BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! LIM KIT SIANG BAKAL BERKUBUR DI GELANG PATAH !!!

Posted: 17 Apr 2013 04:00 PM PDT


DAP nampaknya mengambil langkah untuk menyerang kubu kuat UMNO iaitu di Johor dengan menghantar Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah.Namun,apa yang bakal terjadi,ini adalah langkah Kit Siang yang dilihat sebagai menempah kubur sendiri.Kit Siang akan berentap dengan Menteri Besar Johor,Datuk Abdul Ghani Othman dalam pilihan raya akan datang ini dan ini sekali gus memperlihatkan sebagai medan terakhir beliau untuk berada di dalam pilihanraya.Analisis yang dijalankan oleh Tun Mahathir melalui blognya berkenaan mengapa Lim Kit Siang berminat untuk mencemarkan Gelang Patah ada relevannya.Sebagai parti yang berselindung disebalik parti berbilang kaum, nyata agenda sebenar merka adalah untuk menghapuskan politik bangsa Melayu dan dengan mengambil keputusan untuk bertanding di Gelang Patah adalah antara langkah mereka dalam memastikan matlamat mereka tercapai. 

Mereka juga berniat untuk menghapuskan kerjasama yang berasaskan sikap "perkongsian" antara bangsa Melayu,Cina dan India di Malaysia.Jadi di mana letakknya parti yang kononya memperjuangkan semua kaum itu.Inilah kotornya DAP termasuk pemimpinnya dan inilah salah satu komponen Pakatan Rakyat.Oleh itu,BN meletakkan harapan kepada Datuk Ghani Othman untuk menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang dan agenda chauvinis DAP.Ini adalah sebagai satu langkah untuk memastikan terbunuhnya kesenangan salah seorang kepimpinan DAP dan sekurang-kurangnya dapat memadamkan semangat chauvinis di dalam parti itu.Menurut mantan PM itu juga,Singapura dikatakan memberikan bantuan kepada DAP untuk merampas Johor.Sehingga satu tahap,Singapura memberikan cuti dua hari kepada rakyatnya bagi membantu jentera pilihanraya DAP. Mereka turut memberikan elaun kepada jentera-jentera PAP yang akan membantu DAP pada PRU13. 

Sampai begitu sekali agenda dan permainan kotor DAP,sehingga melibatkan mereka yang berada di seberang.Tetapi percayalah,keputusan penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding bagi kerusi Gelang Patah pada PRU-13 ini boleh dilihat sebagai langkah penamat kepada karier politik pemimpin veteran pembangkang itu.Sejarah 27 tahun lalu akan berulang apabila pengundi Gelang Patah menolak Kit Siang yang merupakan pemimpin veteran pembangkang yang kononnya amat digeruni.Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dijangka akan mengalami nasib sama seperti mendiang Tan Sri Lim Chong Eu apabila karier politiknya berakhir selepas dikalahkan Kit Siang 27 tahun lalu.Apa yang berlaku pada Tan Sri Lim Chong Eu akan terjadi pada Lim Kit Siang kali ini.Jadi,sama-sama kita nantikannya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! CHUA JUI MENG KEMPUNAN JAWATAN AHLI PARLIMEN ??? APA CERITA NI ???

Posted: 17 Apr 2013 12:00 PM PDT


Tindakan PR meletakkan Chua Jui Meng di kawasan Parlimen Segamat hanyalah sebagai tindakan belas kasihan selepas Pengerusi PKR Johor itu merajuk apabila kerusi yang diidamkannya iaitu Gelang Patah dirampas DAP dengan meletakkan Lim Kit Siang.Malah beliau juga selepas pengumuman Kit Siang bertanding di Gelang Patah dibuat Anwar Ibrahim turut meghilangkan diri selepas bertikam lidah dengan Pengerusi DAP Dr Boo Cheng Hau berebut Gelang Patah.Amat menyedihkan apabila Jui Meng juga mengeluarkan kenyataan secara terbuka beliau tidak lagi "memiliki rumah" selepas segala usahanya di Gelang Patah dicantas begitu sahaja oleh Kit Siang.Atas dasar itulah PR memberikan kerusi Segamat untuk ditandinginya,bukan kerusi Gelang Patah mahupun Bakri yang pernah diwakilinya sejak lima penggal sebelum menyertai PR.Umum menyedari Jui Meng meninggalkan MCA selepas kedudukannya sebagai Naib Presiden dicabar dalam pemilihan parti yang menyaksikan beliau gugur.Meletakkan Jui Meng di Segamat juga tidak menjanjikan kemenangan untuk PR kerana kawasan Dr S Subramaniam itu merupakan kubu kuat Barisan nasional (BN) dan banyak pihak melihat tindakan PR meletakkan Jui Meng di Segamat adalah untuk menamatkan karier politiknya. 

