BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #BETTERNATION !!! PM @NAJIBRAZAK YAKIN BN MAMPU MENANG BESAR !!!

Posted: 19 Apr 2013 12:00 PM PDT


Dalam ambang pilihan raya sebegini,ramai yang bertukar pekerjaan kepada tok nujum.Ramai yang menjadi ahli ramal bagi menentukan apa yang bakal terjadi pada pilihan raya kali ini.Sudah semestinya,pilihan raya kali ini pasti menjadi satu pilihan raya yang paling menarik.Ramai yang menjangkakan sebegitu ekoran pelbagai peristiwa dan kejadian yang terjadi kepada Malaysia ketika menjelang pilihan raya.Apa yang pasti,PM kita Datuk Seri Najib sungguh optimis dan yakin bahawa BN akan menang besar dalam pilihan raya yang ke 13 ini.Beliau dilihat sangat bersedia dan yakin.Dalam satu temuramah bersama Straits Times dari Singapura,PM Datuk Seri Najib sendiri berkata bahawa beliau yakin BN akan menang dalam PRU ini.Sebagai seorang ketua kerajaan,semestinya beliau adalah seorang yang realistik dan relevan. Bermakna, jangkaan dan keyakinan beliau pasti ada sandarannya. 

Lihat sahajalah negara sejak berada di bawah pemerintahannya.Boleh dikatakan,gelaran Bapa Transformasi adalah paling cocok untuk insan bernama Najib Razak ini.Ini kerana,PM yakin agenda transformasi yang beliau bawakan selama ini diterima baik oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.Banyak program yang dilancarkan adalah khusus untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat.Bantuan berbentuk kewangan,peluang perniagaan,pendidikan dan banyak lagi dilaksanakan dibawah Government Transformation Program (GTP) dan Economic Transformation Program (ETP). Ini adalah usaha dan buah fikiran PM bagi memastikan sosio ekonomi rakyat terjamin disamping menjaga kebajikan mereka.Rata-rata rakyat bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan kerana dapat meringankan beban mereka untuk menampung kos hidup seharian.Ini sekali gus menunjukkan penerimaan rakyat kepada BN khususnya PM yang banyak berusaha untuk memajukan negara.Jadi,tidak mustahil untuk BN menang dalam pilihan raya akan datang kerana mereka berkhidmat untuk rakyat. Bukan PM je yakin, rakyat rasanya pun yakin dengan kepimpinan Najib.Jadi, apa-apa pun,buatlah keputusan dengan tepat.Bijak dalam memilih.Selamat menunaikan tanggungjawab…

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! LIM KIT SIANG TERBALIKKAN FAKTA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 19 Apr 2013 08:30 AM PDT


Apa yang kita jangkakan iaitu PR tidak mungkin dapat bekerjasama dengan baik dan pasti akan bersengketa sesama sendiri,kini terbukti apabila mereka tidak mampu menangani masalah pembahagian kerusi untuk Pilihanraya yang paling penting bagi mereka.Mungkin kerana bahang kekalahan sudah semakin terasa,maka PR kini giat mencari-cari jalan untuk mengembalikan sokongan dan semangat jenteranya.Salah satu caranya ialah dengan memberi gambaran seolah-olah PR akan menang pilihanraya ini dengan 'gemilang' sekali.Namun,menyedari bahawa rakyat sukar untuk mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut mereka,maka terpaksalah mereka menggunakan nama pihak yang lebih berkredibiliti,contohnya,pihak polis yang sering dicemuh dan ditohmah mereka.Sehubungan dengan itulah maka,Lim Kit Siang menyiarkan di dalam blognya,satu analisis yang kononnya didapati dari Bukit Aman.Kononnya mengikut analisis tersebut,PR dijangka akan memenangi 145 kerusi dan BN hanya 77.Berikut adalah analisis yang disiarkan di blog Kit Siang : 

State       PR BN 

Perlis                       1  2 
Kedah                    13 2 
Kelantan                13 1 
Terengganu             4 4 
Penang                  12 1 
Perak                    18  6 
Pahang                   5  9 
Selangor                20 2 
Wilayah Per.         10 1
Putrajaya                 0 1 
Negri Sembilan       6 2 
Melaka 2 4 Johor  12 14 
Labuan                    1 0 
Sabah                    12 13 
Sarawak                16 15 
Total                    145 77 

