Lahad Datu : PR Ambil Kesempatan

KUALA LUMPUR 5 Mac - Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) mengambil kesempatan ke atas kejadian yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dengan menyalahkan kerajaan pusat sebagai gagal mengawal keselamatan negara.

Dalam kenyataan bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Guan Ng, ketiga-tiga individu itu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup menggadai keselamatan dan rakyat Sabah berikutan pencerobohan yang berlaku sejak 23 Februari lalu.

"Setiap pimpinan mana-mana negara termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat termasuk anggota keselamatan," katanya yang dipetik dalam info12 Selangorku.

Dakwanya lagi, kegagalan dalam mempertahankan keselamatan negara merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat serta menodai amanah rakyat.

Kenyataan tersebut turut mendakwa kerajaan cuai sehingga berlakunya insiden tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sejumlah lima batalion Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan di Lahad Datu bagi membantu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi membanteras pencoroboh di kawasan tersebut.

Katanya lagi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri akan berganding bahu dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku ini
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...