Perkara itu turut disahkan Ketua Pemuda MCA Bahagian Bakri,Lee Ching Yong yang berkata,strategi meletakkan Chua Jui Meng sebagai calon di Parlimen Segamat dan bukan Gelang patah pada hakikatnya hanya mahu membunuh karier politiknya.Lebih mengejutkan Jui Meng juga tidak kisah sekiranya kalah di Segamat dan hanya mahu bertanding kerana itu menunjukkan beliau hanya gilakan kedudukan dan pangkat. Beliau juga berkata PRU13 adalah medan terakhirnya dalam politik.Apa yang boleh dilaksanakan pemimpin pembangkang yang umum mengetahui akan bersara ??? Kosong !!! itulah perumpamaan paling tepat.Malahan,beliau juga dilihat sambil lewa dalam menerima kerusi berkenaan.Jika beginilah sikap beliau, tidak seharusnya pengundi Segamat memilih beliau yang tamak kuasa dan kedudukan.Taktik Chua Jui Meng merajuk dan memekak berjaya juga akhirnya apabila beliau dicalonkan oleh Pakatan Rakyat untuk Parlimen Segamat.Ini juga membuktikan PR dipenuhi pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri seperti Chua Jui Meng.Kenyataan beliau bahawa beliau tidak kisah samada menang atau kalah di Segamat jelas menunjukkan sikap beliau yang hanya mahukan kerusi dan jawatan sehingga sanggup timbulkan pertelingkahan bersama DAP.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! SENARAI PENIPUAN OLEH SERIKANDI PKR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 17 Apr 2013 05:00 AM PDT


Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail yang turut menjadi calon PKR Tambun menyerlahkan sifat penipunya di hadapan lebih kurang 3,000 orang di dalam satu ceramah di Perak.Ingatkan hanya Anwar Ibrahim,Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin atasan PKR sahaja yang gemar penipu rupanya pemimpin bawahan PKR juga semuanya mempunyai karektor yang sama.Mereka mampu menipu hidup-hidup,sehingga kelihatan seolah-olah mereka sendiri benar-benar percaya dengan penipuan mereka.Bukan mudah untuk menipu dengan muka selamba kecuali ia telah lama diamalkan dan sudah menjadi cara hidup mereka.Malangnya,walaupun mereka gemar menipu tetapi penipuan mereka tidak berkualiti.Sepertimana Nurul Izzah yang terserlah kebodohan dalam setiap penipuan,begitulah juga dengan Siti Aishah.Antaranya hujah atau penipuan Siti Aishah di dalam ceramah tersebut ialah : 

1. Siti Aishah memperlekehkan soal air di Sabah yang tidak cukup dan semua rumah mempunyai tong air untuk menadah hujan.Bagi menjawab Siti Aishah,BN mengakui bahawa tekanan air di Sabah masih bermasalah kerana negeri itu terlalu luas.Selain itu,sabah juga digalakkan untuk memaksimakan anugerah hujan yang banyak di negeri itu sebagai antara penyelesaian harian.Yang pasti,BN bukan seperti PR yang sering menafikan kelemahan dan menipu untuk menutup keburukan sendiri sepertimana yang berlaku di Selangor. 

2. Kemudiannya,menurut Siti Aishah,pemberian BR1M dilakukan dengan meminjam dari Petronas sebanyak RM2.1 billion tanpa perlu membayar balik,dengan syarat membenarkan Petronas naikkan harga RON95 selepas pilihanraya.Apa yang boleh saya katakan ialah,bagi Siti Aishah untuk berimaginasi sebegitu tinggi dan mencipta penipuan sebegini adalah sesuatu yang agak mengkagumkan.Kita tahu bahawa PR telah banyak menjanjikan pemberian tunai dan penurunan harga barang dengan cara 'mengikis' Petronas.Mungkin kerana itu,maka Siti Aishah menyangka yang BN juga turut tidak punya idea lain untuk memberi bantuan tunai kepada rakyat selain dengan cara 'mengikis' Petronas.Namun,hakikatnya,BR1M pertama kali disebut oleh Datuk Seri Najib hanya setelah pengumuman pendapatan negara meningkat sebanyak RM26 bilion dari tahun 2010 ke 2011,selain pelaburan luar negara dan domestik mencatatkan jumlah RM120 bilion.Apabila negara terus mencatatkan angka ekonomi dan pendapatan yang kukuh maka,BR1M bukan sahaja diteruskan tetapi ditingkatkan.Jelas,BN tidak memberi BR1M dengan cara meminjam dari Petronas atau sesiapa pun jua dan dengan apa syarat pun jua. 