Hakikatnya,maklumat dari Bukit Aman adalah sulit dan Kit Siang yang menjadikan pihak polis sebagai 'musuh ketat' tidak mungkin diberi 'keistimewaan' untuk menerima maklumat tersebut.Lagipun,dari sumber-sumber dalaman yang didapati,angka itu adalah sebenarnya hampir 'terbalik' sepenuhnya.Kita tahu bahawa Lim Kit Siang sebenarnya hanya ingin memancing jawapan pihak Bukit Aman atau kerajaan,kerana beliau sudah benar-benar cuak setelah mencongak-congak kebarangkalian kemenangan atau kekalahan PR.Namun,tidak semudah itu untuk Kit Siang menyerkap jarang kerana pihak Bukit Aman ataupun kerajaan bukanlah bodoh seperti DAP yang tidak tahu mengira atau menaip.Kit Siang boleh berangan dan terus memberi keyakinan palsu kepada penyokong-penyokong PR dengan menyebarkan angan-angannya dalam bentuk jadual seperti di atas.Sedangkan,tindakan beliau itu sebenarnya membantu BN dengan cara menguatkan lagi semangat dan meningkatkan lagi usaha jentera parti untuk bekerja dan menang pilihanraya. 

Secara tidak langsung,tindakan Kit Siang menyebarkan analisis palsu ini dilihat sebagai satu kenyataan bahawa beliau sendiri hampir pasti yang hayat politiknya akan berkubur di Gelang Patah.Namun,sebagai ahli politik,sudah tentulah beliau menafikannya dan cuba meyakinkan penyokongnya yang beliau masih pasti menang.Oleh itu,sebelum Kit Siang terkubur,wajarlah kita berterima kasih terlebih dahulu kepadanya kerana memberi pengajaran awal kepada kita melalui peristiwa 13 Mei,iaitu tentang kewujudan manusia rasis sepertinya yang sangat-sangat merbahaya untuk negara.Walaupun kita berterima kasih,kita tidak akan sekali-kali memohon maaf kepada ahli politik yang hampir terkubur ini kerana apa yang dilakukannya kepada negara kita,iaitu memecahbelahkan perpaduan kaum telah menjadikan negara ini rapuh sekali.Biarpun Kit Siang terkubur dalam ertikata sebenar pada suatu hari nanti, namanya akan pasti terpahat dalam sejarah sebagai 'Bapa Perkauman' Malaysia selama-lamanya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! AZIZ BASI MENGAKUI PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADALAH TERBAIK DI DUNIA ???

Posted: 19 Apr 2013 05:00 AM PDT


Aziz Bari A.KA Basi, iaitu seorang 'pakar perlembagaan mengikut piawaian PR',baru-baru ini dipetik oleh Harakahdaily sebagai menegaskan bahawa kedudukan Melayu adalah selamat,berkat dari kebijaksanaan UMNO-BN menggubal perlembagaan negara.Oleh itu,menurutnya sekiranya PR menang dengan majoriti 2/3 iaitu 148 kerusi sekali pun,kedudukan Melayu di dalam perlembagaan tidak boleh ditukar kerana majoriti yang dimenangi PR hanyalah di Dewan Rakyat tetapi di Dewan Negara majoritinya masih senator lantikan UMNO/BN,selain terdapat keperluan kepada perkenan Majlis Raja-raja untuk melakukan sebarang perubahan dalam perlembagaan. Atas dasar itulah maka kedudukan Melayu dikatakan selamat walaupun PR memerintah.Terdapat 70 orang senator di Malaysia.26 dari mereka dipilih oleh Dewan Undangan Negeri iaitu 2 dari setiap negeri dalam Persekutuan manakala 44 lagi dilantik oleh Yang DiPertuan Agong di mana empat darinya akan mewakili Wilayah-wilayah. 

Pertamanya,apakah jaminan yang kesemua ahli Dewan Negara akan membela Melayu ??? Keduanya,apakah jaminan kesemua Melayu di Dewan Undangan Negeri akan mempertahankan hak-hak Melayu di dalam perlembagaan jika sebahagian besar mereka adalah dari PR ??? Ketiganya,walaupun 44 senator dilantik oleh Yang DiPertuan Agong,namun terdapat satu klausa yang menambah kenyataan bahawa lantikan itu adalah 'atas nasihat Perdana Menteri'.Justeru,jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri,apakah jaminan yang beliau akan menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk mempertahankan keududukan Melayu ??? Perlu diingatkan,bahawa hanya baru-baru ini sahaja,iaitu beberapa hari lepas,di dalam wawancara dengan Financial Times,Anwar sekali lagi mengulang kenyataan bahawa 'masalah paling utama di Malaysia ialah Hak-Hak Melayu kerana ia membawa kepada masalah perkauman dan korupsi'.Sudah tentulah kenyataan tersebut bersifat terlalu umum,subjektif dan boleh diperdebatkan.Namun,isu di sini bukan soal perkauman atau korupsi tetapi berkenaan hak-hak Melayu.Dari apa yang diperkatakan Anwar,jelaslah bahwa beliau berniat untuk menghapuskan hak-hak Melayu sama sekali. Dengan DAP berada di belakangnya, atau lebih tepat di atas Anwar,maka apakah jaminan yang perlembagaan yang ada mampu dipertahankan ??? 

