Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Apa yang perlu Kita Tahu Dalam Operasi 'DAULAT' Hari Ini!! #Pray4Sabah

Posted: 05 Mar 2013 10:50 AM PST

Berikut merupakan susulan perkara yang berlaku selepas pelancaran serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

1. Pasukan keselamatan telah melancarkan operasi menggempur penceroboh dari Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo mulai pukul 7 pagi tadi.

2. Letupan bom telah kedengaran di Kampung Tanduo sekitar 7 pagi.

3. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pelancaran serangan di Kampung Tanduo oleh pasukan keselamatan. Najib berkata tindakan itu wajar bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.

4. Pelancaran serangan oleh pasukan keselamatan Malaysia ke atas penceroboh kumpulan bersenjata diKampung Tanduo, Lahad Datuseawal tujuh pagi hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial Twitter.

5. Pihak keselamatan memperketatkan kawalan keselamatan di zon merah susulan serangan ofensifyang dilancar ke atas penceroboh bersenjata di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

6. Keadaan di Hospital Lahad Datu tenang dan aktiviti harian berjalan seperti biasa namun beberapa anggota tentera dan polis kelihatan berkawal di sekitar kawasan hospital terutamanya dekat pintu kecemasan.

7. Polis Filipina menyekat hampir 70 pengikut waris Kesultanan Sulu daripada meninggalkan Mindanao untuk menyertai kumpulan penceroboh yang digempur oleh pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu hari ini.

8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyatakan kumpulan pengganas Sulu akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

9. Pasukan keselamatan Malaysia menjalan operasi pembersihan bagi mengesan saki-baki penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu.

10. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis masih menjalankan operasi susulan menggeledah Kampung Tanduo dekat Lahad Datu dan proses itu dijalankan dengan hati-hati demi memastikan keselamatan anggota keselamatan yang terlibat.

Ya Allah lindungilah para perjuang kami di bumi Lahad Datu
Amin ya rabb...


Sumber dari Bro Jinggay

HOT INFO! Video Serangan Jet Keatas Penganas di Lahad Datu! #Pray4Sabah

Posted: 05 Mar 2013 07:34 AM PST



Mc mengucapkan tahniah kepada anggota keselamatan yang melakukan operasi 'Daulat' secara besar-besaran bermula dari pagi tadi.

Ternyata, semangat anggota polis dan tentera yang menyertai 'Ops Daulat' untuk menghapuskan pengganas asing bersenjata dari Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah terus membara berkat sokongan dan dorongan kuat seluruh rakyat Malaysia, demikian diumumkan hari ini.

Ismail berkata, anak buahnya mendapat semangat daripada sokongan yang dipamerkan orang ramai terhadap usaha mereka memburu pengganas berkenaan.

Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Perjuangan masih belum selesai, harap berwaspada.

HOT INFO! Ketua Penganas dan Penceroboh Mati di Tembak!! #Pray4Sabah

Posted: 05 Mar 2013 04:49 AM PST




LAHAD DATU - Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.

 
Adik kepada kepala pengganas azzumudie kiram terbunuh dalam serangan pagi tadi.

Manakala Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.

Berita Terdahulu: Kampong Tanduo Bergegar... Operasi Tamatkan Penceroboh!
Laporan : Bro Jinggay

PANASS!! Bob Lokman Kata Janji Najib Sama Macam Janji Iblis?

Posted: 05 Mar 2013 01:17 AM PST


UMAT Islam mesti faham bab ni, bahawa agama kita menganjurkan kepentingan menepati janji. Kegagalan melaksanakan janji akan memasukkan individu tersebut ke dalam golongan munafik.

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah saw bersabda "Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas" [Hadith Sahih Riwayat Muslim].

Tak mahu cakap banyak, ketetapan untuk menepati janji ini memang suatu yang dituntut agama.

Justeru, ramai orang berdengung telinga mendengar fatwa terbaru dari ustaz selebriti Pakatan Rakyat, 'Sahibus Samahah' Bob Lokman yang menyifatkan orang yang menepati janji ini samalah dengan Iblis menepati janji untuk menyesatkan kaum Adam!!

Walaupun kata-kata tersebut merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi apa beza PM menepati janji dengan tuntutan Islam yang menyeru supaya umatnya menepati janji? Dan apa kaitan dengan Iblis?

Puas juga memikirkan, tang mana atau bahagian mana yang dikatakan Bob Lokman bahawa menepati janji ini, sama dengan Iblis? Diakhirnya, memutuskan bahawa Bob Lokman memang tidak ada asas berkata begitu, dia main 'boh' saja sebab dah tak ada idea macam mana nak kutuk kerajaan, terutama Perdana Menteri kerana menepati janji.