3. Isu Lahad Datu juga cuba diputar-belit oleh Siti Aishah,kononnya gambar Anwar dengan Misuari yang tersebar adalah gambar lama tahun 1997 atas satu lawatan rasmi.Walhal,ia adalah gambar terbaru yang tersebar melalui pendedahan pihak risikan.Pelik,Siti Aishah juga bagaikan cuba membela Nur Misuari dan menggambarkan seolah-olah Nur Misuari tidak terlibat dalam insiden Lahad Datu.Kononnya Lahad Datu adalah tanggunjawab Sultan Sulu.Hakikatnya,seluruh dunia telah menyaksikan kenyataan Nur Misuari yang turut mengancam Malaysia melalui insiden Lahad Datu.Malah ramai pengganas yang tertangkap dan terkorban telah dibuktikan sebagai orang-orang Nur Misuari atau MNLF.

Tidak cukup dengan itu,Siti Aishah berbohong lagi konon Sultan Sulu dijemput ke Persidangan Agong UMNO 2012 maka itulah buktinya bahawa UMNO terlibat dalam insiden Lahad Datu.Apa nak dikata.kata orang,nak menipu pun biarlah berilmu jika tidak tentu akan digelakkan orang sepertimana yang berlaku pada Nurul Izzah yang ingin sangat menipu tentang pasukan keselamatan negara tetapi tidak tahu apa-apa.Untuk pengetahuan Siti Aishah,yang dijemput ke persidangan UMNO bukan Sultan Sulu,tetapi Al-Haj Murad Ebrahim,iaitu Pengerusi MILF kerana Malaysia terlibat dalam membantu proses keamanan antara MILF dengan kerajaan Filipina.Apakah Siti Aishah tahu perbezaan antara MNLF dan MILF ??? Tidak mustahil pemimpin PKR ini tidak tahu kerana setakat yang terdedah sebelum ini, Harakah sememangnya tak tahu langsung. 

4. Siti Aishah juga begitu yakin bercakap tentang kewujudan VCD-VCD lucah pemimpin PR,termasuk Nik Aziz, kononnya dicipta UMNO.Untuk pengetahuan Siti Aishah lagi,UMNO tidak sebodoh itu untuk mencipta sesuatu yang terlalu sukar untuk dipercayai.Namun,tidak mustahil Siti Aishah lebih tahu tentang VCD lucah memandangkan yang tertangkap menyebarkan VCD lucah Mustafa Ali,Setiausaha Agong PAS juga bukanlah orang UMNO tetapi orang PKR sendiri.Mungkinkah Siti Aishah juga berada dalam 'jentera pembikin VCD lucah' yang sama ??? 

5. saya juga hairan apabila Siti Aishah mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz sentiasa mempunyai wang yang banyak di dalam simpanannya.RM5,000 adalah biasa saja di bawa ke mana-mana oleh Nik Aziz di dalam kain pelikatnya,kata Siti Aishah.Nampaknya,sia-sia PAS menjaja yang Nik Aziz seorang yang warak,zuhud dan sederhana,tiba-tiba Siti Aishah pula menggambarkan Nik Aziz sebagai mewah dan tidak hairan dengan wang setakat ratusan ringgit pula.Soalan saya, dari mana Nik Aziz dapat wang sebegitu banyak ??? Dari langit ??? Berapa gaji Menteri Besar Kelantan sehingga boleh mengusung ribuan ringgit di dalam kain pelikat setiap hari ??? Dan untuk apa ??? 

6. Akhirnya,Siti Aishah cuba menggunakan nama Allah SWT untuk menarik perhatian pendengar.Katanya,18 minggu lalu Nik Aziz mendapat petunjuk melalui solat hajat bahawa UMNO bakal tumbang dan membisikkannya kepada Anwar Ibrahim.Oleh kerana nama Allah SWT yang digunakan maka biarlah Siti Aishah menjustifikasi kata-katanya ini kepada Allah SWT sahaja.namun,setakat yang kita lihat,solat hajat Nik Aziz agar Tun Mahathir pecah perut,agar UMNO tumbang,agar semua pengundi hanya nampak bulan,yang didoakan selama bertahun-tahun lamanya tidak pernah diperkenankan.Malah, sehingga kini,UMNO,Tun Mahathir atau Datuk Seri Najib belum tumbang,tetapi yang tumbang adalah Nik Aziz sendiri sehingga kejang kaki,tidak boleh berjalan sehingga terpaksa didukung orang. 