DAP langsung tidak pernah berdolak dalih akan penentangan mereka terhadap hak-hak Melayu di dalam perlembagaan.Umum sedia maklum bahawa kewujudan DAP adalah atas dasar perjuangan menghapuskan hak-hak Melayu,termasuk Institusi Raja-raja.DAP pastinya akan mempunyai lebih kuasa dan cara untuk mencapai matlamat mereka sekiranya PR berada di takhta.Oleh itu,yang mungkin akan membela Melayu jika PR benar-benar menang dalam pilihanraya kali ini, hanyalah PAS dan UMNO. Dengan UMNO sebagai pembangkang,maka suara UMNO tentulah agak terhad apatah lagi dengan sikap PR yang gemar 'menutup' suara penentang-penentang mereka.Lebih malang lagi,PAS juga telah dicerobohi oleh orang-orang Anwar dan DAP sehingga ke peringkat kepimpinan tertinggi.Di tambah lagi dengan 'kekaburan' para pemimpin Ulama di dalam parti itu yang meletakkan kebencian terhadap UMNO sebagai matlamat utama sehingga menghina sebarang usaha untuk membela bangsa Melayu,maka apakah jaminan yang mereka akan turut membela kedudukan Melayu di dalam perlembagaan ??? Dari situ,saya tidak faham bagaimana Aziz Bari boleh menyatakan bahawa kedudukan Melayu akan lebih kuat jika PR memerintah sedangkan di Pulau Pinang dan Selangor,kita melihat sendiri bagaimana Melayu dan Islam diremehkan,malah diketepikan terus,apabila saja berpeluang.Pun begitu,walaupun tidak menguasai Kelantan,namun DAP tetap mampu menguasai beribu ekar tanah Kelantan.Justeru,di mana logiknya hujah Aziz Bari ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PAS KELANTAN DILANDA TSUNAMI KERUSI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 19 Apr 2013 01:30 AM PDT


Ramai ahli dan penyokong PAS tepuk dahi sendiri melihatkan suasana hiruk-piruk dan berpuak-puak dalam perebutan kerusi sesama sendiri sempena PRU-13 terutama sekali di Kelantan.Suasananya agak panas,kelam kabut dan serba bercelaru.Itu gambaran jelas betapa kalutnya proses pemilihan calon-calon PAS untuk PRU-13,semacam tiada lagi nilai jihad dalam perjuangan para pemimpinnya.Dari A sampai Z berkucar 'wak yah' kerana wujudnya puak-puak berlainan kepentingan yang merasakan kroni dan waris warah masing-masing lebih berhak menjadi calon terutama sekali di kawasan yang dikira selamat. Pengumuman calon misalnya yang sepatutnya berlangsung pada 12 April 2013 dalam majlis Himpunan Kelantanku Hijau tapi gara-gara kekalutan yang berlaku memaksa ianya ditunda kepada 17 April 2013.  