Inilah dia pembangkang. Asas nak berpolitik hampir tidak ada, yang mereka pandai hanya bagaimana nak terbitkan kebencian kepada kerajaan. Sebab itu jangan hairan kenapa acara yang dihanjurkan pembangkang, majoriti darinya berakhir dengan rusuhan!! Sebab memang puak-puak ini gemar kepada keganasan dan kacau bilau untuk mendapatkan keuntungan politik!!

Sepatutnya pembangkang laksanakan janji yang telah mereka taburi dulu. Ini tidak, dia dok attack pulak pihak yang menunaikan janji kepada rakyat dengan analogi-analogi yang tidak masuk akal seumpama ini. Nampak sangatlah tujuannya itu nak tutup kelemahan sendiri dan mengelak rakyat membuat perbandingan.

Rakyat Malaysia perlu waspada dengan perkembangan tidak sihat ini. Pembangkang nampaknya sudah semakin terdesak untuk mendapatkan undi dari rakyat. Janji dah macam-macam (terbaru Manifesto Rakyat), itupun nampaknya rakyat tidak rasa teruja juga. Jadi apa lagi yang lebih baik? Putar belitkan pemahaman agama masing-masing untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan, terutama sekali Perdana Menteri.

Itulah saja modal.

Bercakap pasal Bob Lokman ini pun, apa ilmu agama yang dia ada? Kononnya cucu Tok Kenali, tapi kita pun tahu iman mana boleh diwarisi. Ilmu agama ni kena belajar, menuntut mana ceruk, bukan harap diwarisi melalui pertalian darah, itu nak jadi bomoh bolehlah.

Nasihat, sudah-sudahlah dengan politik benci membenci macam ini, orang naik jemu dah. Mana ada orang nak ikut lagi politik macam ini, melainkan yang otaknya dah rosak teruk saja. Cari modal lainlah.

HOT! #IsuAirSgor Khalid Gagap Menabung Dari Kecik Untuk Beli Syabas!!

Posted: 05 Mar 2013 12:09 AM PST


Khalid Gagap nampaknya tidak putus asa dalam usahanya nak membeli syarikat konsesi air di Selangor. Sedang Kerajaan Negeri Selangor menghadapi masalah dengan pelbagai saman daripada rakyat Selangor berkenaan dengan air percuma, Mc sangsi dengan kemampuan sumber kewangan Kerajaan Negeri Selangor ni.

Dari mana sumber mana agaknya Khalid dapat duit sebanyak itu? Mengikut maklumat, Khalid nak Kerajaan Negeri Selangor pakai duit rezab RM2.5 bilion untuk menampung kos 9.65 billion untuk beli syarikat konsesi air.

Adakah berbaloi RM2.5 billion duit rezab digunakan untuk membeli syarikat konsesi? Apakah dengan pembelian syarikat konsesi tersebut, air di Selangor akan bertambah? Dan tiada lagi masalah air yang akan dihadapi oleh rakyat Selangor?

Pelbagai persoalan telah timbul, apabila Khalid berani menawarkan wang sebanyak RM9.65 bilion untuk membeli 4 syarikat konsesi air. Selain dari duit rezab, sumber apa lagi yang Khalid ada mengumpulkan wang sebanyak itu?

Apakah Khalid meminjam dari bank? Ada ke bank yang berani beri Khalid pinjam, atau Khalid telah menabung duit tersebut sejak dari kecil lagi? Lagi satu persoalan yang timbul, Khalid hanya fokus pembelian tersebut terhadap Syabas dan Puncak Niaga, apakah Khalid yakin dua syarikat lagi akan menerima tawaran tersebut?

Dahulunya, Splash dan ABASS juga pernah menolak tawaran Khalid untuk membeli syarikat mereka. Adakah kali ini mereka bersetuju dengan tawaran Khalid?

Bagi pendapat Mc, sepatutnya Khalid boleh mengunakan wang tersebut untuk membantu Syabas dalam membaiki infrastruktur air di Selangor. Jika wang tersebut dilaburkan untuk membaiki infrastruktur air, rasanya masalah seperti paip rosak, paip reput dan pam dirumah pam yang digunakan melebih had, dapat diatasi.

Lagipun saman-saman air percuma dan ibu tunggal masih lagi tertunggak. Dah hampir empat tahun, janji belum ditunai. Bayarlah mereka dulu, sekurang-kurangnya tertunai janji PRU12 yang lalu. Ini belum masuk lagi janji-janji untuk PRU13 nanti, kalau duit tabung dah beli konsesi air, cukup ke nak tunaikan manifesto PRU13. Oh lupa lah pula, manifesto bukan janji.

Penstrukturan air di Selangor tidak dapat menyelesaikan masalah air di Selangor, malah dengan penstrukturan, tidak akan bertambah kuantiti air walaupun setitik pun, jadi mengapa perlu Khalid fokuskan sangat penstrukturan air ini?