Itulah antara senarai pembohongan Srikandi PKR dalam satu ceramah yang pendek namun padat dengan pembohongan semata-mata.sebagai pengundi,kita wajar bertanya kepada diri sendiri,inikah bakal pemimpin negara atau wakil rakyat ??? Iaitu seorang wanita yang hanya mampu berbohong dengan hujah-hujah dangkal sebab tak buat 'homework' ??? Yang percaya bahawa Nik Aziz itu mampu membuat ramalan dan mendapat petunjuk dari langit ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! ZURAIDA MAK LAMPIR SAHKAN SURAT PALSU YUSUF QARDHAWI WUJUD ???

Posted: 17 Apr 2013 05:00 AM PDT


Pilihan raya dah semakin dekat dan pemimpin pembangkang mula terdesak mengumpul sokongan demi memastikan mereka terus dapat memegang tampuk kuasa dan angan-angan ke Putrajaya.Ternyata apa yang dikatan Zul Nordin menjadi kenyataan apabila Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin mula "menjual" cerita ulama dunia Dr Yusuf Qardhawi memberikan surat kepada Anwar Ibrahim dan mengatakan hanya Anwar yang layak memerintah MalaysiaDr Yusuf Qardhawi tidak mengundi di Malaysia lah Zuraidah.Ia dilihat strategi PR untuk menarik undi kumpulan pengundi Melayu dengan menggunakan sentimen ulama dan agama.Mungkin mereka terdesak sehingga terpaksa menunjukkan seolah-olah mendapat sokongan orang luar.Atau mereka tidak percaya dengan ulama negara.yalah,semua ulama dah mula menolak PAS dan ulama PAS pula tak boleh harap.Sudah-sudahlah Zuraidah.ingatlah nasib bertanding pun belum tentu menang di kerusi Ampang.Rakyat Malaysia bukan bodoh sangat nak percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan Zuraidah.Mungkin Dr Yusuf Qardhawi sendiri pun tak tahu Bila dia keluarkan surat itu. 

Saja si Zuraidah ni nak jaja cerita.Zulkifli Noordin sebelum ini mendakwa PR akan menyebarkan risalah palsu yang mendakwa ketua pembangkang Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.Beliau turut mendakwa menerima salinan risalah bertarikh 2 Mac,didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan kepada Anwar.Menggunakan nama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini merupakan politik terdesak Anwar untuk ke Putrajaya.Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang.Perlumbaan untuk menggunakan nama ulama besar tersebut dalam kempen politik di Malaysia bermula apabila kumpulan penyokong Anwar giat menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang dikeluarkan Dr Yusuf terhadap pertuduhan Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang.Anwar dalam ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh Ketua Ulama Islam Sedunia itu,bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik. Sibuk-sibuk Zuraidah mengesahkan kewujudan surat berkenaan,pemimpin PAS pula menolak campurtangan orang luar dalam arena politik negara.Mana satu ni ??? Siapa punya cakap kita boleh percaya ??? pening-pening Kemudian bila bertelagah sesama parti komponen,buat mesyuarat dan keluar satu resolusi "bersetuju untuk tidak bersetuju." apa macam ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! 50 RIBU RAKYAT SELANGOR MENYUMPAH KHALID GAGAP ???

Posted: 17 Apr 2013 01:30 AM PDT


Kelemahan Khalid Ibrahim mentadbir Selangor semakin jelas apabila gagal menangani isu air di Selangor sehingga menyebabkan rakyat mengalami kesukaran menjalankan urusan seharian.Kumpulan ahli perniagaan mula merungut apabila terpaksa menanggung kerugian ekoran masalah air yang tidak dapat diselesaikan Khalid,sedangkan air adalah sumber utama bukan sahaja untuk perniagaan,tetapi juga kepada rakyat biasa.Kedegilan Khalid apabila lebih rela mempolitikkan isu air daripada menyelesaikannya amat dikesali rakyat Selangor,malah beliau juga telah membuatkan rakyat Selangor semakin menyampah dengan PR.Khalid pula sibuk menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai mangsa sedangkan puncanya adalah kelemahan pentadbiran beliau sendiri.Beliau juga seringkali menafikan Selangor tidak mempunyai masalah air,sedangkan 500,000 penduduk Selangor terseksa apabila tidak menerima bekalan air selama empat hari.

