Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT INFO! Hati-Hati Dengan Pencuri Berkopiah Ni!
- TUDIAA!! Taktik Jahat Pakatan Sudah Di Kesan!! #TolakPR
- HOT INFO! Penganas Sulu Mengaku Islam Tapi Taktau Mengucap Syahadah? #Pray4Sabah
- HOT INFO! Apa Itu #ESSCOM Penubuhannya Buat Kiram 'Syaitan' Sulu Kecut Perut! #LahadDatu
- TUDIAA!! Sutan 'MerengMahawangsa Bertitah Lagi Bentang Manifesto!!
- PANASS!! Bukti Penglibatan Anwar Dalam Krisis Lahad Datu! #Pray4Sabah
HOT INFO! Hati-Hati Dengan Pencuri Berkopiah Ni! Posted: 31 Mar 2013 08:17 AM PDT
Dalam tangkapan jam 12 tengah hari, suspek berusia 58 tahun dari Jitra dan bekerja sambilan di sebuah syarikat menjual kereta di pusat bandar ini, menggunakan modus operandi mencuri kereta model lama sebelum menjual rim aloi dan aksesori termasuk radio kepada pembelinya. Difahamkan, suspek yang mempunyai empat anak itu dipercayai menggunakan hasil jualan barangan curi itu bagi menyara keluarganya kerana mampu memperoleh mencecah puluhan ribu ringgit sejak bergiat aktif pada 2008. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, pihaknya percaya dengan tertangkapnya lelaki terbabit, polis menyelesaikan hampir 400 kes kecurian kereta di bandar raya ini bagi tempoh lima tahun lalu. Menurutnya, suspek menggunakan modus operandi berlagak alim dengan memakai kopiah dan menggunakan kunci pendua untuk mencuri kereta di sekitar pusat bandar ini. – myMetro Online | ||
TUDIAA!! Taktik Jahat Pakatan Sudah Di Kesan!! #TolakPR Posted: 31 Mar 2013 05:38 AM PDT Taktik terbaru PR yang sedang rancangkan... Kurang seminggu dari hari mengundi, dengan menggunakan nama-nama NGO, PR akan mula masuk ke taman-taman perumahan dan kampong-kampong untuk KONON nak ajar kaum-kaum ibu cara baru mencalit dakwat di jari. Ingat bahawa dakwat akan cuma hilang dalam masa 7 hari. Bila tiba hari mengundi kelak, golongan ini akan dihalang dari mengundi kerana sudah ada kesan dakwat. Kalau dibenarkan juga, pihak PR akan kecohkan keadaan di pusat pembuangan undi. Jika mereka kalah, ianya akan digunakan sebagai alasan untuk memberontak dan mempertikaikan keputusan pilihanraya secara besar-besaran hingga tercetus rusuhan untuk jatuhkan kerajaan yang mendapat mandat rakyat secara haram. HARUS INGAT, PAKATAN RAKYAT TIDAK MENANDATANGANI PIAGAM PILIHANRAYA UNTUK BERIKRAR MENJALANKAN PILIHANRAYA SECARA BERSIH DAN IKUT UNDANG-UNDANG SERTA PERATURAN. Mereka akan laukan apa-apa demi mendapat kuasa. Jangan bagi mereka calit jari-jari sebelum hari mengundi. Jika ADA, laporkan pada polis dengan segera. Sebarkan pada semua ketua PDM utk tindakan. - Pisau Kedah McTheory: Celaka punya Pakatan, tak sudah-sudah main jahat! | ||
HOT INFO! Penganas Sulu Mengaku Islam Tapi Taktau Mengucap Syahadah? #Pray4Sabah Posted: 31 Mar 2013 02:12 AM PDT
Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam. Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan sepanjang operasi itu. "Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam. "Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah. Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan. Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal. Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III. Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad. "Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat," katanya. Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya. Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan. Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang. | ||