Setelah nama-nama calon diumumkan,lagi sekali ahli dan penyokong PAS menepuk dahi sendiri apabila sebahagian punca kekalutan ini juga melibatkan Dewan Harian PAS yang turut sibuk memasang calon masing-masing.Soal berjuang kerana jihad demi kedaulatan Islam yang sering dilaungkan sudah habis di bakul sampahkan.Pening ahli dan penyokong PAS dibuatnya.Diam tak diam,UMNO dan BN Kelantan sudah menang di pusingan pertama kerana lebih awal mengumumkan calonnya tanpa banyak masalah dan soal cah keting juga sudah tidak kedengaran.Pergolakan dan kekalutan dalaman serta persaingan pelbagai puak dalam kepimpinan PAS Kelantan tika ini menjadikan parti berlabel Islam itu tiada jauh bezanya dengan UMNO mahu pun PKR.PAS sudah semakin hanyut dan kian hilang identiti Islamik yang selama ini dibanggakannya,barangkali kerana peralihan zaman atau sebenarnya disebabkan para pemimpinnya tenggelam dalam mimpi indah mengejar kuasa di Putrajaya.Apa yang berlaku kini,ia boleh disimpulkan sebagai rekod terburuk dalam sejarah PAS berbanding kekalutan yang pernah berlaku semasa pemilihan calon PAS untuk PRU 1978 dan PRU 2004 dulu.Andainya kesimpulan itu benar,bermakna suka atau tidak,PAS terpaksa menerima hakikat bahawa keputusan PRU-13 yang akan diterjemahkan dalam peti undi kelak yang bakal membawa perkhabaran buruk yang sukar untuk dielakkan.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PR PERAK CUBA MEMBELI UNDI DARIPADA RAKYAT ??? APA CERITA NI ???

Posted: 18 Apr 2013 10:58 PM PDT


PR Perak menjanjikan kepada rakyat negeri berkenaan bantuan pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga RM5,000,pertanian dan industri kecil di kalangan rakyat desa,ibu tunggal,miskin bandar serta orang kurang upaya sekiranya rakyat Perak mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang.Tindakan itu terang-terangan sebagai cubaan membeli undi daripada rakyat dengan menawarkan bantuan wang tunai sekiranya merekaa berjya memerintah.Perkara itu bagaimanapun dilihat akan menemui kegagalan kerana segala janji melibatkan wang tunai bukan satu mahupun dua,tetapi terlalu banyak janji PR yang tidak tertunai,termasuk di Selangor.Ini kerana pemimpin PR tidak perlu mengotakan janji manifesto kerana manifesto pada hemat mereka hanyalah cubaan membeli undi dan bukannya perjanjian untuk rakyat memilih pemimpin.Mereka pula sebaliknya mempermainkan rakyat degan menawarkan perkara-perkara yang "sedap didengar" tetapi "mustahil" ditunaikan kerana berfikiran rakyat tidak mampu berfikir akan penipuan mereka. Janji PR di Perak pula menunjukkan manifesto "recycle" dan telah pun dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mentadbir negeri berkenaan selama empat tahun.

Apa guna berjanji kalau tak ditepati.Antara janji-janji PR Perak adalah seperti pemasangan CCTV ditempat-tempat yang berisiko tinggi berlaku jenayah.Mengupayakan belia dan wanita antaranya,bantuan sara hidup bagi balu bawah 50 tahun yang tidak bekerja dan tiada pencen suami bagi 4 bulan pertama selepas kematian suami,mewujudkan tabung khas RM3 juta setahun untuk program melahirkan ramai belia tani khusus dalam produk makanan.Meningkatkan bantuan pelajar ijazah pertama yang memasuki IPTA sehingga RM2,000 kepada anak Perak yang layak, menyediakan caruman Perkeso untuk pegawai masjid, guru KAFA dan Tadika Islam yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan komitmen gaji minima RM1100 kepada kakitangan kerajaan negeri dan GLC.Dalam perkara mensejahterakan rakyat,PR juga menjanjikan pemberian air percuma 20 meter padu bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 sebulan,komitmen membina rumah mampu milik dengan menyediakan 30,000 unit lot kediaman baharu untuk 5 tahun (2014-2018) dengan membuka kampung tersusun baharu dan mengazetkan tanah untuk komuniti orang asal dan pemberian hak milik kekal kepada keluarga yang layak. 

Mereka turut menjanjikan bantuan RM1,000 bagi pengurusan jenazah kepada waris warga keluarga yang layak dan waris kakitangan kerajaan negeri dan GLC.PR Perak turut mengulangi janji lama untuk mengadakan pemilihan ketua kampung tradisional dan peruntukan RM250,000 setahun kepada setiap kawasan DUN bagi projek kecil dan program kebajikan rakyat.Manifesto itu turut menjanjikan peruntukan khas RM2 juta anugerah integriti dan program-pgoram latihan untuk kakitangan kerajaan negeri sebagai usaha untuk membanteras rasuah,menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor awam secara adil kepada semua kaum dan jantina berdasarkan keperluan dan kelayakan,menyediakan tanah yang mencukupi dan sesuai mengikut lokaliti untuk SJK(C) dan SJK(C). Perkara lain yang dijanjikan ialah menubuhkan tabung pendidikan khas dan pengupayaan belia India dan orang asal dengan peruntukan RM5 juta setahun,mengisytiharkan kawasan Kerian dan Padang Rengas sebagai Bandar Warisan Ilmu Islam dengan peruntukan tetap bagi membina dan menyelenggara beberapa pondok pengajian Islam moden.memang sedap didengar tapi anda lihat sendiri janji 4 buah negeri yang di perintah oleh PR.adakah mereka mengotakan janji ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ZURAIDAH MAK LAMPIR BUAT HAL LAGI !!! MASALAH AIR SEMUANYA SALAH UMNO ??? APA CERITA NI ???