Daripada menyelesaikan isu air Khalid pula sebaliknya meluluskan pembinaan projek solar : SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.Lebih mengejutkan,projek itu dilaksanakan melalui runding terus yang melibatkan kepentingan pemimpin DAP seperti Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP,Kok Chee Keong yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut dan diluluskan hanya dalam tempoh lapan hari selepas dicadangkan.Mungkin Khalid mempunyai masalah membuat pilihan ataupun sengaja memekakkan telinga untuk menyelesaikan maslaah air penduduk Selangor.Bukan sehari dua isu air ini menjadi perhatian rakyat,sebaliknya pentadbiran Khalid cuba menyalahkan Syabas apabila menuduh syarikat konsesi air itu gagal menjalankan tanggungjawab sedangkan beliau telah menghalang syarikat itu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.Kemudian keluarkan idea untuk teknologi membran dan lebih teruk lagi nak beli Syabas.Apa cerita teknologi membaran ??? Apa cerita nak beli Syabas ??? Mana satu pilihan Khalid juga tidak dapat dipastikan.makin caca marba pentadbiran Khalid.Kerajaan Negeri Sembilan cuba membantu namun ditolak mentah-mentah.Bodoh sombong.itulah yang paling tepat untuk Khalid,lebih mementingkan diri sendiri daripada kepentingan rakyat.Mungkin bila rumah beliau sendiri tiada air baru menyesal tidak diteruskan Projek Langat 2.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM SEMAKIN BIADAP !!! TERUS MEMBURUKKAN MALAYSIA DI MATA DUNIA !!!

Posted: 16 Apr 2013 10:00 PM PDT


Anwar Ibrahim nampaknya semakin tidak waras dan untuk ingat pada asal usul di mana dia dilahirkan dan dibesarkan pun semakin terhakis menipis.Mungkin dia lebih selesa dan seronok untuk tidak berada di negara yang sudah cukup permai dan sentosa seperti Malaysia ini.Menurut Anwar,Malaysia ini sudah menjadi sebuah negara yang tidak lagi selamat untuk didiaminya,alasannya kerana ada pihak yang cuba untuk membunuh beliau.Itu diucapkan Anwar dalam sebuah wawancara bersama FT.com di Paris dan di situ juga Anwar Ibrahim mengambil peluang untuk terus memburukkan negara sambil mengeluarkan fakta-fakta yang salah tentang Malaysia kepada wartawan asing.Beliau juga berkata program "affirmative action" untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum adalah hasil idea beliau. Seronok betul mengaku sesenang hati, orang lain membanting tulang nak melaksanakan, dia pula menjaja nama.Sudahlah dituduh Malaysia bukan negara demokrasi yang sebenar.Nak demokrasi bagaimana lagi,nak Bersih kita bagi sampai tiga siri.Nak berhimpun kita sediakan tempat.

Sampaikan nak berkempen pun,kita dah bagi peluang bentang manifesto selama 10 minit dalam tv.Tapi,ditolaknya mentah-mentah.Yang dia nak,reformasi.jangan jadi seperti Arab Spring sudahlah.Malaysia dah cukup aman dan makmur.Cuma ada pihak yang suka buat huru hara cucuk isu kaum.Beliau juga menuduh sistem kehakiman Malaysia sebagai kejam dan berkata beliau telah diseksa dalam penjara dan ramai lagi pesalah-pesalah yang diseksa dalam penjara di Malaysia.Itu tuduhan,yang dia punya auta tak kira pula.Diberi racun arsenik lah,disuntik darah HIV lah,sakit tulang lah.Tapi,sampai sekarang masih sihat berkempen berceramah jauh lewat malam.Kalau diikutkan,sudah arwah insan bernama Anwar Ibrahim ini.Tahap arsenik 77 kali ganda dalam badan,sepatutnya beliau akan serta merta mati.disuntik darah HIV,tiga tahun paling lama untuk hidup.ini fakta.sampai sekarang ok lagi.Sakit tulang belakang,ehhh...atas pentas bukan main lincah menari.Memang Drama King.Dalam wawancara tersebut,Anwar kata beliau lebih selesa berada di luar negara kerana tidak perlu bimbang diganggu atau dibunuh.Kenapa tak duduk sahaja diam-diam di luar negara,duduk bermastautin di sana.Rehat cukup-cukup dari penyakit yang kat atas tadi.Tapi ni masih ligat lagi pergi seantero Malaysia,tak ada yang nak membunuh pun.Kamu yang nak bunuh diri kamu sendiri saudara Anwar Ibrahim.Jangan nak berdrama lagi,sudah-sudah lah tipu diri sendiri.Sampai bila nak begini ??? rakyat malaysia dah tahu siapa anda sebenarnya !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! "FINACIAL TIMES,A MALAYSIAN STORY !!! SATU LAGI KISAH DONGENG DARI ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 16 Apr 2013 07:00 PM PDT


