warah dan ipar duai,biras dan besan sahaja.Sesiapa yang berseorang diri,hatta bekerja kuat di dalam parti dan mendapat sokongan dari peringkat kawasan,cawangan akan di tinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubungan diplomatik dengan individu yang memilih calon.Kuatlah 'setara mana' mereka tidak akan dipilih. Keharmonian di dalam PAS selama ini ialah kerana tidak ada unsur jahat dan khianat.Ketelusan dan keikhlasan itulah menjadi teras dan spiritual kepada PAS Ada calon-calon yang dipilih tidak pun berada dalam barisan nama yang dicadangkan oleh PAS cawangan,kawasan seperti mana ditetapkan dan menjadi amalan biasa.Tetapi kerana mereka adalah kroni kepada orang tertentu, tepatnya kepada ahli Dewan Harian PAS yang terdiri dari Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya I dan II,Setiausaha Badan Perhubungan maka dia diambil dan dinilai.Waris dan sahabat handai,ipar duai,biras mereka dibasuh dan dimake-up sebaik mungkin.Di persembahkan kepada tok guru Nik Aziz sebagai barang persembahan yang indah.Amat menyedihkan lagi adakah apabila untuk menjadi calon PAS mahupun parti komponen PR,mereka tidak perlu bekerja keras untuk parti,cukuplah pernah memegang mana-mana jawatan tinggi dalam kerajaan,kemudian seminggu sebelum penamaan calon menyertai pembangkang,sekali gus mereka akan dipilih sebagai calon.Perkara itulah yang menyebabkan penyokong setia dan ahli PR mengamuk.Sedangkan Aisyah sendiri tidak tahu dia akan bertanding di Jempol.Jelas,calon PR di kawasan-kawasan yang terlibat dengan perkara sedemikian begitu kecewa dengan kepimpinan PR yag serkap jarang dalam memilih calon.Tidak kurang juga bagi artis-artis yang ingin bertaubat dan memilih pembangkang sebagai "jalan untuk bertaubat", mereka secara langsung akan bertanding.tetapi yang sudah bertanding tu,pandai-pandailah anda menilai sama ada calon PR ini berkhidmat untuk rakyat atau pandai tabur janji kepada rakyat RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! HUSAM MUSA LARI DARI JANJI ??? APA CERITA NI ??? Posted: 20 Apr 2013 07:00 PM PDT Mesti ramai yang rasa Datuk Husam sebagai hero PAS sebab berani ke Putrajaya.Ini adalah kerana beliau sudah mengesahkan bertanding di putrajaya semalam dan akan menentang Datuk Seri Tengku Adnan.Perkara ini dianggap sebagai satu simbol keberanian PAS kerana mencabar BN di pusat pemerintahan negara.Tetapi,jangan kita lupa bahawa setiap calon veteran yang bertanding akan dinilai melalui 'track record'.Setiap perkara yang dilakukan calon akan dinilai di saat menjelang kepada pilihan raya.Ianya umpama semakan report card rakyat kepada mereka yang bertanding.Jadi,cuba semak semula apa kejayaan dan khidmat yang telah dicurahkan beliau di Kelantan.Nampaknya,beliau sama sahaja dengan kepimpinan pakatan pembangkang yang lain.Sebab janji hanya tinggal janji,janji pembangkang tak mungkin ditepati.Tindakan yang ingin bertanding di Putrajaya dilihat sebagai melarikan diri setelah gagal tunaikan janji-janji kepada rakyat Kelantan. Sudah semestinya ini bakal meninggalkan rasa kecewa rakyat Kelantan.Mana tak nya,sudah berjanji,tidak dilaksanakan.Rakyat sudah semestinya mengangkat beliau sebagai pemimpin mereka kerana percaya beliau akan berkhidmat untuk masyarakat.Tetapi inilah resam pembangkang,menabur janji untuk meraih undi.Bukan berjanji untuk ditepati.Jadi,macam mana pula gayanya jika beliau ke Putrajaya.Jangan mudah percaya kepada janji-janji semudah itu.Kaji semula adakah ianya relevan untuk dilaksanakan.Ini sebagai langkah awal untuk berjaga-jaga dari kecewa.Apa yang saya nampak,Husam ingin mencuba nasib di Putrajaya dengan strategi baru.Ekoran sokongan terhadap beliau di Kelantan semakin berkurangan,beliau menaruh harapan kepada rakyat Kelantan yang berhijrah atau menetap di Putrajaya.Tetapi,apa yang saya pasti,rakyat sudah bijak menilai.Sama-sama kita berfikir sebelum buat keputusan agar tidak kecewa di kemudian hari. RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PR KINI PECAH DAN RETAK SERIBU ??? Posted: 20 Apr 2013 04:00 PM PDT Lonjakan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin ketara.Sejak pengumuman pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu serta penyerahan watikah kepada calon-calon samada bagi peringkat parlimen atau dewan undangan negeri,mood atau gerakrasa rakyat amat dirasai menyebelahi BN.Ini berdasarkan kepada beberapa faktor antara lain Aku Janji BN yang bukan sahaja berfungsi sebagai manifesto tetapi menjangkau ikatan janji kerajaan BN untuk terus memakmurkan negara dan rakyat melalui dasar, program,perancangan yang telah,sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun akan datang.Ketokohan serta kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam mendepani dan memimpin pelaksanaan program transformasi telah terbukti kejayaannya melihat kepada respons rakyat daripada setiap lapisan masyarakat.Rasa puas hati dan seronok di kalangan rakyat yang benar-benar mendapat pelbagai bentuk bantuan serta pertolongan daripada kerajaan adalah bukti kukuh penerimaan baik segala program yang telah diimplementasikan.Selain itu,rakyat juga telah sedar kemelut berpanjangan di antara PKR, Pas dan Dap terutamanya dalam isu pengagihan kerusi merupakan bukti jelas tidak ada muafakat dan kerjasama yang ikhlas dan berpanjangan seperti BN.BN telah mengambil masa yang lama meneliti setiap bakal calon yang berpotensi mewakilinya pada Pilihan Raya Umum ke 13 berdasarkan kepada templat atau formula yang telah digunapakai pada pilihan raya sebelumnya. BN mahu memastikan sebagaimana tegas Perdana Menteri bahawa calon yang dipilih adalah 'winnable' atau boleh menang dan bukannya calon angkat muat atau ala kadar. Keadaan inilah yang sedang melanda pakatan pembangkang sekarang di mana berlaku perselisihan dan konflik yang parah dalam isu penbahagian kerusi.Setiap parti pembangkang mahu muncul sebagai parti yang paling banyak merangkul kerusi parlimen dan DUN bagi calon mereka dan ini menyebabkan pergaduhan hebat di peringkat bawahan.Demonstrasi demi demonstrasi dilakukan kerana ahli-ahli parti tidak menyetujui pilihan pucuk pimpinan atasan berhubung pemilihan calon.ini menyebabkan jentera pilihan raya pembangkang di banyak kawasan terjejas teruk malah ada operasi bilik gerakan telah ditutup terus.Pemimpin-pemimpin pembangkang juga bertempiaran meninggalkan kawasan yang pernah mereka wakili dahulu pada PRU 2008.Atas nama strategi politik sekali pun, tindakan mereka jelas menunjukkan pemimpin pembangkang hanya mementingkan kerjaya dan masa depan karier politik mereka sahaja sementara rakyat hanya dijadikan alat untuk mendapat undi dan kuasa. Tindakan pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang berserta beberapa tokoh parti itu ang berhijrah ke Johor kononya untuk menawan negeri itu dilihat sebagai perbuatan harakiri yanbg bakal menguburkan parti. Mungkin Dp sidah berasa terlalu angkuh, besar kepala dan mempunyai keyakinan terlalu tinggi untuk menawan negeri kelahiran UMNO itu tetapi jalannya amat sukar sekali. Kit Siang mengkritik MCA kerana kononnya parti itu tidak berani berdepan dengannya tetapi hakikatnya beliau sudah gugup daripada awal untuk bersaing dengan Menteri Besar Johor sebagai calon.Begitu juga dengan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang masih bergelut dengan masalah serius pertentangan dalaman parti berhubung calon pilihan beliau dan semalam di ceramah beliau menipu rakyat kononnya semua pembahagian kerusi adalah adil.adil apanya kalau semua dah masuk bebas ??? PKR kini bergolak terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana isu calon dan sudah ada indikasi akan berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru jasil rasa tidak puas calon-calon pembangkang yang tidak terpilih.Pas juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah dalaman parti menjelang hari mengundi pada 5 Mei depan.Musyidul Am,Nik Aziz Nik Mat dilihat sebagai liabiliti besar kepada Pas walaupun beliau disanjung oleh sesetengah ahli parti.Sokongannya terhadap Anwar secara membabi buta dan fanatik sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang menyebabkan rasa tidak puas sebilangan besar anggota dan pimpinan Pas. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





No comments:
Post a Comment