HOT INFO! Apa Itu #ESSCOM Penubuhannya Buat Kiram 'Syaitan' Sulu Kecut Perut! #LahadDatu Posted: 30 Mar 2013 11:17 PM PDT Keputusan tepat dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bilamana beliau mengumumkan pembentukan ESSCOM bagi membendung tragedi Lahad Datu berulang kembali. Keputusan membentuk zon kawasan keselamatan itu bukanlah satu perkara baru dalam sejarah negara. Ironinya, pada masa allahyarham Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri, keputusan sama telah dibuat namun berdasarkan faktor ancaman dari pihak yang berbeza. Rajang Area Security Sommand atau ringkasnya RASCOM diwujudkan bagi membendung kegiatan komunis yang mengancam keselamatan dan kedaulatan tanahair Malaysia tercinta. ESSCOM turut diumumkan ekoran kejadian ganas yang dilakukan oleh penceroboh bersenjata bertujuan mengganggu-gugat keselamatan awam dan tanahair serta kesucian dan kedaulatan Malaysia yang merdeka melibatkan negeri Sabah. RASCOM Pada tahun 1972, Rajang Area Security Command atau lebih di kenali sebagai RASCOM ditubuhkan. Penubuhan adalah berdasarkan kepada beberapa insiden pembunuhan, kekacauan dan pemusnahan harta awam di Bahagian ke-3 Sarawak oleh-ahli Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU). Sehubungan itu, surat arahan No 4, Majlis Keselamatan Negara bertarikh 1 April 1972 telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara bagi menubuhkan 3rd Division Area Security Command (3rd DASC) yang beribu pejabat di Sibu. Kawasan operasi RASCOM meliputi keseluruhan Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit. Di tubuhkan dengan tiga komponen yang terdiri daripada unit tentera, Polis dan awam dan Ketua Menteri Sarawak dilantik sebagai Pengarah Operasi Negeri. Kewujudan RASCOM berjaya menghakis ancaman komunis di Sarawak dan bekas komunis telah kembali ke pangkuan masyarakat selepas berlakunya perletakan senjata dan penyerahan seramai 585 ahli PKKU yang diketuai oleh Bong Kee Chok dalam Operasi Aman pada tahun 1973 dan pada tahun 1986, Ubong anak Nuing beserta 40 orang ahli turut menyerah diri. Ancaman keganasan komunis berakhir pada 17 Oktober 1990 apabila Kerajaan dan PKKU menandatangani perjanjian di Kuching apabila 52 anggota PKKU menyerah diri dan dengan itu RASCOM dibubarkan mengikut keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 November 1994. 9 Skuadron Semboyan Diraja dulu dikenali dengan nama Skuadron Semboyan RASCOM ditubuhkan dengan rasminya pada 26 Mac 1972. Penubuhan Skuadron ini adalah selaras dengan terbentuknya formasi RASCOM (Markas Pemerintah Keselamatan Rejang). Pada asalnya Skuadron ini ditubuhkan serentak bersama Markas RASCOM di Jalan Kampung Pulau, Sibu, Sarawak. Selepas itu, pada bulan Mei 1976, ia telah dipindahkan ke Kem Pagar Ruyong (yang dikenali dengan nama Kem Lapangan Terbang) yang terletak di Lapangan Terbang. Keadaan keselamatan yang kian terancam akibat dari ancaman-ancaman oleh anasir-anasir komunis yang kian hebat di kawasan tersebut membuatkan perlunya ada sebuah formasi yang bertanggungjawab membendung kegiatan-kegiatan komunis ini. Kedudukan Pusat Pemerintahan 3 Briged yang terletak di Kuching adalah sangat jauh untuk membolehkannya mengawasi keadaan keselamatan kawasan Sungai Rejang. Tambahan pula tanggungjawab keselamatan yang dipikul oleh Markas 3 Briged telah pun dianggap terlalu berat. Oleh yang demikian, pada awal tahun 1972, keputusan dibuat untuk menubuhkan satu lagi formasi di Sarawak iaitu Markas RASCOM. Penubuhan Markas RASCOM ini mewujudkan keperluan bagi menubuhkan Skuadron Semboyan RASCOM untuk menyedia serta mengendalikan bantuan perhubungan. Ketua Skuadron Semboyan RASCOM yang pertama setelah penubuhannya ialah Mejar Wong Wai Kiong. Di peringkat awal penempatannya, hanya Markas Skuadron, Trup Teknik/Kenderaan dan Trup Radio ditempatkan di Kem Lapangan Terbang. Trup Semboyan Markas RASCOM telah ditempatkan di Markas RASCOM di pekan