saya minta maaf,artikel ini panjang.saya ceritakan A sampai Z.satu lagi cerita anwar ibrahim dah terkantoi.sebelum ini kisah anwar bercuti di paris.Financial Times baru-baru ini telah menyiarkan sebuah kisah tentang Malaysia,ditulis oleh Simon Kuper seorang kolumnis bahagian sukan berdasarkan wawancaranya dengan Anwar Ibrahim di sebuah hotel mewah,iaitu Hotel Bristol di Paris,Perancis.Seorang penganut Judaism,beberapa tulisan Kuper turut tersiar di dalam Jewish Chronicle sebelum ini.Entah kenapa seorang kolumnis sukan mewawancara ahli politik pembangkang Malaysia adalah satu misteri yang tersendiri.Dan kenapakah seorang ahli politik tegar perlu melawat Paris ketika demam pilihanraya begitu hangat di negaranya,adalah satu lagi misteri.Itu belum lagi disebut tentang bagaimana beliau mampu menanggung perbelanjaan lawatan tersebut.Wawancara itu bermula dengan sebaris lagu lama,yang dinyanyikan oleh Anwar di mana jika kita tidak mengenali beliau,maka kita mungkin menyangka yang Kuper sebenarnya mewawancara seorang penyanyi.Tetapi,bagi yang mengenali Anwar,'seorang pelakon' adalah lebih tepat untuk menggambarkan dirinya.Kuper tidak bertanyakan Anwar tentang 'sepak-takraw' atau 'silat' atau mengenai sukan lain di Malaysia,tetapi membawa pembaca kepada sebuah kisah dongeng dari seorang yang selamanya menjadi 'bakal Perdana Menteri Malaysia'

Untuk Kuper,Anwar membuatkan kisahnya berbunyi seolah-olah beliau merupakan seorang mangsa penganiayaan yang telah dihumban ke dalam penjara bawah tanah Alcatraz.'Kurungan Pengasingan' adalah ayat yang digunakan untuk menggambarkan kehidupan di penjara Malaysia selama 6 tahun atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.'Menyanyi' merupakan satu-satunya cara untuk menenangkan diri dan kerana itulah beliau gemar menyanyi,katanya.Tentu sekali,Anwar menafikan semua tuduhan walaupun ketiga-tiga hakim dari Mahkamah Rayuan telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka yakin Anwar bersalah tetapi terpaksa melepaskan beliau kerana mangsa yang masih trauma dan takut, telah tidak dapat mengingati tarikh jenayah berlaku dengan tepat.Ingatlah bahawa Anwar sebelum itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kawalan ke atas polis dan pihak berkuasa yang lain. Pastinya Kuper telah terlepas pandang akan surat-surat, tulisan dan pesanan yang dihantar oleh Anwar kepada dunia luar dari dalam 'kurungan pengasingannya'.Kerananya,kerajaan Malaysia pada ketika itu terpaksa berhadapan dengan berbagai tekanan dari barat yang percaya atau memilih untuk percaya bahawa Anwar tidak bersalah. 

Pun begitu,suaranya tidak pernah disekat dan beliau bebas berkata apa sahaja yang beliau suka.Jelas,Anwar telah tidak menyebut fakta bahawa beliau ditempatkan dalam 'sel kelas pertama' dengan keistimewaan 'tukang urut 'on-call'' bagi memastikan beliau sentiasa 'sihat' ketika di penjara.Anwar juga menggambarkan dirinya sebagai seorang bijak pandai dan terbuka dengan memberitahu Kuper bahawa beliau menjadi seorang yang banyak membaca ketika di penjara.Antara lain beliau membaca Injil,Lao Tse, Shakespeares dan bermacam-macam lagi.Selain dari butiran yang menarik ini, mana-mana wartawan politik yang lain pasti akan merasakan keseluruhan wawancara tersebut adalah 'standard' atau telah dijangka dari Anwar Ibrahim.Tetapi,pastinya tidak begitu bagi seorang wartawan sukan seperti Kuper.Wawancara tersebut ternyata hanya berkisar dari kisah yang sama di mana Anwar menuduh Malaysia sebagai mengamalkan demokrasi olok-olok dan bahawa Ketuanan Melayu adalah masalah utama bagi negara ini.Cuma,pada kali ini Anwar menambah sedikit lagi iaitu kononnya semua pesalah di penjara Malaysia disiksa.Sebolehnya,Anwar menggambarkan Malaysia sebagai terkebelakang,tidak bertamadun,kejam,tidak demokratik dan korup serta berada dalam kemiskinan dan ketidakstabilan selamanya dan bukanlah Anwar Ibrahim namanya jika beliau tidak turut menokok tambah kisah drama aksi tentang dirinya dipasang pepijat dan mungkin dibunuh pada bila-bila masa sahaja. 