Posted: 18 Apr 2013 07:00 PM PDT


Baru baru ini saya terbaca kenyataan Ahli Parlimen Ampang,Zuraidah Kamaruddin yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan.Beliau dengan tegas mengingatkan Syabas agar tidak berkomplot dengan BN dengan mencipta krisis bekalan air berikutan masalah gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan Ampang dan Gombak baru baru ini.Sebagai Ahli Parlimen,kenyataan sedemikian sebenarnya menyerlahkan lagi sikap sebenar Ahli Parlimen itu yang begitu cenderung untuk mengambil kesempatan.Mempolitikkan isu air yang melibatkan kepentingan orang ramai dengan menolak kebenaran memang kelebihan yang ada pada beliau menandingi kecerdikannya berfikir.Lebih malang lagi apabila dalam keadaan kecemasan seperti itu beliau sendiri tidak melakukan apa apa untuk membantu rakyat di kawasannya yang turut terjejas selain hanya pandai menuding jari.Gangguan bekalan air berlaku selama 4 hari di Gombak dan Ampang baru baru ini diberitakan berpunca dari paip besar pecah akibat banjir kilat.Kenyataan lengkap dilaporkan oleh media massa,jelas dengan gambar dan visual di kaca TV.Masalah pada Zuraidah dan golongan pembangkang ini ialah mereka tidak menonton berita TV,tidak membaca akhbar dan lebih parah lagi ialah beliau tidak turun padang menyaksikan sendiri apa yang berlaku walaupun ianya melibatkan kawasannya sendiri.Tidak hairanlah kalau beliau tak tau apa apa mengenainya.Dengan ertikata lain beliau tidak menjalankan tanggungjawab sewajarnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu. 

Bayangkan kalau BN dan Syabas merekacipata krisis ini,sebenarnya siapa yang rugi ??? Sebagai rakyat biasa,saya sendiri boleh mencongak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Syabas apabila masalah gangguan bekalan air ini berlaku.Apatah lagi apabila ianya melibatkan jumlah pengguna yang besar sehingga mencecah hampir setengah juta orang.Maka,dengan sengaja mencipta krisis adalah tindakan yang paling bodoh kalau itu dilakukan oleh SYABAS.Selama 5 hari air tidak dibekalkan melalui meter berapa banyak penyusutan pendapatan berlaku ??? Syabas juga hantar air dengan lori tangki dengan percuma berlori-lori jumlahnya,kakitangan terpaksa bekerja lebih masa,berhadapan pula dengan keji,fitnah dan cacian,ini belum mengambil kira kos kerja baik pulih dengan anggaran yang besar.Bagi BN pula kejadian ini mengundang kecaman seperti yang dilakukan oleh Zuraidah walaupun mereka sendiri tidak kena mengena dengannya.Adakah dalam tempoh hampir dengan PRU13 ini BN sanggup mengambil risiko dengan merekacipa sesuatu yang boleh merugikan mereka. Kepada Zuraidah,saya nasihatkan beliau agar berfikir sebelum membuat kenyataan.Sepatutnya dalam keadaaan krisis seperti itu,beliau mengambil langkah langkah proaktif, turun padang, melihat apa yang berlaku,berbincang dengan Syabas untuk membantu rakyat di kawasannya yang terlibat, memanggil mana mana agensi Kerajaan negeri yang boleh membantu penduduk dan apa apa tindakan yang selayaknya dilakukan oleh seorang wakil rakyat. Bukan dengan hanya pandai melontarkan tuduhan, mengatasi kebijaksanaannya berfikir dan bertindak. 

Kiriman email dari ANAK KIYAI 
Selangor

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM SEKALI LAGI MEMBUAT U-TURN 360 DARJAH !!! APA CERITA NI ???