Mungkin ini hanya helah Khalid dalam politik air di Selangor. Andaikata empat syarikat konsesi air menolak lagi tawaran Khalid, berkemungkinan besar ia akan dijadikan modal utama Khalid untuk menyalahkan syarikat konsesi air ini menjadi penyebab utama permasalahan air di Selangor.

Masa sebenar untuk menyelesaikan masalah air sudah semakin suntuk, mustahil urusan itu dapat diselesaikan dalam waktu sesingkat itu kerana sesetengah syarikat berkenaan juga merupakan syarikat senaraian awam dan perlukan kelulusan pemegang saham untuk keputusan penting.

Sudah hampir lima tahun sejak pelan penstrukturan semula air diumumkan tetapi sehingga kini kerajaan negeri masih belum mendedahkan perancangan bagaimana ia akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dijangka berlaku tahun depan.

Rakyat Selangor pun nak tengok juga, bagaimana penstrukturan air ini dapat membantu rakyat Selangor menghadapi masalah kekurangan air. Khalid perlu terangkan pada semua. Bukan biar rakyatnya berteka-teki dengan perancangan yang tidak pasti.

Apa yang Mc lihat, penstrukturan air ini hanyalah alasan untuk Khalid. Jika diatas kertas, mengikut manifesto Pakatan yang baru, Selangor akan kekurangan pendapatannya kelak. Tapi Khalid berani keluarkan wang sebanyak itu untuk beli syarikat konsesi.

Apakah ini satu tindakan untuk membankrupkan Selangor?

McTheory:
Makin pening nampaknya si Khalid gagap ni

INFO TERKINI! Setakat Ini Serangan Mencapai Matlamat Operasi! #Pray4Sabah

Posted: 04 Mar 2013 10:50 PM PST

KPN berkata operasi serangan ofensif ke atas penceroboh di Lahad Datu masih berjln & setakat ini telah mencapai objektif, tiada kehilangan nyawa di kalangan anggota keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian & kecederaan di pihak musuh belum dpt disahkan.

McTheory:
Malas nak update cepat, satgie ada pihak tak puas hati pulak!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

HOT! Lagi Durian Runtuh Untuk Pemegang Saham #FGV, Buat Mazlan Makin Meroyan!!

Posted: 04 Mar 2013 10:17 PM PST


Bertuah badan sungguh pada pemegang saham FGV ni. Disebabkan keuntungan akhir tahun lepas, peneroka pemegang saham FGV telah diberi dividen mengikut lot yang mereka pegang. Kalau banyak, lot, makin banyak la dapat.

Lembaga Pengarah FGVH telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 8.5 sen sesaham yang akan dibayar ada tarikh yang akan diumumkan kelak. Kiranya pengarah FGVH akan buat sidang media rasmi pasal ni.

Semuanya disebabkan, dividen akhir ini adalah tambahan kepada pembayaran dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham yang dibayar pada 22 Oktober 2012, menjadikan jumlah dividen untuk tahun 2012 sebanyak 14 sen sesaham.

Malah pembayaran dividen ini dijangka akan memanfaatkan kira-kira 180,000 pemegang saham termasuk majoriti 112,635 peneroka yang merupakan pemegang saham FGV.

Di samping itu, melalui Tabung Amanah Peneroka, semua peneroka di seluruh negara akan menerima kira-kira RM550 setiap orang, daripada dividen akhir atas 20% saham yang dipegang oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berjumlah RM62.02 juta.

Ini adalah tambahan kepada RM40.13 juta daripada dividen interim 5.5 sen sesaham yang dibayar pada Oktober 2012, menjadikan jumlah disalurkan kepada Tabung Amanah Peneroka dalam tahun kewangan 2012 sebanyak RM102.15 juta.

Pada peneroka yang termakan racun Mazlan Aliman dan tidak menerima saham FGV. Mc rasa ia merupakan satu perkara yang amat rugi. Rezeki sudah didepan mata, namun bila termakan hasutan syaitan, rezeki dalam tangan pun boleh hilang.

Walaupun ekonomi negara dan dunia tak stabil, namun saham FGV tetap semakin kukuh dan menunjukan prestasi yang stabil. Malah syarikat FGVH juga makin mengukuhkan kedudukannya dalam negara dan antarabangsa.

Dalam keadaan tak berapa stabil pun untung besar, kalau ekonomi stabil, rasanya pemegang saham FGV makan tak habis la keuntungan mereka nanti.

Bila berita ni keluar, Mc teringin nak tengok muka Mazlan Aliman. Apa pula mangkuk hayun tu nak 'spin' lagi lepas ni. he he..


McTheory:
Meroyan lagi la Mazlan lepas ni.. heh..

LAGI TERKINI!! Polis dan Tentera Darat Mula Memasuki Kawasan Operasi Berdepan Penceroboh! #Pray4Sabah #DemiNegara

Posted: 04 Mar 2013 06:32 PM PST



Mc nak bagi sedikit kronologi serangan tentera pagi tadi,

Penduduk kampung dikeluarkan dan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya.

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17. Agak tegang dengan bunyi letupan.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam. Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan jet kembali ke pengkalan.

Kemudian kawasan pengeboman tadi dipantau dengan kapal terbang tanpa pemandu, UAV.

Polis dan Askar bersedia memasuki kawasan pertempuran.

Trak tentera dilihat memasuki kawasan operasi.

Kemudian terdengar bunyi tembakan dikawasan operasi, dipercayai pasukan Polis dan Tentera berdepan dengan saki-baki penceroboh yang tinggal.

Untuk baca operasi pertama boleh klik SINI dan SINI

Insyallah akan ada update seterusnya..

Doakan wira-wira negara kita selamat

McTheory:
Pertahankan Kedaulatan Negara, Negara Malaysia Negara Berdaulat!

INFO TERKINI! Operasi Pengeboman Selesai, Masuk Operasi Pembersihan Kedua!! #Pray4Sabah

Posted: 04 Mar 2013 06:01 PM PST


Serangan peringkat pertama telah berjaya! Boleh rujuk kat SINI

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

Peringkat pertama serangan pihak PDRM dan ATM pagi tadi bermula dengan serangan Bom yang dilancarkan TUDM melalui jet pejuang.

Kini fasa kedua apabila UAV (Unmanned Air Vehicle) commonly knows as a drone digunakan bagi melihat kemusnahan lokasi musuh yang telah dibom bagi membuat susulan yang selanjutnya. Pesawat UAV ini merupakan pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang.

Apabila pantauan dibuat selesai oleh UAV, misi pasukan VAT 69 PDRM akan masuk menggempur musuh dan menghabiskan saki baki penceroboh. Manakala RMD akan membuat backup.

Kerjasama antara ATM dan PDRM ini setakat ini berjalan lancar dan memberikan impak yang cukup ketara dalam misi selamatkan negara.

Laporan kematian pihak musuh belum lagi diperolehi dan dijangkakan akan diketahui selepas selesai UAV membuat intipan.

Insyallah nantikan update seterusnya.

Doakan anggota keselamatan negara selamat berjuang!


McTheory:
Pertahankan Kedaulatan Negara, Negara Malaysia Negara Berdaulat!

INFO TERKINI! ATM Mulakan Operasi Pengeboman Keatas Lanun Penceroboh! #Pray4Sabah #DemiNegara

Posted: 04 Mar 2013 05:21 PM PST


Info Terkini!

Info ni Mc ambil dari sumber agensi yang berada di Lahad Datu, KINI beberapa letupan bom dapat didengar dipercayai daripada jet pejuang tentera Malaysia yang dijatuhkan di Kg Tanduo.

Selain itu, berita diperolehi serangan mortar ke arah kampung tersebut turut dijalankan

Kg. Tanduo merupakan lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Kepulauan Sulu, Filipina.

Operasi ini bermula apabila semua penduduk kampung telah keluar dari kampung dengan selamat.

Nampaknya ATM dah mulakan operasi pembersihan. 

McTheory:
Doakan keselamatan pejuang negara, Pertahankan Kedaulatan Negara Kita!!

HOT INFO! Anwar Ibrahim KANTOI Menipu Kali Ke Berapa Juta Tah!! #Pray4Sabah #DemiNegara

Posted: 04 Mar 2013 04:38 PM PST


Mc rasa Anwar ni dah mereng kot. Nak pusing pun agak-agaklah. Dah jelas memang ada media Filipina yang keluarkan cerita ni. TV3 dan Utusan hanya 'pick up' cerita dari situ saja. Kat bawah tu Mc dah print screen, boleh tengok sendiri.

Ini dia punya portal Filipina
Ini pula cerita yang dikaitkan dengan Anwar..
 Kalau tak percaya juga, pembaca boleh pi baca sendiri kat portal tu, nak baca meh KLIK SINI.

Jangan pula ada cacai Pakatan kata UMNO bayar portal ni. Sebab cerita ni keluar sebelum terjadi lagi krisis di Lahad Datu. Nampaknya Anwar dah kantoi beradap.

Nak menipu agak-agak la Anwar oii.. dah jelas lagi bersuluh semua yang terjadi sekarang ni berpunca dari hang sendiri.

Mc pun nak tanya hang juga Anwar, awat saman Utusan dan TV3 saja, saman la portal Filipina ni sekali!!

Kita tengok cacai Pakatan nak SPIN apa pulak lepas ni.


McTheory:
Berapa juta kali dah kantoi menipu Anwar ni.. tapi buat muka bodo dia la..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...