Tentu sekali juga,Anwar sengaja tidak menyebut tentang bagaimana beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk kampung dan bandar untuk berkempen dan berceramah sepanjang masa.Malah,beliau juga pernah menggunakan kenderaan awam,kononnya untuk meninjau keadaan rakyat sebagaimana seorang Perdana Menteri beraksi dalam program mendekati rakyat.Dalam semua siri jelajah,ceramah dan tinjauan itu,tiada satu pun percubaan untuk menyepak kakinya agar tersungkur, apatah lagi membunuhnya.Namun,Anwar terus hidup dalam imaginasinya kononnya beliau adalah seorang yang paling berpengaruh di dunia.Oleh itu,beliau akan menggunakan begitu ramai pengawal peribadi pada bila-bila masa beliau terasa ingin menunjuk-nunjuk.Hakikatnya,Malaysia langsung tidak sepertimana yang digambarkan Anwar.Negara ini sentiasa aman sehingga dicemburui oleh jiran-jirannya serta dicontohi oleh negara bermasyarakat majmuk yang lain.Ekonomi negara juga kekal kukuh dan rakyat cukup gembira dengan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.Justeru,mungkin Kuper belum lagi menyedarinya,iaitu bahawa Anwar adalah seorang yang 'sakit'.Dari cara beliau merujuk kepada 'Shah Iran','Vladimir Putin' dan dalam banyak ceramahnya,turut menyebut 'Ghandi','Mandela' dan 'Suu Kyii' sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau sedang berilusi.Beliau nampaknya benar-benar percaya yang beliau layak berada dalam liga yang sama dengan para lagenda tersebut.Akhir-akhir ini beberapa media barat sudah mula menyedari hakikat ketidakstabilan Anwar.Pernah sebuah media barat menggelarnya sesumpah kerana sering berubah pendirian dan sikap bergantung kepada siapa di sekelilingnya. 

Kerana itu,hari ini kita boleh mendapati senarai sekurang-kurangnya ratusan orang yang rapat dengannya yang telah meninggalkannya.Mereka juga mengakui telah tertipu dan terpedaya dengan dongeng dan lakonannya.Antara mereka termasuklah peguam-peguamnya,pembantu-pembantunya,rakan-rakan karibnya dan juga penyokong tegarnya.Anwar memberitahu Kuper bahawa beliau datang dari keluarga biasa.Beliau memanggil jiran bukan Melayunya sebagai 'uncle' atau 'auntie' sebelum menyertai persatuan pelajar Islam di Universiti dan kemudiannya UMNO.Ini diceritakan bagi menunjukkan sifat beliau yang tidak rasis.Untuk pengetahuan Kuper,semua orang Malaysia memanggil jiran bukan Melayu mereka yang lebih tua sebagai 'uncle' atau 'auntie'.Ia merupakan budaya negara ini dan tiada apa-apa yang signifikan tentangnya lagi.Sebaliknya,Anwarlah yang sebanarnya memperkenalkan perkauman di kalangan komuniti Melayu ketika beliau memegang jawatan Mengeri Pelajaran.Beliau juga yang memperkenalkan baju kurung dan tudung sebagai seragam sekolah bagi mewujudkan ruang pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu.Sehingga ke hari ini,kenyataannya yang bersifat prejudis terhadap kaum Cina di awal tahun 80an masih tersimpan kemas dan boleh dicapai di Youtube.Hakikatnya,beliau dijemput ke dalam UMNO bagi mengimbangi ektremisme dan rasisme PAS pada ketika itu.Anwar juga mengkritik DEB kononnya ia menyebabkan yang kaya semakin kaya, iaitu orang-orang UMNO. 