Posted: 18 Apr 2013 04:00 PM PDT


Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik yang tidak boleh pegang kata-katanya.Janjinya adalah palsu dan kata-katanya hanya sekadar halwa telinga bagi penyokong-penyokong pembangkang yang tidak sedar mereka telah dan sedang ditipu oleh Anwar.Terbaru beliau berkata pakatan pembangkang tidak berniat untuk membawa revolusi ala Arab Spring ke Malaysia dengan tujuan untuk menumbangkang kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.Beliau seperti biasa melontarkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap kerajaan tetapi satu pun tidak mampu dibuktikan dengan fakta-fakta yang sahih.Anwar hanya pandai bertindak sebagai 'agent provocateur' atau pengacau yang melontar bermacam-macam tohmah dan fitnah bagi mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan.Di Australia,Anwar berkata kepada media asing bahawa pembangkang mahu membawa budaya demonstrasi jalanan dan tindakan revolusi rakyat yang menyaksikan kejatuhan rejim-rejim Arab di Mesir, Tunisia dan Libya.Anwar mahu menggunakan kaedah yang sama bermula dengan tindakan pembangkang menggunakan platform tiga perhimpunan Bersih kononnya untuk mendesak pilihan raya adil dan telus.Apabila ketiga-tiga perhimpunan Bersih gagal mencapai objektif mereka untuk menjatuhkan kerajaan,pembangkang beralih pula untuk menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya bertalu-talu.Anwar mahu mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' dengan tujuan menghancurkan keamanan serta kestabilan negara. 'Arab Spring' adalah alat dan strategi Barat dengan kerjasama gerakan Zionis-Yahudi untuk menumbangkan pimpinan negara-negara Islam di rantau Timur Tengah. 

meh saya bagi jawapan sebenar kepada anwar ibrahim dan rakyat malaysia.sebenarnya,Keadaan di Malaysia adalah berbeza dengan Mesir,Libya atau Tunisia di mana negara-negara tersebut diperintah oleh sistem diktator yang menindas rakyat mereka sendiri.Walaupun negara kaya dengan sumber asli yang banyak seperti minyak,majoriti rakyat masih jauh ketinggalan dari segi kelangsungan serta kesejahteraan hidup.Ini termasuk dalam bidang pendidikan,politik,kesihatan,infrastruktur serta kemudahan awam.Berbeza pula dengan kerajaan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen serta tidak pernah sekali pun pilihan raya negara ditunda atau dibatalkan.Malahan kini negara berada di gerbang PRU ke 13 bagi memilih kepimpinan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.Pentadbiran Di Bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib umpamanya telah menggerakkan program transformasinya dalam bidang pentadbiran dan ekonomi sejak memegang tampuk kuasa empat tahun lalu.Kesannya amat memberangsang dengan merealisasikan konsep Rakyat Didahulukan,Prestasi Diutamakan.Rakyat mendapat kesan dan manfaat secara langsung daripada pelbagai program kerajaan bukan sahaja meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat tetapi juga berpeluang berkongsi dalam pengagihan kekayaan negara secara adil dan menyeluruh. 

Aku Janji BN pada pilihan raya umum kali ini adalah testimoni komitmen kerajaan BN untuk terus membela kesejajteraan rakyat tanpa mengira kaum atau latarbelakang sosioekonomi mana-mana rakyat di negara ini.Sebaliknya apakah yang telah dibuktikan oleh Anwar sepanjang lima tahun beliau memegang jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan bergaji RM1 ??? Pepatah Inggeris berkata,'if you give peanuts you get monkeys' atau bermaksud jika Anwar dibayar dengan harga satu ringgit,hasil kerja yang diperolehi juga bernilai yang sama dengan imbuhan yang diberi.Anwar tidak ada idea bernas untuk membangunkan negara kerana selama hidupnya bermula dengan menjadi pemimpin pelajar di universiti,presiden Abim hinggalah menjadi timbalan perdana menteri dan menduduki jawatan nombor dua dalam UMNO,beliau terbawa-bawa dengan budaya demonstrasi jalanan yang ia amat mahir dan berpengalaman sekali.Anwar sesuai menjadi pemimpin kesatuan sekerja yang gemar mendesak hak-hak pekerja dan bukan posisinya sebagai pemimpin negara apatah lagi pemimpin sebuah negara Islam seperti Malaysia.Pakatan pembangkang yang dipimpin beliau hanya bagaikan pasangan yang tidur sebantal tetapi mimpi berlainan.Tidak ada permuafakatan yang jitu dan berkesan seperti BN dan justeru impiannya ke Putrajaya hanyalah mainan fantasi pembangkang yang bakal mengecewakan mereka.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...