Sibu, manakala Trup Stornya ditempatkan di Jalan Sungai Antu, Sibu. Hal ini merumitkan pentadbiran disebabkan trup-trup tersebut berada di jarak yang jauh di antara satu sama lain. Kerumitan ini dapat di atasi apabila Skuadron berpindah ke lokasi baru di Kem Batu 10, Jalan Oya, Sibu pada 30 Oktober 1977. Walaubagaimanapun, Pusat Komunikasi Sibu masih berada di pekan Sibu untuk menampung keperluan komunikasi Markas RASCOM. Markas RASCOM adalah terdiri daripada elemen-elemen pihak tentera, polis dan awam. Percantuman ini bertujuan untuk menjalankan tugas gerakan yang lebih efektif lagi. Skuadron Semboyan RASCOM adalah bertanggungjawab untuk memberi bantuan serta menyediakan segala keperluan perhubungan. Kemudahan perhubungan yang diadakan adalah merangkumi keseluruhan kawasan Sungai Rejang, sungai yang terpanjang di Sarawak. Unit-unit Infantri sentiasa berada jauh antara satu sama lain semasa menjalankan gerakan. Hal ini menimbulkan beberapa kesulitan perhubungan dan telah dapat di atasi dengan jayanya oleh Skuadron tersebut. Perjawatan bagi Skuadron Semboyan RASCOM adalah sama dengan Skuadron Semboyan Briged yang lain. Pada peringkat permulaan penubuhan, hanya terdapat 5 orang jururadio dan pemandu yang menjadi asas kepada Skuadron ini. Anggota-anggota ini didatangkan dari Trup Skuadron Semboyan 3 Briged. Dari masa ke semasa keanggotaan Skuadron ini ditambah bagi mengisi perjawatan-perjawatan yang belum dipenuhkan. Proses ini mengambil masa yang lama dan dari tahun ke tahun Skuadron ini terus berkembang, sesuai dengan perjawatan sebuah Skuadron Semboyan Briged. Kini, keanggotaan Skuadron adalah mengikut perjawatan tetap iaitu seramai 6 Pegawai dan 196 LLP. Pada keseluruhannya, Skuadron telah berjaya dan banyak memberi bantuan dari segi perhubungan di dalam gerakan dan latihan di Sarawak. Skuadron ini masih kekal di Kem Batu 10, Jalan Oya, Sibu Sarawak hinggalah sekarang. Selepas 14 tahun berada di Kem Batu 10, Jalan Oya, pada 8 Disember 1991, Skuadron ini telah diarahkan berpindah ke Kem Sri Rejang iaitu lebih kurang 6 km dari bandar Sibu. Walaubagaimanapun, PUSKOM Skuadron masih tetap berada di Markas RASCOM. Perpindahan disebabkan KD Sri Rejang yang berpangkalan di kem tersebut telah dibubarkan berikutan operasi di kawasan RASCOM telah berkurangan. Semasa berada di kem tersebut, Skuadron telah diperuntukkan dengan bangunan-bangunan baru termasuk kemudahan untuk anggota-anggota bujang yang memuaskan. Untuk anggota yang berkeluarga, mereka kekal di RKAT Kem Batu 10 dan sebahagian kecil menyewa rumah di sekitar Kem Sri Rejang. Selepas 3 tahun berada di Kem Sri Rejang, sekali lagi Skuadron telah diarahkan berpindah semula ke Kem Batu 10 pada 4 April 1993. Perpindahan tersebut adalah disebabkan Kem Sri Rejang akan diambil alih oleh Rejimen 510 (AW) yang sebelum ini berpangkalan di Batu Pahat, Johor. Skuadron telah diperuntukkan dengan bangunan lama iaitu bangunan yang pernah diduduki sebelum ini walaupun ianya tidak mencukupi sementara PUSKOM masih tetap ditempatkan di MK 9 Briged. Disebabkan jarak antara pasukan-pasukan yang berada di Kem Batu 10 dengan MK 9 Briged lebih kurang 15 km, maka Skuadron telah menubuhkan sebuah PUSKOM di Kem Batu 10 bagi memudahkan segala urusan penghantaran kawat dan KHS. Awal tahun 1990an, kebanyakan tugas operasi dan gerakan Markas RASCOM lebih tertumpu kepada latihan-latihan biasa seperti briged-briged yang lain kerana ancaman Komunis Kalimantan telah dapat diatasi melalui gerakan-gerakan sebelum ini. Oleh kerana ancaman telah berkurangan maka pihak atasan telah mengarahkan Markas RASCOM dan pasukan-pasukan di bawah naungan melaksanakan latihan bercorak CW dan latihan-latihan kemahiran serta ketukangan pasukan