Jika Kuper membuat sedikit kerjarumah sebelum berjumpa Anwar,tentu beliau boleh bertanyakan Awnar bagaimana DEB menguntungkan bapanya,abangnya,kakak dan adiknya,rakan-rakannya termasuk teman-teman tidurnya sehinggakan kesemua mereka menjadi kaya sekelip mata apabila beliau menjadi Menteri Kewangan.Jika ia merupakan satu polisi yang buruk yang membawa kepada korupsi,nepotisme dan kronisme,maka ia adalah kerana Anwar yang mempeloporinya.Oleh itu,rakyat Malaysia tidak mungkin menggelar Anwar sebagai Bapa Politik Wang jika beliau bukan 'pengasas'nya dan jika Kuper membuat sedikit kerjarumah juga,beliau pasti tahu bahawa pembangkang di Malaysia telah memenangi 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas,iaitu prestasi terburuk Barisan Nasional.BN juga tidak pernah memenangi Kelantan sejak 20 tahun lalu.jika BN begitu korup dan mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas media,sistem kehakiman,polis dan segala-galanya,maka tidak mungkin parti ini akan mengalami keadaan yang dipanggil 'prestasi terburuk' itu dan tidak mungkin Anwar akan terlepas dari dakwaan ??? Atau lebih dari itu,kenapa BN harus membiarkan Anwar hidup begitu lama ??? Kenapa tidak dibunuh saja sejak 15 tahun lalu daripada membiarkan beliau mengganggu,mengacau dan menyusahkan kerajaan setiap hari ??? Pendek kata,jika BN begitu kejam dan berkuasa,kenapa tidak 'diselesaikan' sahaja Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi ??? Apapun,kita faham,bagi seorang wartawan sukan,Kuper tidak mungkin mampu bertanyakan soalan-soalan tersebut.Tetapi,saya pasti,dalam beberapa tahun lagi,seperti juga semua wartawan lain,Kuper akan mula menyedari bahawa beliau telah sebenarnya mewawancara seorang yang 'sakit' dan 'berilusi' akibat tidak dapat menerima hakikat kegagalan menjadi Perdana Menteri.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM SEKALI LAGI AKAN GUNA TAKTIK 'KOTOR' !!! APA CERITA NI ???

Posted: 16 Apr 2013 04:00 PM PDT


Mutakhir ini,ramai menjadi saksi pertelingkahan dan perbalahan yang berlaku dalam PR melibatkan ketiga-tiga buah parti komponen pakatan pembangkang itu.Antara kes yang terbaru sekarang ialah berkenaan perebutan kerusi di antara PAS,DAP dan PKR.Masing-masing berebut nak kan kerusi di tempat yang diidamkan.Apa lagi sekarang PSM dah mula mengorak langkah untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat membentuk satu lagi komponen dalaman.Tetapi,ramai mana pun yang bergabung dalam PR nampaknya parti itu gagal mencapai kata sepakat dan perpaduan.ini dilihat sebagai satu kelebihan untuk BN menyusun strategi dalam memastikan pilihan raya kali ini memberi kelebihan untuk mereka.PR kerap begaduh dan berbalah,tak masuk lagi perbalahan dalam PKR sendiri,sesama ahli sahaja dah berbulu. 

Calon mana-mana kerusi pun masih belum dapat diperhalusi inikan pula nak tentukan siapa yang selayaknya jadi Perdana Menteri jika mereka berjaya merampas kerajaan.Mereka ini dilihat sebenarnya membawa agenda masing-masing dan tidak menetapkan satu matlamat yang jitu dalam membawa Pakatan Rakyat mengharungi pilihan raya.Banyak pertelingkahan yang secara terangnya menunjukkan bahawa masing-masing ada dan punya agenda tersendiri dan tidak akan berlakunya perbicangan diantara mereka.Seperti baru-baru ini,Anwar tunjukkan lagi dia punya keras kepala dan kuku besi.Kononya Ulama tersohor dunia,Dr Yusof Al Qardhawi menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri.Tuan Guru Hadi Awang pula bertegas tidak perlu ada campur tangan luar dalam menentukan siapa yang perlu jadi PM.kan dah terang bahawa mereka tidak ada kesepakatan.Kalau tidak,masakan Hadi tak nak jumpa minta sokongan dengan ulama tersebut.Ini lah perbalahan dalam PR yang dilihat sebagai satu kelebihan untuk UMNO,mereka teruskan berbalah dan dalam masa yang sama sempat lagi menyalahkan UMNO dalam semua hal yang terjadi seperti video seks Mustafa Ali.Namun UMNO tetap steady kerana ini sebenarnya kelebihan mereka bersikap tenang untuk memberi mereka lebih ruang untuk fokus dan tumpuan bagi menempuh pilihan raya.Sekarang UMNO hanya perlu fokus pada manifesto dan masa depan negara,biar mereka terus berbalah,biar mereka jadi luncai yang terjun dengan labu-labunya...biarkan....

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...