masing-masing. Sepanjang tahun 1991, Skuadron telah terlibat di dalam EGT dan EGL pasukan-pasukan infantri. Skuadron juga terlibat di dalam memberi bantuan komunikasi kepada pasukan bantuan perkhidmatan dalam latihan mereka. Pada 6 April 1995, Markas RASCOM yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan rasminya telah dibubarkan oleh PTD dan ditubuhkan Markas 9 Briged. Acara pembubaran RASCOM telah disempurnakan di Kem Oya. Dengan pembubaran tersebut, semua pasukan-pasukan di bawah pemerintahan RASCOM telah ditukarkan designasi mereka. Kegiatan ketenteraan dan perisikan pula dipertanggungjawabkan kepada pasukan tentera dan Polis Diraja Malaysia sebagai penggerak utama membanteras pengaruh dan ideologi komunis. untuk merangka pelaksanaan pentadbirannya, penglibatan pasukan tentera dan polis disertakan dengan penggunaan sistem jawatankuasa yang mempunyai jawatankuasa utama seperti :- i) Jawatankuasa Rascom yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, yang dilantik dari kalangan Pegawai Pentadbiran Kanan Negeri Sarawak secara pinjaman, dengan bidang tugas menggubal segala dasar berkaitan aktivitinya. Dalam melaksanakan tugasnya, Ketua Pegawai Eksekutif dibantu oleh Panglima Pasukan Keselamatan Rascom, Principal Staff Officer ( PSO AWAM), PSO (tentera), dan PSO (polis). ii) Jawatankuasa Perancangan Gerakan yang dipengerusikan oleh Panglima Pasukan Keselamatan Rascom, dengan bidang tugasnya sebagai Pengerusi Perangcangan Operasi dan merancang gerakan di kawasan Rascom serta bertindak sebagai penasihat utama gerakan pasukan keselamatan kepada Pengarah Gerakan Neger. Keanggotaannya juga meliputi PSO awam, polis dan tentera. iii) Jawatankuasa Perang Saraf yang dipengerusikan oleh PSO awam dibantu oleh PSO tentera dan PSO Polis, dengan bidang tugasnya bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan segala kegiatan perang saraf dan gerak saraf di dalam usaha membanteras perkembangan ideologi komunis di kawasan Rascom. iv) Jawatankuasa Keselamatan BAhagian yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian dengan keanggotaan yang terdiri daripada Pegawai Daerah, Pegawai Kanan Polis Daerah, Pegawai Kanan Tentera Daerah, manakala Jawanatankuasa Keselamatan Daerah pula dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Peranannya melaksanakan perancangan yang dibuat oleh jawatankuasa lainnya dalam Rascom. Misi pasukan keselamatan rascom dalam operasi ofensif melawan gerakan militan komunis ialah Mencari dan Memusnah ( search and destroy). Secara keseluruhannya operasi Rascom yang pernah dilaksanakan ialah Operasi utama (7), Operasi kecil ( 17) , Operasi Kerangka (2) , Operasi bersama 3 Briged (2). ESSCOM Pembentukan ESSCOM telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke kawasan Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 6 Mac 2013 ekoran kejadian pencerobohan oleh sekumpulan pengganas dari Kepulauan Sulu di kawasan Tanjung Labian yang berlaku sejak 12 Februari 2013.Visi ESSCOM ialah "Sabah Negeri Yang Selamat, Aman, Makmur dan Sejahtera" manakala Misi ESSCOM pula ialah untuk "Menjadikan Kawasan Pantai Timur Sabah Sebagai Kawasan Selamat, Aman, Makmur dan Sejahtera". Objektif ESSCOM adalah bertujuan untuk :- a. Mengekang dan menghapuskan semua bentuk ancaman keselamatan di Pantai Timur Sabah b. Meningkat dan mengukuhkan pengurusan keselamatan di Pantai Timur Sabah. c. Penstrukturan semula kawalan, penguatkuasaan, operasi keselamatan di Pantai Timur Sabah; d. Menstrukturkan semula sosio ekonomi penduduk di Pantai Timur Sabah; dan e. Memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab agensi keselamatan serta awam melalui kerjasama secara terselaras dan bersepadu di dalam meningkatkan kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah.Konsep Penubuhan ESSCOM adalah :- a. Untuk memelihara Kedaulatan Negara dan Menjamin Keselamatan Rakyat; b. Untuk mengembalikan semula keamanan dan kestabilan; c. Untuk mewujudkan benteng pertahanan (Defence Line) yang menganjur dari Kudat ke Tawau yang turut merangkumi daerah-daerah di dalamnya; d. Untuk menghapuskan ancaman semasa serta ancaman masa hadapan; dan e. Untuk meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat. Komponen ESSCOM turut merangkumi aspek Keselamatan, Pembangunan dan Gerak Saraf serta Perang Saraf (GSPS). Terma Rujukan ESSCOM akan merangkumi aspek-aspek berikut :- a. Beroperasi di kawasan tangungjawab meliputi daerah dari Kudat ke Tawau yang turut merangkumi Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak dan Semporna; b. Bertanggungjawab terus kepada YAB Ketua Menteri Sabah selaku Pengarah Gerakan Negeri; c. Menjadikan Lahad Datu sebagai Pusat Operasi; d. Tambahan 5 batalion pasukan keselamatan yang terdiri dari ATM dan PDRM di Kawasan Tanggungjawab (KTJ); e. Penyusunan semula penduduk melalui penstrukturan penempatan dan aktiviti sosio ekonomi; f. Pelaksanaan arahan, tindakan dan gerakan keselamatan secara terancang, bersepadu, terselaras dan berterusan; g. Memperkukuhkan kawalan dan penguatkuasaan keselamatan meliputi Imigresen, Kastam, Maritim, Pelancongan, Perdagangan, Penyeludupan dan Persempadanan; h. Pusat pengumpulan dan penyelarasan maklumat keselamatan; i. Mengambil kira keperluan perundangan, pengarahan, perisikan dan ancaman yang turut meliputi pengawasan dan pengesanan terhadap musuh; j. Pengebalan minda masyarakat melalui peningkatan semangat patriotisme yang tinggi dan bertindak sebagai benteng keselamatan secara menyeluruh; k. Kerjasama dan tindakan secara terselaras, bersepadu dan berterusan di kalangan semua agensi ketenteraan, kepolisian dan awam melalui konsep Blue Ocean Strategy; l. Medium perbincangan dan penentuan pelan tindakan arahan serta perlaksanaan langkah-langkah keselamatan; dan m. Melaksanakan sepenuhnya konsep pertahanan dan keselamatan secara menyeluruh / komprehensif. Kawasan Tanggungjawab (KTJ) ESSCOM akan terdiri dari keseluruhan kawasan Pantai Timur Sabah yang menganjur daripada Kudat ke Tawau yang turut meliputi daerah-daerah Pitas, Kota Marudu, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Kunak, Lahad Datu dan Semporna. Persempadanan kawasan KTJ adalah berdasarkan sempadan setiap daerah terlibat dan kawasan perairan serta pulau-pulau di dalamnya. Secara ringkas, Struktur Organisasi dan Pengurusan Pentadbiran Serta Perjawatan ESSCOM adalah seperti gambarajah kedua di atas. Struktur Organisasi ESSCOM akan menetapkan perlantikan YAB Ketua Menteri Sabah sebagai Pengarah Gerakan dan manakala seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akan dilantik untuk menjalankan segala urusan pengarahan, pengawalan serta pengurusan ESSCOM. Struktur Organisasi ini juga akan terdiri dari pengwujudan empat komponen iaitu Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) . Selain itu, terdapat seksyen atau unit yang akan bertanggungjawab secara terus kepada CEO iaitu Ketua Penyelasas (Awam), Ketua Penyelaras (PDRM), Ketua Penyelaras (APMM), Ketua Penyelaras (ATM), Ketua Penyelaras (Perisikan) dan Ketua Penyelaras (Pendakwaan) ditambah baik dengan perjawatan bagi Komander Pasukan Keselamatan/setaraf (awam).Penubuhan Kumpulan Kerja Eksekutif ESSCOM yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah manakala Setiausaha Keselamatan Negeri Sabah akan bertindak sebagai Setiausaha Kumpulan Kerja ini. Ahli-ahli kumpulan kerja ini terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, PDRM, ATM, APMM, Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah. Lima (5) Kumpulan Kerja Kecil (KKK) ESSCOM telah dibentuk iaitu KKK Keselamatan yang dianggotai oleh KDN, MINDEF dan JPM (APMM) dan beberapa agensi berkaitan. Manakala Lead Agency untuk KKK Pembangunan adalah Setiausaha Persekutuan Sabah manakala Gerak Saraf dan Perang Saraf akan diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara. Bagi Kumpulan Kerja Kecil Perundangan, akan dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negeri Sabah dan KKK Operasi akan digerakkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif. MA/GH Sumber : TMS | ||
TUDIAA!! Sutan 'MerengMahawangsa Bertitah Lagi Bentang Manifesto!! Posted: 30 Mar 2013 08:17 PM PDT Mc sebenarnya malas nak layan mamat yang mengaku diri sebagai 'Sultan Merongmahawangsa' tu, tapi disebabkan dia ada manifestonya tersendiri, iaitu berjanji akan memberi elaun sara diri pada rakyat jika dia menjadi 'Sultan' kelak, itu yang Mc tertarik sangat tu. he he he.. Janji mamat Merengmahawangsa ni dah serupa macam Buku Jinggay Pakatan Haram la pulak. Apakah mamat Merengmahawangsa ni sebenarnya merupakan penyokong tegar Pakatan Haram? he he.. 29 Mac 2013 Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera kepada semua umat rakyat Beta di Malaysia dan juga seluruh Nusantara. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yangmemerintah sekalian alam Solawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan Para2 Sahabat SAW. Syukur Alhamdulilah, Beta amat terharu dan bersyukur ke Hadrat Allah SWT begitu ramai sekali umat rakyat Beta yang mengikuti tentang hal Beta ini benar atau pun palsu akan ceritanya. Pelbagai komen.pendapat,caci maki dan pelbagai-bagai lagi,Alhamdulillah Beta bersyukur ada juga umat yang di gerakan oleh Allah untuk mengikuti tentang Beta ini untuk mencari akan kebenaran tentang ceritanya. Beta berdoa memohon kepada Allah SWT agar di beri kekuatan untuk melaksanakan TUGAS dan AMANAH yang di berikan dan menunaikan perintahNya. InshaAllah kebenaranya pasti akan tiba nanti bila jadual dan waktu dari Nya sudah tiba. InshaAllah setelah Beta menaiki takhta Negeri Kedah dan YDP Agong Malaysia @ Raja Nusantara secara rasmi dalam waktu terdekat, Allah akan turunkan dan naikan kekayaan dari langit dan bumi (sudah tersedia) sebagai anugerah kepada Beta untuk umat sebagai keperluan pemeritahan Akhiruzaman Fasa 1. Apapun kekayaan ini bukan lah maksud kepada pemerintahan Beta, iannya hanya keperluan dunia untuk maksud jalan ke akhirat dengan berpegang dan berlandaskan AQURAN DAN SUNNAH SAW. Mengajak umat kembali Esakan Allah dan Taat kepada Rasul serta kembali hidup di JALAN AMALAN KENABIAN juga untuk membebaskan diri umat daripada syirik kepada Allah seperti zaman sekarang ini dan terkeluar dari fitnah Dajjal. Dengan ini juga sebagai keperluan dunia untuk maksud jalan ke akhirat Beta telah merancang dan mencadang akan beberapa perkara sebagai keperluan untuk umat rakyat Beta di Malaysia sebagai contoh pemerintahan. Antara cadangan cadanganya seperti berikut: Elaun sara hidup seisi keluarga(Islam) DL2000-3000@RM sebulan selama 10 tahun Elaun sara hidup seisi keluarga(bukan Islam DL1000-1500 @ RM sebulan selama 10 tahun Elaun perkahwinan (isteri pertama sahaja) DL10,000 @ RM Potongan 50% harga barang keperluan umat seperti Petrol,Minyak Masak,Gula,Beras dan yang lain-lain bersangkutan dengan keperluan dapur. Tol di hapuskan sama sekali. Pembelajaran percuma bermula dari anak berumur 5 tahun sehingga keperingkat Universiti. Lain-lain cadangan akan di bincangkan bersama dengan Majlis Ulama Syura Kabinet Negara INSHAALLAH.. Dari:Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II @ Raja Nusantara @ Sultan Kedah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Timbalan YDP Agong Malaysia Komen: Memang sah mamat Merengmahawangsa ni ada masalah mental. Sesiapa tolong bagi ubat kat mamat ni, taktau la dia ni kurang makan ubat, atau terlebih makan ubat. Tapi apa yang nyata, janji mamat merengmahawangsa ni, seirama macam janji Pakatan Haram. he he.. McTheory: Satu geng mereng macam Anwar jugak kot? | ||
PANASS!! Bukti Penglibatan Anwar Dalam Krisis Lahad Datu! #Pray4Sabah Posted: 30 Mar 2013 05:37 PM PDT SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN DIKEMASKINI 26 MAC 2013 16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam. 16.7.2012 - Raja Petra Semalam mengesahkan Laporan kami di atas di mana menurut Raja Petra pertemuan tersebut berlangsung di Hotel Crwone Plaza, Jakarta. Ianya diatur oleh seorang sahabat Anwar yang juga Ahli Parlimen Indonesia. Baca lanjut di sini http://malaysia-today.net/mtcolumns/55331-the-untold-story-of-the-lahat-datu-incident 17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam. 18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS. 4.8.2012 - Raja Petra sekali lagi mendedahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari diadakan di Manila menggunakan kapal terbang MH704. Dalam pertemuan tersebut, Anwar meminta bantuan Nur Misuari untuk memenangkannya dalam PRU13 dengan membuat "sesuatu" di Sabah menjelang PRU13. 12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram. 18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. 2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG" 1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAHNAK HILANG" 17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu. 29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG" 7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence. 8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim. 9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013. - Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA. 16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA. 19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. Tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu. - Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina. 28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita. - Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung. - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG" 1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence! - Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA! 4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"! 7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. - Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar! 10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. - Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu! 11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau. 12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. 13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari! 15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila. 16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu! 20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari ! 21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran. 22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu). 25.3.2013 - Bekas pendokong Anwar Ibrahim di alam siber, Raja Petra Mengesahkan Anwar Ibrahim beberapa kali menemui Nur Misuari untuk membincangkan hal-hal memenangkan Anwar Ibrahim dalam PRU13 khususnya di Sabah. - Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) di kawasan timur Sabah yang merangkumi 10 daerah. *Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan. Sumber Keris7Lok |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment